/  8
 
TINGKATKAN INTEGRITI, HAPUSKAN RASUAH 
Oleh : Loh Ker Shing (5S1)
SMJK CHUNG HWA, KOTA BHARU.
" Transaksi secara ‘cross border’ semakin menjadkebiasaan dalam dunia global masa kini. Tempiasnya,rasuah bukan lagi sekadar masalah negara tetapi telahmenjadi isu global ...
"
D
emikianlah sedutan ucapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri DatukSeri Abdullah Ahmad Badawi ketika merasmikan Akademi PencegahanRasuah Malaysia ( MACA ) di Kuala Lumpur pada April 2007 baru-baru ini.Pada alaf yang pesat dengan pelbagai kemajuan sains dan teknologi, kitasebagai rakyat Malaysia boleh mendabik dada kerana negara kita sudah punmaju setapak lagi ke hadapan dan mampu "berdiri sama tinggi, duduk samarendah" dengan negara-negara maju yang lain. Namun begitu, antara musuhterbesar negara, iaitu rasuah masih belum menemui titik penyelesaiannya.Gejala rasuah ini merupakan masalah kronik kerana pegawai-pegawai yangmenerima rasuah itu kebanyakannya terdiri daripada pegawai kerajaanberpangkat tinggi. Kegiatan rasuah boleh membantutkan pembangunannegara. Memang tidak dapat dinafikan bahawa amalan rasuah ini amatkontras dengan matlamat yang ingin dicapai dalam Wawasan 2020, dan pastiakan menjadi masalah yang amat besar." Kalau tiada angin, masakan pokok boleh bergoyang " , demikianlahpepatah Melayu yang menunjukkan bahawa setiap perkara mempunyai
1
 
sebab dan akibatnya. Antara faktor perdana yang menyebabkan rasuah ialahkemerosotan integriti. Integriti ditakrifkan sebagai keikhlasan, ketulusan,kejujuran dan sikap positif lain yang wujud secara keseluruhan pada individu,keluarga, komuniti dan sesebuah organisasi. Faktor-faktor kemerosotanintegriti ialah individu, budaya, kurangnya didikan agama, persekitaran, dansebagainya. Berdasarkan kajian ahli kriminologi dan kajian Badan PencegahRasuah (BPR), punca utama seseorang individu terbabit dengan jenayahrasuah adalah kerana kelemahan kawalan dalaman diri. Faktor yangmempengaruhi sifat dan sikap negatif ini ialah kemerosotan penghayatan nilaiagama dan etika, perasaan tamak untuk membuat harta supaya cepat kayadan sikap ingin hidup mewah melebihi punca pendapatan. Individu yanglemah didikan agama dan penghayatan nilai-nilai murni, tiada disiplin diri,bersikap tamak serta mementingkan diri akan menyebabkan merosotnyaintegriti. Tekanan hidup yang pelbagai juga menyebabkan individu terjerumusdalam kancah rasuah, penyelewengan atau terlibat dalam gejala tidakbermoral. Selain itu, keadaan persekitaran juga mudah mempengaruhiindividu dari segi pembentukan nilai dan tingkah lakunya. Budaya yangmenjunjung tinggi dapat memberi persekitaran yang kondusif kepada individuuntuk tidak menyimpang dalam tingkah lakunya. Manakala budaya yangsebaliknya hanya akan mendorong individu menjadi tidak bertanggungjawabdan mengamalkan sikap endah tidak endah. Faktor-faktor yang dinyatakan diatas menyumbang kepada kemerosotan integriti. Lantaran itu, langkah-langkah yang efektif harus diambil dengan segera agar masalah kemerosotanintegriti dalam kalangan masyarakat dapat ditangani secara sistematik danmenyeluruh.
2
 
" Melentur buluh biarlah dari rebungnya ". Pepatah ini boleh dijadikanpedoman untuk melahirkan generasi muda yang berpegang teguh padaintegriti dan membenci rasuah. Anak-anak diibaratkan sebagai sekepingkertas putih, manakala pendidik merupakan pencorak yang mencorakkannyamengikut matlamat dan idea masing-masing. Masa depan generasi mudabergantung pada ilmu dan didikan yang diberi di samping dipengaruhi olehbudaya yang baik dan juga membesar di persekitaran yang elok. Ibu bapayang bertanggungjawab ke atas anak-anak haruslah sentiasa menjadi teladanyang baik kepada anak. Anak-anak yang mencontohi ibu bapa mereka akanmelakukan kesalahan yang sama jika ibu bapa tidak menjadi teladan yangbaik bak kata pepatah " bapa borek anak rintik " . Dari aspek jenayah rasuah,apabila anak yang dibesarkan dalam keluarga yang mementingkankebendaan ini mula memegang jawatan dan mempunyai kuasa, mereka akanlebih cenderung mengetepikan undang-undang dan peraturan semata-matauntuk mengaut keuntungan diri. Ibu bapa juga haruslah memberi kasihsayang yang secukupnya kepada anak-anak. Pada zaman yang penuhdengan saingan ini, ibu bapa berlumba-lumba untuk mencari rezeki. Senarioini menyebabkan masa ibu bapa bersama-sama dengan anak ataupun“masa berkualitiamatlah sedikit sehinggakan ada yang tergamakmengabaikan anak-anak. Ibu bapa sepatutnya meluangkan masa bersamaanak dan memberi pendidikan yang secukupnya untuk membina modal insanyang ihsan. Ibu bapa juga harus faham tentang jenis pendidikan yang diberikepada anak dan impaknya sama ada menjadi orang yang berguna kepadamasyarakat ataupun menjadi sampah mesyarakat. Pada era ini, ibu bapa
3

Share & Embed

More from this user

Recent Readcasters

Add a Comment

Characters: ...

lowkaryongleft a comment

author...please send this article to me..my email lowkaryong@yahoo.com

greenjauekileft a comment

author...please send this article to me..my email greenjaueki@gmail.com

bemo otaileft a comment

tolong send text ni kat saya..pliz..sy nk bertanding pidato..tema integriti..nurlailam@yahoo.com..tq

Yna86lenleft a comment

boleh tak sent emel dgn saya. ynatryna@gmail.com

ieka123left a comment

MACAM MNE NK COPY KAN TEXT SCRIBD KE MICROSOFT WORD...???PLESE HELP ME...!!!

WHL1437 replied:

kalu mcm ni mmg xdpt nk copy..sbb pengarang xbg..(the author has disabled downloads on this document) jd, awak kena taip balik...1 lg cara, minta penulis sent e-mail pd awak..
10 / 01 / 2009