• Embed Doc
  • Readcast
  • Collections
  • CommentGo Back
Download
 
Pengenalan
Batik ialah sejenis produk kraf yang dihasilkan melalui proses menerap lilin dan mencelup kain.Batik terkenal di Gugusan kepulauan Melayu iaitu Indonesia, Singapura, Brunei dan Malaysia. Negeri yang popular dengan batik adalah Kelantan dan Terengganu. Berikut adalah sejarah kraf  batik;2000 tahun dahulu - Telah wujud di Mesir dan ParsiAbad ke 7 - Digunakan di Jepun dan ChinaAbad lke 15 - Diperkenalkan di T.Melayu pada zaman pemeerintahan Parameswara di MelakaAbad ke18 - Batik pelangi memulakan perusahaan di Trengganu1910an - Perusahaan batik di K.Baharu, Kelantan1920an - Teknik ‘terap hitam’ digunakan utntuk mengecap kain. Blok kayu berukir dengan gayaukiran timbul dicelup dengan pewarna hitam sebelum diterap pada kain putih. Pewarna kimiadari Eropah diperkenalkan pada tahun 19261930an - Perusahaan batik menggunakan teknik terapan lilin bermula di Terengganu danKelantan.Batik skrin diperkenalkan di KelantanSelepas perang dunia ke2 - Perusahaan batik berkembang dengan pesat dan menjadi industrikampung yang utamaSekarang - Industri batik berkembang secara besar-besaran dan pengeluaranya telah menenbusi pasaran dunia
Motif batik 
1.Motif flora – bunga kenangan , cempaka, Daun Siti Fatimah , daun keladi dan lain- lain yang biasanya dijadikan motif pada badan kain. Manakala motif pucuk rebung biasanya dijadikanmotif pada kepala kain batik sarong2.Motif fauna – burung,ayam, siput, kupu-kupu3.Motif geometri – banji, ceplok, parang rusak, kawung , swastika, pilin berganda ‘s’ dll4.Motif benda – wau, wayang kulit dll5.Motif abstrak 
Isen
Motif pengisian yang melatari dan bertabur di sekeliling motif utama. Motif pengisi untuk memenuhi kain batik tradisional ataiu sebagai latar belakang kepada sesuatu pola corak Contoh :ada-ada, antel. Poleng, galangan dll
Jenis-jenis Kain
Cotton, sutera, lawn, crepe satin, jacquard, rayon/ fuji
Jenis-jenis Batik 
1. Batik tulis / lukis/ conteng/ canting2. Batik terap / blok /cap3. Batik skrin4. Batik pelangi ( tanpa penggunaan lilin)
BATIK TULIS/ CONTENGAlatan
Canting/ tjanting - Alat yang diperbuat daripada tembaga yang menjadi bekas lilin yangdigunakan untuk melakar corak pada kainPemidang - Digunakan untuk meregang kain supaya kain tidak melendut semasa mencantingBerus lembut - Digunakan untuk menyapu bahan pewarna pada kain dan lilin cair 
 
Periuk - Untuk memasak bahan campuran lilinKuali atau bekas - Untuk mencelup, merendam dan merebus kainDapur - Tempat meletakkan periuk dan memanaskan campuran lilin
Bahan
Kain putih - Jenis sutera dan cottonCampuran lilin - Lilin putih (paraffin)Lilin lebah - supaya lilin kenyal dan tidak mudah patahDamar - supaya lilin cepat lekat pada kainMinyak kelapa/ masak- supaya lilin cepat cair dan licin pada kainBahan pewarna - Remazol atau primazinBahan fixer - Pemati warna sodium / natrium silikat : untuk mengekalkan warna pada kainDebu soda /soda ash - Untuk menanggalkan lilin
Proses Batik Canting
1. Kain dasar dibersihkan terlebih dahulu untuk menghilangkan kanji dan dikeringkan2. Kain ditegangkan pada pemidang kayu3. Motif dan corak dilakarkan dengan menggunakan pensel (tidak perlu jika pembatik telahmahir)4. Panaskan campuran lilin sehingga cair 5. Cedukkan lilin cair tersebut dengan, menggunakan canting kemudian lakarkan pada kainmengikut motif yang telahdibuat dengan menggunakan pensel tadi.Buat begitu sehingga habis lakaran corak pada kaintersebut6. Mewarnakan motif yang telah siap dicanting / lilin7. Apabila kain telah siap diwarnakan , biarkan pewarna dan kain kering kemudian rendamkankain tersebut ke dalam bahan fixer supaya warna akan kekal pada kain tersebut. Biarkan kaintersebut selama8 – 12 jam
 
Ciri-ciri khas batik tulis/conteng/lukis
1. warna yang segar dan eksklusif serta motif yang dihasilkan adalah bebas2. setiap helaian batik adalah ciptaan individu serta eksklusif 3. setiap hasilan memaparkan unsur-unsur sezaman yang unik 4. harganya tinggi kerana kain dan bahan pewarnanya mahal serta mempunyai corak yangtersendiri
Kekemasan dan persembahan
1. garisan lilin yang kemas dan tidak putus-putus2. aliran corak yang seimbang dan berharmoni3. sambungan garisan tidak ketara4. warna yang tidak bertelar-telar 5. tidak ada kesan lilin6. corak dan warna motif bersesuaian dengan warna tanah
Pemeliharaan dan penjagaan
1. Tidak boleh direndam terlalu lama semasa membasuh2. Tidak boleh didedahkan kepada cahaya matahari yang terik 
BATIK TERAP/ BATIK BLOK/ BATIK CAP
Batik ini berbeza dengan batik tulis/ lukis kerana batik ini mempunyai corak yang sama. Corak dibuat secara perulangan pada kain putih kerana corak yang diterap itu adalah berasaskan blok kayu / tembaga yang samaTumpuan penghasilan batik ini lebih kepada kain sarung atau kain untuk pakaian seragamJenis kain batik blok/terap(i) Kain batik lepas- kain ini lebih panjang daripada kain batik sarung, digunakan dalam upacara pengkebumian masyarakat Melayu kerana saiznya yang panjang dan tidak perlu dijahit.Coraknyaseragam dan tidak mempunyai corak kepala kain.Ia juga dikenali sebagai kain batik solo, batik  belit atau batik panjang(ii) Batik ela – dihasilkan dalam bentuk yang panjang dan dijual dalam ukuran meter mengikutkehendak pembeli.Batik ini menjadi pilihan pertubuhan dan badan tertentu untuk dijadikan pakaian seragam atau pakaian untuk majlis formal
Alatan dan Fungsi
Sarang / blok bunga - diperbuat daripada logam / tembaga yang dibentuk dan dipateri mengikut
of 00

Leave a Comment

You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...
You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...