• Embed Doc
  • Readcast
  • Collections
  • CommentGo Back
Download
 
BAB IPENDAHULUAN1.1 Pengenalan
Malaysia merupakan sebuah negara yang semakin berkembang maju dansalah satunya adalah penyediaan MSC
(Multimedia Super Coridor 
). Ia merupakansuatu projek teknologi maklumat yang penting kepada Malaysia untuk meningkatkan seterusnya menjadikan taraf ekonomi negara, taraf pendidikan rakyat, peningkatan sains dan teknologi, peningkatan perdagangan antarabangsa dan pentadbiran bersifat lebih bersistematik dan efisyen.Di bawah projek MSC, terdapat tujuh aplikasi telah diperkenalkan dan salahsatunya adalah untuk meningkatkan sistem pendidikan negara denganmemperkenalkan teknologi maklumat sebagai satu komponen dalam persekitarandan pembelajaran. Dengan sebab ini, Program Sekolah Bestari dilaksanakan di manasekolah-sekolah dibekalkan dengan pelbagai kemudahan yang canggih sepertikomputer multimedia yang dapat membantu para guru mewujudkan satu proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan dan menarik. Justeru itu,Kementerian Pelajaran Malaysia telah menubuhkan Unit Teknologi Maklumatkhusus untuk membina perisian Pembelajaran Berbantu Komputer (PBK).Teknologi maklumat telah mengubah cara manusia bekerja. Teknologi dapatmempermudahkan tugas serta meningkatkan prestasi guru seperti penggunaanteknologi untuk kerja-kerja pengurusan dan kerja-kerja pengajaran pembelajaran.2K-Ekonomi merupakan isu utama yang disarankan oleh Perdana Menteri kita, makaseharusnya pengetahuan tentang teknologi maklumat adalah penting bagi guru-gurudalam membentuk generasi yang akan datang. Mohd Zaliman
et al 
. (2001)menyatakan teknologi multimedia kian diiktiraf sebagai alat bantuan pengajaranyang sesuai dalam membantu para pendidik untuk mendalami dan mendasaricabaran dunia pendidikan era baru. Pendekatan pengajaran dan pembelajaranteknologi maklumat di sekolah perlu digubah kepada pemikiran penyelidikan,mengunpul maklumat, menganalisis data ke arah menggalakkan kreativiti danmotivasi pelajar. Pendekatan pengajaran secara tradisional secara sogokan nota-notaseharusnya di kikis dari pemikiran guru tetapi diubah dengan membekalkan pengetahuan dan kemahiran ke arah mendapatkan maklumat.Teknik pengajaran dan pembelajaran perlu disesuaikan dengan perkembangan teknologi masa kini. Pengajaran dan pembelajaran secara tradisionallebih menekankan kepada pengajaran dan pembelajaran berpusatkan guru perludiubah kepada pembelajaran berpusatkan pelajar dimana pelajar berpeluangmelibatkan secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Konsep pembelajaran berbantu komputer PBK semakin dominan dalamdunia pendidikan sekarang. Pendekatan PBK ini membolehkan pelajar melengkapkan diri dengan kemahiran asas yang diperlukan untuk memanfaatkansumber pembelajaran dengan lebih berkesan. Pendekatan ini secara tidak langsungdapat membentuk kreativiti pelajar serta mewujudkan iklim pembelajaran yangmenarik dan menyeronokkan.Untuk merealisasikan salah satu teori pedagogi dalam pendidikan iaitu guru bertindak sebagai fasilitator kepada murid-murid, pembelajaran berpandukan
 
komputer (PBK) telah dikenalpasti sebagai bahan yang dapat membantu guru didalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) memberikan pengetahuan dan pengalaman mereka dalam subjek yang mereka ikuti.3
1.2 Latar Belakang Masalah
Teknologi komputer juga adalah salah satu contoh hasil dari pemerhatian dan pengkajian yang mendalam oleh manusia yang bertujuan untuk memudahkan urusanduniawi manusia. Dengan teknologi ini juga telah berjaya merancakkan lagi perkembangan teknologi-teknologi lain seperti teknologi dalam bidang geologi dan pertanian.Bidang pendidikan juga tidak terlepas dari arus gelombang ledakan teknologikomputer di mana ia telah memudahkan para pendidik untuk melahirkan satugenerasi yang mampu memperkembangkan bakat diri dalam setiap aspek sepertimana yang telah digariskan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).Keperluan untuk meneroka bidang teknologi baru selaras dengan ledakan teknologimaklumat telah menjadikan pendidikan sebagai agen utama untuk menangani perkembangan masyarakat bermaklumat.Pendidikan di Malaysia adalah satu proses atau usaha pendidikan yang berterusan dan sempurna dan menjadi tanggungjawab bagi setiap pendidik untuk merealisasikan objektif ini seterusnya dapat melahirkan dan membentuk sebuahgenerasi yang memiliki kesepaduan dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.Atas sebab ini, para guru harus menggunakan segala kemahiran yang dimiliki danmengaplikasi secara maksimum sumber-sumber yang wujud di sekeliling mereka.Salah satu sumber tersebut adalah komputer dan perisian yang berbentuk  pembelajaran (PPBK). Malah dalam satu kajian, penggunaan komputer dan perisian berbentuk pembelajaran (PPBK) telah mempercepatkan proses pendidikan dan berjaya mewujudkan proses pengajaran dan pembelajaran yang menarik danmeyeronokkan. Ia terbukti lebih berkesan dari penggunaan alat-alat yangkonvesional seperti papan tulis dan kapur. Pengajaran dan pembelajaran berbantukomputer adalah penggunaan komputer yang dapat membantu proses pengajarandan pembelajaran menjadi lebih seronok yang melibatkan interaktivi antara pelajar dengan komputer dan guru hanya sebagai fasilitator.4Menurut Yusuf (1998), penubuhan Unit Teknologi Komputer olehKementerian pelajaran Malaysia hanya khusus untuk membina perisian PPBK bagimata pelajaran Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Sains dan Matematik. Bagi mata pelajaran lain belum lagi dilaksanakan hingga kini. Mata pelajaran vokasional telahdiperkenalkan dan diterapkan secara berperingkat di sekolah menengah harian bermula pada tahun 2002. Pembangunan perisian bagi mata pelajaran pendidikanvokasional amat sesuai dibangunkan untuk membantu guru mencapai objektif  pengajaran dan pembelajaran dalam tajuk hamparan. Perisian ini menjadi satualternatif kepada guru bagi mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran didalam bilik darjah.
1.3 Penyataan Masalah
Jika dilihat kepada suasana pengajaran dan pembelajaran dahulu,kebanyakan para guru lebih cenderung menggunakan kaedah konvesional iaitu
 
menggunakan kaedah “
Chalk and Talk 
” di mana guru secara total menjadi tutor kepada pelajar dengan kapur dan papan tulis. Ini kerana kaedah ini mudahdilaksanakan tanpa perlu membuat persediaan yang lama oleh guru tersebut. Namun begitu, bagi pelajar suasana pembelajaran sebegini membuat mereka bosan dan jemukerana hanya wujud hubungan satu hala sahaja di mana guru sahaja yangmengemukakan kandungan dan pelajar hanya mendengar serta suasananya yangstatik dan sama pada setiap sesi pembelajaran. Ini membuatkan minat pelajarpelajar untuk mendalami pelajaran mata pelajaran itu berkurangan. Hasil darikesedaran ini, perlu adanya revolusi pengajaran dan pembelajaran yang mampumenarik minat pelajar untuk melibatkan pelajar secara menyeluruh dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P).Mata pelajaran Lukisan Teknik merupakan mata pelajaran Elektif KemahiranTeknikal yang ditawarkan kepada pelajar sekolah menengah tingkatan dua.Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran lukisan teknik kurang berkesandisebabkan oleh kekurangan media pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran5teknikal. Pengajaran dan pembelajaran berasaskan komputer untuk mata pelajaranlukisan teknik boleh menghasilkan pembelajaran yang efektif. Terdapat fakta telahmembuktikan bahawa pelajar menggunakan 75 peratus keupayaan untuk mengingat berdasarkan kepada apa yang mereka dengar, lihat dan lakukan, 40 peratus daripadaapa yang mereka lihat serta dengar manakala 20 peratus daripada apa yang merekadengar sahaja. Oleh sebab itu, ciri interaktif dalam persembahan multimediamerupakan komponen penting yang tidak seharusnya diabaikan kerana ia bolehmenyokong keupayaan ingatan manusia itu sendiri. Memandangkan keupayaanmultimedia banyak memberi kesan yang positif terhadap proses penyampaianmaklumat, maka tidak hairanlah mengapa ia dipilih sebagai agen membantuPengurusan P&P dalam bilik darjah.Sebab kedua pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran lukisan teknik kurang berkesan adalah disebabkan oleh kekurangan tenaga pengajar dalam bidangteknikal. Kekurang guru menyebabkan pelajar kurang mendapat tumpuan semasa proses pembelajaran. Selain itu, sistem pembelajaran masa kini di mana seorangguru bagi tiga puluh pelajar akan membantutkan perjalanan kelas jika pelajar tidak memahami langkah kerja yang menyebabkan mereka tidak dapat meneruskan penghasilan lukisan sehinggalah dibantu oleh guru.Selain itu, kebolehan berbeza yang ada pada pelajar menyebabkan penerangan oleh guru hanya dapat dimanfaatkan oleh segelintir pelajar. Bagi pelajar yang yang kurang memahami penerangan yang diberikan, menyebabkan merekakurang mendapat peluang untuk mengulangi langkah kerja lukisan yang mereka pelajari.Berdasarkan permasaalahan tersebut, media pembangunan perisian untuk mata pelajaran lukisan teknik amat diperlukan bagi membantu proses pengajarandan pembelajaran untuk pelajar tingkatan dua. Media perisian interaktif PPBK membolehkan pelajar mempelajari pembelajaran mereka secara langkah demilangkah mengikut kebolehan mereka. Bagi pelajar yang menggunakan multimedialebih memberikan motivasi untuk belajar, memberikan penjelasan yang lebih berkesan dan lengkap. Sesuatu masalah dapat diulangkaji dengan berulangkali dan
of 00

Leave a Comment

You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...
You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...