You are on page 1of 6

ULASAN JURNAL/ARTIKEL

A Middle Managers Dilemma A Multiple Case Stud!


"# $EN%ENALAN
Artikel yang dipilih dalam ulasan ini bertajuk A Middle Managers Dilemma A Multiple
Case Study oleh Anna Ofverstrom yang dipetik dari laman sesawang International Journal of
Business and Management. Artikel ini membincangkan persoalan berkenaan dilemma yang
dihadapi oleh pengurus pertengahan apabila suatu organisasi tersebut mengalami penggabungan
ke dalam organisasi lain yang mengambil alih.
Artikel ini menitikberatkan kajian ke atas salah satu peranan utama apabila berlakunya
suatu penggabungan atau pengambil alihan organisasi iaitu peranan Pengurus Pertengahan dalam
menghadapi situasi tersebut. Teori-teori berkenaan penggabungan dan pengambil alihan
organisasi semasa terlalu memfokuskan kepada isu strategik yang perlu ditangani oleh Pengurus
Atasan apabila suatu penggabungan atau pengambil alihan organisasi berlaku. Oleh sebab
tersebut, artikel ini bertujuan untuk memahami dilemma yang dialami oleh Pengurus
Pertengahan apabila berlaku suatu penggabungan atau pengambil alihan organisasi dan
memahami mengapa dilemma tersebut terjadi.
Penulis menggunakan teori-teori yang berkenaan dalam bidang pengurusan dan
perubahan organisasi berdasarkan penemuan emperikal dan juga kefahaman asas yang diperolehi
oleh penulis di dalam kelas yang merangkumi bidang-bidang tersebut.
Penulis telah menggunakan kaedah kajian kualitatif dalam pelbagai kes dan telah
mengadakan ! sesi temubual dengan tiga organisasi yang berbe"a yang mengalami
penggabungan atau pengambil alihan. Analisis kajian ini pula dibentuk di sekeliling komplikasi
yang ketara yang dihadapi oleh para Pengurus Pertengahan yang mengalami situasi tersebut.
&# Isi'isi $enting
#agi menjawab persoalan utama kajian artikel ini, penulis menggunakan beberapa teori
seperti tersebut di bawah untuk menyelidik dan menilai data-data empirikal$
i% &nstitusi mempengaruhi masyarakat di dalamnya dan ia boleh menghalang
perubahan
ii% 'esuatu perubahan menwujudkan ketidaktentuan dan pemimpin harus
berperanan untuk meredakan kegelisahan akibat daripada ketidaktentuan
tersebut.
iii% (aklumat tidak boleh didedahkan terlalu banyak dalam proses perubahan dan
ia harus disesuaikan dan ditapis sebelum disampaikan kepada penerima.
i)% #udaya korporat dibentuk berdasarkan nilai dan anggapan. Penerimaan
terhadap budaya baru mungkin memerlukan tempoh yang agak lama.
)% #eberapa teori menyatakan bahawa pengurus berupaya mempengaruhi suatu
organisasi manakala penyelidikan yang lain menyatakan bahawa organisasi
dipengaruhi dengan cara yang tidak formal.
)i% *ubungan adalah penting dalam suatu organisasi.
)ii% Pengurus harus memahami politik sesebuah organisasi untuk mendapat
sokongan terhadap cadangan dan pemikirannya.
)iii% Pengurus harus tahu bagaimana untuk menaiki hirarki dalam suatu organisasi.
Analisis terhadap data-data empirikal hasil daripada kajian penulis ke atas tiga kes dalam
artikel ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu perubahan organisasi dan kaedah pengurusan.
&#"# $eru(a)an *rganisasi
Pengurus-pengurus pertengahan dalam kajian penulis mengurus maklumat berkenaan
pengambilalihan dengan cara-cara yang berbe"a di peringkat yang berlainan. (ereka terlibat
dalam mengumumkan keputusan pengambilalihan serta harus memenuhi kehendak daripada
pihak atasan agar situasi tersebut dikawal dengan baik. 'ebagai pembawa maklumat Pengurus
Pertengahan mestilah mengawal sejauh mana maklumat tersebut mesti disampaikan. Pengurus
Pertengahan harus faham akan kesan pengumuman maklumat tersebut kepada pekerja-pekerja di
bawahnya dan harus berupaya menangani persoalan ketidaktentuan daripada pekerja-pekerjanya
agar ketidaktentuan itu tidak mempengaruhi pekerja-pekerjanya dengan cara yang negati)e. &ni
penting kerana penyerapan pekerja-pekerja tersebut ke dalam organisasi baru bakal membawa
perubahan ketara dalam kaedah, pengurusan dan budaya kerja organisasi yang mengambilalih
tersebut. Peranan Pengurus Pertengahan dalam hal ini sebagai pembawa maklumat amat penting
untuk memastikan keadaan yang tidak menentu dapat ditenteramkan agar perubahan baru dalam
organisasi dapat diserap dengan baik.
Pengurus Pertengahan juga perlu bersedia untuk mengalami perubahan organisasi kerana
sudah pasti budaya pengurusan dalam organisasi baru akan memberi kesan kepada kedudukan
beliau dan cara beliau menerima arahan daripada pihak atasan serta mengurus pasukan baru di
bawah pengurusan beliau. 'emakin banyak peringkat yang berlaku dalam budaya pengurusan
semakin sukar bagi Pengurus Pertengahan mempengaruhi yang berada di bawah beliau.
&#&# Kaeda) $engurusan
Apabila berlaku pengambilalihan, kaedah pengurusan baru akan dialami oleh Pengurus
Pertengahan yang mana akan mempengaruhi jaringan kerja dibawahnya. #egitu juga yang akan
berlaku kepada jaringan pengurusan atasan yang baru dan ini mempengaruhi Pengurus
Pertengahan dalam mengurus arahan dan bertindak. +esan yang ketara ialah Pengurus
Petengahan akan mendapati proses menjadi semakin sukar untuk mendapat kelulusan berkenaan
suatu idea dan pelaksanaan sesuatu projek.
Aspek kepercayaan terhadap keupayaan Pengurus Pertengahan yang diserap ke dalam
organisasi baru juga memainkan peranan yang penting. +epercayaan antara Pengurus
Pertengahan dengan Pengurus Atasan yang baru, pekerja-pekerja bawahan yang baru dalam
organisasi mempengaruhi kaedah pengurusan beliau. Pengurus Pertengahan harus membina
jaringan kerja yang baru dan berusaha memahami dan menyerap dengan baik kaedah pengurusan
yang baru bagi mendapat kepercayaan mereka. ,amun, dalam masa yang sama Pengurus
Pertengahan ini juga masih menjalin jaringan kerja yang baik dengan Pengurus Atasan yang
lama, Pengurus Pertengahan yang lama dan pekerja-pekerja bawahan yang lama bagi membina
jaringan kerja yang baru dan ini membantu beliau dalam proses kawalan.
Apa yang pasti ialah Pengurus Pertengahan mendapati bahawa suara dan bidang kuasa
mereka semakin mengecil akibat daripada semakin berkurang peranan mereka dalam aliran
maklumat organisasi dan akibat pengkhususan kerja yang lebih kecil. 'elain itu, Pengurus
Pertengahan juga mempunyai ruang yang sempit untuk bergerak menaiki hirarki organisasi
kerana sai" organisasi yang semakin besar dengan fungsi yang semakin khusus. Persaingan
antara Pengurus-pengurus Pertengahn dari bahagian-bahagian yang lain juga menjadi halangan
untuk bergerak menaiki hirarki organisasi dengan lebih cepat.
+# Kesimpulan
#erdasarkan kefahaman yang telah diperolehi dari artikel ini, dapat dilihat bahawa
Pengurus Pertengahan menerima kesan yang besar apabila mengalami proses penyerapan ke
dalam organisasi baru akibat pengambilalihan. Penyesuian terhadap budaya organisasi baru dan
kaedah pengurusan organisasi baru harus diserap dengan baik agar fungsi beliau dalam
organisasi yang baru dapat dilaksanakan dengan baik dan membawa peningkatan kepada
organisasi yang baru.
'ememangnya artikel ini berjaya membuktikan peranan penting Pengurus Pertengahan
dalam organisasi yang baru yang mengambil alih. -ilema yang dihadapi oleh Pengurus
Pertengahan harus dikaji lagi dan kajian ini harus dikembangkan lagi dalam aspek kaedah-
kaedah pengurusan bagi menangani dengan baik kesan-kesan tersebut. +ajian juga harus
diteruskan lagi kepada aspek penerimaan organisasi baru dan cara terbaik memastikan
kelancaran dan keberkesanan pengurusan pertengahan dalam organisasi baru. +ajian ini tidak
harus memfokuskan bidang pengurusan perniagaan dan korporat semata malah diaplikasikan
juga ke dalam sektor awam kerana situasi yang sama kerap berlaku dalam pengurusan awam
akibat dari perpindahan tempat bertugas dan seumpamanya. &ni amat penting dalam pengurusan
awam kerana ia banyak melibatkan pelaksanaan rancangan daripada pihak atasan yang
merancang suatu polisi awam.

You might also like