You are on page 1of 17

KEPENTINGAN SUKAN DAN AMALAN GAYA HIDUP

SIHAT
Memperkukuh keharmonian dan perpaduan Negara
Memupuk semangat patriotisme
Membangunkan masyarakat yang berdisiplin dan berdaya saing
Mampu mengukuhkan perpaduan dan kekuatan mental dan fizikal rakyat
Salah satu cabang integrasi nasional dan alat penyatuan kaum yang berkesan untuk membina semangat patriotik
dan cintakan Negara
Amalan gaya hidup sihat, memberi faedah kepada kecergasan fizikal yang seterusnya memanfaatkan diri,
organisasi dan Negara
Pekerja yang cergas dan aktif akan lebih sihat serta berdaya saing selain dapat meningkatkan prestasi kerja lebih
produktif.
Kesihatan mental akan lebih stabil di samping tekanan sentiasa dapat dikawal dan lebih motivasi serta berfikiran
positif.
Secara tidak langsung amalan sukan dan gaya hidup sihat dalam kehidupan mampu melahirkan masyarakat minda
kelas pertama.

4 Senaman
Pakar gaya hidup sihat mencadangkan kita melakukan senaman sekurang-kurangnya 3 kali
seminggu 30 puluh milit sudah memandai bagi mereka yang sibuk dengan aktiviti tersendiri. Ini
berbeza dengan fikri, senaman sudah menjadi rutin harian yang wajid dilakukan. Senaman baik
untuk mengeluarkan peluh disamping mengeluarkan toksik yang tidak di ingini oleh badan
1 Amalkan minum air suam
Tahukah anda? Minum air suam atau masak dapat membantu badan mengeluarkan toksin yang
tidak diperlukan didalam badan selain membantu mendapatkan kulit yang sihat. Bagi seorang
atlik Negara, Fikri Magan memerlukan sekurang-kurangnya 7500 liter air setiap hari bagi
mengekalkan keseimbangan suhu badan. Ini kerana, latihan kriket yang dijalankan menyebabkan
beliau kehilangan banyak air dalam badan kesan daripada proses perkumuhan.
www.ukm.my/monline/8-tip-gaya-hidup-sihat.html -
Jom Kita Amalkan 5 Gaya Hidup Sihat
Salam buat semua yang terjah kat blog JOMRIA. Kali ini aku nak share dengan semua
artikel mengenai Amalan Hidup Sihat yang semestinya kita perlu titik beratkan dalam
hidup kita.
Isu-isu yang berkaitan dengan gaya hidup sihat kerap diperkatakan oleh setiap lapisan
masyarakat. Amalan gaya hidup sihat akan membolehkan seseorang itu hidup sihat
sepanjang hayat. Pada pandangan saya, tidak wajar kita mengambil mudah tentang
amalan gaya hidup sihat ni.
1. Menjaga Pemakanan Seharian
Antara amalan gaya hidup sihat ialah menjaga pemakanan seharian kita. Oleh itu, kita
hendaklah mengamalkan makanan seimbang. Pemakanan seimbang membolehkan
tubuh badan kita sihat dan tidak terlalu gemuk. Pemakanan yang tidak seimbang akan
menyebabkan badan kita mendapat pelbagai penyakit seperti darah tinggi, penyakit
jantung dan kencing manis.
2. Bersenam atau Beriadah
Selain itu, kita juga hendaklah rajin bersenam atau beriadah. Dengan melakukan aktiviti
senaman, jantung akan menjadi sihat dan kuat. Sisa toksik dalam badan pula akan
keluar melalui peluh kita semasa bersenam. Senaman yang kita lakukan akan
membolehkan darah mengalir dengan baik dan menguatkan lagi otot-otot badan.
3. Menjaga Kebersihan Rumah dan Persekitaran
Amalan gaya hidup sihat seterusnya ialah menjaga kebersihan rumah dan persekitaran.
Tempat-tempat yang membolehkan nyamuk membiak mestilah dihapuskan. Segala
sampah sarap hendaklah dubuang ke temapat yang dikhaskan. Jangan sesekali
membuang sampah sarap ke dalam sungai atau dibaar di luar rumah kerana ia boleh
menyebabkan pencemaran alam sekitar.
4. Membuat Pemeriksaan Kesihatan
Di samping itu, kita juga hendaklah membuat pemeriksaan kesihatan. Pemeriksaan
kesihatan ini boleh dibuat di hospital kerajaan atau swasta. Dengan mengetahui tahap
kesihatan kita, kita boleh megambil langkah tertentu bagi memastikan kesihatan kita
terus berada dalam keaaan baik. Pemeriksaan ini boleh dibuat dua kali satahun.
5. Elakkan Perbuatan Menjejaskan Kesihatan
Kita juga mesti menjauhi perbuatan yang boleh menjejaskan kesihatan. Antara perkara
yang boleh menjejaskan kesihatan ialah menghisap rokok, minum arak dan menagih
dadah. Tabiat menghisap rokok boleh menyebabkan seseorang mendapat penyakit
paru-paru dan jantung. Manakala penagihan dadah


Sebagai kesimpulan, terdapat beberapa amalan yang patut kita lakukan untuk
membolehkan kita hidup sihat. Amalan gaya hidup sihat ini mesti dipupuk oleh ibu bapa
dan semua anggota keluarga sejak anak mereka masih kecil lagi Sesungguhnya
kesihatan yang baik lebih bernlai daripada harta benda.
www.jomria.com/.../jom-kita-amalkan-5-gaya-hid... -

Satu amalan yang penting untuk diamalkan adalah dengan mengambil
makanan yang seimbang. Oleh itu, tubuh orang yang mengamalkan
pemakanan seimbang ini akan mendapat khasiat dan vitamin yang
diperlukan. Sebagai contohnya, seseorang itu perlu banyak mengambil
makanan yang berserat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan serta
mengurangkan makanan yang berlemak atau mengandungi kolesterol
yang tinggi. Dengan cara itu, penyakit berbahaya seperti penyakit
jantung koronari, tekanan darah tinggi dan diabetis akan dapat
dielakkan kerana mencegah penyakit lebih baik daripada mengubatinya.

Amalan lain yang perlu diamalkan adalah dengan bersukan atau
beriadah. Aktiviti sukan dan riadah yang dilakukan akan menyihatkan
seseorang kerana aktiviti itu akan melancarkan perjalanan darah dan
badan akan mengeluarkan peluh. Seseorang itu boleh bersukan seperti
bermain badminton, bola sepak, menunggang basikal, berjoging, atau
berenang. Jika badan seseorang itu sihat dan cergas, sudah pastilah
daya pemikirannya juga cerdas kerana otak yang cerdas datangnya
daripada tubuh yang cergas.
www.huzaimyofficial.net/.../amalan-gaya-hidup-si... -
Gaya hidup sihat cegah penyakit
Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH
adawiyah.koh@utusan.com.my



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Kesihatan/20120909/kn_03/Gaya-hidup-sihat-cegah-
penyakit#ixzz2LF4XPcb1
Utusan Melayu (M) Bhd
"Protein dan karbohidrat adalah nutrien yang amat diperlukan oleh badan tetapi sekiranya berlebihan ia
menjadi punca penyakit yang berkait dengan kolestrol.
Ditambah pula kadar metabolisme yang rendah pada badan di waktu malam , kalori yang tidak digunakan
akan bertukar menjadi lemak dalam badan," ujarnya.
Sekiranya makan lewat dari pukul 8 malam ke atas, kemungkinan badan kita gagal membakar kalori yang
diproses daripada makanan yang dicernakan.
Ini kerana pergerakan aktiviti malam yang terhad dan bertambah teruk sekiranya tidur terus selepas makan
kerana lemak yang tidak dibakar kepada bentuk tenaga akan terkumpul di dalam badan.
Dr. Abu menjelaskan, lama-kelamaan aktiviti ini akan menjadi masalah perut buncit dan gemuk sebelum ia
berubah menjadi kepada obesiti untuk tahap yang lebih serius.
Beliau menasihatkan pengambilan makanan yang terbaik ialah makan sebelum pukul lapan malam

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Kesihatan/20120909/kn_03/Gaya-hidup-sihat-cegah-
penyakit#ixzz2LF52OjdB
Utusan Melayu (M) Bhd

Pendahuluan
Masyarakatnegarakitaseringterdedahdenganpelbagaimasalahkesihatanyangkron
ikdanakhirnyamengundangkepadakematian.Iaadalahkesandaripadaamalangaya
hidupyangtidaksihatdanketidakseimbangankesihatanrohanidanjasmanidalam
kitaranhidupseharian
GAYA HIDUP SIHAT
Gaya hidup sihat merupakan suatu amalan kehidupan
yang membina dimana ia dapat membawa kesan yang
positif kepada seseorang individu , institusi keluarga dan
juga masyarakat. Gaya hidup sihat merupakan salah satu
aspek yang penting dalam menjaga tahap kesihatan
seseorang. Antara contoh amalan gaya hidup sihat ialah
seperti makanan yang seimbang, aktiviti senaman, tidur
atau rehat yang mencukupi, cara pergaulan dengan
manusia di sekeliling, kebersihan dari segi mental, fizikal
dan persekitaraan dan banyak lagi. Kesemua amalan gaya
hidup yang positif ini membawa kepada banyak manfaat
dan kebahagian kepada kehidupan kita.

Kepentingan Gaya Hidup Sihat.

a) Memastikan tahap kesihatan yang baik

Kebaikan utama gaya hidup yang sihat ialah amalan
yang membina ini sentiasa memastikan tahap kesihatan
berada dalam keadaan yang baik. Sebagai contohnya, gaya
hidup sihat selalu memberi faedah kepada kecergasan
fizikal. Misalnya , dengan melakukan aktiviti senaman
secara kerap , kehidupan seseorang itu menjadi lebih sihat
dan menceriakan. Senaman seperti bersukan, berekreasi,
bersenam robik, berjalan dan berlari memastikan tubuh
kita menjadi cergas dan sistem peredaran darah menjadi
lebih teratur. Pada masa yang sama, sistem imunisasi
manusia menjadi lebih cekap dan seterusnya stamina dan
kekuatan dapat dibina. Selain daripada itu, amalan gaya
hidup yang sihat juga menggurangkan risiko menghadapi
penyakit berbahaya. Sebagai contohnya, apabila kita
sering melakukan senaman ataupun mengambil makanan
dengan kadar nutrisi yang betul, maka kita dapat
mengelakkan diri daripada pendedahan kepada penyakit
berbahaya. Misalnya, penyakit seperti diabetes dan
penyakit jantung sering mencari mangsa yang kurang
mengamalkan amalan gaya hidup yang tidak sihat seperti
merokok dan makan makanan yang berkolestrol.



b) Menstabilkan kesihatan mental dan mengurangkan
tekanan

Seterusnya, gaya hidup sihat juga menjamin kestabilan
kesihatan mental serta sentiasa mengawal ataupun
mengurangkan tekanan. Sebagai contohnya, amalan
berehat dan tidur dengan kadar yang mencukupi dapat
mengurangkan tekanan dan menenangkan tubuh badan
serta minda. Dengan bersikap lebih prihatin terhadap
masa rehat dan masa tidur proses metabolism juga dapat
dijalankan dengan lancer. Berikutan dengan itu, gaya
hidup sihat yang lain seperti pemikiran positif mampu
memberi jalan penyelesaian bagi kemelutkemelut yang
serius tanpa mengadapi tekanan yang berlebihan. Ini
adalah kerana tekanan yang kita hadapi kadang kala boleh
menjuruskan kepada masalah mental ataupun masalah
sosial seperti pembuangan bayi, vandalisme dan
sebagainya.

c) Mendisiplinkan masyarakat

Pada masa yang sama, gaya hidup yang sihat juga
melahirkan insan yang disiplin dan sihat dari segi fizikal
dan persekitaraannya. Misalnya, seseorang yang
mengamalkan gaya yang positif akan sentiasa menjaga
kebersihan diri sendiri dan juga persekitaraanya. Dengan
mengutamakan kebersihan , maka kita dapat menghalang
wabak-wabak penyakit dari terus tersebar. Di samping itu,
kita juga dapat hidup dalam suasana yang sihat dan
harmoni. Amalan seperti menjaga kebersihan diri serta
persekitaraan melalui mandi, berpakaian bersih, gotong-
royong dan membuang sampah-sarap dalam tong sampah
akan membentuk disiplin dan peribadi seseorang.

Kepentingan Gaya Hidup Sihat Yang Lain..

a) Rakyat yang mengamalkan gaya hidup sihat dapat
melahirkan sebuah negara yang maju.

b) Mewujudkan keluarga yang dapat memenuhi fungsi-
fungsi dari segi biologi, sosial, dan psikologi secara
optimum.

c) Mengekalkan jaringan hubungan antara masyarakat.

d) Mengurangkan masalah sosial di kalangan remaja.



Langkah- Langkah Ke Arah Gaya Hidup Sihat

a) Makan Makanan Yang Seimbang Dan Berkhasiat














b) Menjalinkan hubungan baik dengan keluarga, jiran
dan rakan- rakan








c) Mengambil rehat yang mencukupi








d) Melakukan aktiviti fizikal




e) Menjaga kebersihan


















Kesimpulannya, amalan gaya hidup sihat amat penting
kepada semua lapisan masyarakat untuk menikmati tahap
kesihatan yang baik serta optimum. Oleh itu, kita harus
mempunyai kesedaran untuk menggiatkan lagi mutu
penjagaan kesihatan.


SAGUNTALAH A/P KRISHNAN
130160

2 C O MME N T S O N " G A Y A H I D U P S I H A T "
noor amirah on Isnin, Julai 23, 2012 10:45:00 PTG berkata...
terima kasih..... blog nie lawa lah.... entry nie sgt2 mmbantu... thx ^^
zeidi's heart on Isnin, November 05, 2012 2:21:00 PG berkata...
kesihatansemua.blogspot.com/2010/09/gaya-hidup-sihat-ga...





bmpmrspm.blogspot.com/2009/09/amalan-gaya-hidup-sihat.h...

Amalan Gaya hidup Sihat
Amalan membentuk gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat.
.
.
..........Gaya hidup sihat bolehlah ditakrifkan sebagai satu amalan kehidupan yang membawa
impak positif kepada diri seseorang, keluarganya dan masyarakat. Antara contoh kehidupan yang
sihat ialah individu tersebut hidup dengan penuh ceria tanpa mengalami sebarang masalah yang
boleh menjejaskan kehidupannya untuk satu tempoh tertentu pula. Sudah pasti dalam kehidupan
era moden yang begitu banyak tekanan ini gaya hidup sihat menjadi satu matlamat yang perlu
dicapai segera. Oleh itu, terdapat pelbagai tindakan yang boleh dilakukan untuk mencapai
matlamat ini.
.
..........Tindakan awal ialah seseorang itu perlu mengamalkan satu bentuk pemakanan yang
seimbang dalam kehidupannya. Dalam keadaan kehidupan sebenar, orang ramai lebih suka
mengambil makanan yang bersifat mudah seperti mengamalkan pengambilan makanan ringan
ataupun makanan segera. Tidak kurang juga masyarakan kita hari ini yang lupa kesan
pengambilan makanan berlemak ataupun makanan yang mempunyai kandungan garam, gula
atau sodium glutamit yang tinggi. Hal ini boleh mendatangkan pelbagai penyakit kronik seperti
sakit jantung, darah tinggi ataupun kencing manis yang juga menjadi punca kematian tertinggi di
negara kita. Orang ramai juga mesti menjauhi amalan buruk seperti merokok atau meminum arak
kerana kesannya amat membahayakan. Jelaslah, diet yang seimbang membolehkan kita semua
mencapai kehidupan yang ceria kerana semua nutrien yang diperlukan oleh badan diperoleh
menerusi pemakanan yang seimbang.
.
..........Selain itu, aktiviti senaman yang berkala mampu menjadikan kehidupan yang dijalani oleh
seseorang itu lebih sihat dan menceriakan. Kita boleh menjalankan aktiviti seperti bersukan,
berekreasi, berjalan atau berlari bersendirian atau bersama-sama keluarga ketika hujung minggu.
Aktiviti senaman seperti ini diakui oleh pakar perubatan mampu menjadikan sistem peredaran
darah manusia lebih baik serta menjadikan sistem imunisasi mereka tinggi. Mereka yang gemar
bersukan biasanya memiliki badan yang sihat dan minda yang cerdas berbanding dengan orang
yang jarang bersukan. Jelasnya, semakin kerap senaman dilakukan maka semakin tinggilah
tahap kesihatan seseorang itu kerana minda yang cerdas datangnya daripada badan yang
cergas.
.
..........Orang ramai juga perlu mengutamakan kebersihan diri pada setiap masa bagi memastikan
mereka terhindar daripada sebarang penyakit. Keperluan asas seperti menggosok gigi, mandi,
berpakaian bersih, waktu tidur dan rehat yang cukup juga perlu dijadikan amalan hidup seharian.
Bagi mengelakkan jangkitan kuman atau penyakit, mereka juga perlulah mengamalkan budaya
mendisiplinkan diri dengan asas-asas kebersihan seperti mencuci tangan dengan bersih sebelum
makan, menutup makanan dengan baik agar tidak diharung lalat mahupun memilih gerai atau
tempat makan yang bersih semasa menjamu selera. Sikap sambil lewa masyarakat dalam aspek
berkenaan mungkin boleh membawa padah. Justeru, amalan sebegini harus diutamakan agar
dapat membentuk gaya hidup yang sihat dalam kalangan masyarakat.
.
..........Pada masa yang sama selain mengutamakan kesihatan diri dan makanan, masyarakat
juga perlu menjaga kebersihan persekitaran mereka. Persekitaran yang bersih perlu dijadikan
amalan dan gaya hidup agar kita terhindar daripada sebarang penyakit. Umpamanya, orang
ramai digalakkan mengadakan gotong-royong untuk membersihkan kawasan taman perumahan
dengan membersihkan sampah-sarap atau memastikan kawasan persekitaran mereka sentiasa
bersih. Amalan seperti ini dapat mengelakkan pembiakan agen-agen pembawa penyakit seperti
nyamuk, lipas, lalat dan sebagainya. Tempat-tempat pembiakan nyamuk di dalam atau di luar
rumah seperti pelapik pasu bunga ataupun tempat takungan air mestilah kerap dibersihkan
ataupun ditukar. Dengan cara demikian, orang ramai akan dapat menjauhkan diri mereka
daripada pelbagai penyakit serta membentuk kehidupan yang sihat.
.
..........Gaya hidup yang sihat juga melibatkan aspek psikologi dan sosial seseorang itu. Mereka
yang lebih terbuka dan bersedia untuk berkongsi masalah dengan orang lain didapati lebih
bermakna kehidupannya berbanding dengan individu yang suka bersendirian atau menyimpan
masalah mereka. Sikap berkawan dan menghabiskan masa bersama-sama mereka menjadikan
keperluan psikologi manusia dipenuhi dengan efektif. Masyarakat digalakkan menjalin hubungan
komunikasi yang mesra bersama-sama rakan atau jiran tetangga. Hubungan baik yang
berkekalan biasanya dapat melahirkan satu bentuk kehidupan yang ceria dan menggembirakan.
Sesungguhnya, aspek psikologi dan sosial manusia perlu dipenuhi bagi memperoleh gaya hidup
yang sihat ini.
.
..........Pada masa yang sama sikap atau mentaliti positif penting untuk dimiliki oleh seseorang itu
bagi menangani tekanan kehidupan dalam era moden ini. Pemikiran yang positif menjadikan
seseorang itu mampu menyelesaikan pelbagai kemelut yang melanda kehidupannya dengan baik
tanpa tertekan. Kehidupan zaman moden yang penuh cabaran terutama tekanan di pejabat
memerlukan satu persepsi positif daripada ahli masyarakat kita. Kepada mereka yang
menghadapi tekanan hidup, mereka mungkin boleh mendapatkan bantuan daripada pakar
motivasi ataupun rakan-taulan di sekeliling mereka. Hal ini perlu kerana tekanan yang dialami
boleh menjuruskan seseorang pada perlakuan negatif seperti mendera, menagih dadah atau
melakukan sesuatu perkara di luar jangkaan. Jadi, semakin positif minda seseorang itu maka
semakin tinggilah gaya hidup sihat yang mampu dicapainya kelak.
.
..........Kesimpulannya, gaya hidup yang sihat ini boleh diperoleh menerusi semua amalan yang
dipaparkan tadi. Gaya hidup sihat hanya boleh dicapai sekiranya masyarakat mengamalkan
semua aspek kehidupan berlandaskan ciri-ciri manusia sihat. Cuma sikap masyarakat yang
masih memandang rendah kepentingan gaya hidup sebeginilah yang menyebabkan pelbagai
masalah kesihatan timbul kelak. Kita semua perlulah memahami bahawa mencegah lebih baik
daripada mengubatinya.
....
Posted by mohd nazri at 11:53 AM


Senaman aerobic dapat menyihatkan badan

You might also like