You are on page 1of 2

REFLEKSI

Pendidikan di Malaysia berkembang sejak merdeka hasil sumbangan


tokoh-tokoh pendidik Negara. Perkembangan tersebut telah merentasi lebih
kurang lima abad, iaitu abad lima belas hingga pertengahan abad ke dua puluh.
Ia meliputi sistem pendidikan di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak pada lima
tahap seperti pendidikan rendah, pendidikan menengah, latihan perguruan,
sistem vokasional dan teknik, dan pendidikan tinggi. Selain itu, beberapa nyata
dan Laporan Barnes, laporan Fenn-Wu, Ordinan Pelajaran sehingga Penyata
Razak juga dikaji secara ringkas bagi melihat kesan dan pengaruh ke atas
sistem pendidikan di Negara ini ketika itu.
Pendidikan memainkan peranan yang utama dalam kemajuan negara
bagi membangunkan modalinsan pada masa depan. Pembangunan bidang ini
dengan pelbagai rancangan baruakan dapat membangunkan akal, hati dan jiwa
manusia khususnya remaja bagi menghadapi dan melengkapkan diri untuk
menyesuaikan diri dengan globalisasi dunia dan berupaya menangani dan
mengatasi cabaran. Guru Pembina Bangsa dan guru pembangun Negara
dihayati dan direnung oleh guru-guru untuk melaksanakan sistem pendidikan
KSSR. Pengajaran dan pendidikan yang dilaksanakan dalam kurikulum sekolah
rendah telah ditambahbaik dan dan memetingkan perkembangan murid dari
aspek intelek dari segi jasmani, emosi, rohani, dan sosial murid.
"Suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan
kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai,
unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang
murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta
untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk
menyampaikan pengetahuan."
(Dipetik daripada Akta Pendidikan 1996 [Peraturan-Peraturan (Kurikulum
Kebangsaan)Pendidikan 1997.
Pada hari 17 Mac 2014, saya telah bermula pengalaman berasaskan
sekolah (PBS) bagi fasa yang ketiga di sekolah SJK ( C ) Kampar Girls, Kampar,
Perak. Selain daripada mengunjung ke sekolah, saya telah ditugaskan untuk
mencari maklumat, menemu bual dengan guru dan memerhatikan cara
pengajaran guru dalam kelas.
Sepanjang PBS ini, banyak pengetahuan yang telah saya pelajari.
Sepanjang pencarian maklumat bagi tugasan, saya telah mendalami kandungan
pembelajaran KSSR yang diperkenalkan oleh kementerian pelajaran Malaysia
kebelakangan ini. Dalam buku teks KSSR serta buku panduan KSSR, saya telah
mendapat suatu panduan yang jelas tentang cara pengajaran di sekolah.
Dalam temu bual dengan guru, PBS ini telah mendedahkan saya dengan
cara pengajaran guru yang berbeza melalui tugasan yang diberikan. Sepanjang
temu bual dengan guru, saya mendapati bahawa guru sekolah tersebut amatlah
berpengalaman dan dapat mengaplikasikan berbagai-bagai cara ke dalam
pengajaran dan pembelajaran tanpa membebankan murid. Malah murid lebih
suka dating ke sekolah untuk belajar berbanding murid sekolah lain, murid
sekolah tersebut amatlah gembira dating ke sekolah. Ia membuktikan cara guru
mengajar disukai oleh murid sedangkan umur mereka yang suka bermain
berbanding belajar. Guru telah mengaplikasikan lakonan, bermain, lawatan dan
lain-lain dalam pengajaran. Saya juga mendapati bahawa sepanjang pengajaran
dalam kelas, murid adalah lebih aktif memberi respon kepada guru. Ia amatlah
memenuhi prinsip KSSR yang melibatkan murid lebih berbanding guru dan guru
sebagai fasilitator sahaja.
Sabagai kesimpulannya, banyak pengetahuna telah saya perolehi
sepanjang PBS ini. Saya telah mendapat lebih banyak idea dalam mereka cipta
cara pengajaran yang menarik serta lebih mengenali cara pembelajaran murid
yang berkesan. Saya yakin apa yang telah saya pelajari dalam tugasan ini akan
membantu saya sebagai seorang guru kelak.

You might also like