You are on page 1of 9

Sejarah Sekolah

Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Masai, terletak di Jalan Sekolah, Pekan Masai.
Sekolah ini merupakan salah sebuah sekolah Tamil yang terbesar di negeri Johor.
Sekolah juga merupakan sekolah Bantuan Penuh Kerajaan. Guru Besar sekolah ini
ialah Encik Sridaran A/L Ramakrishnan. Sekolah ini juga mempunyai kemudahan
internet, faks serta e-mel. Seramai 1088 orang murid sedang belajar di sekolah ini
manakala sejumlah 68 orang guru berkhidmat di sekolah ini. Sekolah ini telah
ditubuhkan pada tahun 1946 dan telah mencapai jangkau usia lebih daripada 68 tahun.
Pada awalnya sekolah ini dijalankan di sebuah rumah kedai dan dinamakan sebagai
Gandhi Memorial Public School ( Tamil dan Malayalam ) dengan jumlah murid 25 orang
murid dan seorang guru.

Pada Tahun 1947 sebuah bangunan baharu telah dibina di Jalan Sekolah Masai,
yang merupakan bangunan milik sekolah. Semenjak itu, sekolah ini didaftarkan atas
nama Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan ( Tamil ) Masai. Namun nama SRJK (T)
Peringatan Gandhi digunakan secara tidak rasmi oleh masyarakat setempat . Pada
Tahun 1984 dengan sokongan Jabatan Pendidikan Negeri Johor, Kementerian
Pendidikan Malaysia, telah mendirikan empat buah bilik darjah. Peningkatan drastik dari
segi bilangan murid menyukarkan pihak sekolah untuk menampung murid- murid
dalam beberapa buah bilik darjah maka sebuah Dewan turut dibina dengan kerjasama
pihak PIBG , Kerajaan Negeri dan ADUN Kawasan Pasir Gudang iaitu Dato K.S.
Balakrishnan. Dewan tersebut dinamakan sempena nama beliau iaitu Dewan Dato K.S.
Balakrishanan. Pada Tahun 1996, pihak Kementerian Pendidikan telah membina
sebuah bangunan tiga tingkat untuk menampung keperluan murid yang kian meningkat.
Bangunan tambahan baharu empat tingkat telah dibina pada 2008 bagi memenuhi
kekurangan bilik darjah di sekolah. Kini dengan bilangan murid 1088 orang dan 68
orang guru, sekolah ini menuju ke arah Sekolah Kluster Kecemerlangan ( SKK).



Projek pembinaan Makmal Komputer yang menjadi projek kerajaan untuk


meningkatkan lagi pengetahuan pelajar dalan bidang ICT telah dimulakan pada bulan
Ogos 2001. Namun ia telah terbengkalai sebanyak dua kali. Selepas beberapa
rintangan projek ini telah dibangunkan semula pada bulan Oktober tahun 2005 . Projek
ini dengan jayanya telah disiapkan dan diserahkan kepada pihak sekolah pada
24.01.2006. Makmal ini dilengkapi 42 buah komputer dengan server dan juga
kemudahan internet beserta skrin LCD. Sebuah Kafe siber juga dibina di sekolah ini
pada tahun 2007. Kafe tersebut dibuka untuk penggunaan murid dan guru guru di
sekolah. Selain itu, sekolah juga dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti 17
buah Bilik Darjah , Pejabat , Bilik Guru Besar , Bilik GPK , Bilik Guru, dan Bilik Bilik
Khas seperti Pusat Sumber, Perpustakaan , Bilik Pemulihan , Bilik Pendidikan Khas ,
Makmal Sains dan Bilik Kemahiran Hidup. Sebuah Bilik Mini Auditorium telah dibina dan
dirasmikan oleh Dato K.S. Balakrishnan pada 25 Mei 2003.

SJK ( T ) Masai telah mengambil bahagian dalam Pertandingan Sekolah
Harapan Negara untuk kategori Luar Bandar peringkat Negeri Johor pada Tahun 2004
dan Tahun 2005. Sekolah telah muncul Naib Johan selama dua tahun berturut-turut.
Sekolah menerima hadiah dan sijil penghargaan pada Sambutan Hari Guru Peringkat
Daerah Johor Bahru pada 22 Mei 2005.Pada Tahun 1998, seorang pelajar telah
mewakili Negeri Johor ke Pertandingan Syarahan antara SJK (T) dan SJK (C) di Sabah.
Pada tahun yang sama, para pelajar sekolah ini telah menjadi Johan Pertandingan
Tarian dan juga Nyanyian yang telah diadakan di SJK(T) Batu Caves. Pada Tahun
2001 dan 2002 SJK (T) Masai telah menjadi Johan dalam Pertandingan 'Choral
Speaking' . Selain daripada itu, pada Tahun 2004 pelajar sekolah ini telah menjadi
Johan dalam Pertandingan Karangan Peringkat Negeri Johor. Pada Tahun 2003
sekolah meraih tempat ketiga dalam Pertandingan Bilik Sains yang dianjurkan oleh
Pejabat Pendidikan Dearah Johor Bahru.

Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Warisan Johor telah memilih SJK(T) Masai
untuk Tarian Zapin. Seramai 8 orang murid telah terpilih ke Kuala Lumpur dan
membuat persembahan tarian di hadapan para jemputan yang terdiri daripada menteri-
menteri kenamaan. Persembahan mereka mendapat pujian dan penghargaan yang


amat baik.

Kajian yang dijalankan oleh sekolah ini untuk Program PPSMI pada Tahun 2005
telah mendapat pujian daripada Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru. Selain itu,
setiap tahun murid - murid akan mendapat hadiah dalam Pertandingan Tarian, Drama,
Melukis dan juga Bercerita dalam Pertandingan Muthamil Vizha anjuran Majlis Guru
Besar Negri Johor.

Dalam bidang Ko-Kurikulum juga sekolah ini telah mencatat sejarah yang tidak
terhingga. Sekolah ini menjadi Johan dalam Pertandingan Permainan Bola Sepak ,
Badminton dan juga Hoki. Selain daripada itu, para pelajar Unit Beruniform Pengakap ,
Tunas Puteri dan juga Karate telah berjaya dalam Pertandingan di Peringkat Dearah
Johor Bharu. Terdapat juga pelajar yang mewakili sekolah dalam acara olahraga
sehingga ke Peringkat MSSJ. Selain daripada itu, seorang pelajar sekolah telah
menjadi Naib Johan dalam Pertandingan Program Nilam Peringkat Negeri. Tiga orang
pelajar juga telah berjaya mewakili Zon Masai ke Peringkat Daerah dalam Pertandingan
Syarahan Tahap 1 & 2 dan Menulis Karangan sempena Hari Kuil yang telah diadakan
pada Bulan April 2006. SJK (T) Masai telah menjadi Johan dalam Pertandingan
Syarahan BahasaTamil Tahap 1 dan 2. Pada tahun 2012 sekolah mencatat sejarah
dengan muncul johan Pertandingan Teater Bahasa Melayu peringkat Kebangsaan serta
Johan Ujian Bertulis peringkat negeri Johor serta mewakili negeri ke peringkat
kebangsaan.

Memang tidak dinafikan , prestasi sesebuah sekolah akan ditentukan dengan
pencapaian UPSR. SJK (T) Masai juga tidak kurang kehebatannya dalam perkara ini.
Semenjak Tahun 1997 sekolah ini telah terus menunjukkan peningkatan prestasi UPSR
yang cemerlang.

Pada Tahun 2005 sekolah ini mendapat tangga ke -3 terbaik di peringkat
kebangsaan dan mendapat Anugerah Piala Dato Seri Samyvellu. Pada Tahun 2007 ini
juga sekolah ini telah mendapat Golden Award daripada EWRF untuk pencapaian


prestasi UPSR yang terbaik selama 3 tahun berturut turut. ( 2004 -2006 ). Tahun 2007
telah menjadi sejarah bagi SJK (T) Masai yang telah menerima Anugerah Cemerlang
dan pada tahun 2008 sekolah SJK ( T ) Masai menerima Anugerah Sekolah Kluster.

Pada tahun 2009 23 orang murid telah mendapat 7A dalam semua
matapelajaran. Pada tahun 2010 25 orang murid telah mendapat 7A dalam semua
matapelajaran. Pada tahun 2011 pula 34 orang murid mendapat 7A dalam semua
mapelajaran. Sekolah telah mendapat tempat pertama di peringkat negeri dan tempat
kedua di peringkat kebangsaan.

Pada tahun 2012 seramai 21 orang murid telah mendapat 7A dalam semua
matapelajaran. Pada tahun 2013 seramai 21 orang murid telah mendapat 7A. Semoga
tahun 2014 akan melahirkan lebih bilangan murid 7A dalam peperiksaan UPSR .Bukan
sahaja dari segi akademik manakala pelajarnya berdisiplin, cergas serta berfikiran
positif. Kriteria ini membantu para guru khasnya untuk mewujudkan para pelajar yang
cemerlang dan terbilang dalam semua aspek.

SJK(T) Masai kini menuju ke arah kecemerlangan dalam bidang Kurikulum dan
juga Ko-Kurikulum. Ia dibuktikan lagi dengan segala pencapaian yang telah dicapai
selama ini dan juga pada masa akan datang. Warga SJK(T) Masai akan terus dengan
usaha kentalnya dan sudah tentu tidak lama lagi akan menjadi SEKOLAH GEMILANG
di Malaysia.














SENARAI GURU BESAR
BIL NAMA GURU BESAR TAHUN PERKHIDMATAN
1. En.P Letchumanan 1946 - 1951
2. En. M.Sahathevan 1951 1953
3. En.S.Somasunderam 1953 1954
4. En.Staney Los 1954 1956
5. En.K.Subramaniam 1957 1958
6. En.K.Muthusamy 1959 31/07/1972
7. En.M.Muthu 01/08/1972 19/08/1992
8. En.R.thiagarajan 20/08/1992 08/1996
9. En.P.Nagaratnan 08/1996 08/2001
10. En.V.Vikramasuria 08/2001 -01/12/2003
11. En.Devaraj Joseph 02/12/2003 01/06/2008
12. En.R.Sridaran KINI


VISI


Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera


MISI


Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi
Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara









Kemudahan Fizikal

SJK (T) Masai merupakan sebuah sekolah yang mempunyai kemudahan
infrastruktur dan kemudahan fizikal yang sangat baik

Perincian kemudahan adalah seperti dalam jadual berikut:


BIL

KEMUDAHAN

BILANGAN
1. Bilik Darjah 20
2. Pejabat 1
3. Bilik Guru Besar 1
4. Bilik GPK 4
5. Bilik Meyuarat 1
6. Bilik guru 1
7. Bilik Auditorium 1
8. Bilik SPBT 1
9. Bilik Peperiksaan 1
10. Stor P.Jasmani 1
11. Bilik Stor Am 1
12. Bilik Rawatan 1
13. Bilik BBM 1
14. Bilik Media 1
15. Makmal Sains 1
16. Perpustakaan 1
17. Makmal Komputer 1
18. Bilik K.Hidup 1
19. Bilik Pemulihan 1
20. Bilik Kaunseling 1
21. Bilik Muzik 1
22. Bilik Tarian 1




KEMUDAHAN-KEMUDAHAN LAIN

1. Bekalan air awam
2. Bekalan elektrik TNB
3. Kemudahan Talipon
4. Kemudahan Talipon Awam
5. Kemudahan Wi Fi
6. Kemudahan Fax
7. Mempunyai e-mail : JBD1008@gmail.com



PRESTASI AKADEMIK


















Tahun
Bilangan
calon
Bilangan
7A
BM (1)
%
BM (2)
%
BI
%
M3
%
SN
%
BT(1)
%
BT(2)
%
%
Lulus

GPS
2011 216 34 69.4 78.2 80.1 99.5 96.3 95.0 95.4 68.6 2.11
2012 225 21 70.7 81.8 80.4 92.4 82.2 86.7 87.1 64.9 2.31
2013 209 21 78.5 84.2 82.8 99.5 94.7 91.4 85.2 72.3 2.13


2 VAIDU / 5 KAM 2 MUT / 5 VAL AUDITORIUM
2 VAIR / 5 THOL 2 THA / 5 AGA 2 PAV / 4 THOL
1 THA / 4 KAM 1 MUT / 4 BAR 1 VAIR / 4 VAL
T
A
N
G
G
A
T
A
N
G
G
A
5 AVV 5 BAR
T
A
N
G
G
A
STUDIO BILIK
TARI SUIS
TANDAS
MURID
LELAKI
MAKMAL
SAINS /
STOR SAINS
PENDIDIKAN
KHAS
T
A
N
D
A
S

G
U
R
U
MAKMAL
KOMPUTER 2
BILIK
AKSES
MAKMAL
KOMPUTER 1
TANDAS
TANDAS
TANDAS
TANDAS
T
A
N
G
G
A
6 VAL BILIK MUZIK PERPUSTAKAAN
BILIK
PEPERIKSAAN
T
A
N
G
G
A
BILIK
PROFAIL
MURID
BILIK
CETAK
STOR
STOR
BILIK GURU
BILIK
GALERI
PEJABAT
BILIK
KESIHATAN /
KAUNSELING
SPBT
RUANG
JALAN
3 BAR /
4 AGA
1 PAV /
4 AVV
1 VAIDU /
6 THOL
3 VAL /
6 KAM
3 KAM /
6 BAR
3 AVV /
6 AVV
3 AGA /
6 AGA
BILIK
KSSR
PEMULIHAN
BILIK
PJ
TAPAK PERHIMPUNAN
TEMPAT LETAK KERETA
PONDOK
PENGAWAL
KANTIN
T
E
M
P
A
T

M
U
R
I
D
M
E
N
U
N
G
G
U
T
A
N
G
K
I

N
A
J
I
S
TAMAN
SAYUR
PERHENTIAN
BAS
XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX XXXXXXXXXX
XXXXXXX XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX XXXXXXXXXXX XXXXXXXXXXXXXXXX
X
X


















X
X
X
X
X
X
X
X
X
X
X
X
X
X
X
X
X
X
X
X
X
X
X
X
X
X
X
X
X
X
X
X
X
X
X
X
X
X
X
X
X
X
X
X
X
X
X
X
X
X
X
X
X
X
X
X
X
X
X
X
X
X
X
X
X
X
X
X
X
X
X
X
X
X
X
X
X
X
X
X
X
X














X
X
X
X
X
X
X





































X
X
X
X
X
X
X
X
X
X
X
X
X
X
X
X
X
X
X
X
X
X
X
X
X
X
X
X
X
X
X
X
X
T
A
N
G
G
A
BILIK
KH
TAMAN HERBA
TAMAN
BUNGA
TAMAN
BURUNG
D
A
P
U
R
BILIK
PAM

You might also like