You are on page 1of 18

J MS 213 SEJ ARAH POLI TI K MALAYSI A MODEN

1

PENGENALAN
Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan satu titik hitam yang telah mencacat keamanan dan
keharmonian rakyat yang berbilang kaum di negara ini. Tiada siapa yang dapat menyangka api
kebencian tersebut bertukar menjadi tragedi yang sukar dilupakan. Walau bagaimanapun, bibit-
bibit perpecahan kaum ini wujud sejak negara mencapai kemerdekaan lagi disebabkan
ketidakpuasan hati kaum lain terhadap hak-hak keistiemwan orang Melayu seperti yang
termaktub dalam perlembagaan terutamanya yang menyentuh mengenai bahasa dan pelajaran. .
Peristiwa 13 Mei sememangnya bukan suatu peristiwa yang berlaku secara tiba - tiba atau kerana
sebab-sebab yang spontan tetapi ianya merupakan suatu rentetan kepada sebab-sebab atau
peristiwa yang telah berlaku sebelumnya. Kesan pendudukan Jepun di Tanah Melayu merupakan
salah satu faktor yang turut menyumbang kepada peristiwa 13 Mei . Selain itu kesan peninggalan
penjajah Inggeris juga boleh dilihat sebagai punca kepada peristiwa tersebut. Amalan
diskriminasi oleh Inggeris contohnya telah banyak merenggangkan lagi hubungan antara kaum di
Tanah Melayu
Rentetan daripada ketidakpuasan hati itu, maka setiap perkara yang menjurus kepada
hak-hak keistimewaan orang Melayu dipertikaikanm khususnya oleh kaum Cina. Perkara ini
semakin ketara apabila di dalam kempen Pilihanraya 1969, tanpa menghiraukan sensitiviti serta
isu-isu yang boleh mencetuskan kontroversi di kalangan kaum, orang-orang Cina telah mencabar
hak-hak keistimewaan orang Melayu seperti yang termaktub di dalam Artikel 153 Perlembagaan
Malaysia. Keadaan kempen yang tidak dikawal ini merupakan punca tercetusnya peristiwa 13
Mei 1969.

J MS 213 SEJ ARAH POLI TI K MALAYSI A MODEN
2

Namun, Tunku Abdul Rahman menjelaskan bahawa antara faktor utama berlakunya kejadian
tersebut adalah rentetan daripada wujudnya golongan penghasut daripada golongan komunis
yang mahu memporakperandakan Negara. Golongan ini juga menurut beliau merupakan
golongan chauvinist dan gemar mengapi-apikan semangat Mao Zedong dan komunisme di
kalangan masyarakat cina.Hasil daripada sentimen yang dimainkan oleh parti pembangkang
menyebabkan Parti Perikatan (UMNO-MCA-MIC) kurang mendapat sambutan dalam
pilihanraya umum yang telah berlangsung pada 10 Mei 1969. Rusuhan kaum yang berlaku pada
tanggal 13 Mei adalah berpunca daripada golongan chauvinist terutamanya daripada Parti Buruh
yang telah mengadakan perarakan. Perarakan mayat yang dianjurkan oleh komunis pada hari
jumaat dan sambutan kemenangan yang dianjurkan oleh Parti Gerakan dan DAP pada hari
isnin (11 Mei) merupakan dua kejadian yang bahaya dan seterusnya mencetuskan kekacauan
yang buruk di bandaraya Kuala Lumpur.








J MS 213 SEJ ARAH POLI TI K MALAYSI A MODEN
3

1.0 PANDANGAN TUNKU ABDUL RAHMAN MENGENAI PUNCA BERLAKUNYA
PERISTIWA 13 MEI
Tunku dengan jelas menyatakan bahawa terdapat banyak peristiwa yang berlaku
yang mana pada akhirnya menimbulkan huru-hara pada 13 Mei, 1969. Menurut beliau,
kesemua pilihanraya-pilihanraya yang telah dijalankan sebelumnya iaitu sejak kemerdekaan
telah dapat dilaksanakan dengan baik, hatta Pilihanraya Umum 1969. PRU 1969 jatuh pada
hari Sabtu, 10 Mei, 1969 di Malaysia Barat berjalan dengan licin lagi lancar sebagaimana
PRU-PRU sebelumnya. Namun, semasa PRU 1969, kempen pilihanraya telah dijalankan
dengan begitu buruk dengan perbuatan-perbuatan liar yang dilakukan dan ucapan-ucapan
yang tidak bertanggung jawab daripada pihak pembangkang. Tunku berpendapat terdapat
anasir-anasir komunis yang memainkan peranan dengan hujah beliau bahawa beliau, selaku
Perdana Menteri yang menjaga keselematan negara, menerima pelbagai maklumat dan
laporan-laporan sulit. Ini tidak dapat tidak kita percaya akan keterangan beliau kerana beliau
adalah orang yang bertanggung jawab dalam hal yang berkenaan. Dalam buku berkenaan
juga beliau, walaupun secara tidak terancang, telah mengemukakan beberapa bukti akan
hakikat ini.
1

Antara perkara yang disebutkan oleh Tunku Abdul Rahman ialah peristiwa yang
berlaku di Pulau Pinang pada 19 November, 1967 yang mana dibuat contoh oleh Tunku
sebagai bukti yang jelas anasir-anasir komunis telah bergerak secara terang-terangan atau
secara sulit untuk melakukan sesuatu yang merosakkan kepentingan Malaysia. Dalam
peristiwa di Pulau Pinang pada tahun 1967 ini, Tunku melaporkan bahawa anggota-anggota

1
Abdul Shukor Ariffin & Hassan Hj. Ali. 1982. Malaysia sejarah dan prose pembangunannya : Pergolakan dasar
ekonomi Negara sebelum dan selepas 1969.Kuala Lumpur : Pesatuan Sejarah Malaysia.
J MS 213 SEJ ARAH POLI TI K MALAYSI A MODEN
4

China dalam Gerakan Belia Mao Tse-Tung telah mengambil kesempatan atas langkah
kerajaan menurunkan nilai mata wang lama Malaysia sebagai alasan untuk melancarkan
hartal. Lanjutan daripada hartal ini, pertempuran-pertempuran telah tercetus di mana orang-
orang Melayu dan penyokong-penyokong setia kerajaan telah diserang. Beberapa orang
terperangkap dalam kejadian yang berlaku juga telah terbunuh dan cedera. Perkara ini hanya
dapat diredakan apabila pasukan-pasukan keselamatan berjaya mengembalikan
ketenteraman dan mengenakan perintah berkurung, serta menangkap orang-orang yang
disyaki
2
.
Menurut Tunku Abdul Rahman, komunis bertujuan melancarkan hartal ke seluruh
negara. Namun, rancangan mereka gagal kerana penduduk-penduduk di tempat lain tidak
mengindahkan seruan mereka dan menjalankan perniagaan seperti biasa. Pada bulan Jun
tahun 1968, hukuman gantung hendak dilaksanakan ke atas sebelas (11) orang China yang
menjadi anggota Parti Komunis Malaya (ringkasnya PKM) yang mana dihukum mati kerana
membantu pihak Indonesia yang diketuai oleh Presiden Sukarno yang melancarkan kempen
Ganyang Malaysia dalam usaha mereka menyerang selatan tanahair, iaitu Johor.
3

Perintah hukuman gantung yang sama juga dikenakan ke atas dua (2) orang
Melayu di Perak. Dr Tan Chee Khoon yang menjadi ahli Parlimen Parti Buruh bagi kawasan
Batu, Selangor, telah membuat rayuan agar hukuman gantung itu tidak dilaksanakan. Beliau
dan ahli-ahli Parti Buruh dan (yang disebutkan oleh Tunku disertai bersama) penyokong-
penyokong komunis telah melancarkan kempen besar-besaran, dari rumah ke rumah, atau
dari pintu ke pintu (kedai) untuk memungut tandatangan dan menimbulkan tanda simpati

2
Nik Anuar Nik Mahmud ,2007,. 13 Mei Sebelum Dan Selepas. Kuala Lumpur : UtusanPublications & Distributions.
3
ibid
J MS 213 SEJ ARAH POLI TI K MALAYSI A MODEN
5

orang ramai terhadap 11 orang yang dihukum sebagaimana yang diterangkan di atas.
Menurut Tunku Abdul Rahman, akhbar-akhbar juga memainkan peranan yang besar dalam
kempen yang dilakukan ini
4
.
Tunku mendakwa anasir-anasir yang pro-Komunis tersebut telah menghasut ibu
bapa dan para waris pemuda-pemuda yang dihukum bunuh itu supaya mengadakan
perjumpaan beramai-ramai untuk membantah. Akan tetapi, rayuan mereka tersebut telah
ditolak oleh Sultan Johor dan Sultan Perak ketika itu. Menjelang tarikh perlaksanaan
hukuman gantung itu, di luar penjara Pudu di Kuala Lumpur dan di sepanjang jalan menuju
ke penjara itu telah berlangsung tunjuk-tunjuk perasaan secara liar di mana mereka
membaling batu ke atas kendaraan yang lalu di situ dan menghalang lalu lintas. Tunku
menyatakan bahawa orang-orang yang melakukan tunjuk perasaan liar berkenaan sebagai
belia-belia komunis. Atas pendapat atau kebijaksanaannya untuk mengelakkan timbulnya
pergaduhan di seluruh negara yang membawa kepada rusuhan antara kaum yang boleh
menumpahkan darah, Tunku Abdul Rahman telah menghadap Sultan Johor dan Sultan
Perak ketika itu untuk membincangkan meringankan hukuman gantung berkenaan. Kedua-
dua baginda Tuanku Sultan Johor dan Sultan Perak telah bersetuju lalu kesemua mereka
yang terbabit diringankan hukuman kepada penjara seumur hidup.Kita tidak boleh melihat
ini sebagai satu kelemahan Tunku dalam membuat keputusan atau mengendalikan keadaan,
di mana logik Tunku Abdul Rahman dalam hal ini dapat diterima. Beliau menyatakan
bahawa sama ada tindakannya betul atau salah, tujuannya adalah untuk memetik kata-

4
Nik Anuar Nik Mahmud ,2007,. 13 Mei Sebelum Dan Selepas. Kuala Lumpur : UtusanPublications & Distributions.
J MS 213 SEJ ARAH POLI TI K MALAYSI A MODEN
6

katanya ] menyelamatkan seribu jiwa dengan menyelamatkan sebelas komunis di Johor
dan dua penderhaka di Perak dari hukuman gantung
5
.
2.0 FAKTOR-FAKTOR YANG LAIN YANG MENYEBABKAN PERISTIWA 13 MEI
2.1 Layanan Berat Sebelah Oleh Tentera Jepun
Pada zaman pendudukan Jepun, masyarakat Tanah Melayu telah dilayan secara berbeza-
beza. Masyarakat Cina umpamanya telah dilayan dengan begitu teruk oleh tentera Jepun
berbanding dengan orang-orang Melayu. Keadaan ini berikutan Jepun yang pernah
berperang dengan China sebelum ini menyebabkan perasaan saling mendendami antara satu
sama lain masih segar dalam ingatan. Layanan berat sebelah ini telah menyemai perasaan
permusuhan antara orang-orang Melayu dan Cina.
2.2 Dasar Pecah & Perintah Penjajah Inggeris
Hasil daripada kajian, kejadian ini disebabkan oleh dasar pecah dan perintah
yang diamalkan oleh British yang mengaitkannya dengan beberapa faktor. Dasar penjajah
Inggeris yang mengamalkan konsep pecah dan perintah merupakan satu tindakan yang
berkesan dan telah menjadi punca wujudnya jurang antara kaum sama ada dari sudut
ekonomi dan juga polarisasi kaum. Umpamanya orang-orang Cina tinggal di bandar-bandar
menjalankan perniagaan dan juga di kawasan-kawasan lombong sebagai pelombong dan
merekalah sebenarnya memiliki aset yang tinggi dalam ekonomi masyarakat Malaysia.
Sementara orang-orang Melayu tinggal di luar bandar sebagai petani atau nelayan kecil.
Kaum India kebanyakannya pula sebagai buruh kasar kerajaan dan pekerja di ladang. Pada
hakikatnya kegiatan ekonomi orang-orang Melayu dan India adalah bercorak sara diri.

5
Nik Anuar Nik Mahmud ,2007,. 13 Mei Sebelum Dan Selepas. Kuala Lumpur : UtusanPublications & Distributions.
J MS 213 SEJ ARAH POLI TI K MALAYSI A MODEN
7

Keadaaan ini menyebabkan kedudukan ekonomi masyarakat bumiputera khususnya Melayu
menjadi lemah dan ketinggalan. Corak penglibatan ekonomi antara kaum dalam kegiatan
ekonomi yang berbeza telah menjadikan kedudukan sosio-ekonomi mereka tidak seimbang.
Dasar ini dilakukan oleh British untuk mengelakkan perpaduan antara
pelbagai kaum yang dikhuatiri akan mengancam kedudukan mereka. Masyarakat
melayu terdiri dari petani dan nelayan di kampung, masyarakat cina pula telah
mewarisi perniagaan secara turun temurun dan tinggal di bandar manakala
masyarakat india bekerja sebagai penoreh dan tinggal di estet. Dasar ini telah
berjaya direalisasikan bagi mewujudkan kelompok-kelompok etnik yang berdasarkan
kegiatan ekonomi yang tinggal dalam kelompok masing-masing. Kesannya, interaksi
antara kaum hanya terbatas di pejabat dan pasar sahaja. Ini melahirkan perasaan
prasangka antara kaum yang telah mengapi-apikan lagi tercetusnya sentimen 13 Mei
1969
6
.
Suasana yang seperti ini menyebabkan hubungan masyarakat antara kaum di
negara ini menjadi terbatas. Di sisi penjajah keadaan seumpama ini amat baik baginya untuk
mengukuhkan kedudukannya serta mengekalkan kuasa mereka. Suasana yang tidak
seimbang ini telah berlanjutan sekalipun negara telah mencapai kemerdekaan . Bahkan
suasana sosio-ekonomi yang tidak seimbang itu semakin melebar akibat daripada penekanan
yang berlebihan terhadap pertumbuhan ekonomi tanpa menghiraukan ketidakseimbangan
sosio-ekonomi dalam masyarakat Malaysia. Perkembangan rumit yang melibatkan kelas dan
kaum ini akhirnya telah membawa kepada meletusnya peristiwa 13 Mei 1969. Kerajaan

6
Abdul Shukor Ariffin & Hassan Hj. Ali. 1982. Malaysia sejarah dan prose pembangunannya : Pergolakan dasar
ekonomi Negara sebelum dan selepas 1969.Kuala Lumpur : Pesatuan Sejarah Malaysia.
J MS 213 SEJ ARAH POLI TI K MALAYSI A MODEN
8

yang sedar akan keresahan dan perasaan tidak puas hati yang berlaku antara kaum tidak
seyharusnya dibiarkan. Berikutan inilah lahirnya Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang
dilancarkan pada tahun 1971 sebagai usaha untuk memulihkan keadaan. Latar belakang
pendidikan yang berbeza juga telah dikaitkan sebagai punca yang membawa kepada
meletusnya peristiwa 13 Mei.
7

2.3 Latar belakang pendidikan yang berbeza
Latar belakang pendiikan yang berbeza juga telah dikaitkan sebagai punca yang membawa
kepada meletusnya peristiwa 13 Mei. Hal ini berlaku apabila sistem pendidikan yang wujud
di Tanah Melayu sebelum merdeka terbahagi kepada empat aliran mengikut kaum iaitu
sekolah Melayu, Cina, India dan Inggeris. Kempat-empat aliran ini mempunyai kurikulum
yang tersendiri. Sekolah Melayu menekankan kemahiran menulis, membaca dan mengira
sekadar keperluan peringkat rendah sahaja. Manakala kurikulum sekolah Cina dan India
pula masing-masing berkiblatkan negeri asal mereka, malah buku-buku teks dan guru-guru
yang mengajar juga telah dibawa dari Negeri China dan India. Keadaan ini telah
mengukuhkan lagi keadaan keperibadian etnik yang telah sedia wujud. Sekolah Inggeris
pula hanya dapat dinikmati oleh orang-orang Cina dan India yang tinggal di bandar-bandar
sahaja.
Sebelum Malaysia memiliki sistem pendidikan Nasional, wujud empat aliran
pendidikan yang berlainan iaitu aliran inggeris, melayu, cina dan india yang
mengambil silibus pembelajaran berbeza yang menyebabkan ketidakseragaman bahasa,
identiti dan fahaman. Ini telah menyebabkan timbulnya pelbagai masalah yang memberi

7
Abdul Shukor Ariffin & Hassan Hj. Ali. 1982. Malaysia sejarah dan prose pembangunannya : Pergolakan dasar
ekonomi Negara sebelum dan selepas 1969.Kuala Lumpur : Pesatuan Sejarah Malaysia.
J MS 213 SEJ ARAH POLI TI K MALAYSI A MODEN
9

impak buruk dalam pembentukan kaum di Malaysia. Walaupun selepas kemerdekaan
kerajaan cuba memperkenalkan dasar-dasar pendidikan baru bagi tujuan penyelarasan
namun proses perpaduan ini sukar dilakukan.
Dasar Pelajaran Kebangsaan yang dirasmikan sebagai Ordinan Pelajaran 1957 telah
dikecam oleh pelbagai pihak bukan Melayu . Ini kerana mereka merasakan langkah itu
terlalu mengutamakan bahasa Melayu, namun Kesatuan Guru-Guru Melayu Semenanjung
(KPGMS) pula tidak berpuas hati dengan perlaksanaannya .Mereka berasa kecewa dengan
sikap kerajaan yang tidak menubuhkan sekolah menengah dan universiti yang menggunakan
bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar pada awal 1958 sebagaimana yang telah
dirancangkan . Bagaimanapun berkat perjuangan beberapa orang tokoh termasuk Tuan Syed
Nasir bin Ismail, sebagai pengerusi dan Dr. Mahathir Mohamad sebagai naib pengerusi,
termasuk juga antaranya dua orang tokoh UMNO ketika itu iaitu Tun Razak bin Hussain,
Dato` Dr.Ismail bin Abdul Rahman, akhirnya gagasan Universiti Kebangsaan yang
menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar telah mendapat sokongan UMNO
dan kerajaan perikatan dan ianya berjaya ditubuhkan pada 18 Mei 1970. Berikutan
penubuhan Universiti Kebangsaan ini telah mendapat reaksi yang kurang menyenangkan
daripada kaum Cina, apabila mereka juga telah mengemukakan permohonan untuk
menubuhkan Universiti Merdeka.
8

Oleh kerana pilihan raya 1969 sudah hampir maka pihak MCA telah mendakwa
bahawa sekiranya mereka tidak menyokong projek Universiti Merdeka maka ramai
pengundi keturunan Cina akan menolak mereka dalam pilihan raya nanti. Untuk itu kerajaan
telah menyelesaikan tuntutan itu secara memberi kebenaran kepada MCA menubuhkan

8
Nik Anuar Nik Mahmud ,2007,. 13 Mei Sebelum Dan Selepas. Kuala Lumpur : UtusanPublications & Distributions.
J MS 213 SEJ ARAH POLI TI K MALAYSI A MODEN
10

Kolej Tunku Abdul Rahman (KTAR). Suatu keganjilan di sini apabila kerajaan telah
memberi bantuan kepada sebuah institusi pendidikan yang bercanggah dengan Dasar
Pelajaran Kebangsaan. KTAR sebenarnya menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa
pengantarnya. Namun itulah hakikatnya kerajaan sedapat mungkin cuba bertolak ansur demi
menjaga keharmonian masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa.
2.4 Pertelingkahan Parti Politik
Dalam pilihan raya 1964 Parti Tindakan Rakyat (Petir) atau PAP Singapura telah turut serta
dalam pilihan raya . Walaupun sudah ada persetujuan antara Tunku dan Lee Kuan Yew
sebagai pemimpin PAP yang tidak akan menyertai pilihan raya itu tidak akan menyertai
pilihan raya itu .Namun apabila pilihan raya itu berlangsung PAP telah meletak calonnya
seramai sembilan orang . Bagaimanapun setelah Tunku membuat perisytiharan bahawa
beliau tetap mengekalkan keanggotaan MCA dalam perikatan, maka PAP yang gagal untuk
menyertai Perikatan telah menukar corak kempennya dengan menyerang UMNO dan orang-
orang Melayu . Mereka mula membangkitkan kedudukan istimewa orang Melayu, soal
bahasa, malahan taraf bumiputera orang-orang Melayu turut dipersoalkan tanpa
menghiraukan rasa tersinggung orang-orang Melayu. Sedangkan segala-galanya telah
dipersetujuinya sebelum ini . Setelah gagal dalam pilihan raya, PAP telah menubuhkan
Konvensyen Perpadauan Malaysia (KPM) dengan disertai oleh Parti Progresif Rakyat dan
Parti Rakyat Bersatu Sarawak. KPM juga telah menyebarkan cogan kata "Malaysia hak
orang Malaysia " (Malaysian Malaysia) dengan tujuan supaya hak istimewa orang Melayu
atau bumiputera dihapuskan
9
.

9
Abdul Shukor Ariffin & Hassan Hj. Ali. 1982. Malaysia sejarah dan prose pembangunannya : Pergolakan dasar
ekonomi Negara sebelum dan selepas 1969.Kuala Lumpur : Pesatuan Sejarah Malaysia.
J MS 213 SEJ ARAH POLI TI K MALAYSI A MODEN
11

Perlu ditegaskan di sini bahawa tuntutan KPM itu adalah bercanggah sama sekali
dengan kandungan perlembagaan Malaysia yang memberikan hak istimewa kepada orang
Melayu dan bumiputera lain yang telah dipersetujui oleh PAP sewaktu menyertai
Malaysia pada 16 Sept. 1963. Perikatan sememangnya menerima persamaan hak tetapi
perkara ini perlu di selesai secara berperingkat . Peringkat awal perlu dilaksanakan
langkah-langkah untuk memulihkan kedudukan ekonomi orang Melayu dan bumiputera
lain yang telah jauh tertinggal di belakang. Keputusaan pilihanraya pada 10 Mei 1969
telah menunjukkkan kemerosotan pengaruh Perikatan di kalangan rakyat. Hakikat ini
sebenarnya membuktikan apa sahaja kelemahan yang cuba ditonjolkan oleh parti-parti
pembangkang khususnya DAP telah mendapat sambutan dari kalangan rakyat malah
mereka boleh dikatakan berjaya dalam meniupkan sentimen perkauman antara Melayu
dan bukan Melayu.Dalam pilihan raya itu Perikatan telah terlepas Pulau Pinang ke tangan
parti Gerakan , sementara Kelantan pula tetap di tangan PAS . Bagaimanapun bagi
negeri-negeri seperti Selangor dan Perak, Perikatan hampir-hampir gagal untuk
menubuhkan kerajaan kerana kelebihan majoritinya yang sangat sedikit.
10

Berikutan sedikit kejayaan di pihak DAP itu telah menggawatkan lagi suasana
yang sedia tegang ketika itu. Orang-orang Cina merasakan yang mereka sudah menang
dan dapat menewaskan orang-orang Melayu lantaran itu mereka berasa sangat angkuh
lalu mengeluarkan kata-kata yang menghina terhadap UMNO dan orang-orang Melayu
amnya.Peristiwa ini berlaku sewaktu satu perarakan kemenangan oleh DAP dan Gerakan.
Mereka telah melalui jalan-jalan yang tidak dibenarkan bahkan melanggar batasan waktu
yang telah dibenarkan oleh pihak polis. Perarakan ini telah melalui Kampung Bharu iaitu

10
Siew Chang Yee ,2007,. Rusuhan kaum 13, Mei 1969 : Peristiwa sebelum dan tindaka selepasnya. Universiti
Kebangsaan Malaysia.
J MS 213 SEJ ARAH POLI TI K MALAYSI A MODEN
12

kampung terbesar yang didiami oleh orang-orang Melayu di Kuala Lumpur di mana
terdapat lebih tiga puluh ribu penduduk Melayu tinggal di situ. Sewaktu melalui kawasan
itu mereka yang terdiri daripada gabungan ahli-ahli DAP dan Gerakan telah
menghamburkan kata-kata kesat seperti "Melayu sudah jatuh", "Kuala Lumpur sekarang
Cina punya," "Ini negeri bukan Melayu punya, kita mahu halau semua Melayu". Orang-
orang Cina juga dikatakan telah mengikat penyapu besar pada lori sebagai simbol untuk
menyapu orang-orang Melayu keluar dari Kuala Lumpur. Berikutan itu pada petang 13
Mei 1969, UMNO Selangor telah menyeru ahli-ahlinya supaya datang dan berkumpul di
rumah Menteri Besar ketika itu iaitu Dato` Harun Idris untuk mengadakan perarakan
balas di mana mereka sebenar bukannya kalah tetapi sekadar kurang majoriti sahaja
namun masih boleh membentuk kerajaan. Menurut laporan seorang pegawai polis, pada
petang itu sekumpulan orang Melayu dari Gombak yang lalu mengikut Setapak telah
diserang oleh orang Cina. Ada sebahagian daripada mereka yang terlepas daripada
serangan itu telah pergi ke rumah Menteri Besar dan menyampaikan berita itu lalu
dengan segera orang-orang Melayu yang sedang berkumpul di situ telah mengambil
tindakan balas, maka bermulalah pergaduhan antara kaum yang dikenali sebagai
peristiwa 13 Mei 1969. Dalam pada itu ada juga sumber-sumber sejarah yang
mengatakan peristiwa sebenar berkaitan peristiwa 13 Mei ini telahpun bermula di Pulau
Pinang tidak lama sebelum itu. Peristiwa ini dikaitkan dengan suatu tindak balas yang
berupa simpati golongan pemuda-pemuda pelampau Cina terhadap perjuangan komunis.
2.5 Perasaan tidak puas hati terhadap hak istimewa orang melayu
PAP telah secara lantang menyuarakan rasa tidak puashati terhadap apa yang
disebut sebagai hak istimewa orang Melayu dalam perlembagaan. Mereka mendakwa hak
J MS 213 SEJ ARAH POLI TI K MALAYSI A MODEN
13

kaum-kaum lain telah diketepikan kononnya mereka telah tersisih daripada keadilan.
Oleh sebab itu menurut Jomo dalam bukunya "Pembangunan Ekonomi dan Kelas Sosial
di Semenanjung Malaysia ", isu sebenar yang mencetuskan peristiwa 13 Mei adalah
perasaan tidak puas hati terhadap hak istimewa orang Melayu. Namun hakikat
sebenarnya kedudukan taraf ekonomi orang Melayu adalah terkebawah berbanding
dengan kaum Cina. Pendeknya apa yang didakwa oleh orang-orang Cina yang mereka
terjejas oleh peruntukan hak istimewa orang Melayu ini adalah sebagai alat semata-mata
umtuk mereka berlindung di sebaliknya bagi menarik perhatian dan sokongan ramai
terutama menjelang pilihan raya 1964. Menyedari akan bahayanya pengaruh majoroti
Cina dari Singapura ini, Tunku telah mengambil keputusan untuk memaksa Singapura
keluar dari Malaysia pada 9 Ogos 1965 . Namun keadaan ini tidak mematahkan semangat
PAP untuk cuba membela nasib orang-orang Cina di Tanah Melayu. Berikutan itu sebuah
parti baru telah ditubuhkan di Malaysia bagi mengambilalih fungsi PAP sebelum ini.
Parti baru itu diberi nama Parti Tindakan Demokratik (DAP). Menjelangnya pilihanraya
1969 parti DAP dan parti -parti pembangkang lain telah memainkan isu-isu sensitif dan
perkauman termasuk membangkitkan soal-soal ketidakadilan menyebabkan perasaan
tidak puas hati dan kegelisahan di kalangan rakyat menjadi bertambah . Sebenarnya apa
yang cuba dilakukan oleh parti-parti politik ini bertujuan untuk mendapatkan
kemenangan dalam pilihanraya, di mana mereka tidak mempedulikan sentimen antara
kaum yang boleh membahayakan itu
11
.
2.6 Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara

11
Abdul Shukor Ariffin & Hassan Hj. Ali. 1982. Malaysia sejarah dan prose pembangunannya : Pergolakan dasar
ekonomi Negara sebelum dan selepas 1969.Kuala Lumpur : Pesatuan Sejarah Malaysia.
J MS 213 SEJ ARAH POLI TI K MALAYSI A MODEN
14

Isu bahasa juga tidak kurang pentingnya dalam menyumbangkan faktor kepada peristiwa
13 Mei. Berikutan perisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu 1957, sebuah perlembagaan
Persekutuan telah dibentuk yang antara lainnya menyatakan dengan jelas tentang
kedudukan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris adalah sebagai bahasa rasmi negara.
Selepas sepuluh tahun merdeka kerajaan akan mengkaji semula tentang kedudukan
bahasa Inggeris dengan tujuan untuk mengugurkannya daripada status bahasa rasmi dan
hanya bahasa Melayu sahaja yang diiktiraf sebagai bahasa rasmi. Untuk mencapai tujuan
itu, pada 31 Ogos 1967 kerajaan telah mengadakan pelbagai kegiatan bagi tujuan
memperluaskan penggunaan bahasa Melayu . Antara kempen yang dijalankan ialah Hari
Bahasa Kebangsaan, Minggu bahasa Kebangsaan dan Bulan Bahasa Kebangsaan.
Pelaksanaan penggunaan Bahasa Kebangsaan telah dipelopori oleh Dewan Bahasa dan
Pustaka dengan dipimpim oleh Syed Nasir bin Ismail.
2.8 Masalah ekonomi
Kegiatan ekonomi berbeza telah mewujudkan jurang pendapatan berbeza antara kaum
dan menimbulkan rasa tidak puas hati dan persaingan ekonomi secara tidak sihat.
Ketidakseimbangan ini menyebabkan setiap kaum saling mencemburui satu sama
lain. Orang melayu mencemburui kemewahan dan kejayaan orang cina manakala
orang cina dan india mencemburui kelebihan orang melayu yang mendapat peluang
perkhidmatan dalam sektor pentadbiran
12
.
2.9 Persatuan-persatuan etnik

12
Nik Anuar Nik Mahmud ,2007,. 13 Mei Sebelum Dan Selepas. Kuala Lumpur : UtusanPublications & Distributions.
J MS 213 SEJ ARAH POLI TI K MALAYSI A MODEN
15

Struktur masyarakat pelbagai kaum di Malaysia telah melahirkan banyak persatuan
politik, sosial dan ekonomi yang memperjuangkan kaum masing-masing tanpa
menghiraukan kaum-kaum yang lain. Menurut Nik Anuar Nik Mahmud (2007)
Rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 adalah peristiwa tragis yang terburuk dialami oleh
Malaysia. Peristiwa itu hampir-hampir memusnah-kan negara ini. Alhamdulillah, dengan
kebijaksanaan pemimpin dan semangat setia kawan rakyat, bencana itu telah dapat
ditangani dan negara kembali pulih seperti sediakala. Banyak pengajaran yang boleh
dipelajari daripada bencana itu. Antara yang terpenting ialah peri mustahaknya
memperkukuhkan perasaan muhibah dan ikatan perpaduan antara kaum demi kestabilan
politik dan keselamatan Malaysia yang berbilang kaum ini.
13











13
Nik Anuar Nik Mahmud ,2007,. 13 Mei Sebelum Dan Selepas. Kuala Lumpur : UtusanPublications & Distributions.
J MS 213 SEJ ARAH POLI TI K MALAYSI A MODEN
16

KESIMPULAN
Peristiwa pahit 13 Mei 1969 bukan sahaja dicatat sebagai sejarah pertelingkahan kaum yang
menggariskan sempadan - sempadan yang harus diteliti dan dipelihara oleh semua pihak, malah
ia turut memaparkan rahsia-rahsia pembinaan negarabangsa yang mencakupi bidang-bidang
politik, sosial dan ekonomi serta betapa pentingnya integrasi nasional. Andai kata petanda-
petanda yang diperolehi itu gagal dimanfaatkan sudah tentu cita-cita untuk membina Malaysia
sebagai sebuah negara maju dan makmur akan menjadi bayangan sahaja. Peristiwa 13 Mei
memberikan kesan positif kepada Malaysia yang terdiri dari pelbagai kaum. Sekarang Malaysia
menjadi sebuah negara yang pesat membangun bersama iklim politik yang sehat. Dalam
kelompok ASEAN, Malaysia merupakan contoh terbaik dari segi pembangunan ekonomi dan
kebebasan politik. Tragedi berdarah 13 Mei mesti menjadi iktibar pada rakyat Malaysia, ianya
merupakan insiden yang melagukan pesan bahawa rasa saling hormat menghormati antara kaum,
merupakan resepi paling penting dalam menjaga keharmonian negara. ramai di kalangan kita
seolah-olah enggan menerima kenyataan bahawa Peristiwa 13 Mei telah tercatat dalam sejarah
hitam negara. Sejarah tercetusnya pergaduhan kaum yang berdarah. Dan para pemimpin
terdahulu cuba untuk memadamkan sejarah tersebut agar generasi akan datang tidak pernah tahu
apa yang berlaku pada 13 Mei 1969 di Kuala Lumpur.
Tetapi kita lupa bahawa kita boleh melupakan sejarah tetapi sejarah tidak pernah melupakan kita.
Bagaimana kita boleh melupakannya kalau kita tahu bahawa Rukun Negara dibentuk hasil
Peristiwa 13 Mei?

J MS 213 SEJ ARAH POLI TI K MALAYSI A MODEN
17

Hari ini, kita seakan mengabaikan hubungan antara kaum dan setiap kaum pula saling tuduh
menuduh, fitnah memfitnah, malah sudah wujud riak-riak perbalahan melibatkan kaum. Cuma
riak itu belum menjadi gelombang. Ini kerana mereka lupa sejarah. Sejarah hitam 13 Mei 1969.
Mungkin sudah tiba masanya kita menyambut setiap kali 13 Mei dengan satu acara yang
membolehkan seluruh rakyat negara ini mengingatinya dengan harapan mereka tidak melakukan
perkara-perkara yang boleh berulangnya peristiwa hitam itu. 13 Mei merupakan satu pengalaman
dan pengajaran yang tidak dapat kita semua lupakan buat selama-lamanya. Kerana kejadian itu
dapat menunjukkan kepada kita semua tentang bahaya-bahaya yang boleh timbul sekiranya kita
terlampau lalai atau cuai. Kita seharusnya bangga dengan apa yang telah kita capai. Dengan
semangat perpaduan dan keharmonian serta kerjasama dan rasa muhibah, maka kita telah
mengatasi segala kesulitan untuk mencapai kemajuan dan kemakmuran yang tidak ada tolok
bandingnya.








J MS 213 SEJ ARAH POLI TI K MALAYSI A MODEN
18

BIBLIOGRAFI
Sumber dari Buku
Abdul Shukor Ariffin & Hassan Hj. Ali. 1982. Malaysia sejarah dan prose pembangunannya :
Pergolakan dasar ekonomi Negara sebelum dan selepas 1969.Kuala Lumpur : Pesatuan Sejarah
Malaysia.

Lee Ban Chen, 2004. Sejarah sebagai hakim muktamad. Kuala Lumpur : Strategic Information
Research Development (SIRD)

Jawatankuasa Kolokium, Jabatan Sejarah ,1991. Masyarakat melayu abad ke-19. Kementerian
Pendidikan Malaysia : Kuala Lumpur.

Nik Anuar Nik Mahmud ,2007,. 13 Mei Sebelum Dan Selepas. Kuala Lumpur :
UtusanPublications & Distributions.

Siew Chang Yee ,2007,. Rusuhan kaum 13, Mei 1969 : Peristiwa sebelum dan tindaka
selepasnya. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Ramlah Adam ,2004. Bibliografi politik Tunku Abdul Rahman Putra. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Sumber dari internet

http://ms.shvoong.com/humanities/history/1652218-peristiwa-13-mei/

http://tatiuc.edu.my/syahrul/peristiwa_13_mei.htm

ms.wikipedia.org/wiki/Peristiwa_13_Mei

zanas.wordpress.com/artikal/peristiwa-13-mei/

You might also like