Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
9Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Undang-undang

Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Undang-undang

Ratings: (0)|Views: 656 |Likes:

More info:

Published by: Shaikh Mohamed Noordin on Dec 14, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

12/11/2010

pdf

text

original

 
Bahasa Melayu sebagai bahasa undang-undang
Oleh Shaikh Mohamed Noordin
Pengenalan
Kebelakangan ini terdapat banyak pihak yang mempersoalkan tentang pengunaan bahasa Melayusebagai bahasa perundangan dan kehakiman di negara ini terutama pengunaannya di mahkamah peringkat tertinggi
1
. Ramai yang menyalahkan pihak hakim kerana dikatakan tidak begitu bertegas dalam memastikan penggunaan bahasa Melayu dilaksanakan sepenuhnya di mahkamahmereka. Ada yang menyalahkan pihak peguam kerana lebih suka memilih bahasa Inggeris atassebab kelongaran-kelongaran yang diberikan walaupun mereka sebenarnya fasih berbahasaMelayu.Ada juga yang menyalahkan kerajaan kerana terlalu lembab dalam menterjemahkan semuaundang-undang yang sedang berkuat-kuasa kedalam bahasa Melayu, sedangkan tempoh peralihan selepas sepuluh tahun dari tarikh hari merdeka sepatutnya bahasa Melayu digunakansudah lama berlalu. Tidak kurang juga ada yang menyalahkan sistem pendidikan undang-undangitu sendiri termasuk ahli-ahli akademik yang nampaknya lebih gemar menulis dalam bahasaInggeris kerana mengharapkan tulisan mereka akan mendapat bacaan yang lebih meluas. Pendek kata setiap pihak yang terlibat masing-masing mempunyai alasan dalam mempertahankan sikapmereka yang menyumbang kepada kelembaban dalam perlaksanaan penggunaan bahasa Melayudibidang perundangan dan kehakiman ini.Persoalannya sekarang, ketahap manakah penggunaan bahasa Melayu itu hendak disasarkan dan bagaimanakah kejayaan penggunaan bahasa Melayu ini boleh dinilai. Dibidang manakah penggunaan bahasa Melayu itu harus diberi lebih tumpuan? Adakah penggunaannya secara lisanitu patut dititik beratkan berbanding dalam bidang penulisan? Sumber perundangan manakah perlu diperbanyakkan dalam bahasa Melayu supaya dapat memenuhi permintaan pengamalundang-undang di negara ini?Kejayaan perlaksanaan penggunaan bahasa Melayu boleh dilihat dalam dua jenis undang-undangyang dinamakan
undang-undang bertulis
(written law) dan
undang-undang tidak bertulis
(unwritten law). Apa yang dimaksudkan dengan
undang-undang bertulis
itu adalah undang-undang yang digubal oleh badan-badan pembuat undang-undang seperti dewan perundangantermasuk pihak eksekutif. Undang-undang yang digubal itu pula kemudiannya akan diwartakansebelum dikuatkuasakan seperti akta-akta dan perundangan subsidiari. Manakala
undang-undang tidak bertulis
(unwritten law) pula adalah undang-undang yang dibuat oleh hakimmelalui
 penghakiman
mereka yang lazimnya akan dilaporkan dalam laporan undang-undang(law reports
2
). Undang-undang tidak bertuls ini juga dikenali sebagai undang-undang kes.
Masaalah penggunaan dwi-bahasa perundangan
1
Artikel terbaru yang mempersoalkan penggunaan bahasa Melayu di Mahkamah;
Bahasa Melayu DalamMahkamah (Utusan – 7-12-2008) 
2
Contoh laporan Undang-Undang seperti
Malayan Law Journal 
(MLJ),
Current Law Journal 
(CLJ) dan
 All Malaysia Reports
(AMR).
1
 
 Masih terdapat dokumen-dokumen perundangan utama Malaysia yang menggunakan bahasaInggeris sebagai naskah sahih, misalnya naskah sahih Perlembagaan Persekutuan itu adalah bahasa Inggeris. Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67
3
pula menyebut bahawa bermula dari 1September 1967 naskah bahasa Inggeris bagi undang-undang yang baru digubal tidak lagidijadikan sebagai naskah sahih sebaliknya digantikan dengan naskah bahasa Melayu sebagainaskah sahih, namun penggunaan kedua-dua bahasa ini masih diwajibkan dalam semua pengwartaan rang undang-undang, akta, enakmen dan perundangan subsidiari.Walaupun telah disebut bahawa naskah bahasa kebangsaan itu akan dijadikan teks sahih bermula1 September 1967, namun masih banyak lagi akta-akta yang digubal sebelum 1 September 1967yang masih kekal dalam naskah asal berbahasa Inggeris dan masih menuggu giliran untuk diterjemahkan kedalam bahasa Melayu sebagai naskah sahih yang baru, selagi akta-akta ini tidak diterjemahkan, selagi itulah naskah Inggeris itu akan terus dijadikan sebagai naskah sahih.Ini bererti bahawa bahasa Inggeris masih perlu digunakan di mahkamah terutama apabila kes-kesyang melibatkan akta-akta yang naskah sahihnya berbahasa Inggeris itu timbul dalam perbicaraan. Begitu juga dengan perundangan subsidiari, jika ianya diperbuat dan dikeluarkandibawah Akta, Ordinan dan Enakman yang dikanunkan sebelum 1 September 1967, teks bahasaInggeris perundangan subsidiari ini masih kekal dijadikan sebagai naskah sahih seperti manayang disebut dalam Pemberitahu Undang-Undang, P.U. 32/1968. Notis awal mengenai penggunaan bahasa Melayu yang bakal dilaksanakan dalam mahkamah dinegara ini sudah mula disebut didalam Pekara 152 Perlembagaan Persekutuaan 1957, dalam peruntukan sementara Fasal (4) dan (5)
4
dimana bahasa Inggeris masih lagi dibenarkan penggunaannya buat sementara waktu selama sepuluh tahun dari tarikh hari merdeka 31 Ogos1957 dikedua-dua peringkat mahkamah tinggi dan rendah.
3
Teks penuh Akta ini boleh didapati disini: http://www.agc.gov.my/agc/oth/Akta/Vol.%201/Akta%2032.pdf http://www.agc.gov.my/agc/oth/Akta/Vol.%201/Akta%2032.pdf  
4
 
“Fasal (4) dan (5), Perkara 152, Perlembagaan Persekutuan
(4) Walau apapun Peruntukan Fasal (1), selama tempuh sepuluh tahun selepas Hari Merdeka, dan selepas daripadaitu sehingga selainnya diperuntukkan oleh Parlimen, segala perbicaraan dalam Mahkamah Agung atau MahkamahTinggi hendaklah dijalankan dalam bahasa Inggeris: Dengan syarat bahawa, jika Mahkamah dan peguam bagikedua-dua pihak bersetuju, keterangan yang diambil dalam bahasa yang digunakan oleh saksi tidak payahditerjemah atau direkodkan dalam bahasa Inggeris.(5) Walau apapun peruntukkan Fasal (1), sehingga selainnya diperuntukkan oleh Parlimen, segala perbicaraan dalamMahkamah Rendah, lain daripada mengambil keterangan, hendaklah dijalankan dalam bahasa Inggeris”.
2
 
Seksyen 8, Akta Bahasa Kebangsaan 1967
5
diperkenalkan kemudiannya dengan tujuan untuk menggantikan peruntukan sementara Fasal (4) dan (5) ini, namun peruntukan ini masih memberikelonggaran kepada penggunaan bahasa Inggeris di mahkamah. Mahkamah mempunyai budi bicara untuk membenarkan salah satu bahasa Melayu atau Inggeris digunakan bagi keseluruhan prosiding, pilihan yang diberi itu nampaknya ia tidak memihak kepada bahasa Melayu dan sekaligus langsung tidak membantu usaha-usaha mempertabatkan penggunaan bahasa Melayu dimahkamah.Walau bagaimana pun keadaan ini telah pun diperbetulkan melalui Akta A765 Akta BahasaKebangsaan (Pindaan) 1990 yang berkuatkuasa pada 1 Jun 1990 bertujuan untuk memantapkanlagi penggunaan bahasa Melayu di mahkamah. Peruntukan yang dipinda kini cumamembenarkan bahasa Inggeris digunakan dalam keadaan tertentu saja, namun peruntukkan inimasih juga tidak menghalang penggunaan bahasa Inggeris sama sekali dalam mahkamah dinegara ini terutama diperingkat mahkamah tinggi keatas.
Usaha mendaulatkan bahasa Melayu
Bagi menampung kekurangan sumber perundangan dalam bahasa Melayu, kita perlu mengenal pasti sumber-sumber perundangan yang perlu diperbanyakkan dalam bahasa Melayu mengikutkepentingan dan keperluan amalan perundangan itu sendiri. Dua jabatan utama kerajaan iaituJabatan Peguam Negara dan Jabatan Kehakiman telah diberi tanggungjawab untuk melaksanakan penggunaan bahasa Melayu dalam bidang perundangan dan keghakiman ini. Penglibatan kedua-dua jabatan ini sebenarnya dapat membantu melaksanakan penggunaan bahasa Melayu denganlebih berkesan disamping dapat mempercepatkan lagi kekayaan sumber undang-undang bertulisdan undang-undang tidak bertulis dalam bahasa Melayu bagi memenuhi keperluan dan permintaan pengamal-pengamal perundangan di negara ini.Satu Unit khas yang dipanggil
”Unit Penterjemahan”
telah ditubuhkan pada 1 April 1964 olehJabatan Peguam Negara. Pada mulanya Unit ini diberi tanggungjawab untuk menterjemahkan borang-borang berkanun kedalam bahasa Melayu, menterjemahkan semua perundangan utamadan perundangan subsidiari yang digubal selepas Akta Bahasa Kebangsaan ini diluluskan padatahun 1963 dan diteruskan selepas Akta yang sama sekali lagi diluluskan selepas tempuh penaguhan penggunan bahasa kebangsaan itu tamat dan mula dikuatkuasakan pada 1 September 1967, memterjemahkan undang-undang yang sedia ada dan menterjemahkan perjanjianantarabangsa dan lain-lain dokumen perundangan yang dianggap perlu.Pada tahun 1979 Unit Penterjemahan ini ditukarkan namanya dengan nama
Seksyen Bahasa Kebangsaan, Bahagian Gubalan.
Fokus utama Seksyen ini ialah untuk merealisasikan peruntukkan Seksyen 6 Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67
6
yang mengkhendaki semua rang
5
Bahasa Mahkamah
8. Segala prosiding (selain pemberian keterangan oleh sesaorang saksi) dalam Mahkamah Persekutuan, MahkamahRayuan, Mahkamah Tinggi atau mana-mana Mahkamah Rendah hendaklah dalam bahasa kebangsaan.Dengan syarat nahawa Mahkamah boleh, sama ada atas kehendaknya sendiri atau permintaan mana-mana pihak dalam mana-mana prosiding dan selepas menimbangkan kepentingan keadilan dalam prosiding itu, memerintahkansupaya prosiding itu (selain pemberian keterangan oleh seseorang saksi) dijalankan dalam bahasa Inggeris.”
6
Teks sahih undang-undang
3

Activity (9)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 thousand reads
1 hundred reads
Mohamad Mahfuz liked this
Prem Krish liked this
Nadiafiq liked this
kuya.md liked this
aimanjoe liked this
Kshad Faiz liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->