You are on page 1of 11

TOKOH: WILIAM HEARD KILPATRICK (1871-1965)

FACULTY OF EDUCATION
UNNIVERITI TEKNOLOGI MALAYSIA




COURSE: MPF1403 THEORIES AND CHANGES IN CURRICULUM
NAMA: KOMALAVALLI VELIAPANDIAN
NO MATRIK: MP131239
SESI : 2013/2014





WILLIAM HEARD KILPATRICK
LATAR BELAKANG
William Heard Kilpatrick (1871-1965), adalah seorang pendidik
Amerika, ahli falsafah pendidikan, seorang guru yang unggul,
pengkritik radikal, dan juga seorang tokoh utama dalam gerakan
pendidikan progresif Amerika. Beliau dilahirkan pada 20
November 1871, di White Plains, Georgia. Anak kepada pasangan James Hines Kilpatrick,
seorang paderi Baptist, dan isteri keduanya Edna Perrin Heard yang telah berkahwin pada 20
Disember 1870.
Wiliam Heard Kilparick menerima pendidikan awal di sekolah tempatan dan pada
umur 17, beliau mendaftar sebagai pelajar tahun kedua di Universiti Mercer di Macon,
Georgia, sebuah institusi Baptist dimana, datuknya seorang pemegang saham awal dan
pengasas institusi tersebut. Kilpatrick lulus kelas kedua pada tahun 1891, dan menyelesaikan
pengajian sarjana Matematik dan Fizik di Universiti Johns Hopkins. Beliau telah kembali ke
Mercer pada akhir tahun 1892, di mana beliau telah dianugerahkan ijazah MA, bagi
menghargai kerja-kerjanya di John Hopkins. Kilpatrick menerima tawaran kerja pertamanya,
sebagai jawatan guru Matematik di sekolah gabungan rendah dan menengah di Blakely,
Georgia dan dilantik sebagai pengetua sekolah tersebut dalam jangka masa setahun.
Kilpatrick telah mengikuti kursus musim panas dalam pendidikan di Kolej Rock,
Athens. Johann Heinrich Pestalozzi, pensyarahnya tentang idea pendidikan yang banyak
mengubah cara pemikirannya. Setelah 3 tahun megajar di Blakely, Kilpatrick ke John
Hopkins selama setahun untuk kerja siswazah. Seterusnya telah ke Savannah, Georgia, untuk
mengambil ailh tugas sebagai pengetua sekolah di Anderson Elementory School. Pada
penghujung tahun tersebut, beliau telah dilantik sebagai profesor Matematik dan Astronomi di
Universiti Mercer. Beliau berkhidmat di Mercer diantara tahun 1897 hingga 1906, dan pada
ketika itu juga beliau menyandang jawatan sebagai pemangku presiden. Pada ketika itu,
beliau sangat popular di kalangan pelajar dan mempunyai hubungan yang erat dengan pelajar.
Pada tahun 27 Disember 1898, beliau telah berkahwin dengan Marie Beman Guyton
yang berasal dari Mariana, Florida. Pasangan ini dikurniakan 3 orang anak tetapi 2
daripadanya telah meninggal dunia di peringkat awal. Disebabkan perbezaan doktrin dengan
pihak berkuasa Mercer, Kilpatrick telah meletak jawatan dan menerima jawatan sebagai guru
dan juga menyandang jawatan sebagai pengetua di sebuah sekolah tinggi Columbus, Georgia.
Pada tahun berikutnya, beliau menerima biasiswa untuk belajar pendidikan di Kolej Guru,
Universiti Columbia dan kekal sebagai pelajar dan ahli fakulti sehingga beliau bersara pada
tahun 1938. Kilpatrick dianugerahkan pelantikan sambilan di Kolej Guru pada tahun 1909,
dan mengambil ijazah kedoktoran pada tahun 1912. Pada tahun 1915 pula, beliau telah
dilantik sebagai Profesor Madya dan telah dinaikkan pangkat ke jawatan Profesor pada tahun
1918. Selain jawatan di Columbia, Kilpatrick memegang jawatan sebagai pensyarah pelawat
atau profesor di University of Georgia, Univeristy of Kentucky, University of Minnesota,
University of North Carolina, University Northwestern, University South, dan University
Stanford. Selain itu, beliau juga turut melawat sekolah-sekolah di luar negara dan berceramah
di Austria, Ceylon (kini Sri Lanka), China, Czechoslovakia (kini Republik Czech dan
Slovakia), Mesir, Belanda, India, Jepun, Korea dan Turki.
Kilpatrick seorang yang amat aktif dalam organisasi pendidikan dan sivik,
contohnya, beliau pernah menjadi pengerusi American Youth for World Youth, pengerusi
lembaga pemegang amanah Bennington College, Presiden John Dewey Society, pengerusi
Liga Demokrasi Perindustrian, dan presiden Urban League of Greater New York. Pada tahun
1920-an dan 1930-an, Kilpatrick dianggap pendidik progresif yang paling berpengaruh pada
zaman itu. Para pendidik melihat Kilpatrick sebagai pengikut Dewey dan juga orang yang
mempopularkan falsafah pendidikan negara itu. Beliau berkongsi matlamat dengan Dewey
yang ingin meletakkan penyelesaian masalah sebagai teras proses pendidikan.
Walaupun penulisan bukan suatu yang mudah bagi Kilpatrick, tetapi beliau telah
mengarang 14 buku dan beratus-ratus artikel. Penulisan beliau memberi pengaruh yang
mendalam kepada pendidikan Amerika. Sebagai guru dan pensyarah, beliau mempunyai
kemahiran luar biasa untuk meransang kelas yang terdiri daripada beratus-ratus pelajar adalah
legenda. Dianggarkan bahawa beliau mengajar hampir 35,000 pelajar di Kolej Guru, yang
kebanyakkannya mengambil alih jawatan kepimpinan pendidikan di seluruh negara akhirnya.
Pada tahun 1938, Kilpatrick telah bersara, malah masih aktif dalam hal ehwal sivik
dan terus bersyarah di beberapa universiti. Isteri keduannya telah meninggal dunia pada
musim gugur tahun 1938, dan Kipatrick telah berkahwin dengan bekas pelajar beliau, Marion
Ostrander pada 8 Mei 1940. Pada tahun 13 Februari 1965, beliau meninggal dunia di New
York City.

PANDANGAN TERHADAP PENDIDIKAN & SUMBANGAN DALAM
PERKEMBANGAN TEORI
Perasaan ingin tahu Kilpatrick, membawa beliau meminjam buku yang bertajuk The origin
of species yang ditulis oleh Darwin di sebuah perpustakaan di Mercer. Selepas membaca
buku tersebut, beliau telah menolak secara keseluruhan latihan agamanya dan falsafah yang
tela diamalkannya selama ini. Seterusnya menolak konsep jiwa yang kekal, kehidupan
selepas mati dan semuanya berkaitan dengan penyembahan Tuhan. Walaupun beliau amat
mengetahui kesannya terhadap perhubungannya dengan ibu bapa beliau, terutama terhadap
ayahnya. Pada pandangan Kilpatrick, walaupun beliau menolak ideologi agamanya, beliau
tidak berubah dari segi penampilannya, kehidupan sosial, dan pandangan moralnya masih
kekal. Perkara ini agak berbeza dengan sistem pendidikan Malaysia yang amat mementingkan
nilai keTuhanan seperti yang ternyata dalam Rukun Negara yang pertama. Negara kita lebih
mementingkan nilai murni dan kepatuhan kepada Tuhan yang diselitkan secara tidak langsung
dalam semua mata pelajaran yang diajar. Rancangan pengajaran guru diwajibkan mempunyai
agenda penerapan nilai sebagai satu elemen penting.
Penemuan Kilpatrick tentang domain moden, sains evolusi, dan tarikan untuk
membuka siasatan intelek terakhir. Ini menyebabkan beliau menolak ilmu yang berorintasikan
agama. Pengalaman pendidikan ini, menyebabkan beliau menghayati idea-idea dan
pandangan sains moden dan untuk menjadi komited untuk mengejar kebenaran sekular.
Kilpatrick teruja dengan siasatan dan sains yang membantu memberikan arah kepada
hidupnya. Beliau membangunkan falsafah pendidikan yang melangkaui individualism dan
pseudo-scientific technicism pendidik seperti John Franklin Bobbitt, Edward L.Thorndike,
W.W.Charters, David Snedden dan sebagainya.
Seterusnya, pensyarah beliau tentang idea-idea pendidikan di Georgia, Johann
Heinrich Pestalozzi memberi kesan yang ketara kepada cara pemikirannya Kilpatrick. Perkara
ini menjadi titik tercetusnya idea tentang pembelajaran bernilai yang memperuntukkan
pembelajaran bermakna, pengalaman yang diminati oleh pelajar di mana, mereka boleh
mengembangkan tanggungjawab secara benar. Orientasi itu menolak pandangan popular
bahawa kunci kepada pembelajaran terletak pada penguasaan ilmu dari buku, kaitannya
dengan pelajaran, pembacaan dan peperiksaan. Pemahaman yang yang tulen adalah kurang
berbanding dengan kepentingan dan mungkin juga penghalang kepada kejayaan akademik.
Adalah agak mustahil bagi dunia pendidikan menjauhi perkara ini. Di negara kita sendiri,
walaupun pelbagai pembaharuan dan penambahbaikan dibuat dalam sistem pendidikan, kita
tidak dapat mengelakkan diri dari pada sistem asas pendidikan seperti pendidikan berasaskan
buku teks, peperiksaan, ujian dan sebagainya. Selain itu, faktor politik juga memainkan
peranan yang penting dalam sistem pendidikan Malaysia yang sentiasa berubah mengikut
kehendak pihak yang berkepentingan. Perkara ini dianggap sebagai suatu kelemahan yang
ketara dan tidak dapat dibendung.
Kilpatrick melihat keperluan pelajar melibatkan diri dalam suatu perkara yang
bermakna kepada mereka dan menjadi komited untuk merangka tindakan yang membina
minat pelajar. Seterusnya, beliau ingin mempercayai anak tersebut, membawanya ke dalam
apa yang sedang berlaku, and ingin meyakinkan mereka bahawa beliau telah cuba membantu
mereka. Pada pendapat beliau, tidak wujud satu ruang yang mengasingkan guru dan pelajar.
Pengalaman awal mengajar di Georgia, mengajarnya kepentingan mengenalpasti pelajar
dengan menunjukkan perasaan kasih sayang. Sikap memupuk hubungan yang dipelajari dari
ibunya, membantu beliau mengingati bekas pelajarnya dan menikmati hubungan sebagai ayah
dengan ramai pelajarnya dengan lebih lama. Peruntukkan pengalaman yang bermakna kepada
pelajar menghubungkan mereka dengan minat interistik yang lebih untuk memberi perhatian
atau untuk menyelesaikan tugasan mereka.
Kilpatrick telah mengamalkan cara mendidik anak murid dengan perasaan kasih
sayang sejak abad ke 20-an, yang baru diwarwarkan di dalam sistem pendidikan kita sejak
kebelakangan ini. Pelbagai peraturan dan pekeliling telah disiarkan untuk mewujudkan
sekolah penyayang, larangan merotan, program mentor-mentee yang ingin membantu
mengurangkan jurang antara guru dan pelajar. Walau bagaimanapun, perkara ini perlu
bimbingan berterusan dan teliti supaya displin pelajar sentiasa terkawal sepanjang masa di era
siber ini. Dapat disimpulkan sejak abad ke 20-an, Kilpatrick telah menekankan bahawa
tugasan seorang guru amatlah berat dan perlu memainkan peranan sebagai seorang ahli
faslasah, pemikir yang jelas, dan juga sebagai ahli psikologi.




PANDANGAN DARI SEGI PSIKOLOGI DAN TEORI
Kilpatrick dan Dewey berkongsi matlamat untuk membentuk satu kurikulum sekolah
yang mencerminkan tahap minat pelajar dan tujuannya, sekaligus meletakkan penyelesaian
masalah sebagai teras proses pendidikan. Bagaimanapun, Kilpatrick bergerak agak jauh dari
Dewey dalam tahap penentangan terhadap kurikulum tradisional, dianjurkan terlebih dahulu
dan disampaikan kepada pelajar dalam bentuk subjek yang tetap. Kilpatrick amat dipengaruhi
oleh teori psikologi pembelajaran Edward Thorndike. Menurut teori law of learning
Thorndike, perlakuan pembelajaran sebenar akan melahirkan rasa puas hati dan perlakuan
yang berulang secara paksaan boleh menimbulkan rasa gemas. Daripada teori ini, Kilpatrick
merumuskan psikologi kanak-kanak adalah elemen yang amat penting dalam proses
pembelajaran. Pada pandangan beliau, kanak-kanak perlu diberi peluang dan kebebasan
melakukan perkara yang mereka gemari. Dipercayai perkara ini akan memotivasikan dan
pembelajaran yang berjaya, seterusnya meningkatkan untuk mengejar purposes mereka
sendiri.
Menggunakan wawasan ini, Kilpatrick (1925) mendefinisikan projek sebagai hearty
purposeful act iaitu pelakuan mesra yang bertujuan, suatu perlakuan yang telah dirancang
(hearty palnned act). Purpose(tujuan) diandaikan sebagai kebebasan perlakuan dan tidak
boleh ditentukan. Sebaliknya, tujuan itu akan mati sekiranya guru masih menghendaki
penyiapan suatu yang telah dimulakan, projek itu menjadi tugasan semata-mata dan
membosankan. Oleh itu, Kilpatrick memantapkan motivasi sebagai ciri penting dalam kaedah
projek. Apajua perkara yang dilakukan dengan bertujuan atau purposefully adalah projek.
Tidak ada nilai kehidupan yang dimasukan. Kilpatrick (1918) merangka teori yang diklasifiasi
secara sistematik dari pembinaan mesin melalui penyelesaian masalah matematik dan
pembelajaran perbendaharaan French, melihat matahari terbenam, dan mendengar sonata
Beethoven. Berbeza dengan orang sebelumnya, Kilpatrick tidak mengaitkan projeknya dengan
suatu mata pelajaran secara spesifik dan bahagian pembelajaran sebegini seperti latihan
manual atau pembinaan pekerjaan yang tidak memerlukan penyertaan atau penglibatan yang
aktif. Pada pandangan Kilpatrick, projek mempunyai empat fasa iaitu :bertujuan (purposing),
perancangan (planning), melaksanakan (executing), dan menilai (judging). Kemaraan yang
ideal akan wujud sekiranya, keempat-empat fasa ini dimulakan dan disempurnakan oleh
pelajar itu sendiri dan bukannya guru.

PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DAN IDEA PSIKOLOGI KILPATRICK
Selepas meninggalkan Johns Hopkins untuk kali kedua, Kilpatrick pada tahun 1896 telah
menerima jawatan sebagai pengetua sekolah Anderson Elementary School di Savannah,
Georgia. Beliau mengajar tahap tujuh dan bertanggungjawab menyelia sembilan guru dan
empat ratus pelajar. Pada ketika beliau telah menganjurkan pandangan bahawa tidak perlu
satu pembahagian antara pelajar dan guru. Satu jalinan hubungan mutual perlu ada dan pelajar
perlu mengetahui bahawa guru adalah orang yang menyokong mereka. Seterusnya, beliau
juga menyakinkan pihak berkuasa dan mendapatkan pengecualian penilaian yang selalu
dilaksanakan di sekolah. Di sekolah tesebut, kad prestasi penilaian tidak akan dihantar ke
rumah pelajar sebaliknya, nota ketidakhadiran dan kelewatan pelajar ke sekolah sahaja
dihantar ke rumah.
Menurut Kilpatrick, adalah amat penting bagi seorang guru memahani setiap pelajar
dan beliau mengetahui perkara baik mengenai pelajar tersebut. Dalam pembelajaran di kelas,
setiap pelajar diberi peluang untuk menunjukkan perkara baik yang diketahui dan perkara
yang boleh dilakukannya. Beliau tidak pernah memarahi pelajar beliau, tidak pernah
menggunakan bahasa yang kasar terhadap pelajar supaya dengan cara pembelajaran ini,
mereka dapat suatu yang baik daripadanya. Beliau amat mempercayai pelajar-pelajarnya.
Seterusnya, beliau juga memberi layanan dan menghormati mereka sama seperti orang
dewasa. Beliau memberi peluang kepada semua pelajar menunjukkan kelakuan yang baik dan
memberi penghargaan kepada tingkah laku yang diiktiraf. Menurut beliau, adalah lebih baik
daripada mencari satu sistem untuk mengurus dan melaraskan tingkah laku pelajar seperti
yang kita ketahui sebagai pengawalan kelas yang memerlukan kawalan dan manipulasi.
Mengharapkan terbaik daripada pelajar, memberi perhatian, mengenalpasti kesempurnaan dan
menghormati minat mereka untuk membina dan mengembangkan pengalaman mereka adalah
lebih baik.
Pada tahun 1900 di Universiti Cornell, kursus musim panas yang diikuti oleh
Kilpatrick bersama Charles DeGarmo dan pembacaan bukunya Interest and effort banyak
mengubah aspirasi dan perasaan beliau. Beliau menunjukkan bahawa tidak ada satu konflik
antara minat dan usaha. Dalam kata lain, semakin berminat sesorang dalam suatu hal, semakin
tinggi usahanya dalam hal tersebut. Oleh itu, dalam semua pendidikan, pokok kepada proses
pendidikan adalah minat individu, dan itu adalah terbaik untuk memulakan pendidikan
dengan minat dan pendorong diri.

PROGRESIVISME
Kilpatrick menjelaskan bahawa siasatan yang mendalam dan pembaktian pemikiran yang
jelas amat diperlukan kepada semua pihak yang mementingkan hal pendidikan. Kilpatrick,
John Dewey dan ramai lagi yang berterusan menawarkan pendidikan alternatif untuk
menekankan kecekapan, penstandardan, kawalan dan cara untuk memanipulasikannya. Beliau
menawarkan cara untuk belajar dan hidup sebenar-benarnya seragam, seterusnya untuk
mengubah persekitaran di sekolah awam. Satu masalah antara konseptual dan ideological
yang sering dibincangkan adalah tentang persekolahan dan demokrasi adalah maksud
perbincangan demokratik, pelaksanaannya, seterusnya nilai yang terus teguh dengan ulangan
berkala. Banyak kumpulan yang berminat dan pihak yang berkuasa mencadangkan satu visi
demokrasi atau ada yang selaras dengan agenda ideologi yang lebih besar. Memahami
wujudnya perbezaan kepentingan konseptual dan ideologikal wujud, kita perlu mengadaptasi
atau menjadi pelaksana demokrasi yang lebih cergas, bernilai dan menjadi suatu institusi.
Kilpatrick berwawasan untuk menjelaskan bagaimana kelas harian mengambil
keputusan dalam membawa maksud politik. Seperti beliau telah meyediakan persoalan yang
jelas tentang isu berkaitan pedagogy dan persilangan kurikulum dengan politik, moral dan
domain sosial dunia. Pilihan pendidikan selalunya bertindak balas dan menolong
memperkukuhkan, satu set nilai, kepentingan dan perspektif yang mempunyai kesan untuk
meneruskan minat sambil menghalang yang lain. Guru sebagai akibatnya menghadapi
beberapa kesukaran dan isu yang kompleks seperti : Apakah nilai yang menjadi panduan
kewujudan suasana suatu kelas? Apa mode analisis, cara pemikiran dan jenis pengalaman
yang perlu digalakan dan yang perlu dihalang? Apa mode interaksi yang perlu dipromosikan
atau dihadkan di dalam kelas? Apakah bentuk pengetahuan yang paling bernilai diteruskan
selama-lamanya? Secara ringkas, tidak ada suatu tempat yang neutral untuk berdiri, sebagai
keputusan dibuat setiap hari di dalam kelas atau dibuat oleh orang di luar kelas, menyokong
suatu kepercayaan normatif dan anggapan-anggapan, idea-idea dan kepercayaan yang kukuh.
Kepercayaan dan anggapan sebegini perlu diuji dan dianalisa oleh guru dan juga golongan
yang menyediakan pengajaran.
Kilpatrick menyatakan bahawa guru memberi kesan kepada harapan, impian, etika,
dan perpektif pelajar, dan oleh itu, masa depan masyarakat di mana mereka dan pelajar-
pelajar hidup. Menurut Kilpatrick, demokrasi adalah cara hidup, jenis dan kualiti kehidupan
bersekutu di mana prinsip moral yang menegaskan hak untuk mengawal secara individu dan
kelakuan sekumpulan. Komuniti demokratik mengalakkan ahlinya untuk menjadi peserta
dalam perbincangan sivik yang memerlukan kesepaduan, tindakan usaha sama pada nama
keadilan sosial dan perubahan struktur. Secara umum progresif, seperti yang kita dapat lihat
dalam kaedah projek Kilpatrick, kanak-kanak adalah orang yang sepatutnya, aktif sibuk
dalam mencuba untuk memahami dan menjadi lebih berkemahiran di dunia yang mereka
hidup ini. Walau bagaimanapun, terdapat suatu kekurangan yang ditekankan oleh
kebanyakkan orang progresif, termasuk Kilpatrick ialah suatu penjelasan yang memberi
panduan ke arah mana usaha pendidikan perlu menuju.
IDEA DAN PENULISAN PENTING TOKOH DALAM BIDANG KURIKULUM DAN
PENGAJARAN.
Kilpatrick amat prihatin tentang minat pelajar dan tujuan pelajar tidak menyebabkan
pendidikan invidualisme yang berlebihan. Seperti mentornya John Dewey, Kilpatrick berjaya
merapatkan jurang antara pendidikan berpusatkan pelajar, dan berpusatkan masyarakat dalam
gerakan pendidikan progresif. Berhubung hal ini, beliau telah menyunting The Educational
Frontier (1933), sebuah buku tahunan yang menekankan keperluan untuk pendidikan formal
sekaligus memberi tumpuan kepada isu-isu sosial kontemporari, masalah dalam menyediakan
kanak-kanak untuk mengambil bahagian secara pintar dalam penggubalan idea untuk
perubahan sosial. Kumpulan perbincangan tidak rasmi Kilpatrick sejak beberapa tahun di
Kolej Guru dan pada tahun 1934, telah melancarkan The Social Frontier ( yang
dipangFrontier of Democracy, selepas tahun 1939), satu jurnal pendidikan reformis
kecergasan yang luar biasa selama sembilan tahun kewujudannya. Jurnal tersebut disunting
oleh Kilpatrick sejak tahun 1939 ke tahun 1943.
Penulisan bukan suatu yang mudah bagi Kilpatrick, beliau telah mengarang 14 buah
buku dan beratus-ratus artikel. Penerbitan beliau yang paling penting termasuk: The
Montesorri System Examined (1914), A Sourse Book in the Philosophy of Education (1923),
Education for a Changing Civilization (1926), Education and the Social Crisis (1932),
Remaking the Curriculum (1936), Selfhood and Civilization (1941), dan Philosophy of
Education (1951).
Pada tahun 1918, esei Kilpatrick tentang The Project Method muncul dalam
Teachers College Record dan kemudiannya berkembang dalam buku bertajuk Foundation
of Method (1925). Selama beberapa tahun, 60,000 cetakan semula esei tersebut telah dijual
dalam bentuk risalah.

KESIMPULAN
Kita amat berhutang kepada Wiliam Heard Kilpatrick dan juga tradisi progresif yang banyak
dipengaruhinya. Seterusnya, menunjukkan keperluan untuk pendidik melihat tindakan mereka
dan membantu selanjutnya, sosial, secara politik dan perspektif psikologi. Terutamanya, di
sekolah yang masih tidak memberi perhatian kepada minat pelajar dan penyertaan yang tidak
dipedulikan, menasihati supaya guru dan pelajar di sisi yang sama dan mewujudkan suasana
kelas yang mempunyai kegembiraan tulen yang dapat dirasai, adalah amat penting. Bagi
menyempurnakan hal ini, dan membantu mencipta konteks sosial yang akan memberi
kebenaran kepada pelajar mengambil bahagian seperti orang dewasa , dan memerlukan
tindakan politik yang progresif yang lebih berpandu.
Konsep progresivism menyediakan individu yang dapat menyelesaikan suatu masalah dan
membolehkan individu menyesuaikan diri dengan perubahan yang berlaku dalam kehidupan.
Individu yang berilmu dan berpengetahuan sebaik-baiknya berkebolehan untuk mencari
alternatif penyelesaian yang sesuai dengan masalah yang timbuldalam lingkungan
persekitarannya. Pendekatan induktif yang dilaksanakan, memberi peluang kepada pelajar
mengeluarkan pendapat secara berdikari dengan usaha sendiri tanpa bergantung kepada guru
semata-mata. Dalam hal ini, sistem pendidikan di negara kita sendiri tidak dapat
mengaplikasikan secara sempurna kerana tidak ada satu garis panduan yang jelas tentang
perkara ini. Walaupun, pelbagai usaha telah digiatkan, tetapi pendidikan negara kita masih
terbelenggu dengan sistem tradisional. Seperti yang kita dapat lihat sendiri kegagalan Sistem
Pentafsiran Berasaskan Sekolah yang lebih dikenali sebagai PBS, ini mungkin kerana masih
wujud beberapa kesilapan teknikal yang perlu diperbaiki.
Matlamat Kilpatrick dan pendidik konstructivism adalah pelajar yang dapat berfikir
secara kritikal, mengadili situasi, dan menyelesaikan masalah secara berdikari dalam
masyarakat demokrasi. Kejayaan pendidik pada abad ke-21, memerlukan kebolehan untuk
mencari jawapan disebalik asimilasi tradisional guru. Pemikiran imaginasi dan kreatif amat
diperlukan di dunia sebenar dan idea Kilpatrick relevan dalam bahagian modifikasi yang
lazim dipraktikkan. Kegagalan dan kejayaan Kilpatrick akan terbukti dengan proses
pendidikan masa kini.

RUJUKAN
Dr.John h. Lounsbury, (2005).William Heard Kilpatrick, 1870-1965, College of Education.
Georgia College. Retrieved Mac 17, 2014 from, www.digitalcommons.uconn.edu
Landon E.Beyer. (1999). William Heard Kilpatrick. Paris,UNESCO: International Bureau of
Education, vol.XXVII no 3, 470-85. Retrieved Mac 17, 2014, from,
www.ibe.unesco.org/publications/ThinkersPdf/kilpatricke.
Thomas H. Kilpatrick. (1918). The Project Method, Teachers College Record 19 , 319-334.
Retrieved Mac 18, 2014, from. www.historymatters.gmu.edu/d/4954/

You might also like