You are on page 1of 2

Resepi Red Velvet

Oleh: Nur Liyana Zulkikli


LIKE imasak.com

Bahan-bahan kek :

150gm mentega
300gm gula castor
2 biji telur saiz A
250ml susu Dutch Lady full cream (kotak kecil)
250gm tepung naik sendiri
20gm serbuk koko
1 tsp (sudu teh) esen vanilla
2 tbsp (sudu makan) pewarna merah
1 tsp (sudu teh) soda bikabornat
1 tsp (sudu teh) cuka putih
tsp (sudu teh) garam

Bahan-bahan krim :

500gm krim keju (cream cheese), saya guna jenama tatura
100gm mentega
150gm gula aising
Secubit garam
1 tbsp (sudu makan) jus lemon / jus limau nipis / jus limau kasturi
1 tsp (sudu teh) esen vanilla

Cara-cara :

Membuat kek:
1. Mula-mula pukul mentega bersama gula castor sehingga kembang. Kemudian
masukkan telur satu persatu, masukkan esen vanilla dan pukul sebati.
2. Satukan tepung, serbuk koko dan garam yang telah diayak, kemudian satukan pulak
susu segar bersama pewarna merah di dalam satu bekas.
3. Kemudian masukkan 1/3 daripada campuran tepung ke dalam adunan mentega tadi,
kacau menggunakan spatula / senduk kayu, tidak perlu menggunakan pemukul.
Seteruskan masukkan separuh daripada susu, kacau lagi hingga sebati. Ulang semula
langkah yang sama dengan memasukkan tepung, kemudian susu dan tepung semula
4. Akhir sekali masukkan soda bikarbornat yang telah dicampur dengan cuka, gaul
sebati. Tuang adunan kek ke dalam loyang yang telah dilapik dengan kertas minyak.
5. Masukkan ke dalam loyang. Bakar pada suhu 160c selama 60 minit.

Membuat krim:
1. Masukkan kesemua bahan, pukul hingga sebati lebih kurang dalam masa 15minit.
Sedia untuk dilepa pada kek yang telah sejuk.

Tips :

Kek yang telah sejuk boleh dibahagi kepada dua bahagian dengan memotong pada
bahagian tengah dengan menggunakan pisau bergerigi.
Untuk lepaan yang kemas dan cantik, mula-mula sapu nipis krim, kemudian sejukkan
sebentar ke dalam peti ais. Kemudian boleh ulang semula sapuan krim dengan lebih
tebal selepas kek telah sejuk. Hiasan tepi boleh dibuat meggunakan nozel bersesuaian.
Hiasan pada kek boleh menggunakan buah-buahan segar seperti strawberi. Boleh
juga menggunakan coklat urai atau sedikit kek yang telah diramas menjadi serbuk.
Selamat mencuba

You might also like