Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Look up keyword
Like this
8Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Deklarasi Pendidikan Bahasa Ibunda 1999

Deklarasi Pendidikan Bahasa Ibunda 1999

Ratings: (0)|Views: 172|Likes:
Published by siew chang yee
Pendidikan merupakan satu isu yang sering mengundang kontroversi di negara kita. Kehadiran sekolah vernakular sering dilihat sebagai penghalang perpaduan negara.
Pendidikan merupakan satu isu yang sering mengundang kontroversi di negara kita. Kehadiran sekolah vernakular sering dilihat sebagai penghalang perpaduan negara.

More info:

Published by: siew chang yee on Dec 15, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

07/08/2014

pdf

text

original

 
DEKLARASI PENDIDIKAN BAHASA IBUNDA 1999Walaupun SJKC telah diserap ke dalam sistem persekolahan kebangsaan dan mendapat pengiktirafan rakyat berbilang kaum, tetapi perkembangan sekolah aliran vernakular itumenghadapi pelbagai sekatan dan halangan. Pelbagai usaha, perbincangan sertamemorandum telah dilakukan tetapi langkah penyelesaian ke arah kemelut yang dihadapioleh sekolah Cina gagal diatasi walaupun sudah berlarutan berpuluh-puluh tahun. Inidisebabkan kegagalan kerajaan mengotakan harapan dan janji-janji untuk pembinaan sekolahCina mahupun saluran bantuan kewangan kepada sekolah aliran tersebut.Menjelang tahun 1970an, sekolah-sekolah randah aliran Cina ( SJKC ) menghadapikesesakan pelajar yang melampau. Di mana pada tahun 1971, jumlah pelajarnya mencecah409,980 orang dan ia terus meningkat kepada 486,710 orang pada tahun 1978. Fenomenatersebut berterusan sehinggalah tahun 80an dan 90an di mana jumlah pelajar di SKJC padatahun 1987 adalah seramai 582,126 orang dan ia mengalami peningkatan seramai 17,394 pelajar menjelang tahun 1998 dan menjadikan jumlah pelajar di SJKC seramai 599,520 orang(Dong Jiao Zong. 1999 :17 ) Namun begitu, bilangan sekolah rendah Cina terus berkurangan dan ia dapat dilihatdalam perangkaan yang menunjukkan bilangan sekolah rendah Cina telah merosot sebanyak 12 buah pada tahun 1998. Di mana bilangan sekolah aliran tersebut hanyalah 1283 berbanding 1295 pada tahun 1987 ( Bahagian Perancangan dan Penyelidikan DasaPendidikan, Kementerian Pendidikan). Situasi tersebut diperburukkan lagi dengankeengganan kerajaan membina atau memberi kebenaran untuk pembinaan sekolah baru. Inikerana kuasa pembinaan atau penyelenggaraan sekolah tertakluk di bawah seksyen 28 AktaPendidikan 1996 dan melalui akta ini Menteri Pendidikan berkuasa meluluskan pembinaanmahupun menyalurkan bantuan kewangan kepada semua sekolah di Malaysia.Pada masa yang sama, sekolah Cina yang berstatuskan separuh bantuan kerajaan jugamenghadapi masalah kekurangan peruntukan kewangan. Ia hanya memperoleh 18 juta ringgit( 7% ) daripada sejumlah RM268 juta ringgit yang diperuntukkan bagi tujuan pendidikan bagi tempoh 1971-1978 ( Kua, 2006:51). Nasib yang menimpa sekolah-sekolah CinaMenengah Persendirian ( SUWA) dilihat lebih tragis di mana sekolah-sekolah aliran tersebuttidak mendapat sebarang bantuan kewangan mahupun pengiktirafan dari kerajaan keranakegagalan sekolah aliran tersebut memenuhi syarat yang ditetapkan oleh kerajaan. Justeru itu,
1
 
 para pelajarnya dibebani dengan pembayaran yuran bulanan serta pelbagai aktiviti bukanakademik seperti mengutip derma serta jualan amalan bagi menampung perbelanjaan pendidikan. Di samping itu, Kementerian Pendidikan juga enggan mengiktiraf sijilPeperiksaan Bersama Sekolah Menengah Persendirian Cina sebagai lulusan akademik untuk memasuki Institusi Pendidikan Tinggi Awam ( IPTA ), perkhidmatan awam mahupun maktab perguruan. Lantaran itu, ramai pelajar lepasan Sekolah Menengah Cina Persendirian( SUWA) terpaksa melanjutkan pelajaran mereka di IPTS mahupun universiti luar negarayang bukan aliran Inggeris seperti Universiti Nanyang di China.Satu lagi dilema yang turut dihadapi oleh SJKC ialah kekurangan guru terlatih yang berkelayakan bahasa Mandarian. Ia berpunca daripada kegagalan Kementerian Pendidikandalam mewujudkan satu rancangan latihan perguruan yang teratur. Di mana tidak wujudnyasatu sistem yang berkesan dalam melatih guru mengikut keperluan aliran. Lantaran itu, SJKCmengalami kekurangan 3000 guru bahasa Cina dan sebaliknya Sekolah Kebangsaan ( SK ) pula mempunyai lebihan 12.000 orang guru ( Dong Jia Zong, 1999:20 ). Dalam usaha untuk menangani masalah tersebut, Kementerian Pendidikan telah mengambil jalan mudah denganmenempatkan guru-guru yang berlebihan di Sekolah Kebangsaan di SJKC. Namun begitulangkah tersebut bukan sahaja gagal menyelesaikan masalah di SJKC tetapi mengusutkan lagimasalah yang sedia ada. Ini kerana pihak pentadbir di SJKC tidak mampu menyediakan mata pelajaran yang secukupnya untuk guru-guru SK yang ditempatkan di sekolah-sekolah Cina.Guru-guru dari Sekolah Kebangsaan hanya mampu memainkan peranan yang terhad di SJKCkerana masalah kekangan bahasa. Mereka diberi tugas mengajar Bahasa Malaysia dan BahasaInggeris di samping mata pelajaran yang kurang diberi penekanan dalam peperiksaan sepertiPendidikan Jasmani, Pendidikan Seni dan Muzik. Lantaran itu, kekurangan guru dalam mata pelajaran kritikal seperti bahasa Cina, Matematik dan Sains terpaksa diisi oleh guru sandaran( GSTT ) yang tidak mendapat latihan perguruan yang sewajarnya.Menyedari permasalahan yang dihadapi, Dong Jiao Zong selaku sebuah badan NGOyang perjuangkan kelangsungan pendidikan Bahasa Cina di negara kita telah melancarkanDeklarasi Pendidikan Bahasa Ibunda pada 1 Ogos 1999. Deklarasi tersebut mengandungi 6 penyata serta 12 tuntutan yang bertujuan untuk mendesak kerajaan mengambil langkah-langkah yang proaktif dalam menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh SJKC.Dong Jiao Zong telah menyeru sokongan dari parti-parti poltik bagi menyuarakan sokonganmereka terhadap tuntutan badan tersebut dan meminta semua pengundi menyokong usaha kearah mempertahankan pendidikan bahasa ibunda yang dianggap sebagai satu hak asasi
2
 
sejagat seperti yang telah digariskan dalam Deklarasi Universal Hak-Hak Linguistik,Barcelona 1996. Di mana ia menekankan bahawa “ Semua bahasa adalah penyata bagi satuidentiti berkolektif dan juga penyata bagi satu cara yang jelas mengenai gambaran dantanggapan realiti. Pendidikan mesti sentiasa memberi khidmat kepada kepelbagaiankebudayaan dan linguistik serta kepada perhubungan yang harmoni di mana komuniti-komuniti bahasa yang berlainan di seluruh dunia” ( Dong Jiao Zong, 1999:1 ).Enam penyata telah dikemukakan oleh Dong Jiao Zong dalam usahanya untumembela dan mewujudkan pendidikan ibunda di negara kita ( Dong Jiao Zong, 1999: 3 ):Penyata-penyata tersebut adalah seperti berikut: 1.Prinsip toleransi dan kepelbagaian berkenaan kebudayaan, pendidikan dan bahasaadalah prinsip asasi yang mendapat pengiktirafan antarabangsa.2.Pendidikan Bashasa Ibunda adalah hak asasi setiap bangsa dan manusia. Ia mestidirealisasikan melalui dasar dan akta pendidikan.
3.
Memperuntukkan dan mengembangkan pendidikan bahasa ibunda bagi kaum-kaum yang pelbagai itu tidak akan menjejaskan status bahasa kebangsaan ataukepentingan bahasa antarabangsa, kewujudan bersam yang aman bolehmerealisasikan prinsip toleransi dan kepelbagaian pendidikan serta prinsiplinguistik.4.Bahasa ibunda adalah jiwa sesuatu kaum dan adakah cara bagi kaum itu untuk meneruskan warisan kebudayaan dan ia berkait rapat dengan status, maruah danidentiti perkauman. Penerimaan ke atas kewujudan dan perkembangan bebas pendidikan bahasa ibunda adalah realisasi kesamaan antara kaum dalam bidang pendidikan.5.Pendidikan bahasa ibunda adalah cara pendidikan yang paling tepat dan efektif. Iamembantu memupuk maruah sesuatu kaum dan memupuk sikap toleransi,demokrasi serta keyakinan kendiri rakyat.6.Hakikat menunujukkan bahawa percubaan untuk mengasimilasikan sistem pendidikan, kebudayaan serta bahasa hanya menimbulkan konflik kaum.Sebaliknya, sikap hormat terhadap toleransi dan kepelbagaian menjaminkankefahaman dan kesepakatan sebenar di antara rakyat berbilang kaum.Pada masa yang sama, Dong Jiao Zong turut mengemukakan dua belas tuntutan dan antaratuntutan utamanya ialah :
3

Activity (8)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 thousand reads
1 hundred reads
Jane Chan liked this
sygoh liked this
sygoh liked this
sygoh liked this
sygoh liked this
Wardatul Safiyah liked this

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->