Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
26Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Pendidikan Dan Masyarakat Cina Di Malaysia

Pendidikan Dan Masyarakat Cina Di Malaysia

Ratings: (0)|Views: 1,132 |Likes:
Published by siew chang yee
Masyarakat Cina melihat kewujudan pendidikan aliran Cina sebagai satu survavaliti kepada kebudayaan mereka manakala kerajaan pula melihatnya sebagai satu kekangan ke arah pembentukan satu negara malaysia. Konflik ini mengundang kepada pelbagai perdebatan di kalangan ahli akademik.
Masyarakat Cina melihat kewujudan pendidikan aliran Cina sebagai satu survavaliti kepada kebudayaan mereka manakala kerajaan pula melihatnya sebagai satu kekangan ke arah pembentukan satu negara malaysia. Konflik ini mengundang kepada pelbagai perdebatan di kalangan ahli akademik.

More info:

Categories:Types, Research, History
Published by: siew chang yee on Dec 15, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

09/15/2013

pdf

text

original

 
PENDIDIKAN DAN MASYARAKAT CINA DI MALAYSIAPendidikan merupakan satu aspek yang amat dititikberatkan dalam masyarakat Cina. Ia selarasdengan prinsip dalam ajaran Confucius yanag menekankan kepentingan pendidikan dalammelahirkan insan yang bermoral. Di mana dalam ajarannya yang terkandung dalam kitab klasik ‘Analect’, Confucius berpendapat prinsip-prinsip moral yang tinggi iaitu perikemanusiaan (ren),kesusilaan ( li ) dan hormat ibu bapa ( xio ) dapat dibentuk melalui pendidikan.Lantaran itu, masyarakat Cina melihat pendidikan sebagai satu elemen yang pentingdalam menentukan kelangsungan kebudayaan masyarakat Cina. Di mana melalui pendidikan, bahasa, cara hidup serta falsafah serta identiti masyarakat tersebut dapat diteruskan dan diwarisidari satu generasi ke generasi yang lain. Dalam membicarakan perkembangan pendidikan Cinadi negara kita, ia dapat dibahagikan kepada beberapa tahap perkembangan yang berbeza. Tahap pertama sebelum tahun 1920an. Sekolah-sekolah Cina bebas berkembang tanpa sebarangsekatan. Komuniti Cina telah banyak membina sekolah Cina di bandar-bandar besar dankewujudan sekolah Cina tersebut bersifat vernakular dan perkembangannya dilihat lebihcenderung ke arah negara Cina. Di mana sukatan, buku teks serta gurunya dibawa dari China dan pada masa yang sama, bahasa penghantar yang digunakan berbeza-beza mengikut dialek masing-masing seperti kantonis, hakka dan hokien. Namun begitu, menjelang awal abad ke-20, bahasaMandarin menjadi bahasa penghantar yang tunggal bagi semua sekolah Cina di Tanah Melayu.Perkembangan pendidikan Cina tahap kedua pula bermula selepas tahun 1920. Di mana penubuhan sekolah Cina mula dikawal menerusi Enakmen Pendaftaran Sekolah yang bertujuanuntuk menyekat penularan pengaruh komunis yang menyusup masuk ke sekolah-sekolah Cina.Semua sekolah yang beroperasi perlu didaftar dan British bertindak menyelia serta mengawalsegala aktiviti serta sukatan pelajaran di sekolah Cina dan ia telah dijadikan syarat bagimenyalurkan bantuan kewangan ke sekolah aliran tersebut.Tahap ketiga pula menyaksikan bermulanya krisis dalam pendidikan Cina di TanahMelayu. Penstrukturan semula pendidikan dalam usaha menjadikannya sebagai medium perpaduan telah mengancam kedudukan sekolah-sekolah vernakular yang sedia ada termasuklahsekolah aliran Cina. British yang menyedari kewujudan satu sistem pendidikan yang bercorak kebangsaan perlu dalam usaha mewujudkan satu negara yang bersatu. Usaha ke arah itu bermula
1
 
dalam Rancangan Chessmen yang mencadangkan sekolah Inggeris sebagai asas penyatuan dalam pendidikan. Ia kemudiannya disusuli dengan penubuhan satu jawatankuasa pendidikan yangdiketuai oleh L.J Barnes pada Ogos 1950 yang bertujuan untuk mengkaji masa hadapan pendidikan di Tanah Melayu. Penyata Barnes telah dibentangkan pada tahun 1951 dan beberapasyor dalam penyata tersebut telah mendapat reaksi negatif komuniti Cina. Laporan Barnesmencadangkan agar semua sekolah vernakular digantikan dengan sekolah kebangsaan. BahasaMelayu dan Bahasa Inggeris dijadikan bahasa penghantar di semua sekolah kebangsaan. Ia jelasmenafikan peranan sekolah Cina.Tentangan serta bantahan masyarakat Cina terhadap Laporan Barnes telah membawakepada penubuhan sebuah jawatankuasa khas bagi mengkaji kedudukan sekolah Cina.Jawatankuasa yang diketuai oleh dua tokoh akademik berbangsa Cina Dr. Fenn-Wu telahditubuhkan. Laporan Fenn-Wu telah mengenepikan pandangan dalam Laporan Barnes dan iamengesyorkan sekolah berbentuk vernakular termasuklah sekolah Cina perlu dikekalkan dengan beberapa penyesuaian dilakukan. Ia mencadangkan sekolah Cina perlu diteruskan tetapikurikulumnya perlulah berorentasikan Tanah Melayu. Pada masa yang sama, bahasa Melayu dan bahasa Inggeris perlu diajar di semua sekolah.Walaupun mendapat sokongan daripada Laporan Fenn-Wu, masyarakat Cina gagalmempertahankan kedudukan sekolah Cina apabila Ordinan Pendidikan 1952 yang diumumkanmengenepikan pandangan dalam Laporan Fenn-Wu sebaliknya menerima sebahagian besar syor Barnes. Ordinan Pendidikan 1952 telah menetapkan penubuhan dua jenis sekolah yangmenggunakan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Sekolah Cina dan Tamil tidak diiktiraf sebagai sekolah kebangsaan dan akan diserapkan ke dalam sekolah kebangsaan. Selain itu, bantuan kewangan terhadap sekolah vernakular yang gagal berbuat demikian akan dihentikan.Ordinan Pendidikan 1952 telah mencetuskan bantahan besar-besaran persatuan Cina dan aktivis pendidikan Cina. Surat bantahan serta petisyen telah dihantar bagi mendesak British untuk mengkaji semula ordianan tersebut. Antara memorandum yang dihantar termasuklah darigabungan Persatuan Dewan Perniagaan Cina ( ACCC ) dan persatuan guru Cina yangmelahirkan kekecewaan serta bantahan mereka terhadap Laporan Barnes yang menjadi asaskepada Ordinan Pendidikan 1952.Memorandum tersebut menolak Laporan Barnes kerana berpendapat:
2
 
The Barnes Committee propose that Chinese and Indians should eventually abandontheir own languages and culture and accept instead those of the English and Malays. Such action is considered to be ‘Malayanisation’, without which there is nonational unity. But true, Malayanisation…is dominant in Malaya, namely, Western,Muslim, Indian and Chinese and to favour only two and ignore the others is basicallyunjust, and will undoubtedly create a sense of fear and suspicion in the minds of thosethus neglected, which might easily cause resentment and opposition
” ( Heng, 1999: 193 ).Bantahan terhadap Ordianan Pelajaran 1952 turut dilakukan oleh United Chinese SchoolTeachers Association ( UCSTA ) yang ditubuhkan pada 25 Ogos 1952. Ia telah menghantar surat bantahan kepada Presiden MCA, Tan Cheng Lock dan menegaskan
“ Chinese here on becoming of Malaya will do their their duties and demonstrate their loyalty, but will never give up their mother tongue and culture. If Chinese education is not recognised as part of the educational  system, then the Chinese are looked upon as conquered slaves and will never submit to the rule
( Heng, 1988: 195). Dalam mengulas kontroversi yang melanda pendidikan Cina, Tan ChengLock, Presiden MCA telah menubuhkan Jawatankuasa Pendidikan yang bertujuan menolaOrdinan Pendidikan 1952. Dalam ucapannya, beliau menekankan bahawa ‘ peranan MCA bukansekadar dalam melindungi kepentingan politik orang Cina tetapi ia turut merangkumikepentingan ekonomi, kebudayaan dan pendidikan kopmuniti tersebut.Ia penting dalammemelihara jati diri etnik Cina dan menepati prinsip perjuangan parti tersebut yang berusahauntuk melahirkan orang Cina yang berkualiti dan menegakkan kebudayaan serta kecemerlanganCina di samping bekerjasama dengan kaum lain ( Heng, 1988: 197-198).MCA telah mengemukakan satu memorandum pendidikan pada tahun 1954 bagimewakili bantahan masyarakat Cina terhadap Ordinan Pendidikan 1952. Ia mempertikaikanLaporan Barnes yang menjadi asas pembentukan Ordinan Pendidikan 1952 kerana bercanggahdengan Laporan Jawatankuasa Khas Pendidikan 1952 yang menyokong kewujudan sekolahvernakukar dan sekolah Inggeris di samping sekolah kebangsaan kerana masing-masing mampumenyumbang ke arah pendidikan negara. Ini kerana MCA yakin kewujudan sekolah Cinamampu menyumbang ke arah proses pembentukan bangsa Malayan memandangkanketamadunan China yang telah berusia ribuan tahun bakal memperkayakan lagi kebudayaannegara ( SP 3/B/75: Memorandum Of Chinese Education In The Federation Of Malaya).
3

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->