You are on page 1of 8

Etika Profesion Keguruan dan Akauntablilti

Maksud Etika
1. Satu sistem dasar akhlak, adat atau tingkah laku atau kesusilaan (Dewan Bahasa &
Pustaka, 1995)
2. Prinsip moral atau set prinsip moral (Kamus Oxford, 1994).
3. Tanggungjawab dan akibat tingkah laku seseorang atau profesion terhadap
masyarakat.
4. Dari persepktif Islam, etika merujuk kepada tingkah laku betul berasaskan Al-Quran
dan ketakwaan kepada Allah.

Maksud Etika Profesional
Semua garis panduan yang bertujuan meningkatkan tahap kualiti, produktiviti dan
disiplin dalam perkhidmatan dengan memberi penekanan terhadap semua aspek yang
berkaitan dengan peraturan dan peradaban, peranan nilai, serta tingkah laku profesion
dalam masyarakat.
Skop Etika Profesional
1. Mencakupi sebahagian besar kehidupan ahli profesional kecuali hal-hal yang benar-
benar peribadi seperti mencuci kereta, menanam bunga dll.
2. Dalam Islam, etika ialah akhlak yang diamalkan oleh manusia yang bertakwa dalam
keseluruhan hidupnya.
3. Etika PerguruanBermaksud satu set tingkah laku atau tanggungjawab guru terhadap
masyarakat dan negara, pelajar, rakan sejawat dan ibu bapa pelajar.

Kepentingan Etika Guru
Guru perlu memiliki kod etikanya sendiri demi memartabatkan profesion perguruan.
Kod etika dianggap penting kerana:

1. Kod etika menyediakan garis panduan bagaimana bertingkah laku dalam profesion
perguruan. Sesuai untuk dirujuk dan diamalkan oleh guru.
2. Kod Etika Perguruan menyatakan dengan jelas tentang tanggungjawab guru terhadap
pemegang amanah dalam bidang pendidikan. Guru lebih faham dan jelas tentang
tanggungjawab mereka.
3. Kandungan yang dinyatakan dalam Kod Etika Perguruan di negara ini menunjukkan
perbezaan tertentu berbanding kod etika di negara lain. Guru dapat melihat keunikan
etika yang diamalkan sama ada di negara ini ataupun di negara lain.
4. Kod Etika dalam bentuk dokumen, usaha untuk menyemak semula kod ini dapat
dilakukan. Kecemerlangan sesuatu profesion boleh dilihat menerusi sejauh mana kod
etikanya boleh dipertahankan dan dikuatkuasakan.
5. Menerusi kod etika, guru dapat meningkatkan lagi imej profesion perguruan secara
hitam putih dan rasmi. Membuka mata masyarakat untuk menghayati tanggungjawab
guru yang luas dan berat dan menyokong guru dalam mencapai matlamat pendidikan
dan negara.
6. Etika kerja merupakan nilai-nilai yang penting dalam sesebuah organisasi.
Pengamalan etika dapat mengekal, dan memelihara kepercayaan yang diberi dalam
menjalankan tugas, serta memupuk tanggungjawab bersama dan mengeratkan
perhubungan atnara ahli dalam organisasi

Tanggungjawab guru

1. Guru tidaklah harus bertingkahlaku sehingga begitu rupa sehingga boleh
mencemarkan sifat profesionalnya dan yang akan menyebabkan hilang kepercayaan
orang ramai terhadap profesion perguruan.
2. Guru tidaklah harus bertingkahlaku begitu rupa yang boleh membawa kepada
jatuhnya maruah diri dan kehilangan amanah berhubung dengan kewangan.
3. Dalam semua hubungan dan tugas, guru hendaklah menjalankannya dengan jujur.
4. Tanggungjawab utama guru ialah terhadap muridnya. Kepentingan murid mengatasi
semua kepentingan lain seperti kepentingan masyarakat, persatuan atau persendirian.
5. Guru haruslah menumpukan perhatian terhadap keperluan setiap muridnya.
6. Guru haruslah memberi perhatian dan pengajaran untuk semua murid tidak kira
bangsa dan agama atau kepercayaan.
7. Guru haruslah bertugas sebagai 'pengganti ibubapa' dalam usaha membentuk tingkah
laku murid ke arah matlamat yang diterima oleh masyarakat.
8. Guru haruslah mendidik dan mengambil tindakan secara adil terhadap semua murid
tidak kira bangsa, warna kulit, jantina, bahasa, agama, kepercayaan politik, tempat asal,
keturunan, daya intelek dan lain-lain.
9. Guru haruslah mengesan, menerima perbezaan individu di kalangan muridnya dan
membimbing mereka memperkembangkan potensi mereka dari segi jasmani, intelek,
daya cipta dan lain-lain.
10. Guru haruslah menghormati hak setiap murid supaya maklumat sulit mengenai diri
murid tidak diberitahu kepada orang atau agensi yang tidak berkenaan.
11. Guru tidaklah harus bertingkah laku terhadap muridnya begitu rupa yang boleh
membawa jatuhnya darjat profesion perguruan.
12. Guru tidaklah harus menanam sikap yang boleh merosakkan kepentingan murid,
masyarakat atau negara.
13. Guru haruslah menanamkan sikap yang baik terhadap semua muridnya supaya
mereka dapat berkembang menjadi warganegara yang taat dan berguna.
14. Guru tidaklah harus menyatakan atau membuat sesuatu yang boleh mengurangkan
keyakinan diri murid dan ibubapa terhadapnya.
15. Guru haruslah bertingkahlaku begitu rupa supaya menjadi contoh baik atau 'role
model' kepada muridnya.
16. Guru tidak harus menerima apa-apa bayaran daripada muridnya untuk pelajaran
atau pengajaran tambahan yang dijalankan semasa waktu sekolah atau cuti sekolah
melainkan bayaran yang disahkan.
17. Guru tidaklah harus mengiklankan dirinya untuk kerja tuisyen atau pengajaran
persendirian.
18. Guru tidaklah harus memaksakan kepercayaan, keagamaan, politik persendirian
terhadap muridnya.
19. Guru tidaklah harus meminta atau menerima hadiah daripada ibubapa atau ahli
masyarakat dalam menjalankan tugas profesionalnya.
20. Guru tidaklah harus menjatuhkan nama baik guru lain.
21. Guru haruslah menggunakan cara yang sahaja (iaitu berdasarkan kecekapan) untuk
tujuan kenaikan pangkat atau untuk mendapat pekerjaan.
22. Guru tidaklah harus mengiklankan dirinya dengan cara membesar-besarkan
namanya untuk mendapatkan sesuatu pangkat dalam profesion perguruan
Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia
Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia perlu dilaksanakan dan dihayati berdasarkan
prinsip-prinsip berikut:-
Niat yang betul
Perlakuan yang baik
Pengerak ke arah kebaikan
Memperkotakan apa yang dikatakan
Berdisiplin dan beradab
Menghargai dan bertanggungjawab hasil usaha organisasi

NILAI-NILAI UTAMA ETIKA KERJA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
Walaupun banyak terdapat nilai-nilai mulia, tetapi tujuh nilai utama menjadi fokus Etika
Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia.
Nilai-nilai itu adalah:
Amanah
Benar
Bijaksana
Bersyukur
Dedikasi
Ihklas
Penyayang
Akauntabiliti keguruan

1.0 Konsep keguruan

Menurut Kamus Dewan (1970), guru bererti pendidik, pengajar dan pengasuh. Jika
dihuraikan dengan lebih mendalam lagi, pendidik bermaksud orang yang memelihara
dan melatih. Pengajar ialah seorang yang menjadi petunjuk kepada orang lain, manakala
pengasuh memberi makna orang yang memelihara, menjaga dan mendidik. Manakala
keguruan ialah sesuatu yang mempunyai perkaitan dengan bidang menuntut ilmu atau
tempat mendapatkan ilmu seperti sekolah, tempat belajar, pengajaran dan
pembelajaran dan sebarang perkara yang mempunyai perkaitan dengan guru.

2.0 Konsep Akauntabiliti
Mengikut Kamus Dwibahasa , perkataan akauntabiliti di huraikan sebagai
bertangungjawab kepada seseorang atau bertangugjawab terhadap sesuatu. Menurut
Tan Sri Ahmad Sarji , konsep akauntabiliti adalah satu obligasi untuk memberikan
jawapan dan penjelasan mengenai sesuatu tindakan dan prestasi kepada mereka yang
berhak untuk mendapat jawapan dan penjelasan tersebut . Akauntabiliti juga adalah
mengenai displin dan keperluan untuk memberikan justifikasi dan menerima
keberrtangungjawaban terhadap sesuatu keputusan yang telah diambil.

3.0 Akauntabiliti keguruan.
Akauntabiliti keguruan bermakna tanggungjawab yang harus difahami dan dilaksanakan
oleh seseorang guru. Akauntabiliti keguruan juga membawa maksud berkenaan dengan
tanggungjawab guru terhadap profesionalisme keguruan. Akauntabiliti atau
tanggungjawab seorang guru yang dimaksudkan di atas merangkumi akautabiliti guru
terhadap pelajar , diri guru itu sendiri, sekolah, masyarakat dan negara , dan profesion
keguruan amnya.

Akauntabiliti guru terhadap

3.1 Pelajar
Seorang guru haruslah menjalankan tugasnya dengan penuh dedikasi di bilik darjah
termasuk mematuhi masa dalam jadual waktu serta melaksanakan pengajaran dan
pembelajaran mengikut kaedah dan teknik yang berkesan. Guru juga haruslah
mengutamakan kemajuan, kebajikan dan keselamatan murid-murid berbanding hal-hal
lain. Seorang guru yang bertanggungjawab haruslah bersikap adil terhadap pelajar-
pelajarnya tanpa mengira bangsa, agama, faktor jasmani, emosi, mental, politik, sosial
dan perkara-perkara lain. Guru hendaklah membimbing dan mengajar murid-murid di
bilik darjah tanpa meminta sebarang bayaran atau hadiah daripada mereka, sebaliknya
guru sekali-sekala perlu memberi hadiah kepada murid-muridnya untuk menggalakkan
mereka berminat terhadap proses pembelajaran. Memberi contoh teladan yang baik
dengan berpakaian kemas, berbudi bahasa dan bersopan santun semasa bertugas harus
juga di amalkan supaya murid memperolehi model yang baik. Ini adalah kerana seorang
guru merupakan orang yang di hormati oleh pelajarnya, oleh yang demikian perlulah
guru menjaga profesionalisme guru supaya mereka tidak di benci,di pandang serong dan
tidak di hormati lagi oleh anak muridnya.
3.2 Diri
Seorang guru haruslah menjaga kebersihan dan kesihatan dirinya agar dapat
menjalankan tugas sebagai pendidik dengan sempurna. Emosi hendaklah di kawal oleh
guru sendiri dan juga perlu menghindarkan diri dari sebarang ketegangan jiwa yang
boleh mengganggu tugasnya. Sebagai seorang guru, guru hendaklah bijak menguruskan
kewangan dengan bijaksana dan mengimbangi pendapatan dengan perbelanjaan. Ini
adalah kerana jika guru gagal menguruskan kewangan maka guru akan menghadapi
masaalah luaran yang boleh menjejaskan tumpuannya terhadap proses pengajaran di
sekolah. Guru juga di galakkan melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan.
dan peka terhadap peristiwa di sekeliling melalui media massa atau elektronik supaya
mudah memberikan imput yang berguna terhadap profesionnya. Guru juga boleh
melibatkan diri dalam sesuatu hobi dan aktiviti berfaedah di masa lapang yang boleh
menjadikan guru itu sihat dari segi mental dan fizikal.

3.3 Sekolah
Sekolah ialah tempat seseorang guru bertugas. Oleh itu , guru juga bertangungjawab
terhadap tugas yang di amanahkan oleh pentadbiran sekolah. Sebagai seorang ahli
dalam sebuah sekolah ,guru mempunyai akauntabiliti terhadap perkembangan dan
kemajuan sekolah. Dalam hal ini, selain tugas mengajar , guru juga hendaklah
menjalankan tugas-tugas yang lain seperti sebagai guru displin, kaunselor, setiusaha
peperiksaan,setiusaha PIBG, panitia mata pelajaran dan jawatan-jawatan lain yang di
lantik oleh pihak pentadbiran sekolah.

3.4 Masyarakat dan Negara
Sebagai seorang guru , beliau hendaklah menjalankan tugas untuk menyebarkan cita
dan matlamat pendidikan negara berlandaskan kepada prinsip-prinsip Rukun Negara.
Guru hendaklah Memupuk nilai dan sikap murni pelajar dan sesuai dengan masyarakat
berbilang bangsa dalam diri pelajar. Guru hendaklah memenuhi tanggungjawab sebagai
rakyat Malaysia dengan mengambil bahagian secara cergas dalam kegiatan-kegiatan
masyarakat. Selain itu guru hendaklah mengeratkan persefahaman dan kerjasama di
kalangan guru dan ibu bapa pelajar. Guru haruslah bersopan santun dan bertingkahlaku
baik dalam segala aktiviti sosial bagi mewujudkan suasana harmoni. Guru perlu sentiasa
berusaha untuk memenuhi tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara dengan
tidak menyebarkan ajaran yang boleh merosakkkan kepentingan pelajar, masyarakat
atau negara, ataupun yang bertentangan dengan Rukun Negara. Guru juga hendaklah
sering memupuk sikap dan nilai dalam diri setiap pelajar yang dapat membimbing
mereka menjadi warganegara yang setia, bertanggungjawab, menghormati orang lebih
tua dan perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama. Di samping itu guru hendaklah
menghormati masyarakat di tempat guru tersebut berkhidmat dan memenuhi
tanggungjawab sebagai ahli masyarakat. Guru juga perlu menggalakkan kerjasama di
antara guru dengan ibubapa dan masyarakat, serta mengamlkan tingkah laku soppan
yang diterima oleh masyarakat .

3.5 Profesion Keguruan
Guru haruslah meluaskan ilmu dengan membaca pelbagai buku rujukan berkaitan mata
pelajaran yang diajar. Ini termasuklah memahami selengkapnya isi pelajaran bagi mata
pelajaran yang diajar dan menyertai seminar pendidikan seperti kursus-kursus yang
dianjurkan oleh jabatan pendidikan atau pihak pentadbiran sekolah. Ini di lakukan
dengan merancang dan melaksanakan strategi pengajaran sepenuhnya bagi mencapai
objektif pelajaran secara maksimum. Guru juga hendaklah mengajar dengan fakta yang
betul agar murid menerima ilmu yang betul dan tepat.

4.0 Penutup
Dengan dapat memahami prinsip akauntabiliti , guru dapat memahami
tanggungjawabnya yang sebenar. Penghayatan akauntabiliti haruslah di hayati
sepenuhnya kerana akan dapat meningkatkan tahap profesionalisme keguruan. Ini
kerana penghayatan tersebut membolehkan semua guru dapat menjalankan
tanggungjawab dan tugas-tugasnya dengan penuh komited dan dedikasi. Akauntabiliti
atau tanggungjawab seorang guru merangkumi akuntabilitinya terhadap sekolah, diri
sendiri , murid-murid dan profesion keguruan akan dapat ditingkatkan sekiranya
seseorang guru itu benar-benar menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang
pendidik dengan berkesan. Peningkatan dalam bidang tersebut melambangkan
tingginya kualiti seseorang guru yang juga akan meningkatkan taraf profesionalisme
keguruan. Selain itu guru juga dapat melaksanakan tugas itu dengan bersungguh-
sungguh dan penuh dedikasi sekiranya guru tahu tanggungjawabnya terhadap
kerjayanya. Kesedaran kepada akauntabiliti akan menjadikan seseorang guru itu lebih
bertanggungjawab terhadap tanggungjawab yang di laksanakannya. Oleh yang
demikian, akauntabiliti perlulah dihayati oleh semua guru. Sekiranya seseorang guru itu
mengabaikan akauntabiliti terhadap tugas dan tanggungjawabnya , maka
tanggungjawabnya tidak dapat di jalankan dengan baik dan akan gagal melahirkan
modal insan seperti yang di cita-citakan negara. Ini akan menjatuhkan martabat
profesion perguruan oleh kerana perbuatan yang tidak bertanggungjawab terhadap
amanah yang di berikan

You might also like