You are on page 1of 4

Praktis Topikal Penulisan Bahasa Malaysia 1 Kertas Penulisan 012 Bahagian B : Fakta

MODUL PRAKTIS PENULISAN TOPIKAL BAHASA MALAYSIA UPSR KERTAS 012


AKTIVITI BERPANDUKAN BUKU TEKS KBSR BAHASA MALAYSIA TAHUN ENAM






Fakta


Murid-murid digalakkan menyertai kegiatan kokurikulum di sekolah. Tuliskan sebuah karangan
tentang faedah menyertai kegiatan kokurikulum.


KERANGKA IDEA

Info maksud kegiatan kokurikulum contoh-contoh

Idea 1 faedah pertama memperoleh ilmu pengetahuan contoh ilmu
Idea 2
faedah kedua mengisi masa lapang mengelakkan diri daripada kerja-kerja yang
tidak berfaedah
Idea 3 faedah ketiga boleh bertukar tukar fikiran mengeratkan persahabatan
Idea 4 faedah keempat memperoleh sijil penyertaan peluang ke sekolah berasrama

Penutup setiap murid patut menyertainya digalakkan murid menyertainya








Faedah Menyertai Kegiatan Kokurikulum





Kegiatan kokurikulum dijalankan di semua sekolah. Kegiatan kokurikulum
bermaksud aktiviti yang dijalankan di luar bilik darjah. Semua murid diwajibkan
menyertainya. Ada tiga jenis aktiviti yang dijalankan iaitu kelab, permainan dan unit
beruniform.





Dengan menyertai kegiatan-kegiatan ini murid-murid akan memperoleh banyak
faedah. Faedah pertama, murid-murid dapat menambah ilmu pengetahuan. Contohnya,
melalui aktiviti pengakap murid-murid akan belajar jenis-jenis ikatan, cara mendirikan
khemah dan sebagainya.





Faedah kedua, dapat mengelakkan diri daripada membuang masa dengan kerja-
kerja yang tidak berfaedah. Contohnya melepak, merayau-rayau, bergaul dengan budak-
budak nakal dan sebagainya.





Faedah ketiga, semasa menjalani aktiviti kokurikulum murid-murid boleh
berbincang dan bertukar-tukar fikiran tentang aktiviti yang dijalankan. Dengan itu dapat
mengeratkan tali persahabatan.





Faedah keempat, murid-murid akan memperoleh sijil penyertaan bagi unit-unit
yang disertai. Sijil penyertaan ini sangat berguna apabila murid-murid memohon
memasuki sekolah berasrama atau universiti.





Itulah antara faedah murid-murid menyertai kegiatan kokurikulum. Oleh itu, murid-
murid digalakkan menyertainya.


MODEL
1
MODEL
1
Praktis Topikal Penulisan Bahasa Malaysia 2 Kertas Penulisan 012 Bahagian B : Fakta






MODUL PRAKTIS PENULISAN TOPIKAL BAHASA MALAYSIA UPSR KERTAS 012
AKTIVITI BERPANDUKAN BUKU TEKS KBSR BAHASA MALAYSIA TAHUN ENAM






Fakta




Ibu dan bapa merupakan orang yang sangat berjasa kepada kita. Tuliskan sebuah karangan
yang bertajuk Cara-cara Menghargai Jasa Ibu Bapa.


KERANGKA IDEA

Info setiap orang ada ibu dan bapa banyak jasa perlu dibalas

Idea 1 cara pertama belajar bersungguh-sungguh berjaya mereka gembira
Idea 2 cara kedua mendengar cakap mereka tidak membantah anak derhaka
Idea 3 cara ketiga membantu mereka kerja-kerja yang sesuai ringan bebanan
Idea 4 cara keempat menjaga nama baik keluarga tidak melakukan perkara yang aib

Penutup dapat mewujudkan rasa kasih sayang keluarga harmoni








Cara-cara Menghargai Jasa Ibu Bapa





Setiap orang mempunyai ibu dan bapa. Mereka merupakan orang yang paling
banyak berjasa kepada kita. Oleh itu, sebagai anak kita perlulah menghargai jasa mereka
kepada kita. Ada banyak cara yang boleh kita lakukan bagi menghargai jasa mereka
kepada kita.





Antaranya, kita hendaklah belajar dengan bersungguh-sungguh. Jika kita berjaya
dalam pelajaran mereka akan berasa gembira. Ibu bapa pasti berbangga dengan kejayaan
kita.





Selain itu, kita hendaklah mendengar dan menurut kata-kata mereka. Jangan
sesekali kita membantah. Kalau kita membantah, kita akan dianggap anak derhaka dan
tidak menghormati ibu bapa.





Di samping itu, kita juga haruslah membantu mereka. Kita boleh membantu
mereka dengan melakukan kerja-kerja yang sesuai seperti mengasuh adik, mengemas
rumah dan sebagainya. Dengan itu, kita dapat meringankan bebanan mereka.





Akhir sekali, kita perlu menjaga nama baik keluarga. Jangan sesekali melakukan
perkara yang boleh memalukan mereka.





Itulah antara cara-cara yang boleh kita lakukan bagi menghargai jasa ibu dan bapa
kepada kita. Langkah-langkah ini dapat mewujudkan rasa kasih sayang dalam keluarga
dan keluarga akan menjadi lebih harmoni.

MODEL
2
MODEL
2
Praktis Topikal Penulisan Bahasa Malaysia 3 Kertas Penulisan 012 Bahagian B : Fakta






MODUL PRAKTIS PENULISAN TOPIKAL BAHASA MALAYSIA UPSR KERTAS 012
AKTIVITI BERPANDUKAN BUKU TEKS KBSR BAHASA MALAYSIA TAHUN ENAM






Fakta




Amalan bergotong-royong kerap diamalkan dalam kehidupan kita. Tuliskan sebuah karangan
tentang kebaikan bergotong-royong.


KERANGKA IDEA

Info maksud melakukan kerja dengan bersama-sama diamalkan sejak dahulu

Idea 1 kebaikan pertama kerja menjadi ringan tidak menggunakan tenaga yang lebih
Idea 2 kebaikan kedua lebih cepat siap dapat menjimatkan masa
Idea 3 kebaikan ketiga dapat menjimatkan kos kerja sukarela
Idea 4 kebaikan keempat dapat mengeratkan perhubungan hidup aman dan damai

Penutup harus dijadikan amalan dalam kehidupan mewujudkan masyarakat penyayang






Kebaikan Bergotong-royong





Bergotong-royong bermaksud melakukan sesuatu pekerjaan secara bersama-
sama. Amalan ini telah lama dipraktikkan dalam masyarakat dahulu. Banyak kebaikan
yang akan kita peroleh melalui kerja bergotong-royong.





Antara kebaikannya ialah dapat meringankan kerja-kerja yang dilakukan. Hal ini
demikian kerana kerja yang dilakukan secara beramai-ramai itu tidak memerlukan tenaga
yang lebih.





Melalui aktiviti gotong-royong juga kita dapat menjimatkan masa. Ini kerana kerja-
kerja yang dilakukan secara beramai-ramai itu akan dapat disiapkan dalam tempoh masa
yang singkat.





Dari segi perbelanjaan juga dapat dijimatkan. Kita tidak perlu mengeluarkan wang
untuk membayar upah kerana kerja yang dilakukan secara bergotong-royong biasanya
dilakukan secara sukarela dan ikhlas.





Perhubungan yang erat dan mesra dapat diwujudkan melalui aktiviti bergotong-
royong. Dengan wujudnya perhubungan yang erat maka akan lahirlah masyarakat
penyayang seperti yang dihasratkan oleh pemimpin kita.





Itulah antara kebaikan bergotong-royong kepada kita. Amalan ini juga perlulah
dipraktikkan dalam kehidupan kita sehari-hari kerana boleh membawa banyak kebaikan.


MODEL
3
MODEL
3
Praktis Topikal Penulisan Bahasa Malaysia 4 Kertas Penulisan 012 Bahagian B : Fakta






MODUL PRAKTIS PENULISAN TOPIKAL BAHASA MALAYSIA UPSR KERTAS 012
AKTIVITI BERPANDUKAN BUKU TEKS KBSR BAHASA MALAYSIA TAHUN ENAM

You might also like