masyarakat kita lagi memandangkan negara kita telah dekad mencapaikemerdekaan. Untuk mendapatkan kemerdekaan bukanlah suatu perkara yangmudah tetapi untuk mempertahanakan kemerdekaan merupakan perkara yanglebih sukar. Justeru, negara amat memerlukan masyarakat yang berfikiran matangdan bijak untuk mengelakkan penjajahan semula oleh kuasa-kuasa asing sepertikuasa barat.Dari kaca mata yang lain, industri pelancongan juga turut meningkat.Masyarakat yang berbudi bahasa akan mempamerkan nilai-nilai yang positif sepertimemberi layanan yana sopan dan bersikap lemah lembut terhadap pelancongasing. Hal ini penting agar dapat meninggalkan imej yang positif tentang negarakita dalam diri pelancong. Pelancong juga akan mempunyai percutian yangmenyeronokkan kerana beranggapan bahawa kedatangan mereka ke sini adalahdialu-alukan dan dihargai oleh masyarakat tempatan. Dalam pada itu, pekerja-pekerja dalam Jabatan Kastam dan Imigresen, pemandu pelancong serta pemandupengangkutan awam perlulah memainkan peranan yang lebih penting dengansenantiasa melemparkan senyuman dan bertutur dengan nada yang lembut ketikaberurusan dengan pelancong asing. Negara Jepun sayugia dijadikan teladan keranamasyarakatnya sememang kaya dengan budi bahasa. Contohnya, ucapanirasshaimase yang bermaksud selamat datang dalam bahasa Jepun pasti akanmenusuk ke gegendang telinga tidak kira apa-apa kedai yang dikunjungi. Amalanberterima kasih juga merupakan sesuatu yang biasa dalam masyarakat Jepun. Justeru, budaya yang murni ini perlulah diserapkan dalam jiwa dan raga setiapindividu terutamanya golongan yang perlu berurusan dengan pelancong asing agarmereka dapat menikmati percutian di negara kita.Di samping itu, pemimpin yang berdedikasi juga dapat dizahirkan. Pemimpinyang baik akan dapat mentadbir negara dengan lancar kerana mendapat sokonganyang padu daripada rakyat. Dalam pada itu, golongan remaja merupakan aset yangsangan bernilai kepada negara kerana mereka adalah generasi pelapis yang bakalmenerajui tampuk kepimpinan negara. Oleh itu, budi bahasa perlulah dijadianpanduan dalam kehidupan mereka supaya mereka dapat menjauhkan diri daripadakancah gejala sosial serta dapat membezakan yang mana baik dan yang manaburuk. Pemimpin yang berbudi bahasa juga dapat meningkatkan imej negarakerana pemimpin pemimpin dari negara lain akan kagum dan menghormati negarakita. Ironinya, hubungan diplomatik bagi menjamin kemajuan dan keselamtannegara dapat dijalinkan dengan mudah. Dengan itu, negara kita akan dapat duduksama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara lain. Selain itu, negara kita akanterkenal di persada dunia kerana sifat budi bahasa kita dan ini ankan menjadikebanggaan masyarakat kita.Kesimpulannya, sifat sifat luhur dan amalan berbudi bahasa yang dahulunyamenjadi kebanggan masyarakat timur tetapi kian terhakis ini wajarlah dipulihkandan dihidupkan semula. Mantan Perdana Menteri Malaysia pernah menyatakanyang negara kita akan mudah dikalahkan jika kita mempunyai infrastruktur kelas