You are on page 1of 20

PERTOLONGAN CEMAS

Pengertian Pertolongan Cemas:


Pertolongan atau bantuan segera yang bersifat sementara diberikan kepada mangsa
yang mengalami kemalangan atau kecederaan dengan segala kemudahan yang
terdapat di tempat kejadian sebelum ketibaan bantuan perubatan atau sebelum mangsa
mendapat rawatan perubatan yang sempurna.

Maksud Kecemasan:
Sesuatu situasi kritikal yang boleh mengancam nyawa jika tidak diberi rawatan segera,
kesakitan mangsa menjadi lebih serius, lebih mudarat dan mungkin menyebabkan
kematian.

TUJUAN & PRINSIP PC

Asas Bantu Mula
Rawatan sementara waktu yang diberikan kepada mangsa; sebelum tibanya bantuan
perubatan
Objektif
a. Menyelamat nyawa
b. Mengelak mangsa cedera lebih serius
c. Mengurangkan kesakitan
d. Menguruskan pemindahan ke hospital

Ciri-ciri Seorang Penyelamat
a. Bertanggungjawab
b. Berjiwa cekal, waras dan tenang
c. Mengamati prinsip keselamatan diri
d. Berpengetahuan dan berkeyakinan
e. Terlatih

Tujuan-tujuan Pertolongan Cemas
a) Membantu menyelamatkan nyawa mangsa.
b) Mengelakkan mangsa dari kecederaan yang lebih teruk.
c) Membantu mengurangkan kesakitan atau kesengsaraan mangsa.

PRINSIP PERTOLONGAN CEMAS
Prinsip prinsip penting yang patut anda patuhi apabila memberi pertolongan cemas:
1. Bertindak segera, cekap dan penuh keyakinan.
2. Longgarkan pakaian jika perlu
3. Hentikan darah jika berdarah
4. Kurangkan kejutan dan tenangkan pesakit
5. Jangan gerakkan pesakit melainkan perlu.
6. Dapatkan rawatan segera jika keadaan teruk atau mencemaskan
berhubung dengan doctor di klinik atau rumah sakit yang terdekat.

Peraturan-peraturan Semasa Memberi Bantuan
a) Membuat penilaian keadaan,
- Menentukan keselamatan diri dan mangsa dalam keadaan selamat.
- Kemudahan-kemudahan yang terdapat seperti telefon bagi kemudahan mendapatkan
bantuan.
- Dapat menilai keterukan/keparahan mangsa

b) Membuat diagnosa mendapatkan sejarah kejadian, tanda-tanda gejala, keadaan
sekeliling yang boleh dijadikan bukti serta menjalankan pemeriksaan keatas
kecederaan mangsa.

c) Memberi rawatan sementara menjalankan rawatan mengikut prinsip dan memberi
keutamaan kepada mangsa yang teruk.

d) Membuat dan memberi laporan mengikut sejarah, kecederaan, pernafasan, nadi,
kesedaran danr awatan yang telah dilakukan keatas mangsa.

Peringatan !!!

a) Elakkan dari melakukan bantuan yang berlebihan dari yang sepatutnya supaya dapat
mengelakkan mangsa menjadi lebih teruk.

b) Jangan tanggalkan pakaian mangsa terutama mangsa yang tidaks edarkan diri.
Lakukan dengan hanya melonggarkan sahaja mana-mana bahagian yang ketat.

c) Cuba dapatkan bantuan perubatan seberapa segera.

d) Lakukan bantuan berdasarkan landas-landas selamatkan nyawa, pendarahan dan
kecederaan patah.

e) Berikerjasama kepada pihak polis atau perubatan jika bantuan diperlukan.

Tindakan serta merta pertolongan cemas:
1. Menentukan pernafasan mangsa berkeadaan baik.
2. Memberikan rawatan renjatan dengan segera.
3. Cuba memberhentikan darah jika mangsa berdarah.
4. Memberikan rawatan yang rapi dan sempurna .
Sifat-sifat Pemberi Pertolongan Cemas Yang Baik
a) Mempunyai kepercayaan kepada diri sendiri di dalam mengendalikan kes-kes
kecemasan.

b) Pantas ikhtiar menggunakan segala kemudahan yang terdapat di tempat kejadian
ataus ekelilingnya.

c) Tajam perhatian di dalam mengenali tanda-tanda dangejala sesuatu kes.

d) Mempunyai sifat bertimbang rasa kepada mangsa.

e) Tidak mempunyai sikap memilih bangsa atau keturunan semasa memberike
utamaan rawatan mangsa.

f) Bersifat lemah lembut semasa memberi bantuan agar dapat mengurangkan kesakitan
si mangsa.

Tugas-tugas Ahli Pertolongan Cemas

a) Menyelamatkan mangsa secara permulihan pernafasan CPR jikapernafasan mangsa
terhenti, menahan pendarahan dan mengelakkan mangsa dari terjadi renjatan.

b) Membalut luka dengan kain yang bersih supaya dapat mengelakkan dari jangkitan
kuman.

c) Memberi sokongan di bahagian yang cedera terutamanya patah dengan tuap atau
anduh supaya bahagian yang cedera berkeadaan tetap dan tida kbergerak.

d) Elak mangsa dari mengalami renjatan.

e) Beri semangat kepada mangsa agar sentiasa berada dalam keadaan tenang.

f) Atur bantuan agar mangsamen dapat rawatan perubatan.







Peti Pertolongan Cemas

Pertolongan cemas ialah bantuan segera atau rawatan kecemasan yang diberikan
untuk orang yang tercedera sebelum mendapatkan bantuan atau perawat yang
bertauliah. Ia biasanya terdir idari satu siriteknik yang boleh dilakukan, walaupun tanpa
latihan perubatan, oleh hampir semua orang dengan peralatan yang minimum. Antara
peralatan yang umumnya ialah peti pertolongan cemas.

















Peti Pertolongan Cemas

Oleh yang demikian adalah suatu kewajiban bagi ahlisukarelawan menyelamat
khususnya untuk mengetahui isi kandungan di dalam peti pertolongan cemas.

BIL PERKARA KEGUNAAN
1. Triangular bandage (kain anduh) Untuk mengampu bahagian kecederaan/
kepatahan, membalut luka/ pendarahan
yang didapati ada kepatahan tulang
2. Sterile eye pad Melindung mata yang tercedera/ terkena
bendasing

3. Non-sterile gauze
Sterile gauze

Melakukan pencucian/pembebat luka
Membuat balutan/ memberi tekanan pada
perdarahan dan menstabilkan kepatahan

4. Elastic bandage/crepe bandage
Roller bandage

Menstabilkan kecederaan/ kepatahan/ untuk
membalut luka dan juga kecederaan ringan
eg.
Dislocation (terseliuh)

5. Gl ove- di sposabl e/nonsterile

Melindungi diri dari sebarang
cecair badan/sumber jangkitan

6. Scissor Memotong gauze /bandage
7. Adhesive tape Melekatkan balutan dan pembebat
8. Sterile multi-trauma dressing/ gauze

Melakukan pencucian/pembebatan luka

9. Alcohol prep pads Mencuci sebarang bendasing/kekotoran
pada luka sebelum membalut.
10. Cotton buds Mencuci luka pada kawasan sukar
11. Acriflavine (ubat kuning) Untuk antiseptic
12. Dettol (boleh diganti dengan Normal
Saline solution 0.9%)
Antiseptik dan digunakan sebagai cucian
luka luar
13. LMS solution (minyak kuda) Melegakan kesakitan otot
ANDUH DAN BALUTAN

JENIS ANDUH
Anduh Besar
Anduh Kecil
Anduh Pergelangan Tangan
Anduh Menaik








ANDUH BESAR ANDUH MENAIK







PEMBALUT CINCIN
Terdapat 5 jenis balutan anduh:
Anduh lengan
Anduh kepala
Anduh lutut atau siku
Anduh pergelangan tangan
Anduh tapak kaki

Kesemua balutan-balutan diatas hendaklah menggunakan ikatan buku sila :









ANDUH LENGAN.
Bucu atas kain anduh hendaklah diletakkan pada siku lengan yang tercedera .
Kemudian ikatan buku sila diikat pada atas bahu.
Bucu atas kain anduh yang diletakkan pada siku tadi boleh dipinkan atau dilipat
ke bahagian dalam untuk lebih kemas.










ANDUH LUTUT
Lipat sedikit kain anduh dan letakkannya (seperti gambarajah di bawah) di atas
lutut yang tercedera .
Tarik kedua-dua hujung kain anduh melintasi bawah lutut kemudian ikatkan buku
sila pada atas bahagian lutut (seperti gambarrajah di bawah) .
Tutup ikatan tersebut dengan bucu atas kain anduh untuk lebih kemas .









ANDUH KEPALA.
Lipatkan sedikit kain anduh tersebut dan letakkannya pada atas dahi mangsa
dan biarkan bucu atas kain anduh berada di belakang kepala .
Pegang kedua-dua hujung kain anduh dan silang ke belakang kepala kemudian
dibawa ke dahi dan diikat buku sila .
Lipat kain lebihan di belakang untuk lebih kemas .







ANDUH PERGELANGAN TANGAN atau TAPAK KAKI.
Letakkan tapak kaki/tangan yang tercedera di atas kain anduh , kemudian tarik
dan letakkan bucu atas kain anduh di atas kaki/tangan. (seperti gambarajah di
bawah.
Silangkan kedua-dua bucu hujung kain anduh di atas dan bawah. (seperti
gambarajah di bawah)
Ikatan buku sila kemudiannya diikat pada atas pergelangan tangan seperti yang
ditunjukkan di gambarajah di bawah.
Ikatan buku sila diikat pada belakang tumit jika terdapat kecerderaan pada
bahagian kaki yang mesti di balut .














BALUTAN
Pembalut dilakukan untuk membantu pembebatan
Pembebatan digunakan untuk menutup luka dan mengawal pendarahan

JENIS KAIN PEMBALUT
Pembalut Tiga Segi
Pembalut Lebar
Pembalut Kecil
Pembalut Gulung













Lipatan Tiga Segi

















JENIS BALUTAN LUKA
Luka Tangan
Luka Dada
Luka Bahu
Luka Peha
Luka Siku
Luka Lengan
Luka Lutut
Luka Jari









BALUTAN LUKA TANGAN














BALUTAN LUKA DADA BALUTAN LUKA BAHU









BALUTAN LUKA PEHA BALUTAN LUKA SIKU







BALUTAN LUKA LUTUT









BALUTAN LUKA LENGAN BALUTAN LUKA JARI

Anduh dan balutan digunakan sekiranya:

LUKA TUSUKAN
Luka tertusuk boleh disebabkan oleh benda-benda tajam seperti jarum, paku, duri, kaca
dan lain-lain. Ia biasanya tidak banyak berdarah melainkan pembuluh darah yang besar
tertusuk. Seelok-eloknya bersihkan luka tersebut sebelum rawatan diberi. Kemudian
balut dengan pembalut yang bersih dan bawa pesakit kehospital untuk rawatan lanjut.

TERKENA SELUMBAR
Cara merawat:
Cuci bahagian yang terkena selumbar dan Beri tuaman sejuk:
Ambil sehelai kain atau tuala. Lipat mengikut saiz yang dikehendaki
Rendam dalam air sejuk, perah hingga tidak menitik dan tuamkan pada bahagian
yang luka.Tuaman ini haruslah dikenakan pada bahagian cedera dan diulang-
ulangkan membasahkannya supaya sejuk.
MERAWAT LUKA
Luka seperti terpotong, terhiris atau melecet.
Bersihkan luka. Kemudian sapu ubat pembunuh kuman yang sesuai.. Balut luka
dengan teliti menggunakan kain pembalut kasa yang bersih.



MELECUR
Cuci bahagian yang terbakar atau kene wap itu dengan sabun dan air hangat.
Kemudian sapukan petroleum atau Vaselin dan balut dengan teliti. Jika terasa amat
pedih berilah pesakit 2 pil aspirin dan ulangi setiap 2 jam bila anggap perlu untuk
mengurangkan sakit.

GIGITAN
Digigit Hama rumput
Hama-Hama ini adalah didapati pada rumput panjang, lalang dan belukar.Gigitannya
menyebabkan gatal dan bintat.
Rawatan:

1. Cuci tempat yang digigit bersih-bersih dengan air dan sabun
2. Tukar dan cuci pakaian, basuh dengan anti-septik
3. Jangan digaru kerana ini menambahkan gatal dan menyebabkan bengkak.
4. Bagi melegakan rasa gagal sapulah dengan ammonia atau soda yang tidak
terlalu keras atau minyak anti-histamine.
Digigit lintah dan Pacat
Jangan cuba menarik lepas binatang-binatang ini kerana sebahagian dari sengatnya
akan tertinggal pada kulit.
Rawatan:

1. Cucuh belakang binatang itu dengan api atau gosokkan garam untuk
melonggarkan gigitan dan menggugurkannya.
2. Bersihkan sekeliling tempat yang digigit itu dengan methylated spirit.
3. Legakan gatal-gatal dengan campuran soda atau ammonia yang tidak terlalu
keras ataupun dengan minyak anti-histamine.
4. Tutup dan balut dengan pembalut kering.


Dipatuk Ular
Gigitan ular boleh menyebabkan terkejut yang amat sangat, bengkak pada tempat yang
digigit dan bisa.

1. Jika anggota digigit, tahan perjalanan darah dengan mengikat dengan kuat akan
bahagian sebelah tempat yang digigit yang pengaliran darah kejantung. Jangan
ikan sehingga pengaliran darah dalam urat nadi terhenti. Anda haruslah dapat
merasa nadi pada pergelangan tangan atau kaki.
2. Cuci luka itu dengan air yang dicampur dengan potassium permanganate untuk
menawarkan racun yang ada pada luka.
3. Juntaikan anggota yang tergigit itu dan biarkan darah keluar dengan memotong
ke dalam akan daging yang digigit dengan pisau yang tajam dan telah dibakar
terlebih dahulu.
4. Longgarkan ikatan tourniquet selama minit tiap-tiap jam
5. Biarkan orang yang digigit ular itu bertenang dengan cukup.
6. Beri minuman panas, badan sentiasa dalam keadaan panas.
7. Jika ia tidak bernafas Bantu pernafasan dan buat pertolongan dalam pernafasan.
8. Hantar ke rumah sakit yang terdekat
9. Anti-Venin, ubat menawarkan bisa racun gigitan ular dan hanya boleh diberikan
oleh mereka yang terlatih sahaja untuk membuat suntikkan.

Rawatan kecemasan untuk gigitan ular termasuk menyedut bisa ular. Ini dapat
diadakan dengan mulut sesudah menghiris satu bentuk X diatas gigitan itu. Buatlah
beberapa irisan atas bahagian yang digigit itu 0.6cm dalamnya supaya darah mengalir
dengan leluasa. Tidak ada bahayanya jikalau tidak ada luka pada mulut anda. Bisa itu
tidak beracun meskipun tertelan.





KERACUNAN
Keracunan boleh terjadi melalui makanan, minuman, pernafasan dan menyerap
paa kulit dan mata.
Tanda- tanda
Kemungkinan terdapat tanda-tanda berikut bergantung keatas jenis racun:
Muntah, kadang-kadang terdapat kesan darah.
Daya sedar yang lemah.
Rasa sakit dan perit yang membakar.
Bekas-bekas kosong dikawasan persekitaran.
Latar belakang pendedahan/tertelan
Cirit-birit
Pening kepala dan demam.
Tanda-tanda renjatan.
Perut sakit dan kejang.
Rawatan Awal Keracunan
Pastikan anda selamat dari sebarang ancaman bahaya.
Hampiri mangsa dan periksa nafas dan nadi, lakukan CPR jika perlu.
Jika mangsa sedar, tanyakan apa yang telah dimakan atau minum.
Tunggu arahan dan bertindak segera.
Jangan beri mangsa makan atau minum sehingga dibenarkan.
Jangan galakkan mangsa muntah melainkan diarahkan.
Jika bibir mangsa terselar oleh bahan-bahan kakis, beri mangsa minum air
atau susu sejuk dari masa kesemasa sementara menunggu bantuan
perubatan.






TERSELIUH

Tanda-tanda dan gejala

Rasa kesakitan pada sendi itu.
Bengkak
Lebam atau perubahan warna di bawah kulit sendi yang tercedera.
Rawatan
Letak beg ais pada sendi yang cedera
Tinggikan bahagian yang tercedera.
Letakkan mangsa di dalam keadaan yang selesa.
Ampu bahagian yang tercedera.
Hantar ke hospital jika keadaan memerlukan.

1.0 PEMULIHAN PERNAFASAN

Asfiksia ( Terhenti pernafasan)
Asfiksia adalah satu keadaan di mana system pernafasan terhenti
disebabkan oleh kekurangan oksigen di dalam darah dan tius-tisu badan
tidak dapat menerima bekalan oksigen yang mencukupi.

Punca punca Asfiksia
Lemas
Keracunan gas dan asap yang merbahaya.
Tersekat saluran udara tergantung dan tercekik oleh makanan atau
benda-benda asing lain.
Tersumbat saluran nafas oleh bantal, karung plastik, lidah tersentak ke
dalam.
Ketika tidak sedarkan diri.
Disambar petir atau kilat
Terhimpit dada runtuhan tanah.
Serangan penyakit
Termakan racun.

Tanda tanda
Pernafasan adalah pendek-pendek tetapi cepat, susahbernafas, dan akhirnya
terhenti.
Bahagian bibir, jari-jari, muka dan telinga menjadi kebiru-biruan.
Kebanyakkannya menyebabkan tidak sedarkan diri.

Peraturan Am Memulihkan Asfiksia.
A Airways (saluran pernafasan)
Terbuka atau tersekat
Keluarkan bendasing seperti gigi palsu,rumput, tanah, bahan mentah
daripada mulut jika ada.

B Breathings ( pernafasan )
Boleh bernafas atau tidak
Jika pernafasan terhenti, beri bantuan pemulihan pernafasan dengan
segera.

C Circulation ( peredaran darah )
Pastikan adakah denyutan nadi atau tidak.
Jika tiada, lakukan pemulihan CPR ( Cardio-pulmonary Resuscitation)
( pemulihan pernafasan dan pemulihan jantung dari luar)




Jenis jenis Pemulihan Pernafasan
I. Pemulihan pernafasan mulut ke mulut.
II. Pemulihan pernafasan Holgen Nielson
III. Pemulihan pernafasan mulut ke hidung.
IV. Pemulihan jantung dari luar atau tekanan dada ( external cardiac compression)
V. Pemulihan kardio-palmonari (Cardio- Pulmonary Risucitation) CPR

You might also like