You are on page 1of 6

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID


PENDIDIKAN MUZIK
TAHUN 3
MASALAH PEMBELAJARAN
PENDIDIKAN MUZIK PKHAS MASALAH PEMBELAJARAN TAHUN 3 1
MATLAMAT
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Komponen Pendidikan Muzik Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran digubal untuk
memberi fokus kepada usaha mencungkil dan mengembangkan bakat juga potensi murid supaya dapat mengamalkan kemahiran
yang dipelajari seterusnya melahirkan murid-murid yang berkeyakinan, berkemahiran, berketrampilan serta bersikap positif dalam
kehidupan. Aspek yang diberi penekanan ialah kemahiran nyanyian, bermain alat-alat muzik, pergerakan dan lakonan. Proses ini
memberi keutamaan kepada aktiviti bagi memenuhi kehendak tajuk persepsi muzik, pengalaman nyanyian, pengalaman perkusi,
apresiasi dan estetika seni serta seni lakon berdasarkan kebolehan dan kreativiti murid.
OBJEKTIF
Komponen Pendidikan Muzik membolehkan murid:
i. Mengembangkan bakat dan minat dalam bidang nyanyian, tarian dan lakonan
ii. Mengamalkan semangat kerjasama dan berdisiplin dalam kumpulan
iii. Mahir menggunakan alatan muzik
iv. Melakukan gerakan mengikut rentak lagu
v. Mengenal lagu berdasarkan melodinya
vi. Mengawal koordinasi anggota badan
vii. Melakon dan menghayati pelbagai watak
viii. Membaca dialog dengan baik
PENDIDIKAN MUZIK PKHAS MASALAH PEMBELAJARAN TAHUN 3 2
BAND PERNYATAAN STANDARD
1 Mengetahui asas muzik
2 Mempunyai pengetahuan dan kefahaman tentang muzik
3 Menguasai pengetahuan dan kemahiran serta mengaplikasikannya dalam aktiviti muzikal dengan betul
4
Menguasai pengetahuan dan kemahiran serta mengaplikasikannya dalam aktiviti muzikal dengan betul serta
mengamalkan nilai sahsiah
PENDIDIKAN MUZIK PKHAS MASALAH PEMBELAJARAN TAHUN 3 3
TAJUK BAND DESKRIPTOR
Persepsi Muzik 1 Menyatakan corak irama dan mud lagu dengan bimbingan
2 Menyatakan corak irama dan mud lagu tanpa bimbingan
3
Menepuk lagu yang di dengar dengan betul mengikut:
tekanan detik pertama dan ketiga
tempo cepat dan tempo lambat
Menghasilkan bunyi lanjut dan bunyi tidak lanjut dengan betul
Mengajuk bunyi yang di dengar dengan betul mengikut:
pic rendah dan pic tinggi
dinamik lembut (p) dan dinamik kuat (f)
4 Menepuk lagu dengan teknik yang betul, tepat dan kreatif
Pengalaman Nyanyian
1
Menyanyi dengan teknik pernafasan, postur badan, sebutan yang jelas
serta ekspresi yang sesuai dengan bimbingan
2
Menyanyi dengan teknik pernafasan, postur badan, sebutan yang jelas
serta ekspresi yang sesuai tanpa bimbingan
3
Menyanyi dengan teknik pernafasan, postur badan, sebutan yang jelas
serta ekspresi yang sesuai dengan betul
4
Menyanyi dengan teknik pernafasan, postur badan, sebutan yang jelas
serta ekspresi yang sesuai mengikut pic, tempo dan dinamik dengan betul
tepat dan kreatif
PENDIDIKAN MUZIK PKHAS MASALAH PEMBELAJARAN TAHUN 3 4
TAJUK BAND DESKRIPTOR
Pengalaman Muzikal
i. Meneroka bunyi
1 Mengaplikasikan bunyi yang di dengar dengan bimbingan
2 Mengaplikasikan bunyi yang di dengar tanpa bimbingan
3 Mengaplikasikan bunyi yang di dengar dengan betul
4 Mengaplikasikan bunyi yang di dengar dengan betul dan kreatif
Pengalaman Muzikal
ii. Mengenal dan memainkan alat
perkusi
1 Menamakan alat perkusi dan alat muzik dengan bimbingan
2 Memegang dan memainkan alat perkusi secara bebas tanpa bimbingan
3 Memegang dan memainkan alat perkusi dengan teknik yang betul
4 Memainkan alat perkusi mengikut corak irama dengan betul dan kreatif
PENDIDIKAN MUZIK PKHAS MASALAH PEMBELAJARAN TAHUN 3 5
Apresiasi dan estetika seni muzik
1 Menyatakan perasaan mengikut lagu yang di dengar dengan bimbingan
2 Melakukan gerakan mengikut lirik lagu dan irama dengan bimbingan
3 Melakukan gerakan mengikut lirik lagu dan irama tanpa bimbingan
4 Melakukan persembahan dengan betul dan kreatif

You might also like