You are on page 1of 36

1

Analisis artikal atau penulisan jurnal yang anda baca mengenai salahlaku guru
yang melanggar kod etika keguruan serta huraikan kesan dan akibat tindak
tanduk tersebut terhadap profesion keguruan di Malaysia.

2
Pengenalan


Etika berasal daripada perkataan Greek ethos yang bermakna watak atau adat resam.
Adat resam masyarakat membentuk watak manusia. Kini istilah etika dikaitkan dengan
kemoralan dimana individu dalam sesuatu masyarakat bertindak tertakluk kepada budi
pekerti moral yang dipersetujui (Keith Goree, 1966). Menurut Kamus Dewan 1995, etika
bermaksud satu sistem dasar akhlak, adat atau tingkah laku atau kesusilaan. Dengan erti
kata lain, etika menjadi teras dan tunggak kepada keperibadian atau tata kelakuan penjawat
awam supaya berurusan dengan apa yang baik dan tidak baik mengikut kewajiban dan
tanggungjawab moral mengikut profesion tersebut.

Etika juga dikatakan sebagai satu garis panduan yang menyenaraikan prinsip-prinsip
tingkah laku untuk tujuan meningkatkan tahap kualiti, produktiviti dan disiplin dalam
perkhidmatan. Justeru, adalah wajar setiap kerjaya yang digelar profesional
menyenaraikan kod etika kerja supaya memastikan pekerja-pekerja terlatih tertakluk kepada
kod etika tersebut untuk menyediakan perkhidmatan berkualiti. Berikut merupakan beberapa
definisi etika;
Institut Integriti Malaysia (2007) mendefinisikan etika sebagai himpunan nilai dan
moral yang menjadi piawai bagi tingkah laku individu, organisasi dan profesion.
Kamus Oxford (1994) mendefinisi etika sebagai prinsip moral.
Mackie (1977) mendefinisikan etika sebagai disiplin yang dapat menerangkan nilai
baik dan buruk sesuatu tindakan.
Velasquez, Andre, Shanks, dan Meyer (1987) mentaktif etika sebagai standard
salah dan betul yang harus dilakukan manusia untuk memastikan keadilan.
Sharifah Alwiah Alsagoff (1984) mentakrif etika sebagai satu set peraturan tingkah
laku yang meletakkan apa yang harus dibuat dan jangan dibuat.
Dalam Islam, etika ialah tingkah laku baik yang dituntut al-Quran dan Hadith.

Bidang pendidikan juga tidak terlepas dari membina kod etikanya sendiri. Menurut kajian
yang dilakukan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sehingga 30 Jun 2008, bilangan guru
yang berkhidmat di sekolah rendah dan sekolah menengah di seluruh negara adalah
seramai 369,928 orang dengan guru lelaki sebanyak 118,380 orang dan guru perempuan
sebanyak 251,548 orang. Tahun demi tahun, jumlah bilangan guru di seluruh Negara
meningkat dan sebagai usaha memartabatkan profesion perguruan ini sebagai profesion
3
yang profesional, sebuah Etika Profesion Perguruan telah dicadangkan oleh Laporan
Suruhanjaya Diraja Mengenai Perkhidmatan Perguruan Malaysia Barat (Laporan Aziz, 1971)
bagi pembentukan tatasusila guru. Semua guru yang menjawat di sekolah perlu
mematuhinya yang mana etika kerja guru diwujudkan adalah untuk memastikan guru akan
dapat menjalankan tugas yang diamanahkan mengikut panduan yang menjadi pegangan
setiap warga Kementerian Pelajaran Malaysia berdasarkan nilai-nilai akhlak mulia. Antara
rumusan Etika Profesion Perguruan secara keseluruhan adalah seperti;
Guru tidaklah harus bertingkahlaku begitu rupa sehingga boleh mencemarkan
sifat profesionalnya yang akan menyebabkan hilang kepercayaan orang ramai
terhadap profesion perguruan.
Guru tidaklah harus bertingkah laku terhadap muridnya begitu rupa yang boleh
membawa jatuhnya darjat profesion perguruan
Guru tidaklah harus menyatakan atau membuat sesuatu yang boleh
mengurangkan keyakinan diri murid dan ibu bapa terhadapnya

Begitulah suaranya antara kandungan Etika Profesion Perguruan yang mengingatkan guru
kita agar tidak melibatkan diri dalam salah laku semasa memberi perkhidmatan pendidikan
di Negara kita. Tetapi sehinggakan hari ini, berita-berita yang tidak menyenangkan baik dari
segi tindakan atau hukuman terhadap pelajar yang melampau mahupun salah laku guru
sendiri yang masih lagi kedengaran. Persoalannya adakah guru-guru di sekolah pada
zaman kini tidak menyedari keruntuhan akhlak di kalangan profesion ini sehinggakan
mencalar kewibawaan profesion perguruan di Negara kita?

Jadi secara keseluruhannya dapatlah kita simpulkan bahawa etika merupakan salah satu
bidang falsafah yang mengkaji tentang betul dan salah dalam kehidupan seharian
manusia. Etika adalah penting kerana ia menentukan tindak-tanduk menusia. Tanpa
berpegang kepada suatu kod etika, segala usaha manusia akan gagal.



4
Kod Etika Profesional

Perkhidmatan yang diberikan oleh golongan profesional seperti jurutera, arkitek, peguam,
guru dan lain-lain lagi amatlah penting dalam membangun dan mempertingkatkan
kesejahtaraan hidup sesuatu masyarakat. Dan setiap profesion mempunyai kod etikanya
yang tersendiri. Adalah penting ahli-ahli sesuatu profesion memberikan perkhidmatan
dengan penuh amanah, dedikasi dan jujur. Tidak dapat dinafikan bahawa ahli setiap
sesuatu profesion sentiasa berhadapan dengan berbagai-bagai delima etika yang kalau
tidak ditangani dengan baik akan menjejaskan imej dan profesion berkaitan.

Seorang profesional yang mempunyai kesedaran etika yang rendah akan mudah terjerumus
dalam perbuatan salah laku (tidak beretika) seperti perbuatan mengambil rasuah,
melakukan penipuan, pecah amanah, mementingkan diri sendiri dan lain-lain. Contohnya,
peguam yang melarikan duit klien atau akuantan mendedahkan maklumat perbadi kliennya.
Kalau perbuatan ini berterusan dan berleluasa sudah pastilah masyarakat akan
menanggung akibatnya. Oleh itu, pengetahuan dan penghayatan etika harus disemaikan
dikalangan semua ahli sesuatu profesion.

Kod etika merupakan garis panduan yang bertujuan meningkatkan tahap kualiti, produktiviti
dan disiplin dalam perkhidmatan dengan memberi penekanan kepada aspek-aspek yang
berkaitan dengan peraturan, peranan nilai, serta tingkahlaku profesion.

Kod etika professional adalah salah satu 'alat kawalan' sosial yang digunakan sebagai
panduan mengawal selia tingakah laku ahli sesuatu profesion. Kod etika profesional
mempunyai empat fungsi utama:

1. Pedoman:
Kod etika menggariskan standard tingkahlaku yang harus dipatuhi dan diamalkan
sepenuhnya bagi menjaga kepentingan semua pihak yang terlibat.
Kod etika professional mengelaskan pelbagai perkara yang boleh dilakukan dan
yang mana tidak boleh dilakukan.
Kod etika mengingatkan ahli-ahli mengenai tingkahlaku yang patut dipamerkan
apabila berada di dalam sesuatu keadaan.
Secara tidak langsung, kod etika menentukan kerja ahli-ahli dijalankan dengan lebih
5
baik dan teratur.

2. Pencegahan Dan Disiplin:
Kod etika digunakan badan-badan professional atau pihak tertentu (seperti Kerajaan)
sebagai asas untuk menyiasat sebarang penyelewengan ahli-ahlinya.
Berdasarkan aduan yang terima, penyiasatan dilakukan untuk menentukan sejauh
manakah seorang ahli telah melanggar kod etika.
Secara tidak langsung, kod etika mendisiplin ahli-ahli supaya berpegang kepada
prinsip yang dipersetujui oleh semua yang terlibat.

3. Memelihara Maruah Profesion:
Kod etika memelihara maruah profesion dengan memberi imej positif kerana setiap
ahli terikat dengan satu standard etika yang tinggi.
Masyarakat lebih yakin tentang sesuatu profesion jika terdapat kod etika yang
menjelaskan tingkah laku yang boleh dilakukan dan tidak boleh dilakukan.
Kod etika merupakan satu panduan kepada ahlinya mempertahankan integriti
profesion masing-masing yang menjelaskan bahawa setiap ahli perlu menggunakan
pengetahuan yang dimilikinya untuk meningkatkan kesejahteraan manusia dengan
memberi perkhidmatan yang cemerlang kepada orang ramai.

4. Mengelakkan Berklakunya Konflik:
Kod etika dapat mengelakkan daripada berlakunya konflik dan rasa tidak puas hati di
kalangan ahli-ahli sesuatu profesion atau pihak lain yang berkaitan. Jika seseorang
ahli didakwa atau diragui oleh pihak tertentu tentang apa yang dilakukan, maka dia
boleh menggunakan kod etika untuk menyokong tindakannya. Iaitu, meyakinkan
yang terlibat bahawa perkara yang telah dia lakukan tidak salah disisi kod etika.

Ringkasnya, etika professional adalah untuk memberi inspirasi, galakan dan sokongan
kepada ahlinya. Etika professional lebih menumpukan kepada dimensi perlakuan yang
positif sebagai panduan tingkahlaku yang paling sesuai untuk diamalkan oleh seseorang
profesional. Semua etika profesional yang diguna pakai diseluruh dunia dalam bidang-
bidang seperti perubatan, guaman, perniagaan, perakuanan dan kejuruteraan mempunyai
asas-asas etika yang sama. Ini kerana tujuan kod etika dibentuk adalah digunakan untuk diri
dan masyarakat amnya.
6
Kod Etika Perguruan

Profesion perguruan sememangnya mempunyai kod etikanya tersendiri demi
memartabatkan profesion. Kod etika perguruan dijadikan rujukan oleh guru. Kepentingan
kod etika tidak dapat dinafikan lagi kerana adanya kod etika para guru dapat menjaga
tingkah laku sebagaimana yang patut diamalkan oleh seorang guru. Pengetahuan tentang
etika profesion perguruan adalah amat penting dalam menjalankan tanggungjawab sebagai
guru kerana terdapat guru-guru yang masih melanggar tatasusila perguruan yang harus
dielakkan. Di halaman depan Buku Persediaan Mengajar dipaparkan ikrar agar semua guru
mamatuhi dan menjaga imej profesion.

Kami, guru-guru Malaysia, yakin bahawa tujuan utama pendidikan ialah berusaha
menuju ke arah pembentukan warganegara yang berilmu, yang taat setia, yang
bertanggungjawab dan berkebolehan, yang menyedari betapa pentingnya usaha
menuju ke arah kebenaran dan ke arah pencapaian hasrat yang gemilang dan yang
percaya kepada demokrasi, kebebasan perseorangan dan Prinsip-Prinsip Rukun
Negara.

Melalui pendidikan, masyarakat dapat membantu anak mudanya memahami
kebudayaan mereka, memperolehi pengetahuan yang telah terkumpul sejak zaman
berzaman, dan menyediakan mereka untuk menghadapai cabaran pada masa
hadapan.

Dengan menyedari betapa besarnya tanggungjawab membimbing anak muda untuk
mencapai kemajuan sepenuh-penuhnya, maka dengan ini kami menerima tatasusila
berikut sebagai panduan untuk membolehkan kami menyempurnakan profesion kami
ke taraf kesusilaan yang setinggi-tinggnya.

(Sumber : Kementerian Penidikan Malaysia. http://www.moe.edu.my)
7
Tatasusila Kod Etika Profesion Guru Malaysia.

I. Tanggungjawab Terhadap Pelajar
1. Lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar kami daripada hal-hal lain.
2. Bersikap adil terhadap setiap orang pelajar tanpa mengira faktor-faktor jasmani,
mental, emosi, politik, ekonomi, sosial, keturunan atau agama.
3. Merahsiakan maklumat ikhtisas atau sulit mengenai pelajar kecuali kepada mereka
yang berhak mengetahuinya.
4. Membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam darjah sendiri atau dalam mata
pelajaran-mata pelajaran yang diajar di bilik darjah tanpa sebarang bayaran.
5. Menunjukkan satu cara pakaian, pertuturan dan tingkahlaku yang dapat memberikan
contoh yang baik kepada pelajar.
6. Memelihara dan memperbaiki kecekapan ikhtisas melalui pengkajian, lawatan dan
menghadiri kursus ikhtisas, persidangan, mesyuarat atau seminar supaya
pengajaran kami mencapai mutu yang setinggitingginya.

Ii. Tanggungjawab Terhadap Ibu Bapa
1. Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak mereka.
2. Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antara institusi
pendidikan dengan rumahtangga.
3. Menganggap semua maklumat yang diberikan oleh ibu bapa mengenai keadaan
rumahtangga atau mengenai anak mereka sebagai sulit dan tidak akan
membocorkannya kepada sesiapa kecuali kepada mereka yang berhak
mengetahuinya.
4. Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka, dan
menggunakan maklumat yang diterima daripada ibu bapa secara teliti dan bijaksana.
5. Mengelakkan diri daripada menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial
dan eknonomi ibu bapa pelajar.
6. Mengelakkan diri daripada mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang
boleh menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa atau penjaga mereka.




8
Iii. Tanggungjawab Terhadap Masyarakat Dan Negara
1. Mengelakkan diri daripada menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan
kepentingan pelajar, masyarakat, negara atau pun yang bertentangan dengan Rukun
Negara.
2. Memupuk dalam diri setiap pelajar sikap dan nilai yang boleh membantu dan
membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang taat setia, bertanggungjawab
dan berguna, menghormati adanya perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama.
3. Menghormati masyarakat tempat kami berkhidmat dan memenuhi segala
tanggungjawab sebagai seorang warganegara dan sentiasa sanggup mengambil
bahagian dalam sebarang kegiatan masyarakat.
4. Menggalakkan kerjasama dan persefahaman di antara guru dengan ibu bapa,
institusi pendidikan dengan masyarakat.
5. Memberi sumbangan cergas untuk meningkatkan kehidupan moral, kebudayaan dan
kecendekiawan masyarakat.
6. Berpegang kepada tingkah laku yang sopan yang diterima oleh masyarakat dan
menjalani kehidupan sehari-hari dengan baik.


Iv Tangggungjawab Terhadap Rakan Sejawat Dan Profesion
1. Mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh
mencemarkan nama baik seseorang guru di hadapan pelajar.
2. Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan kami
sebagai guru atau ibu bapa, atau berbuat sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah
seseorang guru.
3. Berusaha dengan sepenuh-penuhnya menunaikan tanggungjawab kami dengan rajin
dan bersungguh-sungguh dan mengekalkan sejajar dengan kemajuan ikhtisas dan
sosial.
4. Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat kami terutamanya mereka yang beru
dalam profesion keguruan
5. Sentiasa mengawasi diri kami supaya tidak mencemarkan nama baik profesion
keguruan.
6. Akan menjadi ahli sesebuah pertubuhan guru.

9
Isu-Isu Etika Dan Salah Laku Guru

Matlamat utama pendidikan di Malaysia ialah untuk menampung keperluan tenaga kerja
dan mencapai perpaduan negara melalui perkembangan individu yang bersepadu dan
menyeluruh dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS) selaras dengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).

Bagi menyempurnakan hasrat FPK ini, para guru telah diamanahkan untuk menjalankan
tanggungjawab sebagai pendidik bukan sahaja dari segi penyebaran ilmu bahkan dalam
pembentukan sahsiah anak didiknya. Generasi yang berilmu dan berakhlak tinggi dapat
melahirkan bangsa yang bertamadun.

Pihak pentadbir dan perancang sentiasa mengharapkan agar guru mempunyai cita-cita
unggul iaitu membina masyarakat yang bertamadun tinggi. Apabila FPK dihayati, guru
harus sedar bahawa mereka sebenarnya memikul tanggungjawab yang amat berat.
Guru perlu mencurahkan ilmu sama ada pelajarnya mahu atau tidak mahu
menerimanya.

Di samping itu mereka harus peka dengan perubahan semasa dan menyesuaikannya
secara bijak bagi menangani masalah pengajaran dan pembelajaran terutama yang
berkaitan dengan disiplin pelajar. Pada amnya, guru seharusnya pakar atau profesional
dalam segala bidang. Untuk menjadi guru yang profesional, seseorang guru itu perlu
menekankan tiga aspek penting dalam dirinya iaitu kepakaran, pengetahuan dan
pembentukan sahsiah (Robiah, 1998).

Guru bukan sahaja berkemahiran mengajar dan mengembangkan ilmu, malah sikap,
tingkah laku dan disiplin diri harus dibentuk ke arah profesional. Kementerian
Pendidikan telah berusaha sejak dari dulu lagi untuk menjadikan bidang perguruan ini
sebagai satu kerjaya yang profesional.

Laporan Suruhanjaya Diraja mengenai Perkhidmatan Perguruan Malaysia Barat
(Laporan Aziz, 1971), telah mencadangkan supaya diadakan Etika Profesion Perguruan
(EPP) bagi Pembentukan Tatasusila Guru. Semua guru yang telah memperolehi sijil
perguruan perlu mematuhinya. Namun begitu, sehingga ke hari ini masih mendengar
10
berita-berita yang tidak menyenangkan baik dari segi tindakan atau hukuman terhadap
pelajar yang melampau mahupun salah laku guru sendiri yang mencalar kewibawaan
profesion perguruan ini.

Dalam usaha untuk memastikan martabat pendidikan terus terpelihara dan tidak
terpinggir dalam perubahan arus zaman. Etika Profesion Perguruan harus dikaji semula.
(Najib, 1971).
Pengamalan EPP dalam kalangan guru adalah penting demi memartabatkan profesion
perguruan supaya sentiasa dipandang mulia oleh masyarakat. Kejayaan dan
pencapaian matlamat pendidikan berkait rapat dengan kesedaran guru terhadap
tanggungjawabnya sebagai pendidik selaras dengan EPP yang telah termaktub dalam
ikrar seperti berikut;

Kami guru Malaysia, yakin bahawa tujuan utama pendidikan ialah berusaha menuju ke arah
pembentukan warganegara yang berilmu, taat setia, bertanggungjawab dan berkebolehan....
... dengan menyedari betapa besarnya tanggungjawab bimbingan anak muda untuk
mencapai kemajuan sepenuh-penuhnya, maka dengan ini kami menerima tatasusila berikut
sebagai panduan.

Dari penyataan ikrar dan kod EPP di atas, guru sesungguhnya mempunyai beban yang
berat untuk melahirkan modal insan yang berkualiti dan berketerampilan dalam membentuk
generasi Y dan X sebagai teras peneraju masa akan datang tanpa mengabaikan nilai etika
dan tatasusila profesion keguruan.

11
Kejayaan dan keberkesanan pendidikan banyak berkait rapat dengan kesedaran, keinsafan
dan tanggungjawab guru sebagai pendidik, di samping mempunyai kelengkapan keilmuan
yang cukup dan sahsiah luhur. Segala panduan dan kemahiran disertai keluhuran budi
serta peribadi tidak terpisah daripada seseorang guru. Begitulah sewajarnya guru sebagai
pendidik yang berkesan. Mereka adalah contoh dan teladan untuk murid, pelajar dan
masyarakat.

Namun sejak akhir-akhir ini kita dihidangkan tentang berita mengenai guru
mencederakan pelajarnya dengan alasan yang tidak munasabah seperti datang lewat ke
sekolah, tidak membawa buku latihan, tidak menyiapkan kerja sekolah dan beberapa
kesalahan kecil yang lain yang dilakukan oleh pelajar. Kita sedar bahawa guru bertindak
sedemikian kerana ingin mendidik pelajar supaya pelajar tidak lagi mengulangi
kesalahan yang sama tetapi perbuatan guru yang mendenda pelajar dengan keterlaluan
sehingga mendatangkan kecederaan yang serius merupakan satu tindakan yang
melampau malah turut menimbulkan kemarahan ibu bapa. Kesannya, bukan sahaja imej
guru tersebut yang tercalar malahan imej profesion keguruan turut menerima
tempiasnya.

Cabaran dalam bidang pendidikan kini semakin besar dan mencabar. Tanggungjawab
seorang guru semakin bertambah kerana guru bukan sahaja sebagai pendidik tetapi
turut menjaga murid di sekolah. Bebanan guru makin banyak turut menuntut kesabaran
serta ketanggungjawaban yang amat hebat. Kalau dulu guru sering diagung-agungkan
dan disanjungi sebagai insan yang terhormat oleh para pelajar, ibu bapa dan
masyarakat seluruhnya. Namun, hari ini sering kita dengar sebahagian besar pelajar
sekolah tidak menghormati guru mereka.

Guru-guru diperlekehkan oleh ibu bapa pelajar yang mempunyai taraf hidup yang agak
baik. Guru-guru disaman atas kesalahan yang tidak setimpal dengan pengorbanan
yang diberi. Rasa hormat murid semakin pudar bersama keangkuhan ibu bapa yang
tidak menitikberatkan pelajaran dan menunding jari kepada guru di atas kesalahan,
kealpaan dan ketidakprihatinan mereka sendiri dalam mendidik anak-anak. Guru
sudah hilang kuasa dalam mendidik melalui rotan kerana ibu bapa pada masa kini yang
terlalu memanjakan anak-anak.

12
Pada pandangan saya, sewajarnya ibu bapa akur tugas guru bukan hanya mengajar
mata pelajaran untuk lulus peperiksaan, tetapi turut mendidik pelajar menerusi
penerapan nilai-nilai murni, selain jati diri, disiplin serta sahsiah terpuji. Namun begitu,
kebanyakan ibu bapa mengutamakan kecemerlangan akademik semata-mata dan
bukan sahsiah yang baik menyebabkan anak mereka tidak boleh ditegur walaupun
melakukan kesalahan. Corak pendidikan pada suatu ketika dahulu yang begitu tegas
sehinggakan murid takut untuk meniru, tidak menyiapkan kerja sekolah apatah lagi
datang lewat ke sekolah. Suatu ketika dahulu, sekiranya ada murid melakukan
kesalahan murid-murid akan mendapat ganjaran dan hukuman yang setimpal dengan
kesalahan yang telah dilakukan.

Namun, sedarkah kita didikan guru pada masa lalu yang membentuk masa depan kita
pada hari ini? Kerana rotan cikgu, saya berjaya. Tindakan tegas seorang guru hanyalah
untuk mendidik anak didiknya supaya berjaya di masa hadapan. Ibu bapa pada ketika
itu menyerahkan kuasa merotan kepada guru-guru untuk membentuk anak-anak
mereka. Kalau kita menyoroti peristiwa lampau, tidak ada kes yang melibatkan guru
menampar dan menyepak murid. Malah, tiada kes guru disaman pun pada ketika itu
walhal murid yang nakal selalu dirotan di sekolah.

Pada pengamatan saya, ibu bapa pada hari inilah memainkan peranan penting dalam
mencorak perubahan tingkah laku murid-murid di sekolah. Tindakan ibu bapa yang
menyorok kesalahan anak menyebabkan murid tidak takut untuk melakukan kesalahan
kerana ibu bapa boleh bertindak sebagai pembela.

Terdapat juga ibu bapa yang tidak dapat menerima hakikat bahawa anak mereka
bersalah dan tidak mengakui kesilapan yang telah dilakukan. Ibu bapa seharusnya perlu
berbincang terlebih dahulu dan jangan terburu-buru menyerang pihak sekolah atau
membuat pendedahan pada media. Mendidik anak perlu mengikut peredaran masa dan
guru perlu menghukum pelajar yang melakukan kesalahan dengan bijaksana. Hukuman
yang dikenakan adalah proses mendidik dan bukan memalukan pelajar, sekali gus
memberi keinsafan dan kesedaran terhadap salah laku yang dilakukan.
13
Setiap perkara yang berlaku pasti ada punca atau penyebab berlakunya sesuatu
perkara. Guru juga manusia biasa yang mempunyai tahap kesabaran yang berbeza.
Guru bertindak diluar batasan juga berpunca dari sikap ibu bapa yang terlalu membela
anak sehinggakan di sekolah juga pelajar berani melanggar peraturan dan arahan guru,
tidak menghormati guru kerana sikap pembela ibu bapa yang tidak bertempat. Keadaan
ini akan memberi tekanan kepada perubahan sikap seorang guru daripada seorang guru
yang lemah lembut menjadi pembengis di sekolah.

Selain itu, tekanan kerja merupakan kedua yang menyebabkan guru melakukan
kesalahan yang boleh mencalarkan imej guru. Tugas guru bukanlah satu tugas yang
mudah untuk dipikul. Tuntutan kerja merupakan tuntutan yang berat lebih-lebih lagi
menjadi guru pada zaman teknologi dan dunia tanpa sempadan ini. Tugas guru bukan
hanya mendidik, mengajar dan membimbing pelajar.

Selain daripada itu, guru juga banyak menerima tekanan daripada ibu bapa,
masyarakat, kerajaan, pertubuhan, pihak atasan dan juga masalah peribadi. Masyarakat
melihat tugas guru adalah mudah, masa kerja yang pendek dan banyak cuti. Guru pula
berasa beban kerja yang terlalu banyak sehingga membawa ke bilik tidur. Kerja lebih
masa yang tidak dihargai. pandangan dan persepsi yang berbeza akan menyebabkan
segelintir guru kecewa. Tekanan yang diterima ini akan menyebabkan guru cepat
melenting dan melepaskan kemarahan terhadap pelajar.

Sesungguhnya profesion keguruan yang merupakan profesion tertua di dunia, kini
memasuki satu lagi era baru. Dulu peranan utama guru ialah sebagai penyampai
pengetahuan. Gurulah yang banyak bercakap dan menyoal. Bagaimanapun kini,
peranan guru lebih penting sebagai pemudah cara dalam proses pembelajaran.

Sebagai pemudah cara, guru perlu lebih sedia dan peka melahir dan menggunakan
situasi-situasi pembelajaran secara cekap dan berkesan. Murid perlu selalu digerak
untuk berfikir secara kreatif dan kritikal. Malahan, murid dijangka dapat menyoal guru
serta membantu guru membuka luas pintu pembelajarannya. Dahulu, punca
pengetahuan adalah dalam bentuk bertulis. Sekarang, lebih banyak bilik darjah ditukar
menjadi bilik darjah bestari yang membolehkan pelajar menggunakan komputer untuk
mencari lebih banyak pengetahuan dan maklumat.
14
Bagaimanapun, kehadiran guru penting untuk membimbing pelajar membuat pilihan ilmu
dan maklumat yang betul Selain itu, guru harus berperanan untuk mengenal pasti dan
membangunkan potensi diri pelajar. Peranan guru ini amat penting dalam menentukan
corak pembangunan sesebuah negara. Kita perlu sedar, kejayaan negara sehingga kini,
sebahagian besar adalah hasil sumbangan kerjaya keguruan. Ini kerana persediaan
bagi pengeluaran tenaga kerja negara di semua sektor bermula dari sekolah yang sudah
pastinya memerlukan khidmat dan jasa guru. Guru juga adalah model manusia
berkelakuan baik. Guru mesti bebas daripada bersikap negatif dan sempit daripada
aspek bangsa, kelas, sosial dan kedaerahan.

Sebuah artikel bertarikh Ogos 2009,(Kosmo Online) berjudul Rogol, cabul murid dalam
makmal yang dikarang oleh Adham Shadan telah dimuat turun dari laman web Kosmo
Online. Menurut sumber artikel, kes ini berlaku di sebuah sekolah rendah jenis
kebangsaan di Pasir Puteh, Kota Bharu dimana seorang guru lelaki berusia 29 yang
mengajar Sains dan Bahasa Cina di sekolah tersebut telah didakwa merogol mangsa
yang ketika itu berusia 12 tahun tiga bulan di makmal sains di antara pukul 8 pagi
hingga 3 petang. Bagi pertuduhan kedua, lelaki itu didakwa mencabul kehormatan
mangsa di tempat sama pada pukul 12.15 tengah hari 17 Ogos 2009 mengikut Seksyen
354 Kanun Keseksaan (KK) iaitu menggunakan kekerasan dengan niat mencabul
kehormatan.

Tertuduh didapati bersalah oleh Hakim Rofiah Mohamad selepas mendapati pihak
pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kedua-dua tuduhan itu.
Dalam penghakimannya, Rofiah mengatakan dia mengambil kira kepentingan awam
serta hubungan tertuduh dengan mangsa sebagai guru dan murid dalam menjatuhkan
hukuman. Kata Rofiah Selepas mendengar hujahan pihak pendakwa dan pembela,
saya menjatuhkan hukuman penjara sembilan tahun dan sebatan bagi kesalahan
merogol serta tiga tahun penjara dan dua sebat bagi kesalahan mencabul.

Guru yang terbabit sebenarnya juga telah melanggarkan peraturan dalam kod Etika
Profesion Perguruan dengan melakukan tingkah laku mencabul anak murid perempuan
yang mana ini telah menyebabkan pihak ibu bapa dan khalayak ramai tidak percaya
kepada sifat profesional profesion perguruan. Seperti mana yang dikemukakan sebelum
ini, salah sebuah kod yang terkandung dalam Etika Profesion Perguruan adalah
15
menegaskan bahawa guru haruslah sentiasa menjaga tingkah lakunya supaya
keprosefionalannya tidak tercemar akibat kehilangan kepercayaan orang ramai terhadap
profesion perguruan. Pernyataan ini menjelaskan bahawa setiap tindak tanduk dan
sikap yang guru lakukan adalah mendapat perhatian masyarakat sekeliling terutamanya
pelajar dan ibu bapa.

Sesungguhnya, amat penting bagi seseorang guru agar menjada perlakuan agar tidak
mencalar kewibawaan profesion perguruan sehingga boleh menghilangkan kepercayaan
masyarakat terhadap nilai-nilai murni seorang guru yang sepatutnya membawa
tanggungjawab dan amanah untuk mendidik anak bangsa supaya bertingkah laku baik
dan berakhlak mulia.

Jika seorang guru gagal untuk menjaga tingkah laku dan sikapnya, maka imej guru
seluruh Negara akan dipersoalkan dan pada akhirnya, masyarakat tidak akan
mempercayai guru dalam peranan sebagai pengganti ibu bapa di sekolah untuk
mendidik anak-anak mereka. Pendek kata, tindakan guru disiplin lelaki yang dianalisis
dalam sumber artikel telah membuat pihak masyarakat mempersoalkan sifat profesional
guru dan ini sebenarnya telah mencabar kewibawaan profesion perguruan di Negara
kita.

Jika diteliti, apakah sebenarnya sebab-sebab yang menyebabkan berlaku kes salah laku di
kalangan guru? Pada pendapat saya, senario ini berlaku dengan antara sebabnya ialah
guru terbabit kurang menghayati dan memahami kandungan yang tertera dalam kod Etika
Profesion Perguruan. Sesungguhnya, kod etika yang disediakan dapat dijadikan suatu garis
panduan kepada para guru di Negara kita tentang bagaimana tingkah laku yang sesuai
dilakukan apabila diri individu itu telah menceburi profesion perguruan.

Ini bermakna jika guru yang terbabit dengan kes salah laku dapat menghayati dan
memahami peraturan-peraturan yang disenarai dalam kod Etika Profesion Perguruan, maka,
beliau akan mengetahui apa yang boleh dilakukan dan apa yang kurang sesuai dilakukan
sebagai seorang guru. Beliau juga akan mengetahui bahawa tindak-tanduk seorang guru
yang buruk mampu mencemarkan nama seluruh ahli komuniti guru justeru berusaha untuk
mengelakkan dirinya untuk terlibat dengan kes-kes salah laku.

16
Natijahnya, saya berasa bahawa salah satu sebab yang menyebabkan guru terbabit
melibatkan diri dalam kes salah laku adalah berpunca daripada kekurangan pemahaman
dan penghayatan keperluan mengikuti peraturan mengikut kod Etika Profesion Perguruan.

Selain itu, satu lagi punca yang mana mungkin secara tidak langsung telah menyebabkan
keadaan ini berlaku. Apakah sebab sebenar yang menyebabkan guru-guru di Malaysia
mengambil sikap tidak acuh kepada kod Etika Profeion Perguruan? Mungkin kita perlu
berhenti untuk menilai dan mempersoalkan keberkesanan kursus dan latihan yang diberikan
kepada guru mengenai kod etika serta kepentingan mematuhi kod etika guru tersebut. Pada
pendapat saya, pihak kerajaan juga memainkan peranan yang sama kritikal dalam
menyebarkan pemikiran mengenai kepentingan guru mematuhi kod etika kerja.

Namun, realitinya, kursus dan latihan serta bengkel berkenaan kod etika profesion guru
masih lagi kurang dan tidak memadai untuk memberi pendedahan yang tegas kepada guru-
guru di Negara kita mengenai kepentingan menjaga tingkah laku mereka berdasarkan
tatatertib etika. Rumusnya, penguatkuasaan dan pemantauan yang kurang berkesan akan
menyebabkan berlakunya kes salah laku di kalangan guru.

Pada masa yang sama, saya juga berpendapat bahawa kes guru terlibat dalam kes salah
laku berpunca daripada tekanan emosi atau lebih dikenali sebagai stres. Kyriacou (2000)
menjelaskan stres guru sebagai pengalaman guru terhadap emosi yang tidak diingini seperti
tekanan, kekecewaan, kebimbangan, kemarahan dan kemurungan akibat daripada
tugasnya sebagai seorang guru. Stres juga didefinisikan sebagai tindak balas fizikal yang
biasa terhadap sesuatu perkara atau peristiwa yang boleh menyebabkan
ketidakseimbangan berlaku. Sebenarnya, setiap individu mengalami kelima-lima jenis stres
yang disenaraikan, apa yang membezakan adalah kekerapan dan tahap keseriusan tekanan
emosi tersebut kepada setiap individu, menurut Noriati A. Rahid, etc. (2010:67).

Dengan perkembangan yang pesat pada abad ke-21 ini, guru di sekolah bukan sahaja
menghadapi cabaran dalam menguruskan perihal pengajaran dan pembelajaran di
sekolah, malah golongan tersebut juga menghadapi cabaran yang lebih ketara dengan
tuntutan daripada ibu bapa, masyarakat, pihak pengurusan sekolah dan kementerian demi
meningkatkan kualiti pendidikan. Dalam proses menjalankan tugas dan tanggungjawab,
guru kian menghadapi halangan, kesuntukan masa, perselisihan faham antara guru justeru
17
tekanan emosi sememangnya berlaku jika guru tidak dapat menyelesaikan masalah atau
menangani cabaran yang dihadapi.

Dalam kes yang dirujuk, guru lelaki tersebut mungkin telah mengalami tekanan emosi yang
mana pada akhirnya menyebabkan dia bertindak terpesong daripada etika kerjaya sebagai
seorang guru. Stres yang hasil daripada tekanan kerjaya berkaitan yang menyebabkannya
mengalami kekangan dalam menyelesaikan ketidak-seimbangan yang berlaku dalam
dirinya. Kita faham bahawa kecelaruan dalam diri seseorang akan membawa kepada
tindakan yang berada pada luar jangkaan diri sendiri yang amat berbeza dengan personaliti
asalnya, dimana guru terbabit mungkin mencabul murid perempuan berkaitan walapun
dirinya sendiri tidak sedar bahawa dia sedang melakukan salah laku terhadap muridnya.

Menurut laporan Magendran Rajagopal dan Norliza Wasilan dalam Berita Harian
secara online, Kementerian Pelajaran telah menerima 200 aduan berhubung pelbagai salah
laku guru di seluruh Negara sejak tahun 2007. Sumber menjelaskan baahwa antara
kesalahan yang dilakukan oleh guru ialah tidak hadir bertugas (37%), cabul dan gangguan
seksual (17%), terbabit dalam rasuah dan disiasat Badan Pencegah Rasuah (15%),
penyalah-gunaan dadah (9.5%), kecurian (6%), jenayah syariah (7%) dan keterhutangan
serius (1%). Peningkatan bilangan guru-guru di Malaysia yang terbabit dalam kes salah laku
sesungguhnya mendatangkan kesan yang amat buruk jika masalah ini dibiarkan berterusan.

Antara kesan yang dapat dilihat daripada permasalahan ini adalah merosotnya kewibawaan
profesion perguruan. Seperti mana yang dinyatakan oleh Syed Ismail etc. (2010:190),
Pada zaman ini guru bukan sahaja sebagai pendidik tetapi pengganti ibu bapa, kaunselor,
pembimbing dan rakan. Peranan guru begitu penting memandangkan beliau merupakan
individu yang paling dekat dengan murid semasa mereka berada di sekolah. Namun,
apakah pandangan ibu bapa di luar persekitaran sekolah yang mengharapkan guru menjadi
penggantinya, melihat kes-kes salah laku yang berlaku di kalangan guru di sekolah? Adakah
masyarakat di Negara kita akan terus menyanjung, menghormati dan mempercayai
profesion perguruan sebagai suatu jawatan yang mulia apabila guru-guru sekarang terjurus
untuk terbabit dalam salah laku?

Peningkatan kes-kes salah laku melibatkan guru-guru di sekolah telah menyebabkan ibu
bapa dan masyarakat Negara kita memandang sinis terhadap profesion perguruan. Mereka
18
tidak yakin dengan kebolehan guru seluruh negara dalam mendidik anak-anak mereka
walaupun hanya berakibatkan tindakan salah seorang guru di Malaysia. Nampaknya,
pengaruh yang dibawa oleh permasalahan tidak mematuhi kod etika kerja guru terhadap
profesion perguruan di Malaysia adalah begitu luas sehingga menjejaskan imej semua guru
di Negara kita. Malah sesetengah pihak telah melabelkan profesion ini sebagai pilihan
terakhir setelah tiada kerjaya profesional yang lain atau disebabkan ingin mengelakkan diri
daripada menganggur. Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.

Di samping itu, kes salah laku yang berlaku di kalangan guru juga memaksa pihak berkuat-
kuasa melucutkan jawatan guru di sekolah. Ini secara tidak langsung menyebabkan
kekurangan sumber guru yang berkualiti di sekolah-sekolah seluruh Negara. Menurut
sumber pada tahun 2010, bilangan sekolah rendah yang didirikan di Malaysia adalah
sebanyak 7,714 buah.

Cuba bayangkan sekiranya seluruh sekolah di Malaysia mempunyai hanya seorang guru
yang membabitkan diri dalam kes salah laku. Dengan ini, pihak berkuat-kuasa terpaksa
melucutkan kira-kira 7 ribu orang guru yang memegang jawatan di sekolah. Ini sudah tentu
menimbulkan permasalahan yang tidak berterusan kepada proses pembelajaran murid-
murid di sekolah, malah sistem pendidikan di Negara kita. Jadi, jelaslah bahawa tindakan
salah laku guru akan menyebabkan sistem pembelajaran di Negara kita tergendala.

Memandangkan isu atau permasalahan salah laku guru di Negara kita akan membawa
kesan yang begitu serius kepada imej guru dan sistem pendidikan di Negara kita, langkah-
langkah yang sesuai serta berkesan haruslah diambil supaya isu ini dapat diturunkan
kadarnya, diperbaiki keadaannya dan pada akhirnya dibasmi permasalahannya. Terdapat
beberapa pihak yang terlibat dalam usaha mengatasi isu salah laku di kalangan guru di
Negara kita. Antaranya ialah pihak pentadbir sekolah, pihak rakan sejawat guru dan juga
pihak individu yang tertuduh tersebut.

Pertama sekali, pihak pentadbir sekolah haruslah mempertingkatkan lagi sistem
pemantauan (monitoring) dan susulan yang sedia ada supaya lebih berkesan dan cekap
dalam pemantauan terhadap guru-guru di sekolah agar isu salah laku di kalangan guru
dapat dielakkan. Pihak tersebut seharusnya mewujudkan sebuah sistem pantau yang dapat
menghalang guru-guru untuk melibatkan diri dalam perkara-perkara yang dikatakan telah
19
melanggar peraturan kod Etika Profesion Perguruan. Sekiranya betul didapati guru
berkenaan masih tidak terlepas dari terbabit kes salah laku, pihak pentadbir sepatutnya
membuat persediaan untuk memberi perkhidmatan nasihat dan kauseling kepada guru
tersebut supaya dia sedar bahawa dirinya sedang menjurus ke arah yang terpesong
daripada profesionnya.

Walau-bagaimanapun,jika guru terbabit masih ingkar, maka amaran dan tindakan tatatertib
harus dilaksanakan dengan tegas agar kes salah laku tidak berterusan. Ketegasan pihak
pentadbir dalam menguruskan hal salah laku sememangnya membantu pihak berkuasa
membasmi isu salah laku di kalangan guru. Pihak pentadbir juga berperanan memastikan
guru di sekolah, khususnya guru permulaan yang baharu saja dilantik agar memahami dan
menghayati kod Etika Profesion Perguruan. Sekiranya perlu, kursus, latihan, seminar dan
bengkel menerangkan tentang etika kerja tersebut harus diadakan dengan kerap agar guru-
guru sentiasa peka dengan tindak-tanduk sendiri.

Selain itu, rakan sejawat guru juga memainkan peranan kritikal dalam mengatasi masalah
salah laku di kalangan guru. Sebagai salah seorang ahli dalam komuniti pendidik, individu
tersebut seharusnya sentiasa berusaha menjadi teladan kepada ahli-ahli lain dalam komuniti
berkaitan. Adalah diingatkan bahawa sebagai seorang guru, tingkah laku beliau bukan
sahaja sentiasa menjadi role model kepada murid-muridnya di dalam kelas, malah rakan-
rakan sejawatnya yang sentiasa berkomunikasi dengannya. Jadi, adalah wajar sebagai
seorang guru untuk sentiasa menjaga tindak-tanduknya. Sebagai rakan sejawat, individu
tersebut juga bertanggungjawab memberi dorongan dan nasihat sewajarnya kepada guru
yang didapati terbabit dengan kesalahan.

Kita dididik agar tidak menjaga tepi kain orang dan ini menyebabkan kita jarang mengambil
peduli tentang hal-hal yang tidak berkaitan dengan kita. Namun, sebagai rakan sejawat,
sikap ini haruslah diubah dimana individu tersebut haruslah berusaha mengamalkan
pendekatan kepedulian. Dari segi moral, pendekatan kepedulian merupakan kesanggupan
seseorang untuk berkorban demi orang lain. Dalam konteks ini, kepedulian dapat diertikan
sebagai perasaan ambil berat terhadap orang lain. Oleh yang demikian, setiap guru
haruslah memikul tanggungjawab sebagai seorang rakan sejawat untuk mempedulikan
masalah salah laku yang dihadapi orang guru sejawat di sekolah.

20
Pada masa yang sama, rakan sejawat juga perlu sentiasa saling memberi peringatan dan
nasihat agar tidak terjurus daripada terlibat dalam kes salah laku. Menurut Syed
Ismail, etc. (2010:56), kita perlua sama-sama menjaga nama baik profesion perguruan
supaya pelanggan danstakeholder kita berasa berpuas hati dan kehendak mereka yang sah
dapat dipenuhi. Beliau juga menyatakan bahawa Sebagai seorang guru yang
berakauntabiliti terhadap rakan, kita hendaklah sentiasa berusaha membantu rakan sejawat
terutamanya mereka yang baharu dalam terlibat dalam profesion peguruan ini. (Syed
Ismail, etc., 2010:57) Oleh yang demikian, jelaslah bahawa tugas kita sebagai guru
sebenarnya tidak terhad kepada murid, ibu bapa, masyarakat dan Negara. Kita sebenarnya
mempunyai tanggungjawab untuk melindungi dan menjaga nama baik rakan sejawat kita
yang berkecenderung untuk melakukan tindakan terpesong agar kewibawaan profesion
perguruan ini tidak tercalar.

Sebagai seorang guru yang bertanggungjawab, beliau sepatutnya sentiasa bermuhasabah
dan membuat reflektif diri mengenai apa yang dilakukan olehnya. Dengan cara ini, kekuatan
dan kelemahan diri akan dapat dikenal-pasti dan dibaiki dengan kadar yang cepat. Ia juga
menimbulkan kesedaran untuk menjadikan diri individu itu berkembang ke arah lebih baik.
Umpamanya jikalau guru berkaitan mendapati dirinya mempunyai masalah tekanan emosi
yang menyebabkannya terjurus untuk melakukan tindakan terpesong, maka beliau bolehlah
dapatkan nasihat dan kaunseling dari pihak berpengalaman sebelum kes salah laku berlaku.
Sikap kepekaan dan rendah diri terhadap keperluan diri untuk menerima nasihat amat
membantu dalam konteks ini. Sudah tentu masalah salah laku di kalangan guru dapat
diselesaikan sebelum keadaan berkenaan berubah menjadi jenayah serius sehinggakan
didakwa.

Guru juga haruslah bijak memilih kawan yang mampu menjadi teladan dan contoh kepada
profesion perguruan beliau. Seperti peribahasa dalam Bahasa Inggeris yang menyatakan
bahawa A man is known by the company he keeps. Ini bermakna seorang individu akan
menerima pengaruh daripada teman-teman yang berdampingan dengannya. Sekiranya
seorang guru sentiasa berkawan dan berdampingan dengan golongan guru yang dikatakan
mempunyai sikap negatif, maka lama-kelamaan guru tersebut juga akan terjurus untuk
melakukan tingkah laku negatif akibat pengaruh rakan tersebut.
Sebaliknya, sekiranya guru berkenaan berdampingan dengan rakan sejawat yang mampu
menjadi teladan dan contoh malah model tiruan dalam profesion perguruan, maka guru
21
tersebut akan terarah untuk mengikuti arus supaya menjadi seorang guru yang ideal.

Oleh itu, Etika Profesion Perguruan sebenarnya diwujudkan dengan hasrat untuk
membentuk tingkah laku positif dan membaiki potensi sesetengah individu pada satu-satu
masa. Etika juga bertujuan mengawal tingkah laku para profesional agar lebih beretika
dalam bidang yang diceburi dan pada akhirnya membimbing para profesional ke menara
berjaya suatu hari nanti. Begitu juga keadaannya dalam kerjaya guru. Dengan adanya Etika
Profesion Perguruan, para guru di Malaysia akan dapat merujuk dan mendapatkan garis
panduan untuk menjadi seorang guru yang bertanggungjawab dan berakauntabiliti terhadap
semua pihak termasuk pelajar, ibu bapa, masyarat dan Negara serta rakan sejawat.

Adalah wajar bagi setiap individu bagi memahami bahawa pelaksanaan Etika Profesion
Perguruan bukanlah untk membebankan individu yang terlibat dalam profesion tersebut.
Tujuannya seperti yang dinyatakan sebelum ini, sesungguhnya adalah untuk membantu
dalam guru yang berkhidmat dalam bidang pendidikan untuk menjadi lebih komited, dan
dapat memupuk akauntabiliti dalam menjalankan kerja atau profesion beliau. Dengan
pemahaman tentang kepentingan kewujudan etika kerja, maka diharapkan guru-guru di
Malaysia akan lebih menyedari keperluan diri mereka mematuhi peratuan kod etika seperti
yang tertera bagi menjaga imej profesion guru serta memelihara kelancaran dalam
pelaksanaan sistem pendidikan di Negara kita.

Menurut Baharin Abu, etc. telah mengunkapkan bahawa Guru adalah pendidik dan
pembimbing kepada para pelajar yang akan menjadi warisan kebudayaan dan ilmu
pengetahun untuk kemajuan bangsa dan Negara pada masa hadapan. Semamangnya guru
memainkan peranan penting dalam sistem pendidikan Negara. Selain meyebar ilmu, segala
tingkah laku guru akan menjadi contoh teladan kepada pelajar selain mereka dapat
membina masyarakat yang mempunyai budaya yang bertamadun tinggi. Seseorang guru
yang baik seharusnya mempunyai sifat dan kualiti peribadi seperti baik hati, pandai
berjenaka, sabar, bertanggungjawab, yakin pada diri dan mempunyai sifat kepimpinan.




22
Kerjaya guru . Satu pilihan, terpilih atau tiada pilihan..
Dr Hajjah Nik Zaharah Nik Yaacob
Pensyarah IPGKDRI

Pendidik yang berjaya bukan sahaja mempunyai kemahiran mengajar yang
tinggi tetapi sentiasa dipengaruhi oleh pandangan luas dalam setiap keputusan,
tindakan dan sikap apabila berhadapan dengan pelajar.
Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin
Menteri Pelajaran Malaysia

Berdasarkan pernyataan di atas, banding bezakan peranan dan kepimpinan guru
dahulu dan guru sekarang dalam konteks pendidikan dinegara kita.

23
Kerjaya Guru satu pilihan terpilih atau tiada pilihan
Pendidik yang Berjaya bukan sahaja mempunyai kemahiran mengajar yang tinggi
tetapi sentiasa dipengaruhi oleh pandangan luas dalam setiap keputusan , tindakan dan
sikap apabila berhahapan dengan pelajar
Berdasarkan pernyataan diatas banding bezakan peranan dan kepimpinan guru
dahulu dan guru sekarang dalam konteks pendidikan Negara kita.
Pada masa kini, bidang keguruan telah menjadi kegilaan ramai. Dalam erti kata lain,
pekerjaan guru kini menjadi minat kepada ramai golongan muda di Malaysia. Ini ternyata
jelas menerusi peningkatan bilangan pelajar lepasan SPM yang memohon masuk ke Institut
Pendidikan Guru. Bilangan ini kian meningkat setiap tahun sehingga mengakibatkan
kesukaran kepada Kementerian Pelajaran Malaysia untuk memilih bakal guru yang
sememangnya layak dan berkebolehan. Apatah lagi terdapat juga pelajar lepasan
SPM yang sanggup menolak tawaran JPA semata-mata untuk mendapatkan tempat di
Institut Pendidikan Guru.
Meskipun peningkatan minat terhadap kerjaya sebagai guru kian meningkat, namun
ianya menimbulkan beberapa persoalan yang perlu diberi perhatian. Secara umumnya,
Institut Pendidikan Guru menawarkan kursus Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan
dengan memberikan elaun kepada semua pelajar lepasan SPM yang berjaya mendapat
tawaran. Ini bermakna, pelajar bergelar mahasiswa ini tidak perlu membayar semula elaun
yang diberi sepanjang tempoh menuntut di Institut Pendidikan Guru. Ianya berbeza dengan
mahasiswa dari Universiti yang perlu membayar semula pinjaman yang diberikan sepanjang
tempoh menuntut di Universiti. Selain itu, mahasiswa lepasan Institut Pendidikan Guru juga
telah dijamin penempatan untuk berkhidmat sebagai guru sebaik sahaja tamat kursus
pengajian. Ianya juga berbeza dengan mahasiswa lepasan Universiti yang perlu mencari
kerja sebaik sahaja tamat kursus pengajian mereka.
Menerusi artikel yang telah dibaca, saya berpendapat bahawa profesion guru kini
telah menjadi satu bidang kerjaya yang menjadi tarikan ramai pelajar berikutan dengan
keselesaan yang ditawarkan sepanjang kursus tersebut. Tujuan Kementerian Pelajaran
Malaysia memberi pelbagai keistimewaan kepada pelajar Institut Pendidikan Guru bukan
hanya melahirkan bakal guru yang berkualiti malah untuk membantu dalam membentuk nilai
24
manusia yang terpuji. Namun, suasana yang wujud pada masa kini telah berubah sama
sekali. Masing-masing hanya mengejar keselesaan yang diperolehi menerusi kerjaya
sebagai guru. Keselesaan yang dimaksudkan adalah dari segi gaji bulanan yang tetap,
imbuhan, elaun tambahan dan juga bantuan pinjaman perumahan yang penuh.
Persoalan yang wujud kini iaitu mengapakah ramai bertanggapan bahawa bidang
guru hanya menjadi sebagai satu kerjaya dan bukannya disebabkan keikhlasan. Guru
adalah individu yang melahirkan insan yang bergelar doktor, jurutera dan juga menteri.
Sekiranya seorang guru itu hanya menganggap profesion perguruan itu sebagai kerjaya,
maka sudah tentu mereka tidak akan mencapai kepuasan. Kepuasan yang dimaksudkan ini
adalah satu pencapaian yang menujukkan keikhlasan terhadap kerjaya yang dimiliki.
Tambahan lagi, saya juga amat kagum terhadap golongan guru yang bertungkus
lumus dalam mendidik anak murid masing-masing. Didikan secara ikhlas hanya akan wujud
apabila seorang guru itu tidak mengharapkan sebarang balasan terhadap didikan yang
diberi. Keikhlasan ini akan membantu dalam kejayaan murid berkenaan dalam mencapai
kejayaan yang cemerlang hasil didikan guru yang ikhlas. Kejayaan murid menunjukkan
kepuasan guru tersebut dalam memberi didikan yang sempurna kepada mereka.
Kementerian Pelajaran Malaysia telah merancang pelbagai kursus yang bermanfaat
kepada guru. Tujuan kursus ini dilaksanakan adalah untuk membantu dalam mewujudkan
kesedaran dalam diri guru-guru terhadap keikhlasan mendidik anak murid untuk menjadi
insan yang berguna pada masa hadapan. Namun, setakat manakah keberkesanan dasar ini
mewujudkan keikhlasan dalam diri guru-guru pada masa kini.
Keikhlasan seorang guru dapat dilihat dalam pelbagai aspek. Didikan seorang guru
tidak semestinya melibatkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah malah
juga di luar bilik darjah. Sepertimana yang dikatakan, guru memainkan peranan dalam
membentuk insan yang berpekerti mulia untuk bergaul mesra dalam masyarakat yang
berbilang kaum. Didikan ikhlas penting dimulakan sewaktu murid-murid berada di bangku
sekolah rendah. Pengajaran yang ikhlas yang dilaksanakan menerusi sesi pengajaran dan
pembelajaran akan membolehkan murid-murid memahami ilmu yang disampaikan dengan
lebih jelas. Kejayaan dalam bidang akademik sebegini akan membolehkan guru mencapai
kepuasaan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.
25
Hal ini berbeza dengan sesi pengajaran di luar bilik darjah iaitu aktiviti sukan dan
permainan. Keikhlasan penyampaian ilmu adalah amat penting untuk membolehkan ilmu
yang disampaikan itu jelas dan diberkati. Keikhlasan ini bukan hanya ditunjukan terhadap
sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah, malah turut ditunjukkan dalam
pengajaran di luar bilik darjah. Didikan luar bilik darjah yang dimaksudkan adalah
pengajaran berbentuk sukan dan permainan ataupun unit beruniform. Hal ini amat penting
kerana ia melibatkan kesediaan guru dalam mengorbankan masa untuk pencapaian
cemerlang anak murid masing-masing. Lebih-lebih lagi, guru yang sedia mengadakan sesi
latihan untuk latihan pasukan sekolah yang memerlukan guru mengorbankan masa demi
anak murid masing-masing.
Tambahan lagi, peranan dan tanggugjawab sebagai seorang guru sememangnya
mulia dan tidak ternilai harganya. Profession guru sebagai seorang pendidik dan pengajar
tidak dapat disamakan dengan profession yang lain. Ini adalah disebabkan pengorbanan
dan perjuangan guru adalah semata-mata untuk melihat anak bangsa mereka berjaya di
masa hadapan. Dalam erti kata lain, satu bangsa, satu Malaysia. Pendidikan merupakan
alat yang sangat penting dalam melahirkan modal insan untuk menentukan arah tuju negara
dalam menghadapi arus pembangunan. Falsafah pendidikan adalah untuk melahirkan
individu yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Bagi merealisasikan
falsafah ini, setiap insan memerlukan satu usaha yang menyeluruh. Apatah lagi kerjaya
sebagai seorang pendidik ini memerlukan individu yang ikhlas dalam menyebarkan ilmu.
Tanggungjawab guru bukan semata-mata sebagai pengajar. Pendidik merupakan
insan yang membawa erti yang luas berbanding pengajar. Pengajar pula merupakan insan
yang lebih menjurus kepada individu yang bergelar guru yang mencurahkan ilmu
pengetahuan kepada anak didiknya. Namun, konsep pendidik bukanlah hanya mengajarkan
sesuatu ilmu tetapi turut berperanan dalam mendidik rohani, jasmani, fizikal dan mental
anak didiknya. Ini adalah penting dalam menghayati dan mengamalkan perkara yang telah
dipelajari.
Guru yang memiliki sifat pendidik akan memastikan sesuatu ilmu yang disampaikan
dihayati untuk mweujudkan keperabadian dan tabiat anak didiknya yang mulia. Oleh yang
sedemikian, peranan sebagai pengajar berada dalam fikiran namun peranan sebagai
pendidik pula telah tersemat dalam hati setiap insan yang bergelar guru. Menerusi
26
pemahaman peranan ini, guru-guru perlu mencerna dan menghayati tema hari guru pada
setiap tahun yang dicipta khas dan bersesuaian dengan masyarakat pada masa kini.
Keikhlasan guru adalah menjalankan tanggungjawabnya sebagai guru. Seperti yang
telah saya katakan, setiap guru perlu memiliki sikap sedia bekorban untuk memastikan
urusan dan tanggungjawabnya terhadap murid dilaksanakan. Semua murid disekolah
adalah menjadi tanggungjawab guru untuk melatih, mengajar dan memupuk nilai-nilai murni
termasuk hubungan kekeluargaan, kemesraan dan keikhlasan dalam diri murid-murid yang
kini semakin terhakis.
Namun sejak kebelakangan ini, pelbagai perspektif negative terhadap guru telah
dilontarkan. Apatah lagi ianya terpapar jelas di depan muka akhbar yang menyiarkan guru
merotan murid sampai luka, guru sepak pipi murid dan guru berkata lucah kepada murid.
Segala isu yang timbul ini boleh diibaratkan sebagai cebisan yang mencemarkan nama baik
profesion keguruan jika dibandingkan dengan pelbagai kejayaan yang dicapai oleh guru
dalam melahirkan banyak pemimpin, doktor dan peguam.
Segala kejadian ini menunjukkan bahawa cabaran guru pada masa kini semakin
meningkat. Apatah lagi, dunia kini telah berubah menjadi dunia tanpa sempadan dengan
teknologi yang ada semakin berkembang maju. Guru juga perlu melengkapkan diri dan
mampu menurunkan ilmu berkenaan kepada anak didik mereka. Ini akan membolehkan
mereka untuk tidak terpengaruh dengan unsur-unsur negatif. Perhatian guru terhadap anak
murid perlulah lebih mesra dan ikhlas agar peribadi anak murid tersebut mudah dibentuk
dengan acuan yang sepatutnya. Saya memang tidak menafikan pembaharuan yang dibawa
oleh guru di Malaysia kerana ianya amat besar. Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu
berbangga dengan status Malaysia yang berada di persada. Namun kejayaan besar yang
kita kecapi selama ini, semuanya adalah berkat seorang insan yang bernama guru. Guru
merupakan insan yang tidak mengenal erti penat lelah, sanggup berkorban masa dan
tenaga demi anak bangsa pada masa hadapan.
Guru merupakan pembentuk suasana dan juga masyarakat serta kejayaan untuk
negara. Seterusnya, ramai yang sering memperkatakan tentang erti keikhlasan seorang
guru. Selain itu, ada juga yang sering mempertikaikan keikhlasan seseorang guru. Apatah
lagi apabila terdapat beberapa golongan yang mendakwa tindakannya itu dibuat secara
27
ikhlas. Namun, adakah setiap insan memahami erti ikhlas yang sebenarnya. Setiap manusia
di dunia pada masa kini terlalu kurang keikhlasan. Adakah sebagai guru, kita memliki
keikhlasan dalam mengajar, mendidik dan berniaga.
Pada masa yang sama, timbul satu persoalan tentang keikhlasan. Adakah kita
sebagai manusia sukar dan tidak mudah mencapai keikhlasan manakala bagi mereka yang
benar-benar mendalami erti perguruan, berjaya mencapai keikhlasan dalam profesion
perguruan untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran secara ikhlas. Setiap
daripada kita mudah untuk melafazkan kata ikhlas dan mudah juga untuk cuba menyakinkan
diri sendiri bahawa kita ikhlas dalam perjuangan sebagai seorang guru, namun sejauh
manakah keikhlasan dalam melaksanakan tugas dan kewajipan sebagai guru dalam
mendidik anak bangsa untuk membentuk pelapis negara yang utuh.
Selain itu ,terdapat juga beberapa pihak yang mengatakan bahawa ketidakikhlasan
seorang guru itu dapat dilihat dengan jelas menerusi tanda-tanda pada mulut seperti tutur
katannya.dan juga tulisan melalui baris ayatnya, dari tindakan melalui memek wajah dan
pergerakannya. Ianya penting kerana dapat meneliti dan memperbaiki diri sendiri dan
bukannya ghairah dan sibuk meneliti keikhlasan.
Pada pendapat saya, tugas, amanah, tanggungjawab dan akauntabiliti yang terletak
di bahu seorang guru bukan satu perkara yang mudah untuk dilaksanakan dengan baik dan
jayanya. Lebih-lebih lagi, guru perlu menyampaikan ilmu berpandukan falsafah pendidikan
negara di mana guru merupakan insan yang mampu melahirkan anak murid dan pelajar
yang seimbang dari segi jasmani,emosi,rohani dan intelek. Dalam era menuju ke alam
dewasa ini setiap manusia sering dikejutkan dengan cerita dan khabar angin yang
negatif tentang masalah guru-guru seperti masalah sosial, jenayah seksual dan juga
penyalahgunaan dadah. Sepertimana yang saya katakan sebelum ini, segala maklumat
negatif yang tidak sahih sering menjadikan kerjaya sebagai seorang guru tidak lagi dihormati
dan disanjung tinggi seperti dahulu. Pada pendapat saya, seorang guru bukannya mahukan
sanjungan tetapi keikhlasan, Itu amat penting bagi seorang guru dalam mendidik anak
bangsa agar guru itu dianggap sebagai lilin yang mengorbankan diri untuk kejayaan anak
murid.
Bagi saya, akar umbinya bermula dari guru itu sendiri. Guru merupakan pembentuk
28
kepada tiang yang utuh bagi memastikan anak murid masing-masing berjaya. Persoalannya,
sejauh manakah keikhlasan seorang guru apabila menjadikan profesion perguruan sebagai
pilihan pekerjaan kedua atau pilihan terakhir. Untuk itu, adalah penting untuk kita
menjadikan profesion guru sebagai pilihan yang pertama .Segala-galanya haruslah menjadi
keutamaan. Sebagai contoh, pertama dalam mengajar, pertama menyentuh hati pelajar,
pertama di hati pelajar, pertama menyeru kebaikan dan pertama dalam membuat kebaikan.
Selain itu, salah satu pertanyaan yang sering menganggu sanubari adalah apabila
wujudnya golongan yang selalu melakukan provokasi berkenaan dengan keikhlasan
seorang guru dalam menyampaikan ilmu kepada anak murid. Persoalannya adalah guru
yang memilih kerjaya ini berdasarkan gaji yang diperoleh. Namun, saya tidak ingin untuk
bertanyakan tentang pilihan cita-cita dan sebab untuk menjadi seorang guru tetapi, saya
ingin mengetengahkan kesungguhan untuk menjadi seorang guru. Kesungguhan yang
dimaksudkan adalah termasuk keikhlasan dalam melaksanakan kewajipan sebagai seorang
guru. Keikhlasan sememangnya tidak berkaitan dengan gaji yang diterima meskipun wang
ringgit merupakan salah satu keperluan dalam hidup.
Jelas terlihat kebiasaannya seorang guru akan memenuhi jumlah jam kerja, hadir
setiap hari, tepat waktu hadir, tepat waktu pulang, sesuai dengan jadual mengajar, padahal
keadaan sedemikian hanyalah menunjukkan pengertian disiplin internal dan ianya masih
belum mencapai keikhlasan. Untuk itu, apabila memilih untuk menjadi pendidik, setiap guru
wajib mendalami isi hati masing-masing supaya mereka dapat membandingbezakan antara
keikhlasan dan juga keinginan. Hal ini berbeza pula dengan keikhlasan guru dalam
mendekati anak murid masing-masing. Pendekatan secara ikhlas ini penting untuk guru
mengenalpasti perkembangan masalah sosial yang kian meruncing sekarang yang
kebanyakkanya berpunca daripada pengaruh rakan sebaya disekeliling mereka.
Tambahan lagi, guru perlu bijak dalam menyesuaikan diri dengan setiap anak
didiknya. Sebenarnya, mendidik seseorang murid itu bukan hanya berasaskan nafsu
semata-mata dan tidak mempunyai perasaan dendam kerana setiap murid perlu didekati
secara psikologi dengan ikhlas. Seorang guru perlu juga ikhlas menghormati dan
menganggap anak muridnya seperti anak atau adik mereka sendiri. Di sini perlu wujudnya
keikhlasan dalam memberi tumpuan dan didikan supaya anak didik mereka berjaya
melakukan perubahan besar dalam hidup.
29
Cabaran besar sememangya menanti warga pendidik dalam bersama-sama
berusaha mewujudkan jurang yang lebih rapat antara guru dengan pelajar supaya mereka
dapat merasakan wujudnya hubungan akrab yang terjalin antara mereka. Bagi murid-
murid yang degil, guru perlu menggunakan kesempatan dan kemahiran mereka berhubung
secara ikhlas dengan lebih kerap, Keakraban ini akan membolehkan terjalinnya hubungan
mesra yang ikhlas antara guru dengan murid yang memberi peluang kepada murid untuk
berkongsi masalah bersama guru masing-masing. Murid yang perlu didekati sudah tentu
dikenalpasti oleh guru itu sendiri dimana guru sedar murid yang bermasalah biasanya
datang daripada keluarga yang bermasalah.
Guru juga disarankan untuk tidak mengambil keputusan secara terburu-buru
meskipun ikhlas dalam membantu pelajar sebegitu. Ini adalah berikutan murid bermasalah
tidak suka dipaksa, maka langkah terbaik buat mereka adalah beri mereka peluang dan
masa untuk berubah.
Untuk itu, saya berpendapat bahawa setiap orang perlu sentiasa mendoakan
kesejahteraan guru atas keikhlasan mereka terhadap anak murid mereka walaupun mereka
tidak lagi mengajar. Ini penting kerana setiap kejayaan yang kita kecapi hari ini sudah pasti
berpunca daripada didikan yang dicurahkan secara ikhlas kepada kita. Haruslah disedari
agar jangan berasa bangga dan sombong dengan apa yang kita miliki sekarang kerana
ianya adalah keberkatan dan keikhlasan seorang guru.Seperti yang sedia maklum, cikgu
merupakan insan yang cemerlang dan unggul. Pada pandangan saya, perkataan cikgu itu
sendiri membawa pelbagai erti yang harus kita semua dalami. Cikgu adalah bersamaan
dengan cemerlang insan kerana guru unggul.
Oleh yang sedemikian, saya berharap agar tiada individu yang akan
mempertikaikan keikhlasan seseorang guru. Ini penting sebagai peringatan dimana tugas
guru dahulu dan kini adalah sama sahaja. Tugas yang dimaksudkan adalah dalam
melaksanakan sesi pengajaran dan mendidik anak murid menjadi insan yang mulia. Apatah
lagi dengan berkelayakan ijazah , guru-guru pada masa kini sedia berkongsi pejabat dengan
puluhan guru-guru yang lain dengan berkongsi kipas sambil mengetip kertas saban hari.
Rutin hidup ini tidak pernah dijemui oleh mana-mana guru kerana keikhlasan mereka untuk
melaksanakan tugasan sebegini. Tambahan lagi, guru-guru juga sedia berkorban masa
bukan sahaja untuk anak murid malah untuk perkembangan maju sekolah seperti
30
menghadiri kursus di luar sekolah, melayan karenah ibu-bapa murid, menghadiri pelbagai
mesyuarat dan sedia menyertai sebarang program anjuran JPN. Meskipun kenaikan
pangkat dan gaji dalam sector awan adalah perlahan, namun sikap penyabar dalam
menunggu menunjukkan keikhlasan setiap guru menyampaikan ilmu tanpa mengharapkan
sebarang balasan. Untuk itu, moga tuhan membalas jasa-jasa guru dengan memberkati
hidup mereka.
Akhir sekali, ingin saya ulaskan bahawa setiap insan yang bergelar guru wajar
menganggap profesion guru itu sebagai satu profesion yang mulia. Guru adalah pembentuk
masyarakat yang berjaya. Maka, tanggapan guru hanya sebagai kerjaya akan
mengakibatkan seseorang guru berkenaan tidak akan dapat menjalankan tugas dan
tanggungjawabnya dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran secara ikhlas.
Tugasan yang dilaksanakan dengan ikhlas akan membolehkan insan yang bergelar guru ini
berpuas hati dengan tanggungjawab yang telah dilaksanakan. Sememangnya guru
berkenaan akan lebih bangga dan berpuas hati apabila melihat anak muridnya mencapai
kejayaan sepertimana yang diharapkan. Tanpa guru, sudah tentu tidak terbentuknya insan
yang bergelar doktor dan juga doktor. Anak murid yang tiada bimbingan dan didikan guru.
Pada masa dulu guru memainkan peranan penting dalam mencapai kemerdekaan
negara. Kesinambungan tokoh-tokoh guru seperti Rahman Yaacob dan Tun Ghafar Baba
sepatutnya tidak boleh putus mengikut peredaran masa. Guru dulu merupakan pemimpin di
desa dan kawasan pedalaman.
Peranan mereka dalam memberikan kesedaran kepada rakyat meninggalkan kesan yang
bukan sedikit kepada masyarakat. Peranan mereka menyebarkan kepentingan
kemerdekaan dan kemajuan menjadikan mereka disegani. Melalui pengalaman saya sendiri,
dulu kalau terserempak dengan guru, saya lari. Takutnya pada guru. Takut bercampur
hormat. Sekarang, perasaan hormat tetap ada, cuma agak berbeza dari segi
pendekatannya. Kini, guru-guru lebih didampingi.
Telah 42 tahun negara merdeka tetapi peranan guru tetap sama. Malah, khidmat guru
sehingga ke ceruk-ceruk rantau. Pendek kata, pendidik ada di mana-mana.
Peluang ini harus digunakan sebaik mungkin oleh guru-guru. Mereka masih harus jadi
pemimpin dan membimbing masyarakat demi melahirkan barisan pelapis yang
terkehadapan dalam serba- serbi. Jadilah guru profesional yang boleh membezakan antara
31
dua keadaan yang berbeza.
Guru adalah pengajar atau pendidik dalam sesebuah institusi pendidikan. Walaupun pada
masa kini pelbagai gelaran digunapakai, hakikatnya, guru tetap guru sama ada dipanggil
cikgu, sir, teacher, ustaz, ustazah, pensyarah, doktor, professor, atau lain-lain lagi. Tugas
mereka adalah sama yakni mangajarkan ilmu pengetahuan kepada anak murid atau pelajar.
Oleh sebab itu, pada pendapat saya, adalah sangat bagus jika pelajar dapat mengucapkan
selamat hari guru kepada pensyarah mereka, namun pada zaman kini, pensyarah amat
mudah menghina pangkat guru tersebut. Bagi kebanyakan orang guru hanyalah mereka
yang mengajar di peringkat sekolah sama ada rendah atau menengah. Salahfahaman ini
amatlah sukar untuk dibendung.
Walaubagaimanapun, berbalik kepada tajuk kita di atas, guru pada zaman dahulu
dan sekarang amatlah berbeza. Perbezaan yang ketara wujud dalam pelbagai bentuk.
Pertama, perubahan penerimaan masyarakat terhadap guru, seterusnya perubahan taraf
guru dalam sistem pendidikan dan juga perubahan guru itu sendiri. Apakah penyebab
semua ini berlaku dan bagaimana ia berlaku adalah melibatkan pelbagai faktor yang tidak
dapat saya sebutkan semuanya di sini. Apapun, akan diperjelaskan beberapa perkara
penting sahaja yang didalam pengetahuan saya yang amat terhad ini.

Perubahan dalam masyarakat menyebabkan kedudukan guru di mata masyarakat
sekarang amatlah berbeza daripada dulu. Dapat dilihat dengan ketara, guru kini tidaklah lagi
dihormati sebagaimana pada suatu masa dulu. Buktinya, lihat sahaja di dalam surat khabar
atau media-media massa lain, terdapat banyak kes saman terhadap guru. Ibu bapa kini lebih
sanggup menyaman guru apabila berlaku sesuatu terhadap anak-anak berbanding
membiarkan anak mereka dididik ke arah yang betul. Benarlah, tidak semua kes adalah
kerana keegoan ibu bapa, dan ada juga yang disebabkan kelampauan guru itu sendiri.

Namun, jika dibandingkan dengan masa lalu, tidak pernah wujud kes sebegini.
Dahulu, ibu bapa akan menghantar anak-anak ke sekolah dan berpesan kepada guru jika
anak mereka berbuat salah, maka pukullah asal tidak patah riuk. Anak-anak juga apabila
pulang kerumah selepas dirotan guru tidak akan berani mengadu kepada ibu bapa kerana
pasti akan bertambah dos mereka nanti. Pengalaman saya juga dahulu, apabila pulang
kerumah selepas dirotan di sekolah dan memberitahu ibu, perkara pertama akan disebut ibu
atau bapa saya ialah Kamu ada buat salah lah tu, kamu buat apa sampai cikgu marah?.
32
Betullah pada masa itu, cikgu tidak akan pukul jika tidak buat salah. Semakin saya dewasa
semakin saya memahami semua ini.

Selain daripada itu, sistem pendidikan juga semakin hari semakin diubah.
Kedudukan guru juga dilihat semakin berbeza daripada dahulu. Dahulu, pekerjaan sebagai
guru dianggap paling menjamin masa depan. Anak-anak lepasan sekolah yang menyertai
maktab perguruan adalah sangat disanjung tinggi. Diceritakan ibu saya, dahulu apabila
habis sekolah, ramai ibu bapa menggalakkan anak-anak menceburi jurusan perguruan.
Selalu saya mendengar, ibu berkata kepada anak-anak yang gagal; Kalau dulu jadi cikgu
kan dah senang. Tetapi di zaman kini amat berbeza, bukanlah kerana gaji guru makin
sedikit atau apa. Malahan guru adalah lebih mewah sekarang berbanding dahulu. Apa yang
dilihat sekarang anak-anak muda lebih mahu menjadi doktor, jurutera, saintis dan
sebagainya. Cita-cita sebegini turut diterapkan oleh ibu bapa. Kita semakin menuju ke alaf
baru, alaf sains. Semua berkejar-kejar menjadi pakar dalam bidang-bidang berkenaan.
Sudah tidak ramai yang benar-benar ikhlas ingin menjadi guru. Kerana itulah sekarang
dikatakan guru banyak makan gaji buta. Masuk kelas, suruh pelajar salin nota dalam buku
teks, kemudian dibiarkan sahaja. Bukanlah semua guru begini, hanya sebahagian kecil
sahaja.
Sikap guru pada masa kini juga amat berlainan. Ia mungkin kesan daripada
tekanan dari masyarakat atau mungkin juga cara terkini proses pembelajaran. Lihat sahaja
dalam berita di televisyen mahupun akhbar, ada guru yang meliwat pelajar, merogol pelajar,
memukul pelajar dengan teruk, mengabaikan pelajar, dan sebagainya. Mungkin
peratusannya amat kecil namun kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Cikgu saya dahulu
sangat garng dan tegas. Pada masa saya kecil saya menganggap mereka melampau
namun kini saya merasakan bahawa jika tiada ketegasan dan kegarangan mereka, mungkin
saya tidak menjadi manusia yang berguna sekarang. Saya amat berterima kasih kepada
guru-guru saya. Walaupun sebahagian besar daripada mereka sudah saya tidak ingat
nama, tapi saya yakin mereka ada menyumbang ilmu yang ada dalam dada saya sekarang.
Haruslah difahami, perubahan terhadap sikap dan tindakan guru bukan kerana satu faktor,
tetapi melibatkan bermacam-macam faktor yang berbeza. Tiada pihak perlu dipersalahkan.


Kesimpulannya, guru merupakan satu institusi terpenting dalam negara untuk
membentuk anak bangsa. Tidak kiralah diperingkat sekolah, kolej, universiti atau apa
33
sekalipun. Hormatilah setiap insan bergelar guru. Kita tidak dapat berjalan jika tidak ada
tangan yang mengangkat kita dahulu. Kepada ibu bapa khususnya dan msyarakat amnya,
guru mempunyai darjat yang tinggi, malah disisi Tuhan sekalipun guru dihormati. Oleh itu,
kita haruslah berusaha kearah yang lebih baik























Refleksi pengalaman , Masalah yang dihadapi dan Kefahaman tentang
Profesionalisme Keguruan.

Perkembangan arus globalisasi telah menjadikan profession keguruan turut mengalami
perubahan. Semakin hari bidang keguruan menjadi semakin mencabar. Pada era ini
tugasan sebagai seorang guru bukan sahaja terhad kepada mengajar dan mendidik sahaja
namun bidang tugas sebagai seorang guru semakin meluas selaras dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.
Profesion keguruan merupakan salah satu bentuk perkhidmatan sosial yang
mencabar dan sering kali menjadi tumpuan media massa dan juga masyarakat yang
34
memberi tanggapan dan dakwaan yang kurang menyenangkan mengenai profesion ini.
Daripada kaca mata sesetengah pihak, sekolah diibaratkan sebagai sebuah organisasi yang
dihujani dengan pelbagai bebanan tugas yang ada kalanya bentuk tugasan ini sebagai
bukan satu tugasan yang terancang tetapi sesuatu yang tidak terduga. Hal ini akan
menyebabkan reputasi profesion perguruan yang selama ini sentiasa dipandang tinggi dan
mulia akan terjejas.
Selain itu, bidang keguruan tidak pernah sunyi daripada isu-isu yang melibatkan
warga guru itu sendiri. Malahan bidang ini juga dilihat sebagai pilihan terakhir bagi
sesetengah orang. Sehingga terdapat graduan yang ditanya tentang pemilihan kerjaya
mereka, ramai yang memberikan jawapan yang hampir sama iaitu bidang keguruan adalah
pilihan terakhir yang akan dipilih oleh mereka bagi mengelakkan diri daripada menganggur.
Bidang keguruan sering dilihat oleh masyarakat sebagai profesion kelas pertengahan yang
telah jauh ditinggalkan oleh profesion-profesion yang lain seperti kedoktoran, perundangan,
kejuruteraan mahupun bidang perakaunan.
Masyarakat menganggap tugasan sebagai seorang guru bukanlah suatu tugasan
yang sukar, dan mereka percaya bahawa sesiapa sahaja boleh menggantikan tugasan
seorang guru. Mereka berpendapat tugas sebagai guru hanyalah masuk ke kelas, dan
menyampaikan ilmu kepada murid. Namun realitinya tugasan bukanlah seperti yang mereka
anggapkan. Guru perlu mengawal tingkah laku murid yang mempunyai ragam yang
berbeza, selain mereka perlu menyampaikan isi pengajaran yang bersesuaian dengan tahap
pencapaian dan pemahaman murid.

Di samping itu terdapat juga pendapat yang beranggapan bahawa bidang tugas guru
tertumpu kepada bidang perkeranian seperti menaip dan mengisi borang yang berkaitan
dengan maklumat murid. Bebanan kerja ini sekiranya tidak diuruskan dengan baik oleh guru
akan mengakibatkan guru-guru menghadapi tekanan kerja yang akhirnya memberi kesan
yang buruk kepada guru, murid-murid dan juga pihak sekolah. Oleh itu, semua pihak harus
membuka mata bagi melihat profesion perguruan bukanlah satu pilihan terakhir yang
terpaksa dipilih bagi mengelakkan diri daripada menganggur.
Guru merupakan individu yang menyampaikan ilmu pengetahuan kepada murid-
murid di sekolah. Bagi memastikan murid-murid mendapatkan ilmu yang perlu mereka
kuasai, guru-guru perlu melengkapkan diri mereka dengan kemahiran-kemahiran, kaedah
serta teknik-teknik pengajaran yang bersesuaian dengan tahap murid-murid mereka agar
murid-murid mampu mengembangkan kebolehan yang terpendam di dalam diri mereka.
35
Oleh itu, dari semasa ke semasa guru perlu meningkatkan profesionalisme diri masing-
masing.
Guru perlu mengamalkan sikap profesional dalam profesion mereka. Sebagai
seorang yang profesional, mereka harus mempunyai sahsiah yang baik dan dapat dihormati
serta dicontohi oleh murid. Sahsiah ini termasuklah tingkah laku dan sikap yang elok,
bersabar, baik hati dan sentiasa bersifat tenang walau dalam apa keadaan sekalipun. Oleh
itu, guru perlulah mengaplikasikan kualiti kecerdasan dan sahsiah guru yang telah dipelajari
semasa berada di Institut pendidikan guru agar mereka mampu menguruskan
pengajarannya dengan berkesan. Hal ini turut mengandungi kefahaman terhadap sifat
kejasmanian dan sifat psikologi kanak-kanak serta teori penyampaian pelajaran.
Sebagai ibu bapa kedua kepada murid di sekolah, segala nilai dan tingkah laku guru
menjadi contoh teladan kepada anak didiknya kerana segala tingkah laku guru sentiasa
diperhatikan oleh murid-murid dan secara tidak langsung tingkah laku positif ini akan
diterapkan ke dalam diri murid-murid. Sekiranya guru gagal mempamerkan nilai-nilai serta
sahsiah yang positif sudah pasti murid-murid akan mengikut perlakuan yang dipamerkan
oleh guru.

Akhir sekali saya berasa amat bertuah kerana melalui tugasan yang diberikan ini
telah membuka mata saya tentang cabaran guru zaman sekarang dalam mendidik anak
bangsa.Saya juga dapat mendalami perbezaan antara semangat guru zaman dahulu dan
sekarang dalam mendidik murid untuk membangunkan tahap pemikiran rakyat
Malaysia.Melalui tugasan ini juga saya dapat mendalami masalah guru yang menyebabkan
berlakunya salah laku guru.Faktor faktor sepeti tekanan emosi, tidak menghayati tentang
profesion perguruan dan kurang rasa tanggungjawab adalah faktor utama yang
menyebabkan berlakunya masalah salah laku guru ini.









36








ULASAN KRITIS

ANALISIS ARTIKEL

You might also like