You are on page 1of 5

Pengayaan merupakan aktiviti tambahan kepada aktiviti asas pembelajaran yang dilakukan sama ada

semasa sesi persekolahan atau di luar waktu persekolahan. Tujuan program pengayaan ialah untuk
meluaskan pengetahuan dan pengalaman di samping mengukuhkan kemahiran yang sedang
dipelajari. Penglibatan murid-muird dalam aktiviti ini membolehkan mereka mengembangkan lagi
sifat ingin tahu, minat, kreativiti, sikap berdikari dan bakat kepimpinan serta melibatkan diri dalam
membuat sesuatu keputusan untuk diri sendiri, kumpulan dan masyarakat.
OBJEKTIF PENGAYAAN
1. Menggunakan kemahiran-kemahiran yang telah dikuasai dalam pembelajaran bagi memperluas
pengetahuan dan pengalaman.
2. Menjalani kegiatan-kegiatan pembelajaran yang lebih mencabar.
3. Menimbulkan minat untuk pembelajaran kendiri dan menanam sikap berdikari.
4. Melahirkan daya cipta menerusi pemikiran dan kegiatan serta boleh menilai hasil kerja sendiri.
5. Memupuk dan memperkembang asas kepimpinan.
6. Menggunakan masa lapang secara yang berfaedah mengikut keperluan minat dan bakat.
7. Meminati dan menguasai bacaan luas dengan membuat rujukan terhadap pelbagai bahan dan
sumber pengetahuan.
MURID PENGAYAAN
1. Mereka yang berkeupayaan dalam kemahiran 3M serta berkemampuan dalam daya pemikiraan
abstrak. Mempunyai kemampuan menganalisis sesuatu untuk membezakan antar yang penting
dengan yang kurang penting seperi dalam kefahaman dan dapat menganalisis teks.
2. Mempunyai kelebihan koordinasi pancaindera dengan pemikiran,pengamatan, pendengaran dan
pertuturan.
3. Berupaya menerima konsep-konsep baru, boleh mengingat kembali, cerdas serta berpengalaman
tentang alam keliling.
4. Mempunyai keyakinan diri yang tinggi dan boleh bertindak balas dengan bebas serta kreatif.
5. Berkebolehan belajar sesuatu dalam waktu yang terhad. Darjah kecerdasan yang tinggi
berbanding dengan rakan sebaya yang lain.

PRINSIP PROGRAM PENGAYAAN

1. Memberi penekanan kepada aktiviti yang bersifat kreatif daneksperimental.
2. Membuat kerja sendiri dan hasilan kendiri.
3. Menggunakan daya usaha sendiri
4. Memberi peluang untuk mengembangkan sifat kepimpinan sosial
5. Menggunakan kaedah dan organisasi yang mudah ubah
6. Melibatkan pembacaan luas

Strategi pelaksanaan Aktiviti Pengayaan.

1. Kumpulan Mengikut Kebolehan
Kelas dibahagikan kepada tiga kumpulan: cerdas, sederhana danlambat. Setiap kumpulan
menjalankan aktiviti pengayaan denganmenggunakan kemahiran yang sama tetapi kadar kesukaran
yangberbeza

2. Aktiviti Pengayaan berjalan serentak dengan aktiviti pemulihan.
Semasa murid-murid cerdas dan sederhana menjalankan aktivitipengayaan, murid-murid lambat
menjalankan aktiviti pemulihan.
Arahan yang diberikan kepada kumpulan cerdas dan sederhana perlujelas agar mereka dapat
menjalankan aktiviti pengayaan secara individu tanpa bimbingan guru. Guru boleh memberi
perhatian atau membantu murid-murid lambat menjalani aktiviti pemulihan.

3. Aktiviti Pengayaan melalui kumpulan pelbagai kebolehan
Murid-murid cerdas akan dilatih membantu murid-murid lambatmenjalankan aktiviti pengayaan
yang disediakan Murid-murid cerdas dapat menambahkan pengalaman memimpin dan memupuk
semangat kerjasama antara murid dalam kumpulan masing-masing. Cara ini amat sesuai untuk
menjalankan pelbagai aktiviti yang berlainan dalam masayang sama. Antara aktiviti yang boleh
dilaksanakan ialah: kerja projek, permainan dan rekreasi dan sebagainya
Pengelolaan Aktiviti Pengayaan

Aktiviti pengayaan boleh dijalankan berdasarkan;

1. Pilihan Murid
a. Aktiviti pengayaan dijalankan secara tidak formal, iaitu guru hanyalah sebagai pendorong dan
penggalak kepada murid-murid untuk memilih dan menjalankan aktiviti-aktiviti yang telah
disediakan

b. Bagi murid cerdas dan sederhana, bimbingan khusus daripada gurukurang diperlukan kerana
kebanyakan aktiviti pengayaan yang diberi adalah berbentuk belajar sendiri. Justeru, untuk
memudahkanpengelolaan bilik darjah, guru bolehlah memberi bimbingan kepadamurid yang lambat.

c. Memandangkan murid-murid lebih senang berinteraksi dan belajardengan rakan-rakan sebaya,
guru bolehlah pada masa tertentu mendapatkan bantuan daripada murid-murid yang cerdas bagi
membantu murid-murid yang lambat menjalankan aktiviti mereka sama ada secara individu atau
berkumpulan. Cara ini bukan saja berfaedah kepada murid-murid yang lambat tetapi juga berfaedah
kepada murid-murid cerdas kerana secara tidak langsung pengetahuan dan pengalaman mereka
bertambah. Di samping itu bakat kepimpinannya dapat dikembangkan di samping memupuk
semangat kerjasama dikalangan murid.

d. Setelah murid-murid selesai menjalani sesuatu aktiviti yang diberikan, hasil kerja mereka
hendaklah diberi penghargaan, misalnya dengan cara mempamerkan hasil kerja mereka atau
mengadakan perbincangan kelas.

2. Pilihan Guru

Biasanya aktiviti-aktiviti ini dijalankan secara formal untuk semua murid mengikut peringkat
keupayaan mereka. Pengajaran dan pembelajaran boleh dijalankan berdasarkan aktiviti-aktiviti yang
dicadangkan dalam buku teks atau buku panduan khas yang ditetapkan. Ia hendaklah dijalankan
selepas murid-murid diberi aktiviti-aktiviti asas untuk sesuatu kemahiran. Aktiviti-aktiviti ini adalah
untuk membantu murid-murid mengukuhkan kemahiran yang sedang dipelajari.

Pelaksanaan Aktiviti Pengayaan

Aktiviti-aktiviti pengayaan boleh dilaksanakan:
1. Dalam masa yang telah ditentukan setiap hari.
2. Selepas menjalankan aktiviti-aktiviti asas untuk sesuatu kemahiran
3. Selepas menguasai sesuatu kemahiran atau sekumpulan kemahiran
4. Selepas menguasai semua kemahiran dalam sesuatu unit pembelajaran

AKTIVITI-AKTIVITI PENGAYAAN

1. Bacaan Tambahan

Kad-kad bacaan mengikut tajuk dan tema
Buku pengetahuan dan cerita kanak-kanak
Majalah pelajar
Surat khabat / keratan
Risalah-risalah

2. Kerja-kerja Projek

Lawatan
Melapor Peristiwa
Menulis Cerita
Membuat Zoo Mini Sekolah
Mengumpul setem, gambar, keratan akhbar Buku Skrap
Mengadakan pameran bilik darjah
Minggu Bahasa [ Kuiz, Teka Silang Kata ]

3. Permainan dan Rekreasi

Teka Silang Kata
Teka Benda
Teka Teki
Mencari Jalan Keluar
Menyambung Titik
Mencari tajuk kepada sesuatu gambar / cerita
Mencari benda tersembunyi
Meneka bunyi
Dam
Catur
Sahiba
Bingo
Ular dan Tangga
Jigsaw Puzzle
Bermain bentuk geometri

You might also like