You are on page 1of 13

MODUL PENINGKATAN TINGKATAN 5

TAHUN 2014
MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA (KEDAH)


MODUL 2
PRINSIP PERAKAUNAN

Kertas 2

Dua jam tiga puluh minit


JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian :Bahagian A dan Bahagian B.
2. Jawab semua soalan dalam Bahagian A dan dua soalan dalam Bahagian B.
3. Kekemasan dan ketepatan akan dipertimbangkan dalam pemberian markah.
4. Semua jalan kerja hendaklah ditunjukkan.
5. Mulakan tiap-tiap jawapan pada helaian yang baru.
6. Penggunaan kalkulator yang tidak boleh diprogramkan dibenarkan.






Kertas soalan ini mengandungi 13 halaman bercetak.

Koleksi Trial 2014 Cg Narzuki Online
2

Bahagian A
[60 markah]
Jawab semua soalan

1.(a) Nyatakan konsep perakaunan yang berkaitan dengan situasi yang diberi.

Situasi Konsep
i Encik Qoyyum membayar bil kadar bayaran
rumah kediamannya dengan cek perniagaan dan
merekod sebagai ambilan.

ii Perniagaan Sungguh Sokmo telah menetapkan
tahun perakaunannya berakhir pada 31
Disember setiap tahun.

[2 markah]

(b) Catatkan urus niaga berikut ke dalam jurnal am.

Pada 16 Julai Kedai Elektrik Agness telah membeli rak pameran RM1 200 secara kredit
daripada Akea Enterprise. (keterangan tidak diperlukan)

Tarikh Butir Debit Kredit


[2markah]

(c) Nyatakan akaun yang didebitkan dan dikreditkan bagi urus niaga berikut.

Urus niaga Debit Kredit
I Pulangan barang niaga kepada Pembekal
Aboo RM450.

ii Cek yang dibayar oleh Mustaqim RM2 300 telah
dipulangkan oleh bank dengan tanda Rujuk
Penyuruh Bayar.

[2markah]

(d) Pada 1 Januari 2012, Perniagaan Danial telah membeli sebuah kenderaan berharga
RM30 000. Kenderaan tersebut disusutnilaikan pada kadar 10 % setahun mengikut
kaedah garis lurus. Pada 31 Disember 2013 kenderaan itu dijual dengan harga
RM23 600.
Hitungkan untung atau rugi dari pelupusan kenderaan.
[2 markah]
Koleksi Trial 2014 Cg Narzuki Online
3

(e) Maklumat di bawah diperoleh daripada Kelab Renang Extra pada 31 Disember 2013.

RM
Rumah Kelab 60 000
Perabot 10 000
Bank 30 000
Yuran Tertunggak 3 000
Yuran Terdahulu 4 500
Pemiutang 25 000

Hitungkan Dana Terkumpul bagi Kelab Renang Extra pada 31 Disember 2013.
[2 markah]
































Koleksi Trial 2014 Cg Narzuki Online
4

2 Puan Syamimi, seorang peniaga Kedai Runcit Sinar tidak menyimpan rekod perniagaan
yang lengkap. Maklumat berikut diperoleh daripada perniagaannya.

1 Julai 2013 30 Jun 2014
RM RM
Kenderaan (kos) 15 000 ?
Perabot 7 500 6 600
Stok 16 650 12 880
Bank 13 450 ?
Pemiutang 7 100 6 820
Sewa Terdahulu 330 -
Gaji terakru 400 650

Pada 30 Jun 2014, maklumat penerimaan dan pembayaran adalah seperti berikut:
Penerimaan RM
Jualan 33 500
Komisen 770

Pembayaran RM
Belian 2 210
Perabot baru 1 500
Sewa 1 300
Gaji 1 100
Pemiutang 9 200
Angkutan keluar 250
Insurans 750

Maklumat tambahan:
i. Pada bulan Januari 2014, Puan Syamimi memulangkan barang niaga RM550 kepada
pembekal.
ii. Insurans yang dibayar termasuk insurans peribadi sebanyak RM250.
iii. Kenderaan dibeli pada 1 Julai 2012 dan kadar susut nilai ialah 10% setahun
mengikut kaedah baki berkurangan.

Koleksi Trial 2014 Cg Narzuki Online
5

Anda dikehendaki menyediakan :
(a) Pengiraan jumlah belian. [2 markah]
(b) Penyata mengira modal pada 1 Julai 2013. [2 markah]
(c) Penyata pendapatan bagi tahun berakhir 30 Jun 2014. [14 markah]
(d) Kunci Kira-kira pada 30 Jun 2014. [7 markah]







































Koleksi Trial 2014 Cg Narzuki Online
6

3. Maklumat berikut diambil daripada Kilang SYUKUR Berhad:
1 Mac 2013 28 Februari 2014
RM RM
Stok: Bahan langsung 11 520 6 400
Kerja dalam proses 6 045 4 544
Barang siap 9 076 7 521
Alat tulis kilang 88 120

Belian bahan langsung 56 942
Pulangan bahan langsung 2 562
Duti import bahan langsung 1 025
Gaji operator kilang 35 780
Gaji penyelia kilang 8 560
Sewa bangunan 4 800
Insurans 3 600
Belian alat tulis kilang 248
Jualan barang siap 150 658
Royalti 2 500
Loji dan mesin 25 500
Susut nilai terkumpul loji dan mesin 2 550
Lengkapan 8 900
Susut nilai terkumpul Lengkapan 890
Kenderaan 50 700
Kadar bayaran 3 600
Belanja am 1 800

Maklumat tambahan:
(i) Kadar bayaran terakru RM600. Kadar bayaran dibahagikan di antara kilang dan
pejabat mengikut nisbah 2:1.
(ii) Loji dan mesin disusutnilaikan 10% setahun atas baki berkurangan.
(iii) Lengkapan dan kenderaan disusutnilaikan 20% mengikut kaedah garis lurus.
Kilang Pejabat
Susut nilai Lengkapan
Susut nilai Kenderaan
60%
70%
40%
30%

Koleksi Trial 2014 Cg Narzuki Online
7

(iv) Belanja am dibahagikan kepada kilang dan pejabat dengan nisbah 3:2.
(v) Insurans telah dibayar untuk tempoh setahun mulai 31 Mei 2013. 80% insurans
adalah untuk kilang.
(vi) Gaji operator kilang terakru RM700.
(vii) Sewa bangunan untuk kilang 60% dan pejabat 40%.
(viii) Gaji penyelia kilang terdahulu RM560.

Anda dikehendaki menyediakan :
(a) Penyata Kos Pengeluaran bagi tahun berakhir 28 Februari 2014. [ 22 markah]
(b) Penyata Perdagangan bagi tahun berakhir 28 Februari 2014. [ 3 markah ]























Koleksi Trial 2014 Cg Narzuki Online
8

4(a) Cik Safia dan Cik Wina adalah pekongsi bagi Perkongsian Fiana. Mereka
bersetuju untuk membubarkan perkongsian mereka kerana Cik Wina perlu berpindah
ke luar negara pada 1 Ogos 2014. Mereka membahagikan untung atau rugi sama rata.

Kedudukan kewangan perniagaan pada tarikh pembubaran adalah seperti ditunjukkan oleh
Kunci Kira-kira di bawah:

Perkongsian Fiana
Kunci Kira-kira pada 31 Julai 2014

RM RM
Lengkapan 32 000 Akaun Modal:
Stok 18 500 Safia 25 000
Penghutang 7 250 Wina 30 000
Bank 9 560 Akaun Semasa Wina 3 560
Akaun Semasa Safia 500 Pemiutang 9 250
______ ______
67 810 67 810


Perkara-perkara berikut telah berlaku semasa pembubaran perniagaan:

Cik Safia telah mengambil alih lengkapan dan stok dengan nilai RM42 000.
Penghutang dapat dikutip sebanyak RM7 000 dan bakinya dihapus sebagai hutang
lapuk.
Kos perundangan pembubaran RM250.
Semasa proses pembubaran, satu liabiliti baharu iaitu sewa terakru dikesan berjumlah
RM450 dan dapat dibayar sepenuhnya.
Pemiutang telah dijelaskan sepenuhnya RM9 000.

Anda dikehendaki menyediakan:
i) Akaun Realisasi [7 markah]
ii) Akaun Modal Pekongsi (dalam bentuk beruangan) [3 markah]
iii) Akaun Bank [3 markah]

Koleksi Trial 2014 Cg Narzuki Online
9


4(b) Baki-baki berikut diperoleh daripada Syarikat Dynaz Sdn. Bhd. pada 1 Julai 2013:

Debit Kredit
(RM) (RM)
Lejar Jualan 8 230 280
Lejar Belian 120 5 620

Berikut ialah maklumat bagi tahun berakhir 30 Jun 2014.
RM
Penerimaan daripada penghutang 20 860
Diskaun diberi 450
Pembayaran kepada pemiutang 16 200
Diskaun diterima 180
Jumlah Jurnal Jualan 20 620
Jumlah Jurnal Belian 18 260
Jumlah Jurnal Pulangan Jualan 820
Jumlah Jurnal Pulangan Belian 720
Angkutan dikenakan atas penghutang 220
Hutang lapuk terpulih 350
Pindahan dari Lejar Jualan ke Lejar Belian 340
Pindahan dari Lejar Belian ke Lejar Jualan 430
Lejar Pemiutang (Debit) 860
Lejar Penghutang (Kredit) 680


Anda dikehendaki menyediakan Akaun Kawalan Penghutang. [7 markah]








Koleksi Trial 2014 Cg Narzuki Online
10

5(a) Maklumat berikut diperoleh daripada buku Perniagaan Quntum pada 30 Jun 2014.


Buku Tunai (Petikan)
Tunai Bank Tunai Bank
RM RM RM RM
Komisen diterima 700 Kadar Bayaran 2 700
Alat tulis 350



1 Julai 2013 30 Jun 2014
RM RM
Kadar bayaran terakru 215 303
Komisen diterima terakru - 428
Stok alat tulis 375 280


Anda dikehendaki menyediakan :


i. Akaun kadar bayaran. [3 markah]
ii. Akaun komisen diterima. [3 markah]
iii. Akaun alat tulis. [3 markah]















Koleksi Trial 2014 Cg Narzuki Online
11

5(b) Pn. Nora ingin memulakan perniagaan perkhidmatan dobi layan diri iaitu Dobi Ekspres
Enterprise. Beliau ingin menyediakan anggaran belanjawan tunai bagi 3 bulan
berakhir 31 Disember 2014. Modal permulaan perniagaan dijangka seperti berikut:
RM
Tunai di tangan 5 000
Tunai di bank 20 000
Alatan kedai 35 000

Anggaran penerimaan dan pembayaran perniagaannya adalah seperti berikut:
i. Penerimaan hasil perkhidmatan dobi pada bulan Oktober ialah RM9 800. Pada
bulan November dan Disember hasil perkhidmatan dobi meningkat sebanyak 30%
daripada bulan sebelumnya.
ii. Pinjaman bank RM50 000 untuk tempoh 5 tahun yang berkadar faedah 4%
setahun diperoleh pada bulan Disember. Ansuran pinjaman dan faedah atas
pinjaman mulai dibayar pada bulan Januari 2015.
iii. Perniagaan mempunyai 2 orang pekerja sementara dengan bayaran upah RM6
sejam. Setiap pekerja dijangka bekerja 8 jam sehari dan 25 hari sebulan.
Bayaran upah dibayar setiap bulan.
iv. 2 unit mesin basuh bernilai RM3 500 seunit dibeli pada bulan Oktober.
v. Pembayaran untuk belanja-belanja lain yang dibayar setiap bulan ialah:
RM
Kadar bayaran 350
Sewa kedai 1 500
Belanja penyelenggaraan 700
Belanja am 225
vi. Insurans kedai RM1 800 dibayar pada bulan Oktober adalah untuk tempoh
setahun bermula 1 Oktober 2014 hingga 30 September 2015.


Anda dikehendaki menyediakan belanjawan tunai bagi tiga bulan berakhir
31 Disember 2014.
[ 11 markah ]


Koleksi Trial 2014 Cg Narzuki Online
12


6.(a) Kuala Muda Sdn. Bhd adalah perniagaan yang menjual alat-alat ganti kereta. Berikut
adalah maklumat yang diambil daripada buku perniagaan:
Harga Jualan seunit RM 20
Jumlah kos berubah RM100 000
Kos tetap RM60 000
Unit keluaran /volum 10 000

Anda dikehendaki menghitung:
(i) Kos berubah seunit. [1 markah]
(ii) Titik pulang modal. [2 markah]
(iii) Jumlah unit yang perlu dijual untuk mencapai keuntungan RM50 000.
[2 markah]

(iv) Berdasarkan maklumat di atas, lakarkan graf titik pulang modal dengan
menunjukkan kos tetap, jumlah kos, jumlah hasil dan titik pulang modal.
[5 markah]
















Koleksi Trial 2014 Cg Narzuki Online
13

6. (b) Cantik Enterprise dan Anggun Enterprise adalah dua buah perniagaan dalam bidang
kosmetik. Maklumat berikut di ambil daripada kedua-dua perniagaan tersebut:

Cantik Enterprise
RM
Jualan kredit 57 300
Jualan tunai 5 000
Stok pada 1 Januari 2013 3 000
Stok pada 31 Disember 2013 15 000
Bank 17 000
Pemiutang 8 200
Tunai 2 500
Sewa diterima terdahulu 300
Penghutang 4 000
Modal pada 1 Januari 2013 50 000
Premis 75 000
Untung kasar 17 000
Belanja operasi 9 800

Anggun Enterprise
Peratus Untung Bersih Atas Jualan 15%
Pulangan Atas Pelaburan 20%

i) Anda dikehendaki menghitung nisbah-nisbah berikut bagi Perniagaan Cantik
Enterprise:
(a) Tokokan [2 markah]
(b) Peratus untung bersih atas jualan [2 markah]
(c) Nisbah semasa [2 markah]
(d) Pulangan atas modal [2 markah]
(Bundarkan jawapan anda kepada dua tempat perpuluhan)

ii) Perniagaan manakah yang menunjukkan prestasi yang lebih baik? Berikan
alasan anda. [2 markah]

Koleksi Trial 2014 Cg Narzuki Online

You might also like