You are on page 1of 1

Permainan tradisional ialah permainan budaya yang diamalkan oleh sesuatu

masyarakat seperti gasing, wau, congkak, dan sebagainya. Tetapi, semakin lama
semakin dipinggirkan terutama oleh masyarakat muda. Oleh itu, langkah-langkah perlu
dilaksanakan untuk mengekalkan permainan tradisional ini
Langkah awal dalam menangani isu ini ialah kerajaan harus menyediakan
banyak tempat atau gelanggang untuk rakyat memainkan permainan ini. Langkah ini
memberi peluang kepada semua lapisan masyarakat untuk menikmati permainan ini.
Selain itu, seorang jurulatih yang terlatih perlu disediakan di setiap gelanggang
yang telah disediakan itu. Hal ini memastikan masyarakat menerima latihan tentang
permainan tradisional.
Bukan sahaja itu, pihak sekolah harus menjadikan permainan tradisional ni
sebagai aktiviti kokurikulum. Tindakan ini memastikan mengenal permainan tradisional
sejak muda lagi. Jadi, pihak sekolah wajib menjadikan permainan ini sebagai satu
aktiviti sekolah.
Promosi juga adalah salah satu langkah. Iklan yang bersesuaian boleh
menimbulkan kesedaran dalam diri masyarakat. Sesungguhnya, promosi yang sesuai
akan memberi satu dimensi baharu pada permainan ini.
Kesimpulannya, semua pihak hendaklah berganding bahu untuk kembalikan
warisan bangsa yang tidak ternilai ini. Bak kata pepatah, bulat air kerana pembetung,
bulat manusia kerana muafakat.

You might also like