You are on page 1of 31

WELCOME

CERPEN :TINA
(AMINHAD)

DIHASILKAN OLEH KUMPULAN 2


SINOPSIS
 Cerita ini mengisahkan seorang pelajar yang bernama
Haidi.Haidi mempunyai seorang adik yang bernama Tina
(Sutina).Penyakit jantung berlubang yang dihidapinya
menyebabkan beliau meninggal dunia.Kemunculan
seorang budak yang menyerupai adiknya telah
menyebabkannya ingat kembali tentang adiknya.Dengan
cara kebetulan budak itu mendapat rumah sukan yang
sama dengannya.Dia mengetahui bahawa nama budak
itu ialah Kursiah kerana berkesempatan berbual-bual
dengan budak itu.Kursiah menyertai acara 5000 m larian
jarak jauh dan mendapat tempat pertama.Tiba-tiba
mukanya menjadi pucat dan dia jatuh pengsan.Haidi tidak
mahu Kursiah menerima nasib sama seperti adiknya.
TEMA DAN
PERSOALAN
TEMA
• KASIH SAYANG
Kasih sayang seorang abang terhadap
adiknya iaitu,Haidi terhadap Tina yang
telah meninggal dunia.Kasih sayang yang
mendalam ini telah menyebabkan Haidi
selalu terkenang akan peristiwa yang
pernah dilalui oleh mereka berdua.
PERSOALAN
Ketabahan
Ketabahan Haidi dalam menempuhi cabaran dan dugaan hidup
setelah adiknya meninggal dunia.

Gigih
Haidi gigih berusaha untuk berjumpa dengan budak yang
mempunyai wajah seiras dengan adiknya.
Semangat kesukanan
Semangat Kursiah untuk sampai ke garisan
penamat untuk menamatkan larian ,walaupun
beliau berasa sakit.

Keiklasan
Keiklasan orang ramai untuk membantu
Tina dapat meringankan beban yang
ditanggung oleh keluarga Haidi.
WATAK DAN
PERWATAKAN
WATAK
WATAK SAMPINGAN
WATAK UTAMA  Tina
 Kursiah
 Haidi  Mamat
 Hamid
 Cikgu Amir
PERWATAKAN
HAIDI
Penyayang dan sentiasa mengingati
adiknya walaupun telah meninggal dunia
Gigih berusaha untuk berkenalan
dengan Kursiah
Pelajar baru di sebuah sekolah
Abang kepada Sutina (Tina)
Mewakili rumah hijau dalam acara
lompat tinggi
SUTINA (TINA)

Adik Haidi yang telah meninggal dunia


Menghidap penyakit jantung berlubang
Jatuh pengsan selepas berlari sewaktu
bermain layang-layang
Mempunyai wajah seiras dengan Kursiah
Manja dengan abangnya
KURSIAH
 Pelajar perempuan di sekolah
yang sama dengan Haidi.
 Raut wajah serta penampilannya
sama dengan adik Haidi, Tina.
 Seorang yang garang dan tegas.
 Tidak melayan Haidi yang cuba
mendekatinya.
 Gigih dan bersemangat tinggi.
MAMAT

Budak kampung Haidi yang sering


bermain layang-layang di padang
yang tidak jauh dari rumah Haidi.
Pemurah
Sanggup meminjamkan layang-
layang kepada Tina tetapi merampas
kembali apabila layang-layang itu
hampir jatuh.
HAMID

 Rakan sekelas Haidi yang diberi gelaran


“cikgu” kerana bercita-cita menjadi guru.
CIKGU AMIR
 Guru rumah Tok Janggut iaitu rumah hijau.
 Kehairanan melihat kelakuan Haidi yang
menjerit dan meraung dengan tiba-tiba.
LATAR
LATAR TEMPAT
a) Di anjung rumah di Kampung Perenggan

Contohnya
Soalan inilah yang sering menerpa tiba-tiba
dalam benakku ketika aku duduk-duduk di
anjung rumah pada waktu petang yang
tenang dan riang sungguhpun kini telah
sepi.Sepi!
b) Di dalam kelas

Contohnya:
Selepas lima minit loceng akhir, aku
masuk ke dalam kelas.

C) Di kantin
Contohnya:
Loceng berdering sebaik saja aku tiba di
kantin.
LATAR MASA
 Masa persekolahan

 Waktu petang
LATAR MASYARAKAT
• Masyarakat yang diwakili ialah:

• Pelajar
• Guru
• Masyarakat Kampung
Perenggan
PLOT
 Haidi berjumpa dengan seorang pelajar
yang mirip wajah adiknya, Tina di
sekolah barunya.
 Haidi teringat akan adiknya ketika
mereka bermain layang-layang.
 Semasa Haidi sedang belajar,Kursiah
melintasi kelasnya.haidi keluar dari
kelas lalu mengekorinya tetapi Kursiah
cepat menghilangkan diri.
 Haidi menemui Kursiah di kantin
sekolah pada waktu rehat.Dia
menyapa Kursiah tetapi Kursiah tidak
melayannya.
 Pada hari sukan sekolah, Haidi
mencabar Kursiah iaitu jika dia berjaya
mendapat tempat pertama dia akan
memberinya wang lima ringgit.
 Kursiah mendapat tempat pertama
dalam acara tersebut.Selepas melepasi
garisan penamat Kursiah pengsan.
 Haidi meraung apabila melihat Kursiah
diusung di atas tandu.Cikgu Amir yang
kehairanan menegurnya.
 Haidi rebah dan terpaksa dipapah.
GAYA BAHASA
• SIMILE
Mulut comel Tina tersenyum lebar.Bagai
kuntum bunga yang mulai mekar.
Tiba-tiba, layang-layang kelihatan bagai
seekor burung yang merendah mahu
menyambar anak ikan di permukaan air.
 METAFORA
Getar dan debar hatiku menggila pada
kali pertama aku melihat dia
 PERSONIFIKASI
Dalam kesepian itu seolah-olah aku
melihat pokok-pokok yang longlai
dipuput bayu melihat kemurungan yang
menyerang jiwaku.
 HIPERBOLA
Menegak dan akan mencapai awan.
 PERIBAHASA
Sabar itu separuh daripada iman
Masuk bakul angkat sendiri

 AYAT
a) Penggunaan ayat pendek
Hajatnya mati
Tina terlopong
Jangan kacaulah ,saya nak makan
b) Penggunaan ayat panjang
Mungkin juga pokok itu turut
merrasakan demikian ia juga
kebiasaannya tidak lekang daripada
pandangan Tina, di sisiku setiap petang
sebelum ini.
Beberapa orang pelajar yang kebetulan
hendak menyusun basikan di situ, turut
membantu aku menyusun kembali,
menegakkan basikal yang sudah
terbaring.
NILAI DAN
PENGAJARA
N
NILAI

 Kasih sayang
Haidi sangat menyayangi adiknya,
Tina.Kasih sayangnya itu tidak pernah
luntur walaupun Tina telah meninggal
dunia.
 Tolong-menolong
Beberapa orang pelajar menolong Haidi
menyusun basikal yang jatuh.
 Gigih
Haidi berusaha dengan gigih untuk
mendekati Kursiah walaupun Kursiah
tidak pernah
mengendahkannya.Akhirnya dia
berjaya.
Kursiah gigih berusaha juga sehingga
ia menang acara larian 5000
meter.
PENGAJARAN
 Kita haruslah menyayangi orang lain,
terutamanya adik-beradik
 Setiap orang haruslah gigih berusaha untuk
mencapai kemenangan dalam setiap bidang
sukan.
 Kita mestilah menolong orang yang
memerlukan bantuan.
 Kita haruslah memberikan dorongan dan
peransang kepada orang lain untuk
menaikkan semangat.
PENGHARGAAN
• AHLI KUMPULAN 2
• SHAMIMI BT. ZAINI FADZIL
• SITI AMIRAH BT MD SOFI
• NOR SANAK BT MOHD NABIL
• NOR ATIQAH BT MAHADZIR
• NOOR SALIHAH BT YAHAYA
• AZSUZIANTIE BT ABDUL AZIZ
• CIKGU MAT YUSOF
• RAKAN-RAKAN DAN IBU BAPA

You might also like