Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
60Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Teori Etika Sekular Barat Dan Teori Etika Islam

Teori Etika Sekular Barat Dan Teori Etika Islam

Ratings: (0)|Views: 3,358 |Likes:
Published by mazrie

More info:

Published by: mazrie on Dec 16, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

06/23/2013

pdf

text

original

 
TEORI ETIKA SEKULAR BARAT DAN TEORI ETIKA ISLAM
Hasil pemikiran ahli falsafah barat telah menghasilkan satu fahaman baru iaitusekularisme. Hasil pemikiran ahli falsafah ini telah mengancam fahaman keagamaan bagimana-mana masyarakat di dunia. Tambahan lagi akhir-akhir ini golongan sekularismetelah bertindak dengan menyusup masuk ke dalam agama dengan tujuan untuk menerapkan fahaman moden ini. Keminculan sekularisme lahir daripada pergolakan yang berlaku dalam agama kristian pada abd pertengahan. Kemunculan falsafah dan pemikiran baru ini adalah berikutan tindak balas penganut agama tersebut terhadap kongkongan dan penguasaan gereja ke atas mojoriti ahli masyarakat. Peperangan Salib telah membukamata orang kristian Eropah terhadap perubahan termasuk menuntut kebebasan daripadasemua bentuk kongkongan gereja yang selama ini hanya membenarkan ilmu-ilmu yangtidak bercanggah dengan kepentingannya. Ekoran tidakan kejam golongan gereja yangsekaligus menjadi pemerintah ketika itu, masyarakat Eropah menjadi mangsa pihak gereja apabila ratuasan malah ribuan orang mati di dalam penjara dan di tali gantungkerana wujudnya fanatisme agama di kalangan pendokong agama kristian. Ekorandaripada sikap yang terlalu fanatik dengan agama kristian, yang mahu mencengkamkeseluruhan kehidupan msyarakat kristian ketika itu. Maka munculah fahaman dangerakan sekularisme yang bererti “memisahkan agama(kristian) dari negara”. Wujudnyasatu falsafah baru yang mahu lari dari peradaban yang dibawa oleh golongan gereja, yangmelihat agama kristian sebagai halangan kepada kehidupan yang lebih rasional danselesa. Bagi golongan sekular, mereka menganggap dengan berada di bawah kuasa gerejamereka tidak akan mencapai kemajuan. Justeru itu mereka memutuskan untuk tidak terikat dengan golongan gereja tetapi setakat menjadi masih menjadi penganutnya.Kristian hanya pada nama sahaja dan aspek-aspek ritual di ketepikan.Di dalam sekularisme manusia dianggap sebagai kejadian yang serba lengkap, bersifat mutlak dalam menentukan kelangsungan hidup di dunia. Malahan manusia dianggap sebagai kejadian yang peling lengkap dan mampu mempengaruhi segala bentuk kehidupan ini. Justeru itu sekularisme banyak menumpukan segala perkiraan dantindakan manusia semata-mata kepada dunia yang mengagungkan kebolehan akal
 
rasional. Terdapat dua kaedah yang sering digunakan untuk mengukur tingkah lakumanusia iaitu melalui kaedah Deontologikal dan kaedah Teleologikal. Dua kaedah inidapat memperjelaskan gerak laku manusia iaitu pada dua situasi , pada gerak laku(Deotologikal) dan selepas gerak laku(Teleologikal). Aliran Deontologikal berasaldaripada perkataan Greek iaitu ‘dentos’ yang bermaksud tugas. Pengasas fahamanDeontologikal iaitu Immanuel Kant(1724-1804) menyatakan bahawa manusia sepatutnyamenjalankan tugas dan tanggungjawab semata-mata kerana niat yang baik, atau apa yangdisebut “Good Will” tetapi bukan kerana terdapatnya unsur-unsur lain untuk kita bertindak seperti adanya ganjaran, hukuman atau tekanan dari pihak lain. Tingkah lakuyang berniat baik ini dilakukan tanpa motif lain. Ini bermaksud sesuatu tanggungjawabdan dan tugas di lakukan kerana desakan nilai dalaman yang berbentuk “good will” atau berperanan sesama manusia lain dalam usaha untuk melihat manusia dan masyarakatdapat hidup didalam keadaan yang cukup baik . Dalam erti kata lain deontologikal adalah prinsip dan peraturan yang menekankan tentang apa yang sepatutnya dilakukan dan bukan apakah jenis manusia yang hendak dibentuk. Deontologikal jelas menyatakan bahawa kewajipan atau tugas dan tanggungjawab melaksanakan sesuatu tingkah lakumerupakan asas kepada betul(right) atatu salah(wrong) sesuatu tingkah laku itu. Dalamkonteks ini, tugas etika adalah menyediakan garis panduan tentang tindakan yang tekaldan konsisten dengan anggapan umum tentang maksud etika atau moral yang sebenar.Manakala aliran Teleologikal melihat sesuatu tingkah laku itu berasaskan kesansesuatu tindakan itu. Jika kesannya baik maka sesuatu tindakan itu bermoral, jikasebaliknya maka dianggap tidak moral. Terdapat dua teori etika di bawah tajuk TeoriTeleologikal iaitu Utilitarianisme dan Egoisme. Kedua-duanya sependapat bahawamanusia perlu bertindak dan bertingkah laku untuk mendatangkan kesan yang baik.Tetapi terdapat percanggahan antara keduanya iaitu etika Egoisme berpendapat bahawasesutu tindakan itu perlu mengambil kira kepentingan diri, manakala etika Utilitarianmenegaskan setiap tindakan perlulah mengambil kira kesan baik dan manfaat kepadasemua yang terlibat iaitu kepada keseluruhan ahli masyarakat, tanpa memikirkankeuntungan peribadi. Sesuatu tindakan atau peraturan dianggap bermoral jika jumlahkebaikan yang dilakukan atau mungkin yang hendak dilakukan melebihi kejahatan.
 
Bagaimanapun ahli Teleologi mempunyai pandangan yang berbeza tentang apa yangdikatakan baik dan jahat serta kebaikan siapa yang hendak dimajukan. Penganutgolongan ini berpendapat bahawa tidak terdapat sebarang pengaruh antara peraturanmasyarakat (kemoralan sosial), keperibadian mulia denagn etika . Biasanya golongan inilebih cenderung berfikir sendiri tentang kriteria moral. Mereka telah berfalsafah danakhirnya menghasilkan teori-teori etika yang mengutamakan atau berasaskan prinsiptertentu. Menurut teori ini kebaikan atau kejahatan sesuatu ditentukan oleh nilaiinstrumentalnya yang menentukan kebaikan atau kejahatan. Peraturan dan tindakandianggap bermoral apabila faktor kebaikan melebihi faktor kejahatan.Manakala etika dalam perspektif islam adalah asas yang kuat dalam usahamewujudkan insan seimbang dari segi rohani dan jasmaninya . Etika Islam kaya dengansopan santun dan adab susila. Ianya sesuai pada semua tempat dan keadaan. Islamsentiasa menganjurkan kepada manusia supaya bersikap toleransi, berbaik sangka sertasikap tolong menolong. Ini kerana etika yang dianjurkan oleh Islam meliputi keseluruhanaspek kehidupan manusia sejagat tidak kira di mana kita berada. Etika islammenganjurkan nilai-nilai murni untuk memartabatkan kehidupan manusia sesuai denganfitrah dan kejadiannya. Agama islam mempunyai asas-asas penting iaitu aqidah, syariah,dan akhlak. Ketiga-tiga aspek ini tidah dapat dipisahkan kerana inilah panduan hidupmasyarakat islam untuk hidup beretika secara islam. Aqidah islam dalah keyakinankepada Allah SWT. Ini adalah satu kepercayaan yang tersimpul dan terikat di dalam hatisetiap umat islam. Selain dari aspek ketuhanan, aqidah juga membicarakan tentangkeimanan seperti kepercayaan kepada Allah, Rasul, Malaikat,Kitab-kitab suci, Hri akhiratdan qada’ dan qadar.Syariah islam pula menyentuh perjalanan hidup manusia seperti kehidupan sosialyang menyediakan peraturan yang lengkap untuk membolehkannya berhubung denganAllah SWT. Agama islam juga mempunyai konsep-konsep penting dalam etika Islam.Etika Islam adalah nilai akhlak atau prinsip moral berlandaskan al-quran dan Hadith.Segala yang baik atau buruk , salah atau benar telah ditentukan oleh Allah. Oleh sebab ituia satu daripada asas agama, maka etika atau akhlak Islam sangat penting dalam islam. Ia

Activity (60)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Alang Nieda liked this
Cahaya Keadilan liked this
Mohd Asri liked this
ard222 liked this
ard222 liked this
diletto_92 liked this
Amira Ramli liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->