OBJEKTIF KAJIAN
Sebagai seorang bakal guru matematik tadika, kita harus memberitumpuan terhadap perkembangan kanak-kanak pada peringkat
operasi konkrit
.Ketika usia sebegini kanak-kanak hanya boleh memahami konsep matematikmelalui pengalaman konkrit. Oleh itu,
alat bantuan mengajar dapat membantumurid-murid memahami konsep matematik
. Paiget berpendapat bahawa asaspada semua pembelajaran ialah aktiviti kanak-kanak itu sendiri. Beliau jugamenegaskan kepentingan interaksi idea-idea antara kanak-kanak tersebutdengan kawan-kawan sejawatannya penting untuk perkembangan mental.
KANAK-KANAK BELAJAR MATEMATIK
Setelah melihat teori-teori yang digariskan oleh Piaget, Bruner, Gagnedan Dienes kita dapat melihat ia ada kaitan dengan konsep konstruktivisme.Konstruktisvisme merupakan satu teori mengenai pengetahuan danpembelajaran yang menarik minat, memotivasikan serta memudahkanpemahaman pelajar. Di samping itu, konstruktivisme menyarankan kanak-kanakmembina pengetahuan secara aktif berdasarkan pengetahuan sedia ada kanak-kanak tersebut. Pembinaan pengetahuan tersebut boleh dihasilkan melaluipermainan dan eksperimentasi di samping
pembelajaran koperatif
. Apabilakanak-kanak bekerjasama, mereka berkongsi dalam proses pembinaan idea.Secara tidak langsung, kanak-kanak tersebut dapat membina pengetahuan baruhasil daripada pembelajaran secara kendiri.
3
Leave a Comment