Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
18Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Pendidikan Ilmu Perbandingan Agama:Penilaian Dari Parameter Syarak (World-COME 2009)

Pendidikan Ilmu Perbandingan Agama:Penilaian Dari Parameter Syarak (World-COME 2009)

Ratings: (0)|Views: 2,242|Likes:
Published by Ezry Fahmy
Kertas kerja ini akan merungkai persoalan berkenaan pembelajaran ilmu perbandingan agama melalui neraca al-Quran dan as-Sunnah serta peranannya dalam realiti semasa. Hal ini adalah kerana pembelajaran ilmu perbandingan agama tidak dapat lari dari merujuk dan membaca kitab-kitab suci agama lain seperti Bible dan sebagainya yang memuatkan sumber-sumber al-Israiliyyat. Maka kesimpulan kertas kerja ini akan memberikan penekanan kepada syarat-syarat yang harus dipatuhi oleh para penuntut ilmu yang berkecimpung dalam ilmu perbandingan agama bagi memastikan akidah seseorang individu itu tidak terganggu gugat melalui kesalah fahaman dalam pembelajaran ilmu perbandingan agama.

Kertas kerja ini akan merungkai persoalan berkenaan pembelajaran ilmu perbandingan agama melalui neraca al-Quran dan as-Sunnah serta peranannya dalam realiti semasa. Hal ini adalah kerana pembelajaran ilmu perbandingan agama tidak dapat lari dari merujuk dan membaca kitab-kitab suci agama lain seperti Bible dan sebagainya yang memuatkan sumber-sumber al-Israiliyyat. Maka kesimpulan kertas kerja ini akan memberikan penekanan kepada syarat-syarat yang harus dipatuhi oleh para penuntut ilmu yang berkecimpung dalam ilmu perbandingan agama bagi memastikan akidah seseorang individu itu tidak terganggu gugat melalui kesalah fahaman dalam pembelajaran ilmu perbandingan agama.

More info:

Categories:Types, Research, History
Published by: Ezry Fahmy on Dec 21, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

11/12/2012

pdf

text

original

 
The 7th World Conferences on Muslim Education (World-COME 2009) 21-23 December 2009
Pendidikan Ilmu Perbandingan Agama : Penilaian DariParameter Syarak 
Abdul Razak Abd Muthalib
a
 
(Sarjana Muda Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan,Universiti Islam Antarabangsa)abdulrazak_rk@yahoo.com &
Ezry Fahmy Bin Eddy Yusof 
 b
 
(Sarjana Muda Ekonomi dan Pengurusan Sains,Universiti Islam Antarabangsa)ezryfahmy@yahoo.com 
ABSTRAK 
Ilmu perbandingan agama dilihat sebagai medium yang berkesan dalam pendidikan islam sekaligusmemanifestasikan usaha dakwah yang disarankan oleh Rasulullah Sallallahu’alahi Wa Sallam kepadaumatnya. Ia dianggap berkesan dalam merungkai salah faham dan mengukuhkan keimanan kepada agamaIslam. Maka perbandingan yang dibuat melalui pendidikan ilmu perbandingan agama ini memberi peluang kepada penuntut ilmu memahami dengan lebih jelas prinsip dan konsep yang diguna pakai dalamajaran antara agama. Walau bagaimanapun, ianya dilihat sebagai satu medium yang bahaya terhadapakidah oleh sesetengah pihak kerana ia dikhuatiri mampu mempengaruhi penuntut ilmu yang tidak mempunyai kekuatan akidah yang utuh. Kertas kerja ini akan merungkai persoalan berkenaan pembelajaran ilmu perbandingan agama melalui neraca al-Quran dan as-Sunnah serta peranannya dalamrealiti semasa. Hal ini adalah kerana pembelajaran ilmu perbandingan agama tidak dapat lari dari merujuk dan membaca kitab-kitab suci agama lain seperti
 Bible
dan sebagainya yang memuatkan sumber-sumber al-Israiliyyat. Maka kesimpulan kertas kerja ini akan memberikan penekanan kepada syarat-syarat yangharus dipatuhi oleh para penuntut ilmu yang berkecimpung dalam ilmu perbandingan agama bagimemastikan akidah seseorang individu itu tidak terganggu gugat melalui kesalah fahaman dalam pembelajaran ilmu perbandingan agama.Kata Kunci: Ilmu perbandingan agama, al-Israiliyyat
 ,
 
dan
 
akidah.
a
 
Pensyarah Kolej Islam Antarabangsa di Jabatan Sains Sosial.
 
b
 
Pelajar sarjana dalam program Kewangan Islam Profesional Bertauliah (CIFP) di Pusat Pendidikan KewanganIslam Antarabangsa (INCEIF).
 
The 7th World Conferences on Muslim Education (World-COME 2009) 21-23 December 2009
1.0
 
Pendahuluan
Tiada suatu metod tetap dalam melahirkan pendakwah berhikmah, tiada juga syarat tetap dalammenilai siapakah yang layak digelar pendakwah. Dakwah yang selalu dikaitkan dengan hikmah tidak seharusnya dilihat hanya pada skop kecil yakni hanya melibatkan sikap dan tingkah laku para pendakwah,ia juga menuntut satu kebijaksanaan dalam menyusun strategi. Justeru apa yang para pendakwah perlufahami ialah Malaysia yang dikenali sebagai negara berbilang agama perlu dimanfaatkan sepenuhnyasebagai lubuk dakwah yang subur. Memandangkan agama mempunyai korelasi yang tinggi terhadapetnik, Banci Penduduk dan Perumahan (2000) yang mana bancian penduduk di negara Malaysia diadakansetiap 10 tahun sekali, menunjukkan bahawa agama seperti Buddha (19.2%), Kristian (9.1%), Hindu(6.3%) dan Confucious, Taoisme serta agama tradisi lain orang-orang Cina (2.6%) adalah potensi mad'u(orang yang didakwahi) kepada kita selaku para da'i (orang yang berdakwah) dalam menyampaikanrisalah Islam.
2.0
 
Mempelajari dan merujuk kepada kitab suci agama lain: Satu penilaian
Allah berfirman dengan jelas:Katakanlah: "Hai Ahli Kitab, marilah (berpegang) kepada suatu kalimat (ketetapan) yangtidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahwa tidak kita sembah kecuali Allah dantidak kita persekutukan Dia dengan sesuatupun dan tidak (pula) sebagian kita menjadikansebagian yang lain sebagai tuhan selain Allah". Jika mereka berpaling maka katakanlahkepada mereka: "Saksikanlah, bahwa kami adalah orang-orang yang berserah diri(kepada Allah)" (Surah ‘Ali-Imran 3:64).Ayat di atas mengajar kita menjadi bijak dalam gerak kerja dakwah, mengajak para pendakwahmempunyai manhaj dan pola fikir yang jelas dalam memilih strategi terbaik dalam usaha mengajak manusia kepada Islam. Para pendakwah yang jelas pola fikirnya beruntung dikurniakan kemanisan imandan Islam, justeru kemanisan iman dan Islam itu bukan milik perseorangan yang boleh dikedekutkan danhendaklah ianya dikongsikan bersama manusia sejagat. Cuma sahaja apakah metodologi atau uslubdakwah terbaik? Ayat di atas menyeru mencari persamaan berbanding perbezaan yang hanya akanmencetuskan perselisihan. Bukankah majoriti agama dunia menyeru kepada kebaikan? Majoriti agamadunia mennyeru kepada Tuhan yang satu? Perlu disedari bahawasanya bukanlah bermaksud pernyataanini menyama ratakan agama, tetapi ianya adalah usaha mencari peluang dan ruang di sebalik dialog danhubungan yang boleh dijalinkan sesama bangsa yang mungkin berlainan status agamanya.
 
The 7th World Conferences on Muslim Education (World-COME 2009) 21-23 December 2009
Hujah Al-Quran dan As-Sunnah yang menjadi pegangan umat Islam tidak akan berhasil jika cubadisodokkan secara paksaan dalam dialog perbandingan agama, situasi ini menyeru para pendakwah bersikap bijak dalam melihat perbezaan keimanan terhadap sumber rujukan mereka. Selain menggunakanlogik akal melalui analogi dan permainan emosi, kita juga boleh menggunakan sumber rujukan agamalain seperti kitab suci mereka. Cuma persoalan yang timbul ialah apakah Islam membenarkan cara (uslub)dakwah sebegini?Allah berfirman di dalam al-Quran yang bermaksud:“Serulah ke jalan Tuhanmu dengan hikmah dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik;sesungguhnya Tuhanmu Dia-lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalan-Nya, dan Dia-lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapathidayah petunjuk.” (Surah al-Nahl 16:125).Ayat ini menjadi pegangan dan prinsip dakwah yang perlu diimani dan digaris bawahi oleh setiapmereka yang berkerja untuk Allah Azza Wa Jalla. Seperti mana mereka yang berkerja di sebuah syarikatdiwajibkan mengikut skop tugas yang diberikan, begitu juga halnya dengan seorang pendakwah yangdiajar dengan jelas oleh Allah bagaimana cara yang sepatutnya dilakukan dalam menggalas posisi pendakwah tersebut.Setiap pendakwah walaubagaimanapun bebas menyusun uslub dakwahnya selagimana ianya masih dalam parameter Syarak.Maka mereka yang memilih mencedok isi kitab agama lain secara dasarnya cuba membuktikankesamaan atau betapa kitab itu tidak mempunyai penyampaian konsisten akibat kesalahan atau percanggahan fakta. Maka seputar persoalan ini muncul dua pernyataan yang akan kita analisaselanjutnya iaitu:1)
 
Merujuk dan membaca kepada kitab suci agama lain adalah berbahaya kerana akanmempengaruhi minda dan menyebabkan akidah seseorang itu terpesong!2)
 
 Nabi Sallallahu’alaihi Wa Sallam sendiri melarang tindakan sedemikian!Pernyataan di atas boleh dirumuskan daripada pemahaman berdasarkan sebuah hadis sahih yangmerujuk kepada kisah Umar al-Khattab radhiallahu 'anh yang dilarang membaca kitab kaum Yahudi dan Nasrani oleh Rasulullah Sallallahu ‘alahi Wa Sallam. Hadis yang dikhabarkan oleh Jabir bin ‘Abd Allahradhiallahu 'anh bahawa:“‘Umar bin al-Khaththab radhiallahu 'anhu pernah mendatangi Nabi shallallahu 'alaihiwasallam sambil membawa kitab yang diperolehnya daripada sebahagian Ahli Kitab(yakni kaum Yahudi dan Nasrani). Lalu ‘Umar membacakan kandungan kitab tersebut

Activity (18)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
min liked this
Nurul Ezza liked this
Nurul Ezza liked this
labuhanmaringgai liked this
marhaendy liked this
marhaendy liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->