You are on page 1of 2

Bilik Darjah Kepelbagai Budaya (Multicultural Classroom)

Budaya seringkali dikaitkan dengan etnik, agama, jantina sosio ekonomi serta
latar belakang keluarga. Aspek-aspek ini adalah saling berkait antara satu sama lain
bagi menggambarkan akan kepelbagaian yang wujud di antara pelajar di dalam
sesebuah bilik darjah. Sebagai guru, ia perlu tahu bahawa setiap individu pelajar itu
mempunyai budaya, latar belakang keluarga dan tahap sosioekonomi yang berbeza-
beza yang mana ia sedikit sebanyak memberi kesan kepada pembelajaran mereka.

Oleh yang demikian pemahaman yang mendalam akan kepelbagaian pelajar


yang wujud bukan hanya dilihat dari segi tahap pembelajaran mereka bahkan juga
pemerhatian yang teliti perlu diberikan kepada budaya, etnik, bangsa, agama, latar
belakang keluarga, sosioekonomi dan gaya pembelajaran pelajar itu sendiri.
Kepelbagaian yang wujud antara pelajar perlu dikaji dan difahami dengan sebaiknya
dalam membantu untuk memahami gaya pembelajaran dan diselitkan dengan latar
belakang budaya setiap orang pelajar dalam menentukan strategi pengajaran yang lebih
berkesan.

Budaya dan gaya pembelajaran merupakan dua hubungan yang sangat penting
dalam memahami kepelbagaian pelajar dalam memberikan pengajaran yang lebih
berkesan dalam membantu pelajar untuk mencapai kejayaan dalam pembelajaran
mereka. Perhubungan nilai-nilai budaya ini dan pendekatan pembelajaran serta
pengalaman di dalam kelas adalah satu hubungkait untuk pelajar berjaya bukan sahaja
dari segi akademik, bahkan juga dari segi sosial dan emosi.

Kebiasaannya guru berhadapan dengan dua cabaran yang besar iaitu kerenah
murid yang datang dari pelbagai budaya dan memastikan gaya pengajaran yang di
sampaikan sesuai dengan gaya pembelajaran pelajar. Guru yang memahami
pembelajaran dan perbezaan budaya akan berusaha bersungguh-sungguh dalam
menangani cabaran yang wujud dalam bilik darjah. Perlakuan mereka perlu dibentuk
melalui pendidikan dan asuhan yang terbaik dengan memahami latar belakang identiti
diri mereka tidak kira dari segi budaya, etnik, usia, jantina, sosio ekonomi, gaya
pembelajaran dan sebagainya.
Konsep ini dipilih adalah berdasarkan keperluan guru untuk memahami bahawa
terdapat perbezaan antara setiap pelajar dengan pelajar yang lain. Ini mendesak guru
untuk menggunakan kemahiran yang optimum dalam pengurusan bilik darjah. Malah
adalah penting bagi guru memahami tingkah laku dan budaya pelajar terlebih dahulu
supaya sebarang tindakan dapat dilakukan mengikut kaedah yang betul dan tepat.
Kepelbagaian pengajaran yang sesuai dengan tahap serta gaya pembelajaran pelajar
akan memberikan faedah kepada semua pelajar tanpa mengira kepelbagaian yang
wujud di dalam sesebuah bilik darjah. Dengan kata lain, meningkatkan metodologi
pengajaran dan amalan bagi pelajar-pelajar tertentu akan menghasilkan pembaikan
pengajaran untuk semua.

Dari segi pelajar yang pelbagai budaya, guru perlu memikirkan cara yang
tersendiri dalam memberikan kesamarataan pembelajaran yang selari untuk semua
pelajar-pelajarnya tanpa mengira budaya. Oleh yang demikian guru harus memahami
pelajar-pelajarnya sama ada Melayu, Cina mahu pun India mempunyai tahap
kefahaman dan gaya pembelajaran yang berbeza-beza anatara satu sama lain.

Secara kesimpulannya, kepelbagaian pelajar, gaya pembelajaran, dan budaya


meruapakan 3 aspek penting serta secara tidak langsung menjadi cabaran utama dalam
menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Kepekaan guru terhadap
kepelbagaian ini adalah sangat penting dalam dunia pendidikan. Apa jua cabaran yang
mendatang, inilah dunia pendidikan yang sebenar dalam menyatukan kepelbagaian
pelajar yang pelbagai budaya.

You might also like