Pemikiran ialah konsep memanipulasi dan mentransformasikan informasi
dalam memori. Ia terlibat dengan pembentukan konsep-konsep, sebab musabab, memikir secara kritis, membuat keputusan dan memikir secara kreatif. Pemikiran melibatka peristiwa-peristiwa yang telah, sedang dan akan dilakukan. Segala informasi yang ditafsirkan kan memberi makna kepada induvidu pelajar. Pemikiran juga terlibat dalam aspek abstrak dan konkrit, atau realiti dan fantasi dalam kehidupan seseorang pelajar. Pendekatan pemkiran dalam pembelajaran terbahagi kepada 4 iaitu penaakulan, pemikiran kritik, membuat keputusan dan pemikiran kreatif.
Mengajar kaedah berfikir memerlukan guru memainkan peranan untuk
membantu dalam mengkonstruk pemikiran pelajarya sendiri. Guru perlu memupuk daya berfikir murid-murid dengan cara mengemukakan soalan divergen dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ini akan memberikan peluang kepada murid-murid untuk memikirkan jawapan-jawapan yang ada banyak alternatif dan penyelesaiannya. Seterusnya, guru harus menerapkan KBKK dalam langkah-langkah pengajaran dan pembelajaran guru. Guru juga menyediakan aktiviti-aktiviti penyelesaian masalah supaya murid-murid dapat mengaplikasikan kemahiran berfikir dengan cara yang betul, iaitu menggunakan pendekatan mengenal pasti dan memahami masalah, menjelaskan masalah dan memikirkan alternatif-alternatif penyelesaian masalah. Akhir sekali, guru mestilah memastikan tugasan yang diberikan kepada murid mengandungi arahan kemahiran berfikir; contohnya, mencirikan, menganalisis, menjanakan idea dan lain-lain lagi.
Konsep ini dipilih kerana menerusi sistem pendidikan, seharusnya seseorang
guru membantu pelajar menjadi pemikir yang baik. Berdasarkan kepada sistem persekolahan di Malaysia, semua pihak seperti pentadbir, guru-guru, ibu bapa dan pelajarhendaklah berusaha ke arah mencapai matlamat untuk melatih pelajar menjadi pemikr yang baik. Sejajar dengan harapan kerajaan mencapai tahap negara maju pada tahun 2020, lantaran itu guru berperanan merealisasikannya dalam mewujudkan golongan pelajar yang komited, berwawasan dan beraspirasi tinggi ke arah melengkapkan diri menjadi pemikir-pemikir yang baik tetapi bukanlah sebaliknya seperti kata Profesor di Raja Ungku Aziz, ....“manusia akan mati bila berfikir“... Pengajaran kepelbagaian pelajar mempunyai perkaitan rapat dengan konsep mengajar kemahiran berfikir melalui strategi-strategi pengajaran yang dikemukakan. Guru bakal mendapat pandangan, penerangan dan keinginan atau minat pelajar dengan tekun untuk membantu menganalisis isu-isu pembelajaran yang memberangsangkan dan mencabar murid-murid. Konsep ini membantu guru menganalisis strategi mengajar dengan mengemukakan soalan-soalan berdasarkan pemikiran dalam pengajaran. Ia dapat membantu pelajar memahami sesuatu tajuk dengan lebih mendalam. Dalam pengjaran, guru juga boleh mempraktikkan dengan bertanyakan soalan berdasarkan 6 aras Taksonomi Bloom, iaitu aras pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisi, sintesis dan penilaian. Usaha ini dilihat sebagai pemangkin dalam mengetengahkan sesuatu idea atau tajuk pengajaran dengan lebih efektif.