You are on page 1of 3

Strategi Pengajaran Pelajar Yang Berbeza Latar Belakang

(Strategies to Teach Students of Different Background)

Setiap individu adalah berbeza dengan individu yang lain. Ini adalah disebabkan

setiap individu adalah unik dan tidak ada individu lain yang seratus-peratus sama

dengannya walaupun kembar seiras. Menurut Khairul Yusri (2007), perbezaam

individu bermaksud variasi atau ketidaksamaan individu daripada norma

kumpulannya sama ada dari segi sifat kognitif, emosi, fizikal, moral, tingkah laku,

sosial atau bakat dan aspek – aspek yang lain mungkin terdapat sesama individu

dalam sesuatu kumpulan. Setiap individu adalah berbeza dengan individu yang lain.

Ini adalah disebabkan setiap individu adalah unik dan tidak ada individu lain yang

seratus-peratus sama dengannya walaupun kembar seiras. Oleh itu guru-guru harus

memahami perkara ini di kalangan murid-murid kerana ia boleh mempengaruhi

pembelajaran di dalam kelas.

Saya memilih konsep ini kerana murid-murid di dalam kelas mempunyai pelbagai

tahap kecerdasan yang berbeza, ini bermakna kesediaan belajar mereka juga

berbeza. Perkara ini perlu diberi pertimbangan oleh guru, terutama murid-murid

yang lambat. Sekiranya guru mengabaikan mereka, mereka akan terus ketinggalan

dan berkemungkinan akan menjadi murid tercicir. Individu yang berbeza

menyebabkan kesediaan belajar yang berbeza. Oleh itu pelajar-pelajar yang sama

umur tidak semestinya berada di peringkat kesediaan belajar yang sama. Perbezaan

disebabkan oleh kadar kematangan, kecerdasan, latar belakang keluarga dan

pengalaman pembelajaran. Fahaman guru terhadap perbezaan kesediaan belajar

membolehkan guru melayani murid secara individu atau kumpulan mengikut kaedah
yang berbeza. Dalam merangka objektif pengajaran dan pembelajaran, guru harus

mengambil objektif yang sesuai dengan murid.

Guru juga harus menyediakan latihan atau aktiviti yang sesuai dengan

kumpulan yang berbeza keupayaan supaya murid yang lambat tidak terus

tertinggal dan murid yang pandai tidak merasa bosan.

Konsep ini perlu dalam pengajaran kepelbagaian pelajar kerana pembelajaran

merupakan suatu usaha berterusan yang dilakukan oleh setiap insan untuk

menguasai ilmu, nilai dan kemahiran. Pembelajaran itu sendiri adalah satu fungsi

berkombinasi 'multi-faceted experience'. Pengalaman yang pelbagai rupa dan bentuk

dialami melalui rangsangan luaran dan dalaman. Rangsanganrangsangan ini

mengakibatkan pengamatan atau persepsi tertentu pada insan yang menerimanya.

Berdasarkan persepsi tersebut individu berkenaan akan memproses segala maklumat

yang diterimanya.

Ada yang berpendapat bahawa maklumat baru ini diproses dan diasimilasikan

dengan maklumat atau ilmu yang sedia ada pada insan tersebut, sebelum

menjadikannya ilmu baru yang termantap. Pada pandangan mereka, ini merupakan

sebahagian daripada pembelajaran. Lantaran itu, persepsi dan pemprosesan

rangsangan dan informasi merupakan inti pembelajaran manusia.

Cara dan gaya bagaimana seseorang membuat persepsi dan memproses

informasi merupakan salah satu isu penting kepada para pendidik. Sekiranya,

penyampaian rangsangan itu serasi dengan cara dan gaya sipelajar, maka, persepsi

dan pemprosesan rangsangan akan jadi lebih mantap dan berkesan. Implikasi ini agak
penting bagi pengagajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Jesteru itu, kita harus

memahami konsep gaya pembelajaran dan pelbagai kecerdasan sebelum melihat salah

satu `strategi' berkesan yang memberi ruang dan melayan pelbagai gaya pembelajaran

dan kecerdasan.

You might also like