You are on page 1of 26

Hari Telekomunikasi Sedunia 2006

Keluaran Khas – Utusan Malaysia (17 Mei 2006)

Kandungan Page

1. Mempromosi Keselamatan Siber Global 2

2. Mesej Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Seri Dr. Lim Keng Yaik 4

3. MyICMS886 Pembangunan di bidang ICT 5

4. Perkhidmatan 3G di Malaysia 7

5. Apa itu Nombor Mudah Alih? 8

6. Arahan pendaftaran prabayar di Malaysia 10

7. Program TI dan T2 11

8. Pengenalan Frekuensi Radio [RFID] – Peluang tidak boleh dilepaskan 12

9. SKMM pastikan dasar terlaksana 14

10. IPv6 - versi baru Internet Protokol 16

11. Merapatkan jurang digital 17

12. Pelan jalur lebar – reality digital masa hadapan 21

13. Pelaksanaan penyiaran televisyen terrestrial digital [DTTB] di Malaysia 24

1
1. Mempromosi Keselamatan Siber Global

PERKEMBANGAN teknologi maklumat dan telekomunikasi (ICT) sememangnya di luar


imaginasi masyarakat dengan kemampuan kita untuk berkomunikasi dengan pantas dan
menjimatkan tanpa mengira di mana kita berada.

Perkembangan Internet, rangkaian jalur lebar dan telekomunikasi bergerak sama ada
melalui kaca monitor komputer atau hanya melalui telefon bimbit yang kini boleh
melakukan pelbagai perkara.

Zaman komunikasi menggunakan surat, faks dan panggilan telefon telah berlalu kerana
masyarakat dunia hari ini boleh menggunakan Internet, e-mel atau telefon generasi
ketiga (3G).

Bagaimanapun, perkembangan teknologi bagi memudahkan masyarakat berkomunikasi


juga sebenarnya membuka ruang kepada penjenayah untuk melakukan aktiviti mereka.

Menggodam komputer, mencuri kata laluan untuk perbankan Internet, penyalahgunaan


kad kredit untuk pembelian di Internet, menyebarkan virus dan pelbagai lagi kegiatan
jenayah era baru ini dilakukan dengan mudah melalui dunia siber.

Ini tidak termasuk daripada isu keruntuhan moral masyarakat kerana terdedah kepada
pelbagai bahan-bahan tidak bermoral disebabkan kebebasan dalam dunia tanpa
batasan.

Bagaimanapun, kemunculan aktiviti yang mengancam perniagaan dan moral masyarakat


itu tidak seharusnya dijadikan alasan untuk kita menjauhkan diri daripada Internet
kerana ia telah menjadi keperluan kehidupan masa kini.

Internet dan rangkaian komunikasi kini telah dianggap sebagai salah satu infrastruktur
terpenting masyarakat seperti peripentingnya bekalan air, api dan tempat perlindungan.

Apa yang perlu dilakukan oleh masyarakat hanyalah mempunyai kesedaran mengenai
kepentingan isu keselamatan apabila berada dalam dunia siber. Bagi tujuan itu"
International Telecommunication Union (ITU), badan yang menyelaras perkembangan
telekomunikasi dunia telah memilih tema 'Mempromosi keselamatan siber dunia' untuk
sambutan Hari Telekomunikasi 2006yang disambut pada 17Mei ini.

Fokus utama ITU ialah untuk memastikan pembangunan ICT tidak akan terganggu oleh
ancaman segelintir kecil golongan penjenayah siber kerana kepentingan dunia
komunikasi.

Selain itu, aktiviti ITUjuga akan memberi fokus kepada membantu golongan tidak
berupaya menggunakan ICT dan melakukan persediaan apabila berlaku kecemasan atau
bencana Alam.

Ketua Setiausaha, ITU, Yoshio Utsum berkata, usaha menjaga keselarnatan siber
bergantung kepada amalan setiap Negara perniagaan dan rakyat dalam dunia siber

2
''Untuk melindungi aktiviti jenayah siber dari golongan yang berkemahiran tinggi itu, kita
perlu membangunkan satu budaya keselamatan siber di seluruh dunia," katanya dalam
perutusan sempena Hari Telekomunikasi 2006.

Malaysia sememangnya telah menyahut seruan ITU tersebut dengan pengumuman


penubuhan Institut Kerjasama Pelbagai Hala Antarabangsa Memerangi Keganasan Siber
(IMPACT). Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada Kongres Sedunia
Mengenai Teknologi Maklumat (WCIT) 2006, di Austin, Texas baru-baru ini
mengumumkan langkah Malaysia tersebut dalam memerangi mereka yang tidak
bertanggungjawab di dunia siber.

Aktiviti IMPACT akan tertumpu kepada tiga bidang utama iaitu latihan dan
pembangunan kemahiran, persijilan keselamatan dan penyelidikan serta penubuhan
Pusat Tindakan Kecemasan Global.

Selain memastikanisu keselamatan siber tersebut, Malaysia terus tidak menoleh ke


belakang lagi dalam membangunkan kemudahan prasarana teknologi ICT, termasuk
membina rangkaian telekomunikasi yang lebih canggili dan menyedarkan masyarakat
mengenai kepentingan ICT.

Walaupun perkembangan langganan Internet dan jalur lebar agak pedahan pada
awalnya di negara tetapi kita kini boleh berbangga dengan statistik terkini.

Menteri Tenaga, Air dan Telekomunikasi, Datuk Seri Dr. Lim Keng Yaik berkata, setelah
sekian lama kita memulakan rangkaian Internet yang pertama, kita kini memiliki 3.7 juta
pelanggan Internet dan 490,630pelanggan jalur lebar.

"Kita juga telah mencatatkan pertumbuhan yang cukup memberangsangkan dan


panggilan telefon selular yang pertama dengan kadar penembusan 74 peratus bagi
perkhidmatan telefon mudah alih," katanya.

Liputan nasional bagi komunikasi mudah alih, dengan kerjasama beberapa firma mudah
alih dan juga pembekal kandungan adalah faktor yang boleh dijadikan asas kejayaan.

"Kita telah pun menetapkan pelan untuk menggerakkan Malaysia ke arah melaksanakan
perkhidmatan maklumat terbaru, komunikasi dan multimedia bagi memperbaiki kualiti
hidup rakyat Malaysia dan meningkatkan daya saing kita di peringkat global," kata Keng
Yaik.

Pelan ini kita panggil Strategi 886 Perkhidmatan tnformasi, Komunikasi dan Multimedia
Malaysia (MyICMS 886) yang akan menjadi garis panduan pembangunan dan
perkembangan ICT negara seKingga tahun 2010.

Oleh Mohd Ridzwan Md. Iman

3
2. Mesej Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Seri Dr. Lim Keng Yaik

Hari Telekomunikasi Sedunia (WTD) disambut pada 17Mei setiap tahun. Tahun ini, WID
membawa satu kelebihan memandangkan 17 Mei juga dikenal pasti sebagai Hari
Masyarakat Berinformasi Sedunia. Ini amat bertepatan kerana kita di Malaysia juga
sedang berusaha ke arah mencorak masyarakat kita sendiri yang kaya dengan
maklumat.

Setelah sekian lama kita memulakan rangkaian Internet yang pertama, kita kini memiliki
3.7 juta pelanggan Internet dan 490,630 pelanggan jalur lebar.

Kita juga telah mencatatkan pertumbuhan yang cukup memberangsangkan dan


panggilan telefon selular yang pertama dengan kadar penembusan 74 peratus bagi
perkhidmatan telefon mudah alih.

Malah jumlah hasil mudah alih yang dicatatkan pada tahun 2005 ialah sebanyak
RM14.7juta, kebanyakannya datang dari perkhidmatan SMSdan nada dering serta
pindahan lagu.

Liputan nasional bagi komunikasi mudah alih, dengan kerjasama beberapa firma mudah
alih dan juga pembekal kandungan adalah faktor yang boleh dijadikan asas kejayaan.

Kita telah pun menetapkan pelan untuk menggerakkan Malaysia ke arah melaksanakan
perkhidmatan maklumat terbaru, komunikasi dan multimedia bagi memperbaiki kualiti
hidup rakyat Malaysia dan meningkatkan daya saing kita diperingkat global.

Pelan ini kita panggil Strategi 886 Perkhidmatan Informasi, Komunikasi dan Multimedia
Malaysia (MyICMS886)yang akan menjadi garis panduan pembangunan dan
perkembanganleI negara sehingga tahun 2010.

MylCMS 886 akan mencorak pusingan pemangkin dengan mempertingkatkan pelaburan


sedia ada dalam prasarana ICMS yang akan menyokong pertumbuhan masa depan
perkhidmatan ICMS.

Antara perkhidmatan yang boleh dijadikan sandaran ialah TV mudah alih, penyiaran
multimedia digital, kediaman digital, jalur lebar multimedia dan kaedah penghantaran
Internet. Pelbagai infrastruktur, perkhidmatan dan pertumbuhan berasaskan
keselamatan siber yang jitu.

Keyakinan dalam urus niaga on-line, perdagangan, perbankan, teleperubatan, E-


kerajaan adalah penting dan maka itu tema bagi sambutan Hari Telekomunikasi sedunia
tahun ini ialah Menggalakkan Keselamatan Siber Sedunia.

Satu lagi faktor kejayaan kritikal yang penting yang akan menyaksikan kita begerak ke
arah menjadi masyarakat berinformasi sudah tentu perlunya usaha menghakis sebarang
bentuk pengasingan dalam dunia digital.

4
Bagi mencapai matlamat tersebut, kita perlu memastikan kejayaan program Satu
Kediaman, Satu Akses Internet dengan menyediakan perkhidmatan on-line dan
komputer yang mampu dimiliki.

Kita akan teruskan usaha untuk memastikan semua rakyat Malaysia memiliki peluang
sama rata bagi mendapatkan maklumat Internet.

Dengan itu, pendidikan leI perlu diperkembangkan lagi kepada semua peringkat anggota
masyarakat – daripada pelajar tadika sehingga golongan lepasan universiti, dari daerah-
daerah luar Bandar hingga ke penghuni kota.

Marilah sama-sama kita meluangkan masa untuk menyingkap perkembangan ICT di


sekeliling kita; telefon bimbit kita; komputer desktop dan komputer riba, PDA, e-mel dan
telefon talian tetap.

Sama ada kita sedar mahupun tidak, kita kini semakin bergantung kepada pelbagai
peralatan ICT; dan ini bermakna ICT akan menjadi aspek penting dalam kehidupan kita
suatu haii nanti.

Bersama-sama, kita boleh memastikan bahawa masyarakat kita berkeupayaan


memenuhi keperluan menjadi Negara yang membangun sepenuhnya pada tahun 2020.

3. MyICMS886 Pembangunan di bidang ICT

STRATEGI 886 Informasi, Komunikasi dan Perkhidmatan Multimedia Malaysia


(MylCMS886) telah mengenal pasti lapan perkhidmatan yang dapat memajukan bidang
teknologi komunikasi dan maklumat (lCT) selaras dengan pembangunan negara.

MylCMS 886 berhasrat untuk mewujudkan sebuah pelan tindakan khas yang lebih
strategi dan komprehensif dalam memantapkan lagi bidang komunikasi dan multimedia
negara supaya dapat memberi perkhidmatan lebih berkualiti dan berdaya saing.

la (MyICMS) juga merupakan pelan asas kepada perkembangan ICT Negara sejajar
dengan arus dunia globalisasi pada masa sekarang. Kewujudan MylCMS 886 itu akan
menerokai perkembangan dunia ICT di samping menambah pengetahuan di dalam
sektor K-ekonomi yang turut bersangkut paut dengan perkhidmatan ICT.

Angka 886membawa maksud lapan (8) perkhldmatan barn yang menjadi pemangkin
kepada usaha untuk memperkenalkan lapan (8) infrastruktur asas yang digunakan bagi
meluaskan penggunaan ICT.

Manakala angka enam (6) pula mewakili bidang pertumbuhan yang telah dikenal pasti
sebagai kunci utama untuk pengguna dan industri di Malaysia bagi menjana pendapatan
kepada negara.

5
Lapan perkhldmatan MylCMS adalah seperti berikut:
- Jalur lebar berkelajuan tinggi.
- Teknologi generasi ketiga (3G).
- Televisyenbergerak.
- Penyiaran multimedia digital.
- Kediaman digital.
- Komunikasi jarak pendek seperti penggunaan radio berasaskan frekuensi (RFID).
- Protokol suara menerusi Internet (VoIP).
- Pembekalan perkhidmatan universal.

Bagi menyokong sistem itu, sebanyak lapan infrastruktur dikenal pasti, antaranya adalah
seperti berikut.
- Rangkaian tumpuan pelbagai perkhidmatan.
- Rangkaian selular 3G.
- Rangkaian satelit.
- Protokol Internet generasi terbaru (IPv6).
- Penerimaan Internet di kediaman.
- Rangkaian keselamatan dan maklumat.
- Kecekapan pembangunan serta pengeluaran dan reka bentuk produk.

Peranan infrastruktur dan perkhidmatan MylCMS 886 akan menjadi satu platform dan
penyampaian kepada sector perkhidmatan. Perkara ini bukan sahaja membuka peluang
kepada sektor swasta malah orang ramai akan turut mendapat manfaat daripada sistem
ini.

Malah, enam bidang pertumbuhan baru yang telah dikenal pasti bagi menjayakan
wawasan MylCMS 886 adalah pembangunan kandungan, gerbang pendidikan ICT,
penerimaan digital multimedia, peralatan komunikasi, pelaburan asing dan peralatan
serta komponen tertanam.

Implementasi MylCMS886dapat menghubungkan antara sektor perkhidmatan dan


infrastruktur. Sebagai contoh persediaaan jaringan membabitkan E-servis, perkhidmatan
pendidikan, E-perdagangan dan khidmat lain berasaskan web.

Sistem komunikasi yang baik dan cekap akan mewujudkan peluang baru kepada
penyedia aplikasi dan perkhidmatan digital perumahan seperti pintu rumah
menggunakan sistem elektronik, keselamatan dan E-perdagangan. la akan turut
berupaya untuk menarik minat pelabur asing untuk datang ke negara ini. Peluang
pekerjaan juga dapat turut diwujudkan.

Menjelang tahun 2010,disasarkan sebanyak 75 peratus kawasan perumahan akan


menggunakan jalur lebar berkelajuan tinggi. Liputan 3G juga dapat diluaskan sehingga 5
juta pengguna.

Kementerian Tenaga:,Air dan Komunikasi bersama Suruhanjaya Komunikasi dan


Multimedia Malaysia akan membuat penambahbaikan yang perlu bagi memastikan
kejayaan MylCMS 886 dicapai.

6
Sekali lagi kedua pihak itu akan bekerjasama dengan agensi kerajaan dan bukan
kerajaan yang terlibat untuk memberi fokus dalam mencapai ke arah kejayaan bidang
ICT. Industri yang terlibat akan diberikan polisi yang tertentu dan juga sokongan
institusi.

Implementasi MylCMS 886 yang mencapai kejayaan akan turut menyebabkan


perkembangan modal insan, kepakaran teknologi dan sumber jaringan dapat
dikembangkan di negara ini.

4. Perkhidmatan 3G di Malaysia

3G dan Faedahnya

Secara ringkasnya 3G ialah teknologi telefon mudah alih generasi ketiga yang
menyediakan kebolehan memindahkan dengan pantas data suara dan data bukan suara
seperti memuat turun maklumat dan perkhidmatan multimedia, e-mel dan maklumat
pesanan ringkas.

3G menjanjikan peningkatan lebar jalur (bandwidth),hingga 384 Kbps, dan ini adalah 6
kali lebih pantas daripada rangkaian GPRSsekarang. Dengan 3G, pengguna boleh
membuat dan menerima panggilan video daripada pemanggil di samping menghantar
dan menerima fail data yang besar (high-densitydatafiles) seperti klipvideo dan video
muzik dengan laju dalam masa yang singkat.

Pada masa ini empat buah syarikat telekomunikasi telah berjaya mendapat blok
spektrum melalui proses perolehan secara 'beauty contesf. Syarikat-syarikat tersebut
ialah Telekom Malaysia Berhad (TMB), Universal Mobile Telecommunications System
(UMTS),MiTV dan TuneDot- Com.

TMB dan UMTS telah pun memberikan perkhidmatan 3G, manakala MiTV dan
TimeDotCom, yang baru berjaya memperoleh blok spectrum 3G pada Mac 2006, sedang
dalam proses menyediakan pelan perancangannya dan dijangka akan memberikan
perkhidmatannya tahun depan.

Perkhidmatan 3G oleh TMB

TMB memperoleh blok spectrum 3G pada April 2003 dan telah melancarkan
perkhidmatan 3G secara komersial melalui Celcom pada 17 Mei 2005.

Buat masa ini, perkhidmatan 3G yang ditawarkan meliputi kawasan Lembah Klang,
Genting Highlands, Pulau Pinang, Kedah, Melaka dan Johor Bahru.

Sehingga Disember 2005, seramai 35,000 orang telah melanggani perkhidmatan 3G


yang ditawarkan oleh Celcom.

7
Perkhidmatan 3G Celcom ini akan diperluaskan ke beberapa kawasan lain seperti
Kuching, Kota Kinabalu, Kuantan, Ipoh dan bandar utama lain pada tahun ini.

Jenis-jenis perkhidmatan 3G yang ditawarkan oleh TMtermasuklah siaran berita secara


langsung, video streaming, perkhidmatan muat turun kandungan seperti nada dering,
klip video, berita, perniagaan, video sukan terkini, permainan java atas talian
(onlinegames)dan semakanlalu lintas.

Perkhidmatan 3G oleh UMTS

UMTSpula memperoleh blok spectrum 3G pada 2 April 2003 dan telah melancarkan
perkhidmatan 3G secara komersial melalui Maxis pada 30 Jun 2005.
Sehingga ini, liputan UMTS tertumpu kepada Lembah. Klang terutama di sekitar
kawasan Kuala Lumpur, Subang Jaya, Putrajaya, Cyberjaya dan di beberapa kawasan
utama lain.

Seramai 25,000orang telah pun melanggani perkhidmatan 3G. Maxis akan


memperluaskan perkhidmatan 3G ke bandar-bandar utama lain seperti Johor Bahru dan
Pulau Pinang pada tahun ini.

Bergantung kepada permintaan dan potensi pasaran, Maxis dijangka memperluaskan


perkhidmatannya di Sabah dan Sarawak dalam tahun ini.

Isu dan Cabaran

Perkhidmatan 3G ini masih baru dan teknologinya juga belum matang.

Oleh itu, terdapat isu-isu yang perlu ditangani sebelum perkhidmatan 3G ini benar-benar
dapat memberi manfaat kepada pengguna.

Antara isu dan cabaran besar yang dihadapi oleh pemberi-pemberi perkhidmatan 3G di
negara ini dan juga di seluruh dunia ialah tahap kesediaan pasaran
(marketreadiness)yang rendah, kekurangan aplikasi-aplikasi, kandungan (content) yang
boleh menarik perhatian pengguna, kadar harga, liputan seluiUh negara dan kualiti
perkhidmatan yang diberikan.

5. Apa itu Nombor Mudah Alih?

Nombor Mudah Alih yang akan dilaksanakan di Malaysia ialah perkhidmatan yang
membolehkan pelanggan mengekalkan nombor telefon yang sama apabila bertukar dari
satu pengendali perkhidmatan kepada pengendali perkhidmatan telekomunikasi yang
lain.

8
Sebagai langkah permulaan, pelaksanaan perkhidmatan Nombor Mudah Alih di Malaysia
akan terhad kepada perkhidmatan selular sahaja yang dikenali sebagai Nombor Mudah
Alih Telefon Selular (NMTS) atau Mobile Number Portability (MNP).

Walaupun NMTS tertumpu kepada nombor mudah alih sahaja, kesan pelaksanaannya
akan melibatkan semua rangkaian perkhidmatan telekomunikasi yang lain seperti
perkhidmatan talian tetap dan mudah alih.

Jenis-Jenis Nombor Mudah Alih


Nombor Mudah Alih sarna ada yang telah dilaksanakan di kebanyakan negara di dunia
mahupun yang masih dalarn kajian, dikategorikan kepada tiga jenis perkhidmatan
seperti berikut:

a). Pengendali Perkhidmatan Mudah Alih yang membolehkan pelanggan mengekalkan


nombor yang sama (nombor geografik atau bukan geografik) walaupun mereka bertukar
dari satu pengendali perkhidmatan kepada pengendali perkhidmatan telekomunikasi
yang lain.

b). Lokasi Mudah Alih yang membolehkan pelanggan mengekalkan nombor yang sama
(nombor geografik atau bukan geografik) apabila bergerak dari satu lokasi ke lokasi
yang lain.

c) Perkhidmatan Mudah Alih yang membolehkan pelanggan mengekalkan nombor yang


sarna (nombor geografik atau bukan geografik) walaupun bertukar dari satu
perkhidmatan kepada perkhidmatan yang lain (contohnya perkhidmatan prabayar
kepada paseabayar).

Pelaksanaan Nombor Mudah AIih pendekatan teknikal bagi melaksanakan


projek Nombor Mudah AIih ialah dengan cara:

a) Memproses dan menguruskan nombor alih oleh Gedung Penjelasan Pusat. Gedung ini
akan diuruskan oleh pengendali pihak ketiga yang berkecuali.

b) Membuat panggilan ke nombor alih ialah dengan eara Pertanyaan Semua Panggilan.

c) Menyediakan satu pangkalan data yang dipanggil Pangkalan Data Pertanyaan


Nasional untuk menjawab pertanyaan dari setiap rangkaian. Tempoh masa
pelaksanaannya ialah 18 bulan mulai dari tarikh arahan dikeluarkan Suruhanjaya
Komunikasi dan Multimedia (SKMM) kepada pihak industri.

SKMM telah menubuhkan sebuah Jawatankuasa Pemandu untuk memantau dan


merangka pelan pelaksanaan Nombor Mudah Alih.

Jawatankuasa itu kini sedang merangka spesifikasi tender untuk pembidaan bagi
memilih pengendali Gedung Penjelasan Pusat.

SKMM juga sedang dalarn tindakan menubuhkaii kumpulan kerja bersama industri untuk
memulakan projek ini.

9
6. Arahan pendaftaran prabayar di Malaysia

Kerajaan Malaysia telah mengarahkan bahawa setiap pengguna perkhidmatan prabayar


mudah alih di negara ini didaftarkan. Sebab utama arahan ini adalah untuk mengawal
salah guna perkhidmatan prabayar selular awam dan pada masa yang sama untuk
memastikan aspek keselamatan.

Bersesuaian dengan arahan Kabinet, Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi (KTAK)
bersama-sama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah
dipertanggungjawabkan untuk memastikan semua pemegang lesen yang menyediakan
perkhidmatan prabayar selular awam mendaftarkan pelanggan-pelanggan mereka
sebelum 15 Disember 2006.

Satu peraturan mengenai tugas-tugas dan kewajipan perkhidmatan prabayar selular


awam dan pembekal-pembekal perkhidmatan dalam mendaftar pelanggan-pelanggan
mereka sedang dirangka oleh KTAK dan SKMM.

Peraturan itu meliputi isu-isu berkaitan dengan pematuhan pendaftaran, denda kerana
gagal mematUhi peraturan, penentusahan penyediaan maklumat sewaktu pendaftaran,
kesan tidak mendaftar dan isu-isu yang berkaitan.

Pada masa ini, semua pembekal-pembekal perkhidmatan prabayar selular awam iaitu
Celcom (Malaysia) Berhad, Digi Telecommunications Sdn. Bhd. dan Maxis
Communication Berhad telah mendaftarkan pascabayar dan prabayar kepada
semua pelanggan mereka.

SlAPA PERLU MENDAFTAR

Semua pengguna tanpa mengira kewarganegaraan diwajibkan mendaftar asalkan


mereka adalah pelanggan perkhidmatan selular prabayar awam.

Ini termasuklah warganegara Malaysia, pekerja-pekerja asing dan pelancong-pelancong.

Pendaftaran adalah wajib untuk setiap nombor prabayar mudah alih mengikut
penyediaan perkhidmatan masing-masing.

DI MANA DAN BAGAIMANA

Untuk mendaftar, pengguna dikehendaki membawa telefon dan kad pengenalan


/pasport ke pusat penyediaan perkhidmatan, ejen yang dibenarkan untuk pengesahan.

Pengguna-pengguna dikehendaki hadir untuk pendaftaran; pendaftaran oleh proksi tidak


dibenarkan.

Pendaftaran akan dibuat secara elektronik menggunakan pengimbas Mykad.

10
Untuk pengguna-pengguna yang tidak mempunyai Mykad, pendaftaran akan dibuat
secara manual menggunakan kad pengenalan, pasport pengenalan rasmi dan dokumen-
dokumen lain.

DOKUMEN-DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Untuk tujuan pendaftaran, pengguna-pengguna dikehendaki menyediakan nama,


Mykad/nombor kad pengenalan/nombor pasport (dokumen asal diperlukan bagi
pengesahan) dan alamat.

SYARAT-SYARATLAIN

Semua maklumat yang diberikan semasa proses pendaftaran akan dirahsiakan.

Jika pengguna menyediakan maklumat palsu semasa proses pendaftaran, penyedia


perkhidmatan akan menamatkan perkhidmatan prabayar selular awam mereka dengan
segera.

HAD MASA UNTUK MENDAFfAR

Had masa untuk mendaftar adalah sehingga 15 Disember 2006. Pengguna yang gagal
untuk mendaftar dalam tempoh ini, perkhidmatannya akan ditamatkan.

Untuk bulan pertama selepas penamatan, pengguna akan hanya boleh menerima
panggilan telefon dan membuat panggilan kecemasan sahaja.

Sebulan selepas itu, jumlah tidak akan diaktifkan jika pengguna masih tidak mendaftar.
Setelah dinyahaktifkan, pengguna perlulah membeli satu kad bam dan mendaftar untuk
menikmati perkhidmatan prabayar.

BUTIR-BUTIR PERHUBUNGAN
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi talian berikut:-
SKMM1 800888030
Celcom 38308888
38301111
Digi 0162211800
Maxis 1 300 82 0120

7. Program TI dan T2

Program T1 dan T2 telah diperkenalkan dan sedang giat di laksanakan bagi mencapai
matlamat kerajaan agar liputan perkhidmatan telefon selular mudah alih diperluas dan
ditingkatkan ke seluruh Negara.

11
Program T1 mula dilaksanakan pada bulan Mei 2004 dan tumpuan diberi kepada
kawasan MSC, Putrajaya dan Cyberjaya yang melibatkan pembinaan struktur pemancar
telekomunikasi di 216 tapak dan pemasangan 238 stesen asas.

Program T1 juga melibatkan penyediaan liputan dalam bangunan di 15 lokasi di


Putrajaya.

Program T2 telah dirancang untuk dilaksanakan pada tahun 2005 hingga 2006
melibatkan pembinaan 1,650 menara baru di seluruh negara.

Sebanyak 699 menara akan dibina di bawah program T2A (tahun 2005) dan baki
951menara di bawah program T2B (tahun 2006) meliputi seluruh Negara terutamanya
di bandar-bandar utama, lebuh raya, kawasan perindustrian dan juga pusat
pelancongan utama.

Kementerian juga telah melesenkan 11 syarikat milik/ sokongan kerajaan negeri (SBC)
yang dilantik oleh kerajaan negeri untuk membina menara telekomunikasi di negeri
masing-masing dalam usaha mempercepatkan peluasan dan peningkatan liputan telefon
selular di selunih negara dan mendapatkan kerjasama dan sokongan erat daripada
kerajaan negeri dan piliak berkuasa tempatan (PBT).

Bagi memastikan mutu perkhidmatan telefon selular pada masa ini menepati piawaian
yang ditetapkan iaitu Piawaian Tetap bagi Perkhidmatan Berkualiti (Perkhidmatan
Selular Awam)' Bilangan 2/2002 yang dikeluarkan oleh Sinuhanjaya Komunikasi dan
Multimedia Malaysia (SKMM), beberapa siri kajian liputan luar dan dalam bangunan telah
dijalankan di sekitar kawasan MSC dan beberapa kawasan di seluruh negara oleh piliak
SKMM dan wakil syarikat-syarikat telekomunikasi.

Hasil kajian menunjukkan bahawa mutu perkhidmatan telah mencapai piawaian yang
ditetapkan dan memuaskan.

8. Pengenalan Frekuensi Radio [RFID] – Peluang tidak boleh dilepaskan

Pengenalan. frekuensi Radio (RFID) yang merupakan teknologi "Pengumpulan Data


automatic mengunakan frekuensi radio bakal mengubah corak kehidupan manusia
termasuk penduduk negara ini.

Teknologi yang kini semakin mendapat tempat di kalangan negara maju itu turut diberi
penekanan penggunaannya oleh kerajaan Malaysia dibawah Rancangan Malaysia
Kesembilan (RMK-9).

Sebagaimana perkembangannya di negara lain. Malaysia turut menjalankan ujian awal


bagi mengguna pakai teknologi berkenaan dalam system perpustakaan, pengurusan
alam sekitar dan pengurusan aset serta beberapa sektor lain sebagai satu nilai tambah.

12
RFID boleh digunakan dalam pelbagai bidang sebagai contoh tentera Amerika Syarikat
(AS) di Iraq hanya perlu mengimbas tag tangan bagi mendapat kemudahan perubatan
dan hospital.

la juga boleh digunakan dalam system kad caj American Express di mana pengguna
hanyaperlu mengimbas kad berkenaan bagi membuat pembayaran.

Malah pengguna telefon bimbit di Korea hanya perlu mengimbas telefon mereka pada
transponder di hadapan pintu restoran bagi mendapatkan menu lengkap yang
disediakan.

Di Malaysia,RFIDturut digunakan sebagai contoh melalui sistem pembayaran tol di mana


pengguna lebuh raya hanya perlu pandu lalu di laluan tol dan mesin pengimbas (reader)
akan mengumpul maklumat daripada transponder yang dihantar melalui antena.

Menyedari kepentingannya, di bawah RMK-9, tumpuan meluas akan diberikan sekali gus
menyediakan peluang luas dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT)
tempatan.

Beberapa kerjasama strategik dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) turut


dijalankan dengan pakar akademik, institut penyelidikan dan peserta industri bagi
membangunkan standard RFID dan aplikasi komersial baru yang boleh membantu
meningptkan produktiviti serta kualiti kerudupan.

Menurut perangkaan, sekiranya RFID diguna pakai dalam semua sector berpotensi, nilai
pasaran bagi teknologi berkenaan dijangka mencecah RM7bilion menjelang 2010.

Bagi menggalakkan penggunaan RFID, satu rangka kerja undang-undang berkaitan


yang menyentuh aspek keselamatan, piawaian dan penggunaan spektrum berkaitan
RFID akan ditubuhkan.

Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi juga mengambil inisiatif bagi menubuhkari
Pusat Teknologi Penderiaan Kebangsaan yang dijangka memberi tumpuan khusus
kepada pembangunan RFID.

Pusat berkenaqn dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia


(MCMC) bertanggungjawab untuk meningkatkan kesedaran dan mempromosikan
kelebihan penggunaan RFID terutama dalam industri pengangkutan dan logistik.

Penggunaan meluas teknologi berkenaan dalam sektor logistik, pembuatan dan


pengesanan aset dijangka mewujudkan peluang ekonomi dan keupayaan komersial
yang cukup bagi membolehkan Malaysia menghasilkan set cip RFIDyang murah.

Keupayaan berkenaan seterusnya akan meletakkan Malaysia sebagai pengeluar label


RFID termurah di dunia.

13
la sesuai dengan ramalan penggunaannya di peringkat global di mana menjelang 2008,
30 peratus daripada produk yang memasuki pasaran AS dijangka menggunakan
teknologi RFID.Penggunaannya bakal berkembang kepada 80 peratus menjelang 2013

Barangan dari Malaysia yang akan memasuki AS dijangka akan memuatkan segala
maklumat yang diperlukan dalam cip kecil yang menggunakan teknologi RFID menjelang
2008.

Teknologi dan aplikasi berasaskan RFID merupakan kaedah penyelesaian baru yang
secara nyata dapat meningkatkan operasi pengeluaran, kepuasan pengguna, perolehan
pendapatan dan nilai kepada pemegang.

Secara asasnya, RFID mempunyai tiga komponen utama iaitu antena, penghantar
(transponder) dan penerima (transceiver).

Pengoperasian RFID turut bergantung kepada frekuensi yang menentukan


keberkesanan ruang lingkup serta keserasian operasi dengan negara-negara lain.

MCMC telah menetapkan frekuensi RFID paling optimum gelombang UHF pasif ialah dari
919 hingga 923 :MHz serta frekuensi sedia ada 898 :MHzyang bersesuaian dengan
rakan dagang utama negara seperti AS, Singapura dan China.

9. SKMM pastikan dasar terlaksana

Pada november 1998, Malaysia melaksanakan satu contoh peraturan percantuman


berkaitan industri konunikasi dan multimedia.

Dua undang-undang digubal untuk memberi kesan kepada pelaksanaan contoh


peraturan barn iaitu Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang menggariskan
peraturan barn rangka kerja perlesenan bagi percantuman industri komunikasi dan
multimedia dan Akta Suruhanjaya Multimedia 1998 yang membentuk Suruhanjaya
Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Akta Komunikasi dan Multimedia berkuat kuasa pada 1 April 1999 dan Akta
Telekomunikasi (1950) dan Akta Penyiaran (1988) dimansuhkan.

Pada 1 November 2001, suruhanjaya itu juga mengambil a1ih fungsi peraturan Akta
Perkhidmatan Pos 1991 dan Akta Pengenalan-Digital1997.

Berdasarkan kedua-dua akta itu, peranan suruhanjaya tersebut ialah untuk


melaksanakan dan menggalakkan objektif dasar kebangsaan kerajaan bagi sector
komunikasi dan multimedia.

Pihak suruhanjaya juga dipertanggungjawabkan untuk mengawasi rangka kerja


peraturan barn bagi percantuman industri telekomunikasi, penyiaran dan aktiviti online.

14
Kuasa dan fungsi SKMM termasuklah:

a. Menasihatkanmenteri dalam semua perkara berkaitan objektifdasar kebangsaan bagi


komunikasi dan aktivitimultimedia;

b. Melaksanakan dan menguatkuasakan peruntukan-peruntukan undang-undang


komunikasi dan multimedia;

c. Melaksanakan semua perkara yang berkaitan dengan aktiviti komunikasi dan


multimedia yang tidak terkandung di bawah undang-undang komunikasi
dan multimedia;

d. Menimbangkan dan mengesyorkan pindaan kepada undang-undang komunikasi


dan multimedia;

e. Menyelia dan memantau aktiviti komunikasi dan multimedia;

f. Menggalakkan dan mempromosi pembangunan industri komunikasidan multimedia;

g. Menggalakkan dan tnempromosi peraturan dalaman untuk industri komunikasi dan


multimedia;

h. Menggalakkan dan mengekalkan integriti semua pemegang lesen atau yang


dipertanggungjawabkan di bawah industri komunikasi dan multimedia;
i. Memberibantuan dalam sebarang bentuk dan menggalakkan kerjasama dan koordinasi
di kalangan semua pihak yang terlibat dalam industri komunikasi dan multimedia;

j. Melaksanakan sebarang fungsi di bawah mana-manaundang-undang bertulis yang


mungkin ditentukan oleh melalui notifikasi dalam gazet.

Wawasan SKMM

Satu industri komunikasidan multimedia yang mampu bersaing secaraglobal,efisien dan


beperaturan sendiri, menggerakkan pertumbithan untuk memenuhi keperluan ekonomi
dan social Malaysia.

Misi SKMM

SKMM beriltizam untuk:

a. Mempromosi akses kepada perkhidmatan komunikasi dan multimedia;

b. Memastikan pengguna menikmati pilihan dan berpuas hati dengan tahap


perkhidmatan pada kadar harga yang mampu dibayar;

c. Menyediakan proses peraturan mudah untuk mempercepatkan saingan yang adil dan
indusbi yang efisien;

15
d. Memastikan penggunaan sebaik mungkin spektrum dan sumber angka; dan

e. Menjalin hubungan rapat dengan pengguna dan penyedia perkhidmatan untuk


menggalakkan usaha sama dalam indusbi ini.

SKMM aktif dalam mesyuarat peringkat antarabangsa yang memberi


tumpuan kepada percantuman melalui:

ƒ Kerjasamadan pertukaran maklumat di kalangan penggerak;


ƒ Peruntukan dan pengurusan sumber;
ƒ Piawaian;dan
ƒ Perdagangan (contohnya,keselamatan rangkaian, tarif, kadar perakaunan dan e-
commerce).

Ini termasuklah mesyuarat persediaan serantau bagi persidangan peringkat global dan
aktiviti lain yang memberi foKus kepada Malaysia dan keperluan rantau ini.

Aspek lain pihak suruhanjaya dalam aktiviti antarabangsa ialah menganjurkan dan
menjadi tuan rumah bagi lawatan kerja oleh rakan-rakan dari negara lain. I

SKMMjuga mengambil bahagian dalam mesyuarat dua hala dan rundingan di mana
keputusan dicapai untuk mengadakan lawatan kerja bagi meningkatkan hubungan
dengan negara lain.

Sebagai memulihara kepentingan pengguna, pihak suruhanjaya telah menerbitkan garis


panduan bemubung pengurusan aduan dalam melaksanakan kuasa yang diberikan di
bawah Seksyen 156 dan 196 Akta Komunikasidan Multimedia 1998.

Garis panduan itu menyatakan prinsip dan prosedur laporan, penerimaan, pengurusan
dan penyelesaian aduan berkaitan dengan perilaku atau operasi pemegang lesen
dibawah akta tersebut.

10. IPv6 - versi baru Internet Protokol

Berbekalkan pelbagai penambahbaikan, 1Pv6 berupaya mempertingkatkan


pengalamatan kepada 3.4 x 1028 alamat yang lebih panjang .dari 128-bit dengan 1Pv4
memberi berbagai keupayaan.

Antaranya penyambungan berbagai peranti kepada Internet dapat dilakukan tanpa


memutuskan penyambungan antara satu dengan yang lain dan dapat mewujudkan
merarki kompleks dengan konfigurasi yang mudah.

IPv6 juga berjaya mempertingkatkan kepala format dan router dengan cara yang
lebih cekap. Secara amnya, Internet dapat lebih tersusun dengan 1Pv6daripada 1Pv4.

16
Berdasarkan kepada konsep IPv6, pelaksanaannya sering menjadi terlewat dan
merupakan langkah yang terakhir bagi mengatasi masaIah kehabisan alamat IPv4.

Dari itu, semua negara dunia telah bergerak ke arah satu matlamat untuk melaksanakan
1Pv6di dalam rangkaian dan seterusnya menuju ke protocol Internet secepat yang
boleh.

Memandangkan masih banyak yang perlu diteroka oleh Malaysia di dalam bidang ini,
maka kerajaan telah menubuhkan MajIis Kebangsaan IPv6 untuk memimpin dan
merancang pelaksanaan strategik IPv6 di Malaysia.

Di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9),1Pv6 merupakan salah satu dari tiga
teknologi yang diberi tumpuan oleh Kementerian Tenaga Air dan Komunikasi (KTAK),
selain daripada teknologi sensor dan jalur lebar.

MajIis te1ah menetapkan semua pembekal perkhidmatan Internet (ISP) hendaklah


bersedia menawarkan perkhidmatan 1Pv6 sebelum akhir tahun 2006; rangkaian
ekerajaan melaksanakan IPv6 dalam jaringannya menjelang tahun 2008 dan Malaysia
akan menjadi negara IPv6 sebelum atau menjelang tahun 2010.

KTAK melalui MajIis Kebangsaan IPv6 telah menetapkan Network Research Group (NRG-
USM) sebagai pusat kecemerlangan kebangsaan bagi IPv6. Pusat kecemerlangan IPv6
ini telah ditubuhkan pada Mac 2005 dan lebih dikenali sebagai National Advanced 1Pv6
(NAv6) Centre.

Adalah diharapkan perkembangan IPv6 di Malaysia akan dapat menghasilkan lebih


banyak pembekallPv6 tempatan dan kajian serta perkembangan aplikasi dapat
dipergiatkan melalui penawaran kursus-kursus yang berkaitan dengan IPv6 oleh pusat-
pusat pengajian tinggi negara.

11. Merapatkan jurang digital

Di bawah RMK-8, Kerajaan telah mengambil inisiatif dengan meluluskan sejumlah


RM293 juta bagi pelaksanaan projek Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS).

Objektif projek PPS adalah bagi menyediakan infrastruktur komunikasi di kawasan luar
bandar / pedalaman dan merapatkan jurang digital serta jurang minda antara komuniti
bandar dengan luar bandar dan kumpulan di luar jangkauan.

Projek PPS diharap dapat meningkatkan kesedaran masyarakat di kawasan luar bandar
akan pentingnya pengetahuan ICT, meningkatkan pemilikan komputer oleh isi rumah
dan memperluas Pelan Jalur Lebar Negara.

17
Taraf sosio-ekonomi masyarakat di kawasan luar bandar juga diharap akan meningkat
melalui k-ekonomi.

Pelaksanaan projek PPS di bawah RMK-8

Di bawah RMK8 juga, Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi (KTAK) telah melaksana
sebanyak empat fasa projek PPS dengan projek rintisnya di1aksana pada tahun 2002
melibatkan sebanyak 220 buah sekolah kebangsaan, masing-masing 110 buah di Negeri
Sabah dan 110 buah di Negeri Sarawak.

Setiap sekolah berkenaan disediakan dengan kemudahan tiga unit komputer, alat
pencetak, alat pengimbas, dua unit kipas angin berdiri, kerusi dan meja 'komputer serta
talian Internet.

Pakej yang disediakan termasuk penyenggaraan untuk tempoh selama lima tahun dan
siri latihan untuk guru-guru dan pelajar sekolah yang terlibat melalui Kem Cyberkids.

Impak dari projek PPS Fasa pertama ini, kira-kira seramai 5,000 guru dan 40,000pelajar
telah mendapat faedah dan pengetahuan ICT.

Pada tahun 2003 hingga 2005,sebanyak tiga fasa projek PPS iaitu fasa dua, tiga dan
empat telah dilaksana oleh KTAK melibatkan sebanyak 363 lokasi klinik kesihatan, klinik
desa dan 518 buah perpustakaan desa di seluruh negara.

Selain peralatan komputer dan talian Internet yang menggunakan teknologi ADSL dan
satelit disediakan secara percuma, petugas-petugas dan wakil komuniti diberi latlhan
ICT peringkat asas dan pertengahan.

Mereka diharap akan menjadi Training of Trainee (TOT) kepada komuniti setempat.

Menerusi projek PPS fasa dua hingga empat, seramai 2,000 petugas dan wakil komuniti
telah dan sedang diberi latihan ICT.

Sistem Pemantauan Penggunaan yang mula digunakan pada awal tahun 2005 di KTAK
menunjukkan kadar penggunaan kemudahan ICT oleh komuniti yang disediakan
meningkat dari semasa ke semasa.

Sehingga akhir bulan Mac 2006, seramai 540,647 pengguna dari pelbagai peringkat
umur dan pekerjaan telah menggunakan kepmudahan yang disediakan oleh Kerajaan di
lokasi-lokasi yang berkenaan.

Fungsi projek PPS sebagai telecentre diperluaskan sebagai Pusat Perkhidmatan dan ilmu
Komuniti -PPIK dengan pelaksanaan sembilan projek rintis di sembilan buah
perpustakaan desa terpilih di sembilan buah negeri.

Pelaksanaan projek PPS di bawah RMK-9

RMK9 menggariskan teras pembangunan ICT seperti berikut:-

18
a) Memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai hab ICT dan multimedia global;
b) Memperluas rangkaian komunikasi;
c) Merapatkan jurang digital;
d) Membangunkan bandar siber sedia ada dan mempromosikan yang baru dan aplikasi
MSC;
e) Merangsang sumber pertumbuhan baru bio-informatik, gabungan bioteknologi dan
ICT;
f) Membangunkan tenaga kerja mahir;
g) Mempercepat pembudayaan e-Pembelajaran; dan
h) Mempertingkat keselamatan maklumat.

Kerajaan telah bersetuju supaya projek PPS diteruskan di bawah RMK-9 dengan
meluluskan sejumlah RM150 juta bagi tempoh lima tahun (2006hingga 2010).

Pelaksanaan projek PPS di bawah RMK9 bukan sahaja menekankan kepada kemudahan
fizikal dengan menyediakan infrastruktur komunikasi di 300 lokasi lagi di kawasan luar
beserta peralatan ICT serta talian Internet, tetapi lebih menekankan kepada
Pembangunan Modal Insan.

Justeru, di bawah RMK-9,sebanyak 250 lokasi PPIK akan dibangunkan di seluruh negara
bagi meningkatkan Pembangunan Modal Insan.

Sebanyak 500 lokasi projek PPS lain pula akan dibangunkan dengan Laman Web
Komuniti dan Pembangunan Kandungan Digital Tempatan (KDT).

Sehubungan ini, sebanyak 750 lokasi projek PPS di seluruh negara akan mempunyai
laman web komuniti dan Pembangunan KDT pada akhir tahun 2007.

PPIK akan terus dilaksana secara menyeluruh di semua lokasi projek PPS sebelum
berakhirnya RMK-9.

Adalah dianggarkan sejumlah 1.7 juta orang komuniti di kawasan luar Bandar akan
mendapat faedah dari pelaksanaan projek PPIK ini menjelang berakhimya RMK-9 pada
akhir tahun 2010.

Pelaksanaan projek PPIK di bawah RMK-9

PPIK bertujuan merapatkan jurang digital, jurang minda yang wujud di kalangan
komuniti luar bandar dan menjadikan komuniti di kawasan luar bandar sebagai k-
komuniti.

Dengan wujudnya pusat-pusat ini kerajaan berharap agar komuniti di kawasan luar
bandar dapat meningkatkan taraf sosio ekonomi dan penggunaan sistem penyampaian
yang disediakan secara online.

Oleh yang demikian program-program akan dilaksana agar fungsi pusat-pusat ini dapat
ditingkatkan daripada tefecentre kepada PPIK.

19
Kesedaran komuniti tempatan memainkan peranan untuk menjayakan program-program
yang telah dinyatakan.

Tanpa kesedaran komuniti, program tidak akan dilaksana dengan baik dan kemudahan
yang disediakan tidak akan digunakan dengan sepenuhnya.

Aktiviti-aktiviti yang melibatkan komuniti akan dijalankan agar program PPIK ini dapat
dijalankan dengan sendirinya oleh komuniti.

Latihan ICT akan dijalankan secara berterusan di lokasi atau mengikut zon yang dikenal
pasti.

Modul latihan akan disediakan dengan tajuk-tajuk yang relevan untuk komuniti di
peringkat asas dan pertengahan.

Pembangunan Laman Web Komuniti dalam dwi-bahasa merupakan satu cirri program
PPIK.

Laman web yang dibangunkan bertujuan memperkenalkan lokasi PPIK secara global.

Laman web ini juga akan memainkan peranan sebagai medium pengumpulan dan
penyebarari KDT yang merupakan salah satu faktor wujudnya jurang digital.

Program-program khusus akan dilaksana dan PPIK akan menjadi satu pusat untuk
komuniti berkumpul bagi mempertingkatkan keakraban komuniti dan solidariti.

Semua program PPIK yang dicadang untuk dilaksana akan diselaras dengan program
merapatkan jurang digital olen Kerajaan Negeri, Kementerian, lain-lain agensi Kerajaan,
Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan pihak swasta bagi memastikan objektif Rangka Kerja
Strategi Nasional Merapatkan Jurang Digital dicapai.

KTAK akan mengadakan road show di semua negeri dan promosi bagi memastikan
semua rancangan yang diatur dapat berjalan dengan lancer dan teratur untuk faedah
masyarakat luar bandar.

Program Internet Desa (PID)

Program internet desa merupakan program usahasama antara Kemeterian Tenaga, Air
dan Komunikasi (KTAK) dan Pos Malaysia Berhad(PMB) dimana PMB telah menyediakan
Pusat - pusat lokasi Internet desa (PID) mengunakan bangunan tambahan disetiap
lokasi PID beroperasi disetiap negeri.

Dalam RMK 8, PMB telah menyumbangkan peruntukan sejumlah RM2 juta untuk
membina lokasi PID sementara kerajaan membelanjakan sebanyak RM6.8 juta bagi
perlaksanaan projek.

Latihan ICT dan penggunaan Internt diberi percuma.

20
Sehingga Disember 2005, sejumlah lebih 200,000 pengguna telah menggunakan PID
sementara lebih 170,00 komuniti telah diberikan latihan asa ICT

Bagi RMK-9, peruntukan sejumlah RM 7.5 juta telah diluluskan bagi menbolehkan
Kementerian ini mewujudkan Pusat llmu Komuniti di setiap PID.

Projek Rangkaian Schoolnet (SCHOOLNET)

Projek ini merupakan usahasama antara Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi dan
Kementrian Pelajaran untuk menyediakan Internet kepada 10,000 lokasi samada sekolah
bantuan Kerajaan atau pun Institusi pendidikan terpilih.

Perlaksanaan projek ini dibiayai melalui peruntukan Suruhanjaya Komunikasi dan


Multimedia untuk tempoh 5 tahun bermula Mac 2004.

Untuk membolehkan maklumat Internet disalurkan, SchoolNet mengunakan tiga


teknologi komurtikasi iaitu Talian Langganan Didital Asimetrik(ADSL), teknologi tanpa
wayar atau wayarles dan terminal bukaan amat kecil(VSAL)

Bagi memastikan rangkaian SchoolNet sentiasa mantap, sistem rangkaian pengurusan


dan pengawasarmya dilaksanakan melalui Pusat operasi sistem berpusat (NOC) yang
bercirikan end to end network management.

Kerajaan akan memastikan setiap murid-murid dan guru-guru sekolah berpeluang


menggunakan komputer dn Internet. Bagi sekolah yang tidak mempunyai bekalan letrik
24 jam, mereka akan menikmati kemudahan tersebut mengunakan tenaga solar.

12. Pelan jalur lebar – reality digital masa hadapan

Dengan KDNK per kapita Malaysia yang berjumlah kira-kira RM17,116 pada akhir 2005,
sudah tiba masanya Malaysia merancang untuk memasuki era baru seiring dengan nilai
KDNK yang baik di mana segelintir rakyat Malaysia mampu untuk menerima inovasi
teknikal dengan menghargai jalur lebar.

Tidak ada yang lebih ketara daripada kenyataan bahawa Internet adalah terbaik dan
cara paling berkesan dan memberi faedah (serta bahaya jika kita tidak menjaganya)
tentang pengetahuan, maklumat, teknologi dan komunikasi di dalam kehidupan
seharian.

Untuk memahami kenapa perancangan industri ini digembar-gemburkan adalah untuk


mendapat perhatian rakyat Malaysia terutama generasi muda tentang jalur lebar, di
mana hanya perlu melayarinya di kafe siber atau di tempat minum yang popular seperti
Starbucks atau Coffee Bean.

21
Kegilaan memiliki jalur lebar yang mempunyai kelajuan tinggi tidak mewujudkan
sebarang perbezaan kerana ia hanyalah sementara yang pergi ke panggung wayang di
abad ke-21 ini.

Abad 21 ini bukan sahaja membawa panggung wayang ke hadapan rumah anda tetapi
banyak lagi hiburannya yang lebih bercorak perkhidmatan, komunikasi dan perlindungan
sensor.

Pentingnya untuk membawa semua jenis maklumat ke depan. pintu rumah rakyat
Malaysia menjadi keutamaan dan permulaan ia mustcihil tetapi hanya beberapa tahun
dahulu, sekarang ia kemungkinan berbeza di mana ia akan akhiritya menjadi reality
dengan Pelan Nasional jalur lebar Kerajaan yang memberi keutamaan pada MYICMS
886.

Ia adalah pendorong dengan adanya syarlkat enterprise milik rakyat Malaysia yang
membekalkan termasuk kandungan perkhidmatan aplikasi meliputi wayang, pendidikan,
e-commerce, permainan on-line, pengiklanan, suara jalur lebar, video,MP4 dan tidak
terkira dengan aplikasi dari e-commerce, e-pembelajaran, e-syariah, e-pengawalan dan
sehigga e-kerajaan kesannya akan membawa kepada kesan rempuhan positif di dalam
membawa kebaikan kepada Internet yang mana tidak menjejaskan sebahagian besar
masyarakat Malaysia.

Bagaimanapun memadai yang kos dan semua jenis kandungan masih menjadi asas dari
segi kelajuan jalur lebar dan kos yang rendah dengan adanya dana yang terhad untuk
membekalkan walaupun dengan harga yang murah malah lebih rendah potensi
terutama SME dan orang berebut-rebut untuk perkhidmatan di mana kerajaan perlu
menjadikan semua jenis bekalan mencukupi bagi persamaan.

Kerajaan Malaysia telah dalam 2004 memulakan langkah ke hadapan untuk


membangunkan semua perkhidmatan Internet di Malaysia.

Ini adalah sejajar dengan pengiktirafan kerajaan bahawa satu perkhidmatan komunikasi
adalah asasi bagi pembangunan untuk nasional dan persaingan.

Kunci ke arah kejayaan rancangan jalur lebar kebangsaan dalam teori massa di mana
kerajaan mengekalkan pendedahan penggunaan kemudahan jalur lebar menggunakan
pembiayaan awam.

Ia akan mewujudkan momentum sesudah itu, sektor swasta akan kemudiannya


mempelopori pula sampai ke sasaran kadar penembusan pelanggan 5 peratus (23
peratus penembusan isi rumah) dengan kadar kira-kira 1.3 pengguna pada 2006 adalah
diterima sebagai satu kritikan yang diperlukan oleh sektor swasta untuk memanjangkan
keuntungan momentum ke atas rakyat jelata selepas permulaan campur tangan
kerajaan.

Dalam hubungan inL fasa pertama daripada NBP merangkumi sektor awam telah pun
bermula pada 2004.

22
Dalam soal ini, jumlah angka hubungan yang paling besar ialah kepada jabatan kerajaan
di bawah rangkaian EG*network (84,000)dan sekolah kerajaan di bawah SchoolNet
(27,000).

Hospital dan kIinik, yang memang diketahui amat memerlukan hubungan asas Internet,
akan tentunya mendapat manfaat kerana semua hubungan Internet ini akan
ditingkatkan ke jalur lebar.

Sebagai tambahan untuk menyediakan jalur lebar ke sekolah di bawah program


SchoolNet, kerajaan telah mewujudkan Rangkaian Penyelidikan dan Pendidikan Malaysia
atau MYREN yang menyediakan rangkaian jalur lebar yang bergerak pantas pada harga
murah untuk jalinan pendidikan tinggi ke Rangkaian Penyelidikan dan Pendidikan
Antarabangsa (RENs) yang lain di seluruh dunia.

Fasa pertama MYREN akan menghubungkan 13 buah universiti tempatan ke Trans


Euasia Information Network 2 (TEINS) yang seterusnya menghubungkannya pula
dengan kelompok penyelidikan di Asia Utara dan Asia Tenggara seperti CERNET'
(China), KOREN (Korea), SINGREN (Singapura), ThaiREN (Thailand), PREGINEf
(Filipina), VATNET (Vietnam), Insitut Teknologi Bandung (Indonesia), pan europe
research network (SEANT). Untuk keterangan Ianjut sila layari www.myren.net.my

Berlandaskan infrastruktur rangkaian jalur lebar yang diinisiatifkan oleh kerajaan, adalah
dijangka. Kesan limpahan akan berlaku di mana sektor swasta akan menikmati
keuntungan berikutan permintaan yang tinggi sarna seperti yang diperoleh sektor
kerajaan.

Secara keseluruhannya, jumlah tuntutan sector perniagaan swasta sehfugga tahun 2006
meningkat kepada 150,000 hubungan manakala 132,000 lagi jatuh ke sektor awam.

Kesan limpahan NBP akan berterusan pula ke sektor kediaman swasta seperti yang
dirancang agar semua pihak mendapat faedah yang sama rata.
Dalam perkembangan ini, pemilik kediaman pula akan membentuk kumpulan pengguna
internet paling besar berdasarkan jumlah tuntutan awam, perniagaan swasta dan
kediaman yang mencapai 214,000,358,000 dan 2,298,000menjelang tahun 2008.

Menjelang 2010hingga 2020, kebanyakan negeri di Malaysia berhasrat mencapai status


negeri maju agar sejajar dengan Wawasan 2020.

Kunci utama ke arah matIamat yang mencabar itu terletak kepada sejauh mana jalur
lebar pantas ini mampu dimiliki untuk menyalur dan menggerakkan pertumbuhan dalam
ICT.

Menjelang 2010, banyak negara jiran di rantau Asia Pasifik sudah memulakan Gentian
Ke Rumah (FITH) yang berupaya menyalurkan sekurang kurangnya 100Mbps ke setiap
kediaman dan pilihan kepada teknologi tanpa wayar berkelajuan tinggi.

23
Penayangan video filem berkualiti tinggi melalui 100 saluran bakal menjadi satu perkara
biasa maka dengan itu juga corak kehidupan juga akan berubah memandangkan alam
persekitaran dan kemajudan masyarakat menjadi satu realiti.

Dengan cara yang serupa, gaya hidup di Bandar-bandar Malaysia menjelang tahun 2010
akan lebih menarik tambahan pula jika mereka berkemampuan untuk berbelanja dan
memiliki jalur lebar yang diramalkan menjadi satu kemestian, bukan lagi faktor
kemewahan bagi penduduk bandar.

Teknologi jalur lebar juga dijangka berkembang dalam tempoh lima hingga 10tahun lagi,
begitu juga para pengguna dan pelanggannya.

Trend ke arah mudah aIih bermakna pelanggan mahupun pengguna bergerak bersama
kelengkapan kediaman masing-masing (CPE) yang membolehkan mereka berhubung
dengan kediaman, pejabat serta kawan dan rakan seperniagaan ketika mereka sedang
bergerak.

Sesungguhnya, Pelan Jalur Lebar Negara(PJLN) atau National Broadband Plan adalah
usaha merealisasikan impian dalam penyampaian maklumat dan faedah gaya hidup
untuk segenap lapisan masyarakat dan setiap insan ke dalam suasana kehidupannya
yang tersendiri.

13. Pelaksanaan penyiaran televisyen terrestrial digital [DTTB] di Malaysia

Perkhidmatan penyiaran tetevisyen di Malaysia telah mengalami perkembangan pesat


sejak diperkenalkan 40 tahun yang lalu.

Perkembangan ini dapat dilihat daripada tiga aspek, iaitu aspek bilangan pemberi
perkhidmatan penyiaran, aspek penyusunan institusi yang mengawal selia industri
penyiaran dan aspek teknologi.

Dari segi bilangan pemberi perkhldmatan, industri penyiaran TVdi negara ini bermula
dengan dua saluran TV percuma yang dimiliki oleh kerajaan dan kedua-duanya tidak
dilesenkan.

Kini terdapat tujuh pemegang lesen perkhidmatan aplikasi kandungan individu (Content
Application Service Provider - Individual: CASP-I), yang mengendalikan tujuh stesen TV
swasta.

Dari jumlah tersebut, empat adalah stesen TV percuma, iaitu TV3, 8TV, ntv7 dan TV9,
manakala tiga yang lain merupakan stesen TV berbayar iaitu astro, MiTV dan Fine TV.

Perkembangan daripada aspek penyusunan institusi kawal selia pula telah.mewujudkan


satu Akta Percantuman iaitu Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan penubuhan satu
badan kawal selia percantuman iaitu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

24
(SKMM).

Dari aspek teknologi pula, industri penyiaran akan melangkah dari era teknologi
penyiaran analog kepada teknologi penyiaran digital.

Ia merupakan satu perkembangan global yang sedang pesat berlaku masa kini.

Beberapa buah negara seperti Amerika Syarikat, Kanada, United Kingdom, Australia,
Sepanyol, Jerman, !tali, Belanda, Finland, Taiwan, Korea Selatan, Jepun dan Singapura,
telah pun melaksanakan penyiaran televisyen terestrial digital.

Bagi melaksanakan sistem penyiaran TV digital di negara ini, Kerajaan akan


melaksanakan beberapa langkah seperti berikut:

(a) Menetapkan Digital Video Broadcasting Terrestrial (DVB-T) sebagai standard teknikal
DTTB.

(b) Penyiaran analog akan diteruskan selari dengan DTTB (simulating) untuk suatu
jangka masa tertentu.

Tempoh ini akan dikaji dari semasa ke semasa, selaras dengan perkembangan industri
dan tren global.

Penutupan sepenUhnya siaran analog dijangka dilaksanakan pada akhir tahun 2015 iaitu
selepas 10 tahun perkhidmatan penyiaran DTTB diperkenalkan.
Ini selaras dengan matlarnat dan sasaran pihak kerajaan untuk mencapai penetrasi
TVdigital mengikut isi rumah sebanyak 60 peratus pada tahun 2008 dan 100 peratus
pada tahun 2015; dan

(c) Lesen baru bagi perkhidmatan aplikasi kandungan individu (CASP-I)untuk penyiaran
TV yang menggunakan teknologi analog tidak dikeluarkan lagi.

Pada masa ini Radio Televisyen Malaysia (RTM) sedang melaksanakan percubaan
melaksanakan DTTB di sekitar Lembah Klang.

Perpindahan daripada teknologi penyiaran analog kepada digital adalah satu keperluan,
untuk mengatasi beberapa masalah seperti kekurangan frekuensi dan meningkatkan
mutu siaran penyiaran bebas ke udara di negara ini.

Dengan perpindahan ini, kapasiti spektrum yang sarna, dapat menawarkan lebih banyak
saluran siaran daripada yang boleh ditawarkan oleh penyiaran analog.

Penyiar digital juga dapat menambcih nilai rancangan dengan elemen-elemen interaktif.

Dengan itu, aktiviti kreatif dan pembangunan aplikasi multimedia dapat dipertingkatkan.

Pengguna pula akan dapat menikmati saluran yang lebih banyak, perkhidmatan
interaktif, mutu gambar yang berkualiti dan menerima perkhidmatan nilai tarnbah

25
seperti perkhidmatan akses Internet yang dapat di mantaatkan terutama di kawasan
luar bandar.

26

You might also like