Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
69Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Kaedah Menghafal Al-Quran

Kaedah Menghafal Al-Quran

Ratings:

4.8

(15)
|Views: 5,763 |Likes:
Published by otaideoyai87

More info:

Published by: otaideoyai87 on Apr 04, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/08/2014

pdf

text

original

 
Sebelum menghafal
 1. Mempunyai azam dan minat untuk menghafal2. Memilih waktu yang sesuai untuk menghafal.3. Memilih tempat yang sesuai untuk menghafal.4. Berada dalam keadaan tenang.5. Kosongkan fikiran sebelum menghafal.6. Pilih sebuah jenis mashaf dan jangan ubah dengan jenis mashaf lain.7. Beristighfar, membaca selawat dan doa sebelum mula menghafal.8. Membaca ayat 164 surah Al-Baqarah sebelum mula menghafal.
 Teknik MenghafalA. Teknik "Chunking"
 1. Memisah-misahkan sepotong ayat yang panjang kepada beberapa bahagian yang sesuaimengikut arahan guru.2. Memisah-misahkan selembar mukasurat kepada beberapa bahagian (2 atau 3 bahagian) yangsesuai.3. Memisah-misahkan surah kepada beberapa bahagian, contohnya mengikut pertukaran cerita.4. Memisah-misahkan juz kepada beberapa bahagian mengikut surah, hizib, rubu', cerita dansebagainya.5. Memisah-misahkan Al-Qur'an kepada kelompok surah, setiap 10 juz dan sebagainya.
 B. Teknik Mengulang
 1. Membaca sepotong atau sebahagian ayat sekurang-kurangnya lima kali sebelum mulamenghafalnya.2. Membaca ayat yang telah dihafal berulang-ulang kali (10 atau lebih) sebelum berpindah ke ayatseterusnya.3. Selepas menghafal setiap setengah mukasurat, harus diulang beberapa kali sebelum diteruskanbahagian yang kedua.4. Selepas menghafal satu mukasurat diulang beberapa kali sebelum diteruskan ke muka suratseterusnya.5. Sebelum menghafal bahagian Al-Qur'an seterusnya, harus diulang bahagian yang sebelumnya.
 C. Teknik Tumpu dan Ingat
 1. Menumpukan penglihatan kepada ayat, mukasurat dan lebaran.2. Pejamkan mata dan cuba melihatnya dengan minda.3. Sekiranya masih lagi kabur, buka mati dan tumpukan kembali kepada mashaf.4. Ulanglah sehingga dapat melihat ayat atau mukasurat tersebut dengan mata tertutup.
 D. Teknik Menghafal Dengan Seorang Teman
 1. Pilih seorang teman yang sama minat.2. Orang yang pertama membaca dengan disemak oleh orang yang kedua.
 
3. Orang yang kedua membaca dengan disemak oleh orang yang pertama.4. Saling menebuk ayat antara satu sama lain.
 E. Teknik Mendengar Kaset
 1. Pilih seorang qari' yang baik bagi seluruh Al-Qur'an atau beberapa qari' bagi surah-surahtertentu.2. Sebelum mula menghafal, dengar bacaan ayat-ayat yang ingin dihafal beberapa kali.3. Amati cara, lagu dan tempat berhenti bacaan qari' tersebut sehingga terpahat di fikiran.4. Mula menghafal ayat-ayat tersebut dengan cara dan gaya qari' tersebut.5. Sentiasa mendengar kaset bacaan Al-Qur'an dan kurangkan atau tinggalkan pendengaran lagukerana ia akan mengganggu penghafalan.
 F. Teknik Merakamkan Suara
 1. Rakamkan bacaan kita di dalam kaset dan dengar semula untuk memastikan bacaan dan hafalanyang betul.2. Bagi kanak-kanak, rakamkan bacaan ibu-bapa atau guru kemudian diikuti oleh bacaan kanak-kanak tersebut. Minta kanak-kanak tersebut mendengar kembali rakaman tersebut beberapa kalihingga menghafalnya.
 G. Teknik Menulis
 1. Tulis kembali mukasurat yang telah dihafal.2. Kemudian semak semula dengan mashaf.3. Menulis setiap ayat pertama awal mukasurat, atau setiap rubu', atau setiap juz, atau setiap surahdalam satu helai kertas.
 H. Teknik "Pointers" dan "Keyword"
 1. Buat beberapa kotak.2. Setiap kotak merupakan satu mukasurat.3. Catit dalam kotak tersebut beberapa perkataan yang menjadi keyword bagi mukasurat tersebut.4. Merenung dan membayangkan kotak tersebut dalam ingatan.
 I. Teknik Menghafal Sebelum Tidur 
 1. Membaca atau menghafal beberapa potong ayat sebelum tidur.2. Semasa melelapkan mata, dengar kaset bacaan ayat-ayat tersebut dan bayangkan posisi-nya diminda kita.3. Dengar kembali dari awal surah, juz atau hizib, atau mana-mana yang sesuai sehingga ayat yangtelah dihafal. Cuba bayangkan ayat-ayat yang didengar dari kaset di minda kita.
 J. Teknik "Mindmaping"
 1. Bagi setiap Juz, buat 8 cabang, setiap cabang satu rubu'. Tulis ayat pertama rubu' tersebutdicabangnya.2. Bagi setiap surah, buat cabang bagi setiap pertukaran cerita atau rubu'.3. Bagi setiap 10 juz, buat cabang bagi setiap juz, dan cabang yang lebih kecil bagi rubu'.
 Mengekalkan Hafalan
 1. Jauhi maksiat mata, maksiat telinga dan maksiat hati.
 
2. Banyak berdoa, terutama waktu mustajab doa seperti ketika berbuka puasa, ketika belayar,selepas azan dan lain-lain lagi.3. Kerjakan solat hajat kepada Allah.4. Kerjakan solatTaqwiyatul hifz.5. Menetapkan kadar bacaan setiap hari, contohnya, selembar, setengah juz, 1 juz dan sebagainya.6. Membaca pada waktu pagi dan mengulangnya pada waktu malam.7. Jangan membaca ketika sedang bosan, marah atau ngantuk.8. Menulis setiap ayat yang mutashabih.
 ·
"Sebaik-baik kamu adalah yang mempelajari Al-Qur'an dan mengajarnya" (Hadith riwayatBukhari)
 ·
"Mereka yang membaca Al-Qur'an dan dia mahir didalamnya maka ia bersama para malaikatpencatit yang mulia. Mereka yang membaca Al-Qur'an sedangkan ia tidak lancar bacaannya danpayah baginya untuk membaca maka untuknya dua pahala." (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)
 ·
"Bacalah Al-Qur'an kerana sesungguhnya ia akan datang pada hari Kiamat memberi syafaatkepada pembacanya." (Hadith riwayat Muslim)
 ·
"Tiada ada hasad kecuali pada dua perkara: Orang yang Allah berikan kepadanya Al-Qur'anmaka dia membacanya siang dan malam. Dan orang yang Allah berikan kepadanya harta makaia menafkahkannya siang dan malam." (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)
 ·
"Sesiapa membaca sehuruf dari Al-Qur'an maka untuknya satu kebajikan, dan setiap kebajikandigandakan sepuluh kali. Aku tidak berkata Alif-Lam-Mim itu satu huruf, tetapi Alif adalah huruf,Lam adalah huruf dan Mim adalah huruf." (Hadith riwayat Tarmidzi)
 ·
"Berkata Allah s.w.t.: Sesiapa yang disibukkan dengan membaca Al-Qur'an dan mengingati Akudaripada meminta sesuatu dari Aku, maka Aku akan memberikannya lebih baik dari apa yangdiminta oleh orang lain. Dan kelebihan perkataan Allah (Al-Qur'an) atas perkataan-perkataan lainadalah seperti kelebihan Allah atas makhluknya." (Hadith riwayat Tarmidzi)
 ·
"Bacalah Al-Qur'an kerana Allah s.w.t tidak mengazabkan hati yang menyimpan Al-Qur'an. Dansesungguhnya Al-Qur'an ini adalah jemputan Allah. Siapa yang mendatanginya maka ia akanmerasa keamanan. Dan sesiapa yang cinta akan Al-Qur'an maka bergembiralah." (Hadith riwayatAd-Darimy)

Activity (69)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 thousand reads
1 hundred reads
Evita Sayank Jamal Reog added this note
Bismillah
Juni Rizkyanto liked this
Noraishah Ramli liked this
Didik Harsono liked this
azman_rashid liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->