You are on page 1of 3

KATA NAMA AM

Kata nama am ialah kata nama yang digunakan untuk menyebut nama orang, binatang, benda, dan tempat
secara am atau umum.

Perhatikan penerangan di bawah ini.

Kata Nama Am Contoh Ayat Contoh

benda permaidani, tongkat, tikar, 1 Almari itu berpintu dua.


langsir, kotak, komik, 2 Kipas itu berpusing ligat.
biskut, roti, gelas, 3 Ayah membeli dua buah komputer baru.
pinggan, piring,
tempayan, botol, sangkar,
selipar, kalendar
haiwan monyet, bangau, siamang, 1 Burung itu terbang tinggi di udara.
landak, ular, serigala, 2 Pak Jabit membeli dua ekor lembu jantan.
singa, cacing, siput, 3 Leher zirafah itu panjang sekali.
jengking, kijang,
seladang, pelanduk, tenuk
manusia penghulu, pekebun, 1 Wanita itu paling dikehendaki oleh polis.
wanita, pelajar, jurubina, 2 Adiknya bekerja sebagai seorang juruhias.
pensyarah, emak, adik, 3 Ibunya jarang menjenguknya di asrama.
tukang masak, penyelia,
juruwang, wartawan,
pengarah, seniman,
pengetua
tempat bank, klinik, 1 Mereka sering berkelah di pantai itu.
perpustakaan, asrama, 2 Orang ramai berkumpul di balai raya itu.
hospital, plaza tol, 3 Kita digalakkan menyimpan wang di bank.
pawagam, kafe taman
bunga, pasar malam, pam
minyak, pejabat, bengkel,
restoran, universiti,
maktab

 Dalam penulisan, kata nama am ditulis dengan huruf kecil pada pangkal katanya.
Contoh:
1 Encik Wong membeli sebuah kereta baru.

 Kata nama am hanya ditulis dengan huruf besar pada pangkal katanya apabila digunakan pada
permulaan ayat atau memulakan ayat cakap ajuk.
Contoh:
1 Masjid itu baru siap dibina.
2 “Ayam jantan saya berkokok pada setiap pagi,” kata Salman.

© Pearson Malaysia Sdn Bhd 2007 1 Alam Bahasa Melayu


KATA NAMA KHAS
Kata nama khas ialah kata nama yang digunakan untuk menyebut nama orang,, haiwan, benda, dan tempat
yang tertentu atau khas.

Perhatikan penerangan di bawah ini.

Kata Nama Khas Contoh Ayat Contoh

benda Perodua Kelisa, Colgate, 1 Kakak memakai seluar jean berjenama


Salem, Mercedes Benz, Nissan Lee.
Sentra, JVC, Blaufunk, Ray 2 Radionya jenis Nasional.
Ban, Polo, Bata, Byford, 3 Encik Maarof memandu kereta Jaguar.
Utusan Malaysia,
Kriss, Shell, Coca Cola,
Philips, Reebok
haiwan Sang Rangkak, Pak Belang, Si 1 Si Comel manja dengan tuannya.
Jalak, Sang Tikus, Sang Bedal, 2 Si Tompok berkelahi dengan Sang Tikus.
Bujang Senang, Si Tompok, Si 3 Pak Belang tidur dengan lama sekali.
Comel, Sang Badak, Raja
Singa
manusia Azlina, Razak, Muhamad, 1 Zamri jarang pergi ke perpustakaan.
Suzana, Ricky, Lionel, 2 Jonah lulus dengan cemerlang dalam
Edmund, Jasmin, Dalip Singh, ujiannya.
Jeremy Wong, Sameon, Bush, 3 Wak Saringat berasal dari Jakarta.
Hock Seng, Patricia, Diana
tempat Melaka, Tawau, Hatyaai, 1. Ayah ingin menginap di Hotel Federal
Tanjung Pagar, Danau Toba, selama beberapa hari.
Dengkil, Wisma Yakin, Pasar 2 Ibunya bekerja di Bank Negara Malaysia.
Pudu, Stadium Nasional, Plaza 3 Kakitangan pejabat itu melancong ke
Imbi, Lot 10, Pudu Raya Pulau Bali.

 Dalam penulisan, kata-kata khas ditulis dengan huruf besar pada pangkal katanya.
Contoh:
1 Seremban ialah ibu negeri Negeri Sembilan.

© Pearson Malaysia Sdn Bhd 2007 2 Alam Bahasa Melayu


KATA NAMA TERBITAN

Kata nama terbitan ialah kata nama yang terhasil daripada proses pengimbuhan. Kata nama terbitan terhasil
daripada kata nama, kata kerja, kata adjektif, dan kata sendi yang diberikan imbuhan. Imbuhan yang dapat
membentuk kata nama terbitan ialah imbuhan -an, peN-…-an, peN-, ke-…-an, peR-…-an, dan
sebagainya.

Perhatikan penerangan di bawah ini.

Jenis Kata Kata Dasar Kata Nama Terbitan

Kata Nama menteri, guru, jalan, rumah, kebun, kementerian, perguruan, perjalanan,
raja, pulau, rakyat, harta, berita, perumahan, perkebunan, kerajaan,
darat kepulauan, kerakyatan, hartawan,
pemberita, daratan
Kata Kerja minum, mati, soal, cuci, didik, minuman, kematian, soalan, pencuci,
pakai, pandang, tarik, usaha, tulis, pendidik, pakaian, pemandangan,
baca tarikan, usahawan, tulisan, pembaca
Kata Adjektif jujur, riang, cantik, besar, suci, kejujuran, keriangan, kecantikan,
kotor, jahat, jahil, mudah, kaya, kebesaran, kesucian, kekotoran,
manis, bulat kejahatan, kejahilan, kemudahan,
kekayaan, pemanis, kemanisan, bulatan
Kata Sendi Nama oleh, untuk perolehan, peruntukan
Kata Hubung kecuali, serta kekecualian, penyertaan, peserta

Ayat contoh:
1 Kementerian Pelajaran sedang mengkaji cara yang paling berkesan untuk mengatasi masalah
sosial di kalangan pelajar pada masa kini.
2 Tulisannya seperti cakar ayam.
3 Permainan gasing semakin diminati oleh remaja pada masa kini.

© Pearson Malaysia Sdn Bhd 2007 3 Alam Bahasa Melayu

You might also like