You are on page 1of 16

Rokok : Satu Kajian Terhadap Hukum.

1. Hadith

‫اﻟﺰﺑَ ْﯿ ِﺮ ﻋَﻦْ َﺟﺎﺑِ ٍﺮ ﻗَﺎ َل‬‫ﺳﺘَ َﻮاﺋِ ﱢﻲ ﻋَﻦْ أَﺑِﻲ ﱡ‬ ْ ‫َﺎم اﻟ ﱠﺪ‬
ٍ ‫َﺎم ﻋَﻦْ ِھﺸ‬ ٍ ‫ﺷ ْﯿﺒَﺔَ َﺣ ﱠﺪﺛَﻨَﺎ َﻛﺜِﯿ ُﺮ ْﺑﻦُ ِھﺸ‬ َ ‫َﺣ ﱠﺪﺛَﻨَﺎ أَﺑُﻮ ﺑَ ْﻜ ِﺮ ْﺑﻦُ أَﺑِﻲ‬
‫ﺎﺟﺔُ ﻓَﺄ َ َﻛ ْﻠﻨَﺎ ِﻣ ْﻨ َﮭﺎ ﻓَﻘَﺎ َل َﻣﻦْ أَ َﻛ َﻞ ِﻣﻦْ َھ ِﺬ ِه‬
َ ‫ث ﻓَ َﻐﻠَ َﺒ ْﺘﻨَﺎ ا ْﻟ َﺤ‬ َ َ‫ﺳﻠﱠ َﻢ ﻋَﻦْ أَ ْﻛ ِﻞ ا ْﻟﺒ‬
ِ ‫ﺼ ِﻞ َوا ْﻟ ُﻜ ﱠﺮا‬ ‫ﺻﻠﱠﻰ ﱠ‬
َ ‫ﷲُ َﻋﻠَ ْﯿ ِﮫ َو‬ َ ِ‫ﷲ‬ ‫ﺳﻮ ُل ﱠ‬ ُ ‫ﻧَ َﮭﻰ َر‬
‫ﺲ‬ُ ‫اﻹ ْﻧ‬ِ ْ ُ‫ﺴ ِﺠ َﺪﻧَﺎ ﻓَﺈِنﱠ ا ْﻟ َﻤ َﻼﺋِ َﻜﺔَ ﺗَﺄ َ ﱠذى ِﻣ ﱠﻤﺎ ﯾَﺘَﺄ َ ﱠذى ِﻣ ْﻨﮫ‬
ْ ‫اﻟﺸ َﱠﺠ َﺮ ِة ا ْﻟ ُﻤ ْﻨﺘِﻨَ ِﺔ ﻓَ َﻼ ﯾَ ْﻘ َﺮ َﺑﻦﱠ َﻣ‬

Telah menceritakan kepada kami Abu Bakar Bin Abi Syaibah, telah menceritakan
kepada kami Kathir Bin Hisyam daripada Hisyam Al Dastawai, daripada Abi Al
Zubair, daripada Jabir berkata: Rasulullah s.a.w melarang makan bawang merah dan
bawang muda. Oleh kerana terpaksa memakannya lalu kami makan. Kemudian
baginda bersabda: Sesiapa yang makan dari pohon yang tidak sedap ini iaitu berbau
busuk maka janganlah dia mendekati masjid kami kerana para Malaikat juga akan
terhidu bau busuk (terganggu)sebagaimana manusia.

2. Takhrij Al Hadith :

Hadith ini diriwayatkan oleh Imam Muslim di dalam kitabnya Sahih Muslim, Kitab
Masjid dan Tempat Solat, bab Larangan orang yang makan bawang putih, bawang
merah, bawang muda atau yang seumpama dengannya yang mempunyai bau busuk
dari pergi ke masjid sehinggalah hilang bau tersebut atau orang itu dikeluarkan dari
masjid. Jilid 3 muka surat 188.
3. Fiqh Al Hadith :

Hadith yang diriwayatkan oleh Jabir ini menerangkan bahawa Rasulullah SAW
melarang seseorang yang makan bawang supaya tidak mendekati masjid. Di sini saya
datangkan beberapa hadith lain yang menunjukkan larangan terhadap pemakan
bawang daripada mendatangi masjid.

 Hadis riwayat Ibnu Umar ra berkata: Sesungguhnya Rasulullah saw. dalam perang
Khaibar pernah bersabda : Barang siapa yang telah makan buah ini (bawang putih),
maka janganlah ia memasuki masjid. (Sahih Muslim No.870)

 Hadis riwayat Umar bin Khathab ra berkata : Wahai manusia, sungguh kalian suka
makan dua pohon yang menurutku adalah pohon yang jelek, yakni bawang merah dan
bawang putih. Aku menyaksikan sendiri Rasulullah saw. ketika mencium bau dua
pohon itu dari seseorang di masjid, beliau menyuruh orang itu keluar ke Baqi. Barang
siapa yang ingin makan, maka hendaklah dimasak terlebih dahulu. (Shahih Muslim
No.879)

Hadith-hadith ini bukanlah menunjukkan larangan memakan buah bawang dan yang
seumpama dengannya, tetapi ia hanyalah larangan (pemakan bawang) daripada
mendekati masjid. Sepertimana peristiwa tatkala dihadirkan kepada Nabi S.A.W.
bekas berisi sayur-sayuran dan biji-bijian hijau lalu baginda mendapati baunya yang
tidak sedap. Maka baginda memerintahkan agar didekatkan kepada para sahabat yang
hadir di sisinya. Tatkala orang yang hadir di situ melihat ketidaksukaan baginda, ia
mengira hal itu diharamkan lantas ragu untuk memakannya. Kemudian baginda
memberitahu kepada mereka bahawa makanan itu tidaklah diharamkan dan
ketidaksukaannya bukan bererti kerana ia haram dimakan. Lalu baginda
memerintahkan agar memakannya dan memberitahu kepada mereka bahawa yang
mencegahnya daripada memakannya hanyalah kerana baginda sedang mengadakan
hubungan dengan Rabbnya dan bermunajat di mana tidak seorang pun yang dapat
sampai kepada tingkatan itu. Oleh sebab itu, wajib bagi baginda untuk berada dalam
keadaan yang paling baik di kala melakukan ibadah kepada Rabb SWT.

Hadith yang diriwayatkan oleh Umar juga “Barang siapa yang ingin makan, maka
hendaklah dimasak terlebih dahulu” menjadi dalil bahawa bawang tidak haram untuk
di makan.

Imam Nawawi dalam kitabnya Syarah al-Nawawi ‘Ala Muslim juga menyatakan
bahawa hadith ini adalah dalil terhadap larangan pemakan bawang dan yang
seumpama dengannya untuk memasuki masjid kerana ianya adalah tempat para
malaikat.

Perlu kita fahami di sini bahawa larangan ini bukan sahaja dikhususkan kepada
pemakan bawang tetapi juga kepada mereka yang makan buah-buahan mahupun ulam
yang menghasilkan bau busuk seperti durian, petai, jering, dan seumpama dengannya.

Larangan ini adalah bertujuan untuk memelihara kesucian dan keharmonian masjid.
Islam menggalakkan umatnya supaya mendatangi masjid dalam keadaan yang bersih,
cantik, dan memakai wangi-wangian. Allah Swt. berfirman :
ْ ‫ﯾَﺎ ﺑَﻨِﻲ آ َد َم ُﺧ ُﺬ‬
ِ ‫وا ِزﯾﻨَﺘَ ُﻜ ْﻢ ِﻋﻨ َﺪ ُﻛ ﱢﻞ َﻣﺴ‬
‫ْﺠ ٍﺪ‬

“Hai anak-anak Adam, pakailah pakaianmu yang indah setiap (memasuki) masjid”
(Surah al-A’raf: Ayat 31)

Selain dari memelihara kesucian dan keharmonian masjid, ia juga bertujuan untuk
mengelakkan gangguan ketika solat. Di dalam kitab Al-Minhaj Fi Syarhi Sahih
Muslim Bab Larangan orang yang memakan bawang merah, bawang putih, kucai dan
sejenisnya menerangkan bahawa orang yang memakan bawang putih, bawang merah
atau juga makanan-makanan lain yang memiliki bau busuk yang dapat mengganggu
kekhusyukan solat, dilarang untuk mendekati masjid sehingga ia dapat menghilangkan
bau yang mengganggu tersebut.

4. Hadits ini mengandungi hukum-hukum seperti berikut :

 Larangan mendatangi masjid-masjid bagi sesiapa yang memakan bawang putih,


bawang merah, dan seumpama dengannya.
 Dapat di kaitkan dengan tembakau yang digunakan oleh para perokok. sesiapa yang
memiliki tabiat merokok, maka tidak boleh menghisapnya ketika pergi ke masjid.
Perlulah ia membersihkan gigi dan mulut sehingga baunya hilang.
 Dimakruhkan memakan benda-benda tersebut bagi sesiapa yang ingin mendirikan
solat di masjid dan barangsiapa yang mejadikan ianya alasan untuk tidak ke masjid
maka hukumnya adalah haram.
 Hikmah larangan ialah supaya malaikat dan juga para jema’ah solat yang lain tidak
terganggu.
 Muzakarah Fatwa Majlis Kebangsaan memutuskan bahawa hokum merokok adalah
haram. Hadith ini antara salah satu dalil pengharamannya.

5. Isu Semasa

Rokok ialah tembakau yang digulung di dalam daun nipah, kertas dan lain-lain lagi1.
Rokok juga adalah silinder dari kertas berukuran panjang antara 70 hingga 120 mm.
Dengan diameter sekitar 10 mm yang berisi daun-daun tembakau yang telah diracik.
Rokok dibakar pada salah satu hujungnya dan dibiarkan membara agar asapnya dapat
disedut ke dalam mulut melalui hujung yang lagi satu2.

Rokok sebagaimana yang kita maklum merupakan sejenis objek yang biasa dalam
masyarakat. Bahkan tidak keterlaluan jika kita katakan anak-anak kecil yang belum
mumayyiz pun mengenali apa itu rokok. Ianya bukan sekadar menjadi bahan hisapan
ibarat ‘gula-gula’ kepada golongan dewasa dan berumur, namun turut menjadi
kegilaan anak muda khususnya remaja yang terkenal dengan tabiat ‘suka mencuba’.

Sungguhpun begitu, berapa ramai dalam masyarakat kita yang prihatin dengan hukum-
hukum kontemporari mengenai rokok? Dan berapa ramai pula yang menyedari dan
memegang pendapat yang kuat dan didokong oleh jumhur ulama’? Oleh yang
demikian,‘buah tangan’ ini bertujuan untuk mengkaji sekian banyak pendapat ulama’
1
--------, 2005, Kamus Dewan Edisi Empat, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, cet. 1, h. 1339.
2
Kertas Kerja Munaqashah Sufi Peringkat Kebangsan, 12-24 Ogos 2004, Anjuran Jabatan Mifti Kerajan Negeri
Sembilan Darul Khusus
berkenaan rokok & menganalisis pendapat tersebut berpandukan ayat-ayat Al-Quranul
Karim dan hadith-hadith Rasulullah S.A.W.

6. Hukum Merokok

Harus : Suatu yang tidak mendatangkan bahaya jika melakukannya dan syariat
membenarkan perbuatannya.

Makruh: Syariat melarang melakukannya, tetapi tidak memberatkan larangannya


kepada perkara itu, pelakunya tidak dikenakan siksa sebagaimana yang dikenakan
keatas pelaku yang haram. Jika dilakukan perkara makruh itu sentiasa, maka hukum
melakukannya adalah haram.

Haram: Perkara yang dilarang syariat dengan larangan yang pasti. Sesiapa
melanggarnya, akan disiksa oleh Allah.

Ulama’ silam khilaf dalam menentukan hukum merokok, antaranya ada yang
menghukum ianya harus, makruh dan juga haram.

7. Pendapat yang Membolehkannya (Harus)3

Pendapat ini mengatakan bahawa hukum rokok menurut syaria’h adalah mubah
(boleh), pendapat ini dinisbahkan kepada Al ‘Alamah Asyeikh Abdul Ghani Annablisi

3
Muhammad El-Muhammmady, Hukum Berkenaan Merokok Dalam Syariat Islam, lihat
http://www.islamset.com/arabic/ahip/adict/smoking.html
dan Syeikh Mustafa Assuyuti Arrahbani4. Adapaun dalil dan alasan mereka tentang
bolehnya rokok iaitu:

‫اﻷﺻﻞ ﻓﻰ اﻷﺷﯿﺎء اﻟﻤﺒﺎح‬

Asal dari segala sesuatu itu adalah Mubah (boleh) sebelum ada dalil Syari’ah yang
jelas mengharamkannya5.

Bagi golongan ulama yang membolehkan atas dasar ‘asal setiap sesuatu itu adalah
harus’. Hukum ini akan kekal sebagai harus sehingga ada dalil yang
mengharamkannya.. Mengenai rokok, tidak ada dalil yang mengharamkannya. Oleh
itu ia kekal hukumnya sebagai harus6.

Mereka mengatakan bahawa orang-orang yang mengatakan rokok itu memabukkan


dan melemahkan adalah tidak benar, kerana mabuk adalah hilangnya akal yang disertai
oleh gerakan tubuh sedangkan hilangnya akal adalah tidakkan sedarkan diri, dan
keadaan tersebut tidak terdapat dan terjadi pada si perokok. Adapun masalah boros dan
menghambur-hamburkan wang bukan hanya dalam hal rokok dan masih banyak lagi
hal lain yang lebih besar dimana diboroskan wang untuk hal tersebut7.

Kemudian Syeikh Mustafa Al-Suyuti Al-Rahbani dalam Syarah “Ghayatul Muntaha”


dalam fiqh Hanbali berkata: Semua orang yang meneliti masalah ini haruslah

4
Al-Maqrizi, 1325, Kitab al-Khitat al-Maqriziyah, Kaherah, vol. 4, h. 142
5
Abdul Monir Yaacob dan Wan Roslili Abd. Majid (Peny), op.cit, h. 45
6
Al-Maqrizi, op.cit, h. 145
7
Abdullah al-Qari Salleh, Masalah Merokok di Kalangan Pelajar-Pelajar dan Belia Islam dan Keharamannya,
Pustaka Asa : Kelantan, h. 39
bersumber dari Usuluddin dan cabang-cabangnya tanpa harus mengikuti hawa nafsu.
Sekarang orang-orang bertanya tentang hukumnya rokok semakin popular dan telah
diketahui oleh semua orang. Kemudian beliau membantah dalil orang-orang yang
mengharamkannya disebabkan oleh mudarat terhadap akal dan badan, karena asal dari
segala sesuatu yang belum jelas dharar dan juga nasnya adalah mubah (boleh) kecuali
bila ada dalil nas yang jelas tentang pengharamannya8.

Ulama dari golongan ini tidak melihat satu dalil qat‘ie yang mengharamkan rokok.
Mereka menolak hujah pendapat ulama yang mengharamkan rokok kerana:

8. Pendapat Yang Menyatakan Ianya makruh:

Abu Sahl (bermazhab Hanafi) berpendapat bahawa rokok itu adalah makruh dengan
alasan rokok itu hanya mengeluarkan bau busuk. Perkara ini dikiaskan dengan hadith
berkenaan memakan bawang merah atau putih yang telah dinyatakan sebelum ini.

Hadis Jabir r.a katanya:


Rasulullah s.a.w melarang makan bawang merah dan bawang kecil. Oleh kerana
terpaksa memakannya lalu kami memakan. Kemudian baginda bersabda: Sesiapa yang
makan dari pohon yang tidak sedap ini iaitu berbau busuk maka janganlah dia
mendekati masjid kami kerana para Malaikat juga akan terhidu bau busuk
sebagaimana manusia. (Diriwayatkan Oleh Muslim)

8
Muhammad Makhluf, 1965, Fatawa Syaria’h wa Bahuth Islamiyah, Kaherah, vol. 1, h. 15
Bau busuk ini lebih teruk daripada bau mulut orang yang memakan bawang. Ini
disebabkan oleh kandungan Tar dalam rokok dan ia sukar untuk dihilangkan walaupun
dengan memberus gigi. Hal ini bertentangan dengan agama islam yang begitu
mementingkan kebersihan mulut bertepatan dengan hadis nabi s.a.w:

‫ﻟﻮ ﻻ أن أﺷﻖ ﻋﻠﻰ أﻣﺘﻲ ﻷﻣﺮﺗﮭﻢ ﺑﺎﻟﺴﻮاك ﻣﻊ ﻛﻞ وﺿﻮء‬

“ sekiranya tidak kerana akan membebankan umatku, pastila aku memerintahkan


mereka bersugi pada tiap-tiap kali sembahyang”

Manakala sabda nabi yang diriwayatkan oleh Ibn Majah pula:

‫ﻣﻦ ﺧﯿﺮ ﺧﺼﺎل اﻟﺼﺎﺋﻢ اﻟﺴﻮاك‬


“ Dari pekerjaan-pekerjaan yang baik yang dilakukan oleh orang yang berpuasa
ialah menggosok gigi”9

Berdasarkan dua hadith di atas, dapatlah disimpulkan bahawa islam begitu mengambil
berat aspek kebesihan mulut dan menyuruh umatnya membersihkan gigi dan mulut
mereka dari bau busuk sekalipun ketika berpuasa. Justeru, bagi mereka yang merokok
sepatutnya sedar bahawa bau mulut mereka itu tergolong di dalam perkara yang keji
dan dibenci oleh Allah S.W.T.

9
Sunan Ibn Majah, Bab Ma Ja’a fi al-Siwak wa al-Hukum li al-Soim, Juz. 5, hlm. 188, no Hadith (1667).
“Hukum makruh ini adalah pendapat ulama’ silam yang mana pada zaman mereka
belum ada lagi kajian yang khusus bagi menerangkan kesan rokok terhadap kesihatan
sebagaimana kajian-kajian yang dilakukan pada masa kini”

9. Pendapat Yang Menyatakan Ianya Haram

Bagi ulama’ yang menghukum rokok sebagai haram, sekurang-kurangnya terdapat


empat faktor yang di ambil kira bagi meletakkan hukum menghisap rokok sebagai
haram iaitu:

i) Merbahayakan kesihatan dan punca penyakit.


ii) Membazir.
iii) Membahayakan orang lain.

Syariat islam telah menetapkan satu kaedah umum iaitu setiap benda yang merbahaya
di makan, diminum dan dihisap adalah haram hukumnya. Hal ini bertepatan dengan
Sabda Rasulullah s.a.w. kerana rokok mengandungi kemudaratan yang amat ketara
sekali:
‫ﻻ ﺿﺮر وﻻ ﺿﺮار‬

Daripada Abu Sai’id Sa’ad bin Sinaan al-Khudri r.a bahawasanya Rasullullah s.a.w
bersabda: Tidak boleh melakukan kemudaratan dan tidak boleh membalas
kemudaratan.10 (Riwayat Ibn Majah dan al-Daaruqtuni)

10
Ibn Majah, Sunan Ibn Majah, No. Hadith. (2340), Disahihkan oleh albani.
Bersesuaian dengan kaedah ini, Syeikh Yusuf Qardawi pada tahun 1960 telah
mengeluarkan fatwa berikut :

“ Rokok (tembakau) selama-salamanya merbahaya, maka menghisap rokok hukumnya


haram. Lebih-lebih lagi jika ada doktor yang sudah menetapkan perkara ini”

Dr. Ahmad Sakr11 pula mengatakan:

“Sesungguhnya rokok itu adalah merbahaya, islam menetapkan setiap bahan yang
merbahaya kepada kesihatan adalah haram hukumnya. Dengan itu, muslim mesti
berhenti dari merokok sepenuhnya dan menjauhi diri dari merokok”

Biasanya rokok dikaitkan dengan kanser, terutama paru-paru. Bagaimana ia boleh


menyebabkan serangan jantung pula?

Menurut Dr Lee Chiang Heng (Perunding Kardiologi ):

“lebih 4,300 bahan kimia berbahaya dalam asap rokok akan merosakkan sel badan
yang penyebab kanser.”

Asap rokok ini merosakkan sel pada lapisan dalam (dinding) salur darah. Pada
bahagian yang rosak inilah kolesterol akan melekat dan berkumpul. Lama kelamaan,

11
Pakar pemakanan dan ilmuwan islam yang terkenal di Amerika Syarikat.
penimbunan kolesterol ini menyempitkan arteri (salur darah) dan menyekat aliran
darah.

Jantung adalah otot hidup dan memerlukan oksigen daripada darah. Bahagian yang
tidak menerima darah akan mati dan ia boleh menyebabkan serangan jantung.
Mungkin ada perokok menganggap masalah ini tidak akan berlaku kepada mereka
kerana berasakan diri sentiasa sihat.Rokok juga telah membunuh 5 juta orang setiap
tahun dan membunuh hampir 5,000 rakyat Malaysia setiap tahun.

Tabiat merokok juga di kenalpasti menjadi punca utama berlakunya kanser paru-paru.
Risiko yang dihadapi adalah melebihi 20 kali ganda bagi perokok berbanding mereka
yang tidak merokok. 12

Tiada beza dalam mengharamkan sesuatu yang memudaratkan, di antara yang


bahayanya sekaligus (datang serta merta sekali) atau beransur-ansur. Firman Allah
S.W.T

                

Dan belanjakanlah kerana agama Allah, dan janganlah kamu mencampakkan diri
kamu kedalam bahaya kebinasaan dan berbuat baiklah kerana sesungguhnya Allah
mengasihani orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya.13

12
Azimahtol Hawariah (1998), Memahami Kanser, Bangi, Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, hlm. 41
13
Al-Baqarah: ayat 195:
Hal ini turut diakui oleh kajian-kajian kesihatan yang mengatakan bahawa kandungan
racun yang terdapat di dalam rokok dan asap rokok adalah begitu merbahaya kepada
kesihatan14. Jika dilihat dari aspek kesihatan, rokok sememangnya memberikan impak
yang besar sama ada kepada perokok tegar mahupun perokok pasif serta memberi
kesan buruk kepada alam sekitar. Hampir 440,000 orang di Amerika Syarikat mati
setiap tahun kerana merokok, dengan 3,000 orang kerana 'merokok' secara pasif (asap
terpakai) dan 1,000 bayi belum lahir maut, akibat ibu-ibu yang merokok, selain
daripada mereka yang dilahirkan dengan kecacatan.

Bahan utama dalam rokok adalah tembakau yang telah direndam di dalam larutan
nikotin yg tinggi. Dalam kandungan sebatang rokok terdapat 0.5-2.0 mg nikotin dan
bergantung kepada cara ia diproses. Nikotin15 terbukti boleh menyebabkan ketagihan
dan setiap rokok yang dinyalakan mengeluarkan 4000 bahan kimia. Di samping itu,
terdapat racun-racun utama dalam sebatang rokok antaranya Metanol (bahan api),
Nitrobenzena (gasolin), Butana (cecair pemetik api), Toulena (pelarut industri),
Hearlik (bahan utama dlm lilin), Ammonia (pencuci lantai) dan Karbon monoksida
(asap kereta)16.

Antara penyakit-penyakit kronik yang berlaku akibat pengambilan rokok yang


disebabkan sedutan maut asap rokok ialah penyakit jantung17 (serangan pada sistem
kardiovaskular / saluran darah), bronkitis (jangkitan pada saluran pernafasan), Enisima
(keadaan paru-paru yang kembang), 90% adalah berpunca dari rokok, penyakit mulut,

14
Nik Aziz Nik Pa (1985), Islam dan Rokok Satu Pendekatan, Singapura, Pustaka Nasional Pte Ltdm hlm. 5
15
Nikotin yang terdapat dalam tar rokok adalah sejenis racun yang sangat berbisa. Satu suntikan yang mengandungi
70 mlg nikotin dapat membunuh manusia dalam hanya beberapa minit sahaja.
16
Nik Aziz Nik Pa, hlm. 5
17
Ibid. 9
kanser paru-paru atau sekatan pulmonori kronik, penyakit perut (meransang
pengeluaran asid yg berlebihan dan menyebabkan gastrik ulser/luka pada lapisan
perut) dan kegencatan pertumbuhan anak di dalam rahim (bagi ibu yang mengandung).

Faktor kedua pengharaman rokok ialah membazir. Membelanjakan wang untuk rokok
merupakan suatu pembaziran. kerana rokok tidak membawa sebarang faedah malah
mendatangkan bahaya kepada kesihatan. Di samping itu juga perokok terpaksa
membayar kos tambahan iaitu kos perubatan akibat sakit dari merokok. Syeikh Yusuf
Qardawi menerangkan bahawa seandainya ahli sains tidak dapat membuktikan dengan
jelas bahaya rokok terhadap kesihatan manusia, islam tetap melarang umatnya
menghisap rokok atas alasan ianya adalah satu perbuatan pemborosan. Hal ini
bertepatan dengan
firman Allah S.W.T:

          

Dan berikanlah kepada keluarga-keluarga yang dekat akan haknya, kepada orang
miskin dan orang yang dalam perjalanan janganlah kamu menghambur-hamburkan
(hartamu) secara boros.18

Selain itu, asap rokok juga boleh mengganggu dan membahayakan19 kesihatan orang
lain yang berada di persekitaran mereka yang merokok dan ini merupakan faktor

18
al-Isra’:26
19
Ahli Sains juga telah membuktikan bahawa mereka yang menyedut udara yang mengandungi asap rokok juga
akan mengalami kesan yang sama seperti mereka yang merokok. ( Cooper, K.H. Guy G.O dan Battenberg, 1968)
kedua pengharamannya. Perkara ini adalah dilarang keras oleh islam bersesuaian
dengan sabda nabi s.a.w:

ُ‫ﺳﻠﱠ َﻢ ﻗَﺎ َل َﻻ ﯾَﺪ ُْﺧ ُﻞ ا ْﻟ َﺠﻨﱠﺔَ َﻣﻦْ َﻻ ﯾَﺄْ َﻣﻦُ َﺟﺎ ُرهُ ﺑَ َﻮاﺋِﻘَﮫ‬ ‫ﺻﻠﱠﻰ ﱠ‬
َ ‫ﷲُ َﻋﻠَ ْﯿ ِﮫ َو‬ ُ ‫ﻋَﻦْ أَﺑِﻲ ھ َُﺮ ْﯾ َﺮةَ اَنﱠ َر‬
‫ﺳﻮ َل ﱠ‬
َ ِ‫ﷲ‬
Seseorang itu tidak akan masuk syurga apabila jirannya tidak berasa selesa/aman
daripada tindakan-tindakan salahnya. (Riwayat Muslim)

Bagi mereka yang tidak merokok ( pasif ), mereka juga turut terdedah kepada penyakit
kronik akibat terdedah kepada asap-asap rokok. Antara penyakit-penyakit tesebut ialah
Keguguran janin, tumbesaran janin terencat, kematian janin dalam kandungan dan
pendarahan dari uri (abruptio placentae), bayi ( SIDS ) sudden infant syndrome, bayi
yang mati dalam buaian ada kaitannya dengan ibu bapa yang merokok, kanak-kanak
terdedah kpd jangkitan telinga ( telinga bernanah dan inflamasi pada telinga
tersebut), sakit kepala, sakit kerongkong, sakit mata, pening kepala dan Batuk-batuk
yang melampau.

Justeru, kesan rokok bukan hanya melibatkan diri sendiri, malahan turut melibatkan
orang lain Perkara ini seharusnya dihindari kerana Islam menganjurkan supaya kita
mencintai saudara kita dan mengasihaninya sebagaimana kita mencintai dan mengasihi
diri kita sendiri. Atas alasan inilah maka islam melarang umatnya menghisap rokok
kerana rokok itu boleh menggangu dan membahayakan orang lain. Sabda Rasulullah
s.a.w:
‫ﻻ ﯾﺆﻣﻦ أﺣﺪﻛﻢ ﺣﺘﻰ ﯾﺤﺐ ﻷﺧﯿﮫ ﻣﺎ ﯾﺤﺐ ﻟﻨﻔﺴﮫ‬
“Tidak beriman seseorang kamu sehingga ia mencintai saudaranya sebagaimana ia
mencintai dirinya sendiri”20

Sabda Baginda s.a.w:

‫ﻖ ﱠ‬
‫ﷲُ َﻋﻠَ ْﯿ ِﮫ‬ ‫ﺿﺎ ﱠرهُ ﱠ‬
‫ َو َﻣ ْﻦ َﺷﺎ ﱠ‬، ‫ﷲُ ﺑﮫ‬
‫ق َﺷ ﱠ‬ َ ‫َﻣ ْﻦ‬
َ ‫ﺿﺎ ﱠر‬
"Sesiapa yang menyakiti muslim maka sesungguhnya ia menyakiti akan daku dan
sesiapa menyakiti akan daku maka sesungguhnya ia menyakiti Allah".21

10. Kesimpulan

Kita perlu ingat bahawa istilah haram membawa maksud satu ketentuan larangan dari
syariat islam yang tidak boleh dikerjakan. Sekiranya seorang muslim melanggarnya
maka berdosalah ia dan ia berkemungkinan menerima hukuman di dunia ini dan juga
akan menerima seksaan oleh Allah S.W.T di hari akhirat kelak.

20
Sahih Bukhari, Bab min al-Iman an Uhibbu al-Akhih ma yajibu linafsihi, No hadis (12), juz 1, hlm. 21
21
Al-Tirmidzi, No. Hadith (1863), hadis ini hadith hasan.

You might also like