You are on page 1of 1

Hukum bermesej antara muslim dan muslimah yg bukan mahram..

Jika kandungan masej antara seorang lelaki dan perempuan yang bukan mahram itu
ialah perkara-perkara mustahak atau prkara-perkara yang perlu atau berhajat seperti jual
beli atau seumpamanya maka hukumnya adalah harus dan wajiblah disingkatkan setakat
mustahak sahaja dan bukan berleret-leret perkara tersebut sehingga menyeronokkan
nafsu.
Yang haramnya ialah bercinta seperti kebanyakkan muda mudi sekarang melalui
SMS atau E-mail menjadi alat untuk memadu kasih yang memuaskan nafsu antara
pasangan dan masing-masing melunaskan keinginan dan keseronokkan semata-
mata,sebagai contoh bertanyakan sedang buat apa..awak minat apa atau suka warna apa
atau saya suka tengok awak pakai baju ini atau itu atau seumpamanya maka hukumnya
tidak syak lagi adalah diharamkan dalam Islam.
Kadang-kadang kita buat sesuatu,tanpa kita sedari kita telah berbuat
dosa.Terpulanglah pada kita bagaimana hendak berubah atau tidak,tetapi apa pasti setiap
apa yang kita lakukan ada balasannya di akhirat.Mampukah kita nak tanggung walau 1
dosa,apatah lagi beribu-ribu dosa,fikirlkanlah tentang masa depan,masa depan di akhirat.
wawasan akhirat,bukan wawasan 2020 lagi..
Moga sama2 dapat baiki diri.
Wallahu’alam..

You might also like