oleh “broker” di mana proses ini akan diteruskan apabila pihak gadis setuju dengan pilihan broker ini. Rombongan pihak lelaki akan ke rumah gadis pada satu hari yang dianggap sesuaioleh kedua – dua pihak. Biasanya ahli – ahli keluarga yang terdekat sahaja yang akan mengikutirombongan pihak lelaki ini dan lazimnya mereka tidak akan membawa sebarang buah tangan bersama mereka kerana ianya cuma sebagai lawatan biasa sahaja.Apabila sampai di rumah, keluarga pihak lelaki akan dijemput masuk oleh kedua ibu bapa ataukeluarga gadis tersebut. Gadis yang dipilih akan dihidangkan minuman di mana dengan berbuatdemikian pihak lelaki secara tidak langsung akan berpeluang melihat gadis itu. Jika mereka sukadengan gadis itu, maka hasrat mereka akan dinyatakan. Kalau tidak berkenan mereka biasanyaakan menghantar orang ketiga atau broker untuk menyatakan ketidakinginan mereka dengan carayang sebaik mungkin agar tidak menyinggung perasaan pihak perempuan. Setelah pihak lelaki bersetuju dengan pilihan, maka proses penilikan akan dilakukan.
Menilik
Proses menilik ini akan dilakukan secepat mungkin mengikut kehendak kedua pihak selepas pihak lelaki bersetuju dengan jodoh yang dipilih. Biasanya ibu bapa yang akan pergi menilik.Tilikan ini dilakukan oleh sami di kuil ( iyer ) atau tukang tilik ( johsier ). Dalam penilikan ini,surat penilikan kedua – dua bakal pengantin akan dilihat. Surat tilikan ini adalah surat yangmengandungi segala maklumat tentang seseorang itu, biasanya ditulis oleh sami di kuil berdasarkan waktu kelahiran seseorang itu. Ianya akan memberikan unjuran tentang kehidupanseseorang itu, malah nama seseorang juga dipilih berdasarkan tilikan ini. Surat ini akan dibawakepada tukang tilik setiap kali berlakunya peristiwa penting dalam kehidupan seseorang sepertiwaktu kematangan, perkahwinan dan sebagainya. Jika serasi maka jodoh ini dianggap sepadan.Setelah proses menilik ini dijalankan dan di dapati pasangan ini adalah secocok maka kedua piahk ini akan menentukan tarikh perkahwinan. Suatu upacara khas akan diadakan bagi tujuanini.
Tarikh Perkahwinan (Nichaya Thartham)
Upacara ini biasanya diadakan di rumah pengantin perempuan bersandarkan suatu tarikh yangditentukan oleh sami mengikut tilikan beliau. Ianya diadakan secara kecil – kecilan sahaja dimana para tetamu terdiri daripada ahli keluarga yang terdekat, sami serta kawan – kawan rapatsahaja. Keluarga si gadis akan memasak bagi upacara ini memandangkan tidak ramai yangdijemput bagi upacara ini.Pihak lelaki akan membawa bersama mereka hantaran bagi pengating perempuan dalam talam – talam yang berisi dengan barangan seperti kum –kum, cendana, kelapa, sirih pinang dan buah – buahan misalnya oren, epal, pisang dan buah anggur. Setibanya rombongan pihak lelaki ini,mereka akan disambut oleh ahli keluarga pihak perempuan dan dijemput di atas tikar – tikar yang sedia ada di ruang tamu bagi para tetamu. Semua yang hadir bagi upacara ini akan duduk diatas lantai. Pihak lelaki akan meletakkan talam – talam yang dibawa ini ditengah – tengah ruangtamu ini dan biasanya mereka yang datang akan duduk disekelilingnya. Kemudian sami akanmenjemput wakil dari kedua – dua pihak ( biasanya bapa kedua bakal pengantin ) dan wakil pihak lelaki akan menyerahkan talam – talam yang dibawa oleh pihak lelaki kepada wakil pihak perempuan. Penyerahan talam – talam oleh pihak lelaki dan penerimaannya oleh pihak perempuan menunjukkan bahawa jodoh telah diterima oleh kedua – dua pihak.Setelah itu kedua – dua pihak akan berbincang tentang penentuan tarikh perkahwinan. Inidilakukan berdasarkan kepada tarikh yang dianggap baik dan biasanya diperolehi daripada penilikan yang dilakukan pada surat tilikan kedua bakal pengantin. Bagi tujuan ini mereka akanmendapatkan bantuan sami yang memberikan tarikh – tarikh yang sesuai mengikut tilikan beliau.
Leave a Comment