You are on page 1of 2

Pemerhatian

Pemerhatian ialah:
dilakukan secara berterusan tentang keberkesanan pengajaran
dan pembelajran;

i. Pemerhatian ialah:
 dilakukan secara berterusan tentang
keberkesanan pengajaran dan
pembelajran;

 Diperhatikan secara menyeluruh, meliputi aspek kognitif, afektif,


psikomotor, faktor bahan dan persekitaran;
 Boleh dilaksanakan dengan instrumen seperti senarai semak, skala
kadar, rekod anekdot dan rekod profil;
 Boleh membantu guru dan pelajar membuat refleksi terhadap prestasi
masing-masing.

ii. Jenis Pemerhatian

Dikategorikan mengikut tujuan dan aspek yang hendak dinilai/ diperhati


iaitu:
 Memerhati sesuatu tanpa membuat tafsiran (interpretasi) dan
tanggapan (judgment).
 Memerhati apa yang telah dirancang secara ‘open ended’.
 Memerhati untuk jangka pencdek dan jangka panjang.

iii. Strategi Pemerhatian

Strategi pemerhatian dilakukan secara:


 berterusan mengikut keperluan yang dirancang.
 gobal atau analitik mengikut objektif pemerhatian.
 menyesuaikan jangka masa pemerhatian dengan keadaan dan
keperluan.
 menggunakan instrumen seperti senarai semak, rekod anekdot, rubrik
yang merangkumi aspek kognitif, afektif, psikomotor, bahan dan
persekitaran
 mengambil tindakan susulan terhadap hasil pemerhatian yang
dijalankan.

iv. Fungsi Pemerhatian

a. Penilaian melalui pemerhatian boleh:

1
 digunakan oleh guru untuk melihat perkembangan individu/
kumpulan dalam sesuatu proses pembelajaran.
 dibuat oleh pelajar ( individu/ kumpulan) untuk melihat tahap
pencapaian sendiri atau rakan sebaya dalam sesuatu
pembelajaran.
 dilaksanakan oleh pelajar untuk menjalankan sesuatu tugasan
seperti projek.

a. Penilaian melalui pemerhatian membolehkan guru/ pelajar


merancang tindak susul yang sesuai dengan proses pembelajaran
seperti:
 menjalankan aktiviti pemulihan/ pengukuhan.
 meningkatkan motivasi pelajar.
 mengatur aktiviti pengayaan dan penyuburan diri yang sesuai
dengan minat dan keupayaan serta prestasi pelajar.

b. Penilaian melalui pemerhatian membolehkan guru membuat


refleksi terhadap keberkesanan peranan sendiri sebagai
penyampai maklumat, pemudahcara, pendidik dan mentor.

c. Pemerhatian yang terancang membantu guru:


 mengetahui sejauh manakah minat pelajar terhadap pelajaran
dan apakah yang mendorong/ menolak minat tersebut.
 mengesan sama ada strategi pengajaran guru memberi kesan
yang positif.
 mengesan kemampuan / tahap pemikiran pelajar.
 mengesan tahap penguasaan bahasa pelajar.
 menyimpan rekod yang sistematik untuk rujukan dan
perancangan.
 mendapatkan petunjuk untuk mengesan sikap pelajar
terhadap pelajaran, rakan sebaya, dan diri sendiri.

You might also like