You are on page 1of 11

Pembinaan Item Ujian

Biasanya kita menganggap pembinaan item dalam ujian Bahasa Melayu


sebagai perkara mudah. Hanya apabila item-item ujian ini ditadbirkan kepada
pelajar-pelajar barulah timbul pelbagai masalah umpamanya dari segi konsep,
tiada jawapan yang tidak digunakan langsung, item yang terlalu mudah dan
sukar, item yang bertindan, arahan yang tidak jelas, rangsangan yang kabur,
tidak ada pengkhususan dalam bidang yang disoal dan item yang tidak
seimbang dengan pemarkahan serta pelbagai kesalahan lain. Kesalahan-
kesalahan ini akan menjejaskan kesahan dan kebolehpercayaan bahan ujian kita
itu. Oleh yang demikian kita perlu sedar tentang beberapa aspek pembinaan
item-item ujian bahasa Melayu di peringkat sekolah menengah.

Sebelum membina sesuatu item ujian kemahiran bahasa, kita perlu menentukan
tujuan ujian itu dibuat, apa yang hendak diuji, jenis dan bentuk item ujian,
bagaimana item ujian itu ditadbirkan dan bila serta masa ujian itu dijalankan.
Item-item yang dibina dan dipilih juga hendaklah berasaskan kepada kemahiran-
kemahiran bahasa, objektif dan isi kandungan pelajaran.

Selaku guru bahasa kita seharusnya sedar tentang kedudukan dan kepentingan
ujian dalam penilaian pendidikan bahasa untuk mendapatkan maklumat tentang
pencapaian pembelajaran pelajar-pelajar, kelemahan dan kekuatan pelajar-
pelajar dalam pembelajarannya. Ini berguna bagi guru dalam memperbaiki dan
mempertingkatkan sesuatu pengajaran dan pembelajaran.

Jenis-jenis Ujian

Berbagai-bagai jenis ujian dapat digunakan dengan berkesan sekiranya ia


dirancang dan sesuai pula dengan kemahiran yang hendak diuji. Dalam
pengajaran pembelajaran bahasa KBSR dan KBSM, penguasaan pelajar-pelajar
terhadap kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis perlu diuji
dengan menggunakan pelbagai jenis ujian dan teknik pembinaan item ujian yang
sesuai. Di bawah ini diperturunkan beberapa jenis ujian iaitu:

i. objektif dan
ii. subjektif

Objektif

Sesuatu ujian itu dikatakan ujian objektif kerana pemeriksa yang berlainan akan
memberi markah yang sama apabila memeriksa kertas yang sama. Ujian
objektif dibentuk daripada beberapa item objektif yang boleh diperiksa secara

1
objektif iaitu pemeriksa-pemeriksa berlainan memperoleh skor yang sama ketika
memeriksa tindakan balas yang serupa ( Gronland, 1977). Kenyataan ini
menunjukkan objektiviti sesuatu ujian itu merujuk kepada bagaimana skor
diperoleh. Item ujian jenis objektif ini memerlukan pelajar menulis atau memilih
satu jawapan yang betul atau paling baik. Antara item ujian ini termasuklah item
jawapan pendek, item jenis padanan, item jenis aneka pilihan dan kloz.

Item objektif boleh dibahagikan kepada dua jenis berdasarkan cara tindakbalas
yang diberikan kepada pelajar iaitu:

a. item respons bebas ( jenis sumbangan)


b. item respons tetap ( item objektif pilihan)

Item Respon Bebas

Soalan jenis ini memerlukan calon meneliti soalan dan menuliskan jawapan
sendiri pada ruang yang disediakan. Biasanya jawapan ditulis di hujung soalan
atau dalam kotak yang disediakan. Di bawah ini ditunjukkan beberapa contoh
jenis item respon bebas.

i. Jenis soalan:

contoh:
a) Imbuhan apakah yang terdapat dalam perkataan kemahiran?
(ke - an)
b) Apakah lawan bagi perkataan untung?
( rugi)

ii. Item Melengkapkan Penyataan

Contoh:
a) Kita mesti naik bas ke rumah Nasharudin kerana rumahnya
_____(jauh) dari tempat ini.
b) Ariff pernah _________(tinggal) di Kuala Lumpur.

Item Respon Tetap ( Item Objektif Jenis Pilihan)

Soalan jenis ini memerlukan pelajar memilih jawapan betul atu paling
tepat. Jawapan mungkin dipilih daripada dua atau lebih pilihan. Item-item itu
ialah format Salah-Betul, Padanan, dan aneka pilihan.

2
i. Item Salah-Betul

Item ini dikenali sebagai Item Dua Pilihan iaitu item yang mengandungi
penyataan yang perlu ditandakan dengan dua pilihan sahaja iaitu: betul (B) atau
salah (S). Ada ketika guru menggunakan setuju (S) atau tidak setuju (TS)
pada penyataan atau ya (Y) atau tidak (T) pada soalan.

Format-format ini dikira sebagai item-item dua pilihan oleh kerana kesemuanya
melibatkan penerimaan atau penafian.

Contoh bagi Item Dua Pilihan:


a) Nyatakan sama ada pernyataan berikut Betul atau Salah.
i) Simpulan bahasa kaki bangku bermaksud orang yang
berjalan tanpa kasut.
B /S

b) Nyatakan Ya atau Tidak pada pernyataan berikut:


i) Bahasa adalah sesuatu yang diwarisi.
Ya/Tidak

ii. Item Padanan

Item Padanan atau Suaian biasanya mengandungi dua ruangan senarai yang
mengandungi perkataan atau frasa.perkara . Ruangan A dipanggil pokok soalan
(premise) dan ruangan B dipanggil jawapan (response). Pelajar dikehendaki
memilih jawapannya dengan memadankan objek/ perkara yang berkaitan di
ruang A dengan objek/ perkara diruang B.

Contoh :
Padankan kata bilangan dengan contoh yang diberi dengan
menggunakan garisan lurus untuk menghubungkan kotak-kotak yang
diberi.

Ruangan A Ruangan B
(Kata Bilangan) (Contoh)
1. Kata Bilangan Tentu A. Separuh bahagian hartanya akan diserahkan
kepada rumah anak yatim.
2. Kata Bilangan B. Aminah mempunyai dua ekor arnab
Himpunan
3. Kata Bilangan C. Pelajar kelas itu mengeluarkan buku masing-
Pecahan masing apabila guru masuk ke kelas.
4. Kata Bilangan Pisahan D. Kelima-lima pelajar diarahkan supaya berjumpa
dengan Pengetua.

3
iii. Item Aneka Pilihan

Item aneka pilihan merupakan jenis ujian objektif yang paling popular sekali di
kalangan pembina item ujian. Item aneka pilihan adalah dari golongan item
jawapan tetap kerana diberikan tindakbalas terbatas. Jenis item aneka pilihan
adalah seperti yang berikut.

a. Item aneka pilihan berbentuk soalan

Contoh:

1. Di antara ayat-ayat berikut yang manakah ayat suruhan?

(A) Jangan lari.


(B) Padamkan lampu itu.
(C) Sila duduk sekarang.
(D) Harap anda dapat datang esok.

b. Pokok soalan berbentuk ayat tidak lengkap

Contoh:

1. Ayat yang tergolong dalam ayat selapis ialah

(A) Jika dia rajin dia lulus.


(B) Mereka membaca buku di perpustakaan.
(C) Guru yang gemuk itu ditimpa kemalangan.
(D) Sungguh mustahil untuknya melarikan diri.

c. Mengisi Tempat Kosong

Contoh:

1. Air di dalam kolam itu _______ kerana hujan sudah lama


tidak turun.

(A) keringan
(B) mengeringkan
(C) kekeringan
(D) berkeringan

d. Jenis Jawapan Terbaik

4
Contoh:

1. Definisi terbaik bagi kata adjektif ialah kata yang

(A) menunjukkan sifat sesuatu.


(B) menerangkan keadaan bagi sesuatu kata nama.
(C) menjadi unsur inti dalam binaan frasa adjektif.
(D) mempunyai satu kata adjektif dan unsur-unsur
keterangan
lain seperti kata bantu atau kata penguat.

e. Analogi

Contoh:

Arahan: Tiap-tiap pasangan perkataan di bawah diikuti empat


pasang perkataan. Pilih pasangan yang mempunyai perkaitan
dengan pasangan awal.

hitam : putih

(E) kain : merah


(F) merah : tua
(C) merah : hijau
(D) merah : jambu

f. Antonim

Contoh:

Arahan: Tiap-tiap soalan dimulakan dengan perkataan berhuruf


besar dan diikuti oleh lima perkataan. Pilih perkataan yang
berlawanan dengan perkataan berhuruf besar.

PEMARAH
I. Penyabar
II. Pengampun
III. Pendamai
IV. Peramah

5
(A) I dan II sahaja
(B) I dan IV sahaja
(C) II dan III sahaja
(D) III dan IV sahaja

g. Jenis Negatif

Tumpuan pelajar dipusatkan kepada mencari fakta yang salah.


Pokok soalan sering mengandungi perkataan kecuali, bukan,
tidak, dan lain-lain.

Contoh:

Semua kata ganda di bawah mempunyai aspek makna yang sama


kecuali

(A) labi-labi.
(B) rama-rama.
(C) kuda-kuda.
(D) kura-kura.

h. Item Jenis Cantuman.

Contoh (a) : Cantuman jenis sesuai/ tidak sesuai

1. Pilih ayat atau ayat-ayat yang menggunakan kata yang berhuruf


condong dengan betul dan tentukan bahawa anda memilih
cadangan jawapan yang paling sesuai.

I. Mereka menyokong dan memapah lelaki yang hampir


pitam itu agar tidak rebah.
II. Orang ramai menyokong langkah langkah pihak
berkuasa membenteras kegiatan cetak rompak.
III. Setiap bulan abanglah yang menyokong
persekolahan kami bertiga.
IV. Para pelajar sekolah itu diminta menyokong pasukan
bola baling sekolah mereka yang akan bertanding
esok.

(A) I dan III sahaja


(B) II dan IV sahaja .
(C) I, II dan IV sahaja
(D) I,II, III dan IV

6
Contoh (b): Jenis cantuman aneka pelengkap yang mempunyai
urutan/ sekuen.

1. Di bawah ialah senarai rujukan hormat tetamu yang hadir


dalam satu majlis. Susun senarai di bawah mengikut urutan
keutamaan.

i.Yang Berusaha
ii.Yang Amat Berhormat
iii.Yang Berhormat
iv. Yang Berbahagia

(A) I, II, III dan IV


(B) II, III, IV dan I
(C) III, II, I dan IV
(D) IV, III, II dan I
2.
I. Yang dimuliakan Saudara Pengerusi Majlis
II. Yang Berusaha Tuan Pengetua Sekolah
III. Guru-guru dan ibu bapa
IV. Tuan-tuan dan puan-puan
V. Yang Berbahagia Tuan Pegawai Daerah

Susunan pembuka kata ucapan di atas mengikut urutan yang betul


ialah

(A) I, II, III, IV, V


(B) I, III, II, V, IV
(C) I, IV, III, II, V
(D) I, V, II, III, IV
Aras kemahiran item objektif aneka pilihan

Item objektif aneka pilihan boleh dibina untuk semua aras kemahiran bidang
kognitif di bawah kategori Taksonomi Bloom.

Aras kemahiran dalam bidang kognitif Kata-kata kerja


1. Pengetahuan Manakah, Apakah,
Aras ini menguji kebolehan pelajar mengingat kembali Siapakah, Bilakah,
fakta, erti, istilah, Berikan,
prinsip, hukum, definisi yang dipelajari Senaraikan,
Nyatakan
2. Kefahaman
Aras ini menguji kebolehan kebolehan pelajar Huraikan,
memahami, menterjemah, meninterpretasi, menukar Benarkan,
dan menjelaskan fakta, konsep, hokum, teori yang telah Jelaskan,
dipelajari. Terangkan,

7
Tukarkan,
Mengapa.
3. Aplikasi Tunjukkan,
Aras ini menguji kebolehan pelajar menggunakan Kirakan,
fakta, konsep, hukum, teori, prinsip, pengetahuan dan Selesaikan,
kemahiran untuk menyelesaikan masalah yang Demonstrasikan,
berkaitan. Susunkan,
Uruskan, Gunakan
4. Analisis Bezakan,
Aras ini menguji kebolehan pelajar membanding dan Bandingkan,
menghuraikan factor- Asingkan,
faktor kesamaan, perbezaan dan perhubungan di Tafsirkan,
antara satu sama lain. Bahagikan,
Klasifikasikan
5. Sintesis Gabungkan,
Aras ini menguji kebolehan pelajar mencantumkan, merekabentuk,
menggabungkan dan Bentukkan,
mengintegrasikan fakta-fakta atau idea-idea yang Kumpulkan,
berkaitan. susunkan,
Gubahkan,
Karangkan.
6. Penilaian Nilaikan,
Aras ini menguji kebolehan pelajar membuktikan, Rumuskan,
menilaikan, mengesahkan, Tafsirkan, Kritikan,
mengkritik, merumuskan, atau memberi pendapat Bandingkan,
sesuatu penyataan, ciptaan, Ulaskan, Bezakan,
karya, prinsip, teori dan sebagainya. Huraikan,
Buktikan.

Teknik Kloz

Teknik menggunakan ujian kloz sebagai alat bagi menguji kefahaman bacaan
boleh digunakan untuk pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah.
Sungguhpun teknik kloz memerlukan prosedur tertentu dari segi pembinaan
ujian, pentadbiran dan pemarkahan, ini semua tidak sukar dilakukan, dan
sepatutunya boleh diuruskan oleh guru-guru bahasa Melayu. Dalam ujian kloz
pelajar diminta mengisi tempat kosong yang telah sengaja dikosongkan oleh
guru/ penguji dalam sesuatu keratan bacaan. Pada mulanya, pelajar diminta
melihat dan membaca keratan itu secara keseluruhannya. Kemudian,
berasaskan kefahaman mereka ke atas teks itu keseluruhannya, mereka akan
mencuba mengisi tempat yang dikosongkan dengan perkataan yang paling
sesuai menurut makna keseluruhan teks.

Contoh:

8
Isikan tempat-tempat kosong dalam petikan berikut dengan perkataan-
perkataan yang sesuai, berdasarkan senarai.

Kerajaan negeri Johor bersedia ______ sedikit bantuan yang diperlukan


_____ pihak persendirian dalam usaha ______ bangunan tambahan di
kawasan rumah _______ yatim di situ untuk menampung _______
mereka. Sumbangan yang sentiasa ______ masuk dari penderma-
penderma atau _______ hartawan secara tidak langsung ______
membantu mereka dalam menjalankan ______ untuk memberi didikan
serta ______ yang sempurna kepada kanak-kanak berkenan.

Jawapan

Menguntukkan, kepada, para, menghadiahkan, kemunduran, percubaan,


oleh, membuat, penjagaan, anak-anak, ahli-ahli, menubuhkan, ketiadaan,
aktiviti, bertambah, budak-budak, telah, mengalir, kekurangan ganjaran.

Soalan Subjektif

Ujian subjektif ialah ujian yang terdiri daripada soalan yang memerlukan pelajar
memberi tindak balas secara lisan atau bertulis. Tindak balas pelajar mungkin
bebas atau terhad. Sekiranya bebas, tindak balas itu adalah karangan dan
sekiranya terhad, ia mungkin merupakan satu ayat sahaja. Tindak balas yang
dikehendaki ditentukan oleh penggubal soalan ujian itu. Soalan ujian subjektif
boleh dibahagikan kepada item jenis struktur dan esei. Soalan esei pula
terbahagi kepada dua jenis iaitu tindak balas terhad dan jenis tindak balas
lanjutan.

i. Item Jenis Struktur

Item jenis struktur merupakan item-item yang disusun dan diatur secara
sistematik dan berkembang untuk menjadi rangka kepada satu persoalan yang
lebih besar atau berkaitan dengan satu-satu tema. Ini terbentuk daripada satu
atau dua bahagian iaitu jawapan yang mengandungi beberapa patah perkataan
dan bahan-bahan yang disertakan pada soalan.

Item-item struktur ini memberi pelajar panduan/ bimbingan/ rangka serta


memberi rangsangan / bahan asas untuk memulakan jawapan. Ia juga memberi
tanda isyarat yang tetap bagi bertindak balas terhadap soalan berdasarkan
petunjuk markah dan ruang jawapan yang disediakan. Dalam pembinaan item
ini, beberapa item pendek boleh dihubungkan menjadi set item-item yang
dibentuk dengan menggunakan rangsangan yang sama. Sebagai satu ujian
ringkas mengenai sesuatu tajuk/ perkara , item struktur sebenarnya
mengandungi elemen item objektif dan item esei.

9
Jenis soalan struktur ini mengehadkan isi dan bentuk jawapan seseorang calon.
Jawapan yang diperlukan adalah pendek, iaitu satu atau dua ayat sahaja.

Contoh:

1. Bina ayat yang mengandungi:


(i) Kata kerja aktif tak transitif

____________________________________________________
(ii) Kata kerja aktif transitif

____________________________________________________
( 2 markah )

2. Beri dua contoh perkataan bahasa Melayu yang terkecuali daripada


hukum keselarasan vokal.
(ii) ________________________________________________
____
(iii) ________________________________________________
____
( 2
markah)
ii. Item Jenis Esei

Item jenis esei merupakan item yang memberi peluang kepada pelajar
melakukan gerak balas dalam tulisan dan lisan dengan perkataan sendiri. Gerak
balas tersebut memerlukan jawapan yang meluas dan bebas dari segi
mengumpulkan fakta, menilai fakta, mengatur idea dan mengembeling idea-idea
secara logic hingga menghasilkan jawapan yang asli.

Item jenis esei boleh mengukur peringkat kognitif yang tinggi. Ia memberi
peluang kepada calon membuktikan tindak balas yang lebih kompleks. Tindak
balas yang diberikan itu adalah subjektif dan hanya berbeza dari segi mutu atau
merit. Oleh itu, kebolehpercayaan pemarkahannya adalah rendah.

Contoh pembinaan item esei.

a. Tindak balas terbatas (TBT)

1. Pantun merupakan pusaka bangsa Melayu.

(a) Nyatakan tiga bentuk pantun dan berikan contoh bagi tiap-tiap
bentuk.
( 9 markah )

10
(b) Tuliskan sebuah pantun berkait yang mengandungi dua
rangkap.
( 6 markah)

Item jenis TBT ini membataskan isi dan bentuk tindak balas. Ini dihadkan
kepada skop atau topik tertentu. Batasan dan bentuk ini dinyatakan dalam
soalan. Item ini berupaya mengukur aras kognitif isi yang terbatas. Batasan ini
dapat mengurangkan masalah kebolepercayaan pemarkahan.

1. Tindak balas lanjutan (TBL)

“ Membaca Kunci Kejayaan “. Cogan kata ini menunjukkan betapa


pentingnya membaca. Bincangkan cara-cara untuk menanam sikap
suka membaca di kalangan pelajar hari ini.
( 25 markah )

Pembinaan Ujian

Membina soalan-soalan ujian yang relevan dan boleh dipertahankan


memerlukan kemahiran teknikal dan kreatif. Banyak keputusan yang berkaitan
dengan pelajar adalah dilakukan bedasarkan keputusan ujian atau peperiksaan.
Dari itu, guru adalah bertanggung jawab untuk menyediakan ujian dengan teliti
dan sistemastik agar kualiti ujian dapat dikawal rapi.

Pembinaan soalan adalah mudah sekiranya objektif pelajaran, dan hasil


pengajaran yang ingin diuji adalah jelas, dan pelan tindakan atau jadual
penentuan ujian telah disediakan. Soalan-soalan yang digubal seharusnya
mematuhi pelan tindakan atau jadual penentuan dari aspek-aspek yang berikut:

 topik yang akan diuji dan pemberatannya,


 kemahiran yang akan diuji dan pemberatannya,
 aras kesukaran soalan mengikut taksonomi Bloom, dan
 jenis soalan.

Dalam menentukan jenis soalan bagi sesuatu ujian, guru mempunyai pilihan
untuk mengemukakan antara soalan objektif dengan soalan subjektif.
Sepertimana yang telah dihuraikan di atas tadi, soalan objektif adalah jenis
soalan yang memerlukan pelajar memberi jawapan yang tepat dan ringkas
supaya ia dapat diperiksa dengan mudah dan cepat. Justeru itu, ujian objektif
dikatakan mempunyai keobjektifan yang paling tinggi kerana semua pemeriksa
akan memberi markah yang sama kepada setiap soalan yang dikemukakan.
Soalan jenis objektif memerlukan sumbangan pelajar dan soalan yang cuma
memerlukan pilihan. Soalan subjektif pula terdiri daripada soalan tindak balas
terhad (jawapan agak pendek) dan soalan tindak balas lanjutan (jawapan
panjang yang tidak terhad).

11

You might also like