Read without ads and support Scribd by becoming a Scribd Premium Reader.
 
MODUL 4: PENGUJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN1.SINOPSIS
Modul ini memperkenalkan konsep dan kaedah pengujian, pengukurandan penilaian di institusi pengajian tinggi. Modul ini juga meliputi ciri-ciriutama ujian, bentuk-bentuk penilaian dan membezakan di antarapenilaian berasaskan norma dan kriteria.
2.HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir modul ini, peserta kursus akan dapat;i.Menjelaskan konsep dan matlamat pengujian, pengukuran danpenilaian dalam pendidikan;ii.Menjelaskan konsep kesahan, kebolehpercayaan, keobjektifan,kebolehtadbiran dan kemudahtafsiran;iii.Membezakan bentuk penilaian formatif, sumatif, pra kelayakan dandiagnostik serta penilaian alternatif;iv.Membezakan penilaian berasaskan norma dan kriteria.
HURAIAN KANDUNGAN1Pengertian dan Tujuan Pengajaran dan Penilaian
Penilaian memainkan peranan penting dalam pendidikan. Penilaiandilakukan dalam semua aspek pendidikan bagi mengenal pasti statussemasa dan seterusnya bagi tujuan perancangan programpenambahbaikan pendidikan. Dalam pengajaran dan pembelajaran di bilikkuliah dan makmal, penilaian dilakukan bagi mengetahui sama ada GURU‘mengajar’ murid ‘belajar’.
1
 
Justeru itu, penilaian pengajaran dan pembelajaran perlu dilakukandengan sempurna dan berkesan. Bukti-bukti empirikal tentang sesuatupengajaran dan pembelajaran yang diperoleh menggunakan pengukuranperlu dianalisis. Memandangkan pengukuran di bilik kuliah dan makmalsering menggunakan ujian, pengujian merupakan salah satu aspek utamadalam bidang penilaian pengajaran.Seseorang guru biasanya merangka objektif dan kandungan kursus yanghendak diajar sebelum merancang strategi dan kaedah pengajaran kursusberkenaan. Kemudian, beliau akan menyediakan soalan sama ada untukkuiz, ujian atau peperiksaan. Dalam merancang dan membina soalan,adalah penting agar soalan-soalan tersebut relevan, sesuai dan menepatiobjektif kursus yang dirancang dan kandungan yang diajar. Seterusnya,kertas jawapan pelajar perlu diperiksa, diskor, dianalisis dan ditafsir bukansahaja untuk membuat penilaian yang adil terhadap penguasaan pelajar dalam kursus yang diajar, malah bagi mengenal pasti kekuatan dankelemahan soalan dan seterusnya pengajaran pensyarah. Justerupemahaman terhadap konsep penilaian, pengukuran dan pengujian, ciri-ciri utama soalan ujian, matlamat mereka bentuk soalan formatif, sumatif,pra kelayakan dan diagnostik serta norma dan kriteria sangat penting bagiseseorang pensyarah bagi memastikan pengajaran dan penilaiannyabermutu dan adil.1.1Pengertian PenilaianApakah itu penilaian pendidikan? Menurut Stufflebeam (1971), penilaianadalah proses mengenalpasti, memperoleh dan menyediakan maklumatberguna bagi keputusan mempertimbangkan pilihan-pilihan yang adapada kita. Penilaian menentukan jurang perbezaan antara “apa yangdihasilkandengan “apa yang dihasratkan” dari sesuatu program
2
 
pendidikan. Penilaian merupakan pertimbangan profesional iaitu prosesyang membolehkan seseorang membuat keputusan.Meskipun banyak definisi penilaian pendidikan dikemukakan oleh pakar-pakar seperti Stufflebeam (1971), Thorndike dan Hagen (1977) danKubiszyn dan Borich (1996), pada asasnya penilaian merupakan suatuproses membuat keputusan yang sistematik melibatkan pengenalpastian,pemerolehan dan pentafsiran maklumat yang berguna bagi pertimbanganpilihan-pilihan keputusan berasaskan kepada sesuatu objektif pendidikan.Dari segi pengajaran dan pembelajaran di universiti, penilaian bolehdidefinisikan secara ringkas sebagai satu proses sistematik untukmenentukan sejauh mana objektif pengajaran dan pembelajaran di dewankuliah dan makmal dicapai.Definisi penilaian ini membawa maksud objektif pengajaran perlu dikenalpasti terlebih dahulu sebelum penentuan pencapaian objektif tersebutdibuat berasaskan pertimbangan terhadap bukti empirikal. Bukti empirikalpencapaian biasanya diperoleh secara pengukuran terhadap penguasaanpelajar dengan menggunakan alat ukur yang dinamakan ujian. Namun,perkembangan dalam bidang penilaian menunjukkan banyak cara kitaboleh menilai pengajaran guru. Antara pelbagai jenis penilaian yangsering dilakukan di universiti adalah penilaian terhadap disertasi, projek,kajian kes, portfolio, bengkel, seminar, oral pelajar. Bukti empirikaldikumpul secara sistematik berasaskan maklumat sahih, tekal, telus danboleh dipertahankan. Tanpa bukti empirikal, pertimbangan terhadappencapaian objektif pengajaran dan pembelajaran mungkin dibuatberasaskan pendapat iaitu pertimbangan nilai bersifat subjektif, pincangdan rapuh.
Kuantifikasi dan Kualifikasi Dalam Penilaian
3
Search History:
Searching...
Result 00 of 00
00 results for result for
  • p.
  • Notes
    Load more