Read without ads and support Scribd by becoming a Scribd Premium Reader.
 
BENTUK KATA
Proses pembentukan kata menghasilkan bentuk kata tunggal, bentuk kata terbitan,bentuk kata majmuk dan bentuk kata ganda.
Kata Tunggal
Bentuk kata tunggal ialah bentuk kata yang terdiri daripada hanya satu bentuk katadasar yakni tidak menerima apa-apa bentuk imbuhan atau kata dasar lain. Kebanyakankata tunggal dalam Bahasa Melayu mempunyai potensi untuk diperluaskan denganbentuk terbitan.Kata tunggal boleh terdiri daripada satu suku kata dan dua atau lebih suku kata. Contoh:satu suku kata – am, dan, roh, skrudua suku kata – itu, ubi, akuBerasaskan perlaksanaan tatabahasa, kata tunggal dapat dibahagikan kepada tiga jenis:a)Kata tunggal yang merupakan unit bebas dan dapat berdiri sendiri sebagai satuperkataan yang bermakna. Contoh : orang, gitar, pen, botolb)Kata tugas, iaitu unit yang yang tidak dapat berdiri sendiri tetapi memerlukansekurang-kurangnya satu unit yang bebas untuk melaksanakan tugas nahunya.Contoh : dari, dan, pada, demi, untukc)Kata akronim, iaitu perkataan yang diterbitkan melalui proses penggabunganbeberapa perkataan dan membentuk satu perkataan yang utuh. Bentuk-bentuksingkatan ini terdiri daripada suku kata atau huruf-huruf tertentu. Contoh :berdikari – berdiri di atas kaki sendirikomuter – keretapi berkomputer kugiran – kumpulan gitar rancakpawagam – panggung wayang gambar 
Kata Terbitan
Kata terbitan ialah bentuk kata yang mengandungi kata dasar yang mendapat ataumenerima imbuhan. Kata terbitan ini terbentuk melalui proses pengimbuhan iaitu prosesyang menggandingkan imbuhan pada kata dasar dan menghasilkan empat bentuk kataterbitan :a)Kata Terbitan Berawalanb)Kata Terbitan Berakhiranc)Kata Terbitan Berapitand)Kata Terbitan BersisipanImbuhan ialah unit-unit bahasa yang ditambahkan pada bentuk-bentuk lain yangmenyebabkan perubahan makna nahunya. Imbuhan dapat dibahagikan pada empat jenis :
 
a)imbuhan awalan
-
unsur imbuhan yang ditambahkan pada bahagian hadapan kata dasar.Contoh : imbuhan ‘ber’ dalam ‘bersukan’
ber+sukanb)imbuhan akhiran
-
unsur imbuhan yang hadir selepas kata dasar Contoh : imbuhan ‘-an’ dalam ‘makanan’
makan+animbuhan ‘-kan’ dalam ‘kembalikan’
kembali+kanc)imbuhan apitan
-
imbuhan yang hadir secara melingkungi kata dasar iaitu dua bahagian imbuhanyang hadir serentak pada awal dan akhir perkataanContoh : imbuhan ‘men…..kan’ dalam ‘mendebarkan’
men+debar+kanimbuhan ‘pe….an’ dalam ‘pendidikan’
pen+didik+and)imbuhan sisipan
-
unsur imbuhan yang hadir di celahan kata dasar. Bentuk ini tidak lagi produktif dalam pembentukan kata terbitan, iaitu kata terbitan baru tidak lagi dibentukdengan imbuhan sisipanContoh : imbuhan ‘…er…’ dalam ‘keruping’imbuhan ‘…el…’ dalam ‘telunjuk’Kata Terbitan BerawalanKata terbitan berawalan dapat wujud dalam kata nama terbitan, kata kerja terbitan,dankata adjektif terbitan. Contoh :a)Kata Nama : pelari, perakus ( imbuhan ‘pe’)pembawa, pembuat (‘pem’)suprakelas, supranasional (‘supra’)b)Kata Kerja : melawan, mengikat, merasa (‘me’)berjalan, berganti, berserta (‘ber’)c)Kata Adjektif : terbesar, tercantik (‘ter’)secerah, setebal, senipis (‘se’)Kata Terbitan BerakhiranKata terbitan berakhiran dapat wujud dalam kata nama terbitan dan kata kerja terbitansahaja. Contoh :a)Kata Nama : pakaian, jahitan, mainan (‘-an’)sasterawan, angkasawan (‘-wan’)budiman, seniman (‘-man’)peragawati, seniwati (‘-wati’)nasionalisme, patriotisme (‘-isme’)b)Kata Kerja : gunakan, besarkan, buatkan (‘-kan’)duduki, turuti, berkati (‘-i’)
 
Kata Terbitan BerapitanKata terbitan berapitan dapat wujud dalam kata nama terbitan, kata kerja terbitan,dankata adjektif terbitan. Contoh :a)Kata Nama : pelaksanaan, perasaan (‘pe…an’)kelainan, kedukaan (‘ke…an’)b)Kata Kerja : memainkan, melukakan (‘me…kan’)beralaskan, berlaukan (‘ber…kan’)diyakini, disirami (‘di…i’)dipergunakan (‘diper…kan’)memperdagangkan (‘memper…kan’)keselesaan (‘ke…an’)c)Kata Adjektif : kemelayuan (‘ke…an’)Kata Terbitan BersispanBentuk sisipan tidak lagi produktif dalam pembentukan kata terbitan, yakni kata terbitanbaru tidak lagi dibentuk dengan sisipan. Bentuk-bentuk kata sisipan sudah membekudalam kata terbitan tertentu dan tidak dapat hadir dalam perkataan –perkataan lainkecuali dalam beberapa istilah yang baru dicipta. Kata terbitan bersisipan dapat wujuddalam kata nama terbitan dan kata adjektif terbitan. Contoh :a)Kata Nama : kelingking, telunjuk (‘..el..’)keruping, seruling (‘..er..’)b)Kata Adjektif : kelebak, selerak (‘..el..’)gemilang, semerbak (‘..em..’)
Kata Majmuk
Kata majmuk didefinisikan sebagai bentuk kata yang wujud apabila dua kata dasar ataulebih dirangkaikan menjadi satu kesatuan sintaksis yang membawa makna tertentu.Kata majmuk bertindak sebagai satu unit dan dieja terpisah, melainkan kata majmukyang telah mantap.Kata majmuk terbahagai kepada tiga :a)Kata Nama Majmuk. Contoh : setiausaha, warganegara, tandatangan, uji kaji,kebolehubahanb)Kata Kerja Majmuk. Contoh : menandatangani, bertanggungjawab, memberitahuc)Kata Sifat Majmuk. Contoh : sukacita, dukacitad)Kata Tugas Majmuk. Contoh : apabila, apakala, apahal, apalagi, bagaimana
Search History:
Searching...
Result 00 of 00
00 results for result for
  • p.
  • Notes
    Load more