JURNAL PENDIDIKAN TIGAENF 1999/2000 JILID 2: BIL. 3
42
Definisi yang pelbagai ini mencerminkan bidang gaya pembelajaran yangsemakin berkembang dan kompleks. Yang jelas ialah gaya pembelajaran adalah berasaskan ciri-ciri dalaman seorang individu itu. Kepelbagaian definisi gaya pembelajaran bukan sahaja menekankan aspek perbezaan individu tetapimenyokong pegangan bahawa perlakuan pembelajaran (
learning behaviour
)seorang individu itu adalah cukup stabil, tekal dan unik.
3.0 Model-Model Gaya Pembelajaran
Beberapa perspektif dan dimensi gaya pembelajaran yang berlainan telahdikemukakan oleh pakar pendidik dan pengkaji dalam masa setengah abad yanglepas. Terdapat model-model gaya pembelajaran yang mengambil kira dimensi personaliti (Wilkin, 1954; Myers, 1978), ada yang memfokuskan pemprosesanmaklumat (Schmeck, 1983; Kolb, 1984), ada yang membawa dimensi interaksisosial pelajar (Reichmann & Grasha, 1974) dan ada juga model-model yang`multi-dimensi dan menekankan kecenderungan cara pengajaran dankecenderungan persekitaran (Keefe,1989; Dunn & Dunn, 1978). Dengan ini, banyak instrumen telah digubal dan banyak kajian telah dijalankan untuk mengenal pasti gaya pembelajaran pelajar dengan harapan pembelajaran yang berkesan boleh diadakan. Dapatan-dapatan kajian juga membantu para pendidik memahami terdapatnya perbezaan gaya pembelajaran di kalangan pelajar danmemberi kesedaran bahawa sebenarnya tidak ada satu cara yang unggul untuk menjalankan pengajaran.
4.0 Instrumen-Instrumen Gaya Pembelajaran.
Pelbagai instrumen telah dibina untuk mengenal pasti gaya pembelajaran.Antaranya ialah
The Centre for Innovative Teaching Experience (
CITE
) Learning Style Instrument
oleh Babich, Burdine, Allbright & Randol (1975),
Learning Style Inventory
oleh Dunn, Dunn & Price (1975
), Learning Style Inventory
olehRenzulli & Smith (1978) dan
Transaction Ability Inventory
oleh Gregorc (1979).Kebanyakan instrumen ini merupakan instrumen laporan kendiri yang manaseseorang individu boleh mengenal pasti gaya pembelajaran sendiri berasaskanskor yang diperolehi. Instrumen-instrumen lain sebagaimana yang disenaraikandalam kajian Shareena (1995) termasuk
Cognitive Style Interest Inventory
(Hill,1976
),
dan
Teacher Assessment of Student Learning Styles
(Hunt, Butler, Noy,Rosser, 1978).
CITE Learning Styles Instrument
mengandungi 45 item. Item-item initerbahagi kepada 3 bidang, iaitu cara seseorang individu mengumpul danmenerima maklumat, cara individu bekerja, dan cara individu berkomunikasidengan pihak lain. Dalam bidang pengumpulan dan penerimaan maklumat, gaya pembelajaran yang terlibat ialah bahasa visual, nombor visual, bahasa auditori,