You are on page 1of 3

EDUCATION of ELAKSAMANA

1.1 PENGENALAN MORFOLOGI

1.1.1 TAKRIF MORFOLOGI

Morfologi merupakan satu bidang ilmu yang mengkaji bentuk perkataan.


(Abdullah Hassan, Morfologi, 2006)

Morfologi merupakan bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan golongan ayat.
(Siti Hajar Abdullah, Bahasa Melayu 1, 2008)

1.1.2 UNSUR-UNSUR MORFOLOGI

1.Secara umumnya, setiap struktur terbina dari unsur-unsur yang lebih kecil.
2.Struktur bahasa juga mempunyai unsurnya yang dicantum agar menjadi satu perkataan.
3.Kajian struktur perkataan dipanggil Morfologi manakala kajian mengenai binaan ayat pula dipanggil
Sintaksis.
4.Ada 2 unsur yang terlibat dalam membina perkataan iaitu Morfem dan kata.

MORFEM
1.Morfem ialah unit bahasa yang terkecil yang mempunyai makna dan fungsi bahasa.
2.Antara unsur-unsur bahasa seperti ber-, ter-, ke-, me-, -nya, -kah, -lah, -pun, -an tidak boleh
diperkecilkan lagi namun mempunyai fungsi seandainya digabungkan dengan perkataan lain seperti
bertanya, memaafkan.
3.Oleh yang demikian, unsur-unsur di atas merupakan morfem.

KATA
1.Unsur-unsur lain seperti rumah, kereta, pokok, udara, jalan dan duduk tidak boleh diperkecilkan lagi
kerana ianya tidak akan memberi makna.
2.Jika kata itu tidak boleh diperkecilkan lagi dan akan menjadi tidak bermakna maka perkataan itu juga
adalah unit yang terkecil dan morfem.
3.Kata juga merupakan unsur morfologi yang digunakan untuk membentuk perkataan lain.

1.1.3 TEORI PEMBENTUKAN KATA

1.Proses pembentukan kata menerangkan bagaimana sesuatu kata itu dibina dan dibentuk sehingga
dapat menghasilkan ayat dan ujaran dalam sesuatu bahasa.
2.Terdapat beberapa bentuk perkataan seperti :
 Perkataan tunggal seperti satu, baik, sekolah dan panjat.
 Perkataan terbentuk hasil proses pengimbuhan seperti berkawan, terjunam, dan disarankan.
 Perkataan terbentuk hasil pemajmukan dan penggandaan seperti buku tulis, gambar rajah, bahan,
bukit-bukau dan bantu-membantu.
3.Bahasa melayu merupakan bahasa yang bersifat aglutinatif iaitu bahasa yang kebanyakan
perkataannya terbentuk melalui proses pengimbuhan, iaitu penggabungan morfem kata dasar dengan
morfem imbuhan.
4.Proses pembentukan yang bersifat derivative dapat menerbitkan banyak perkataan iaitu melalui
percantuman kata dasar dengan pelbagai imbuhan yang terdapat di dalam bahasa melayu seperti
‘serap’ yang ditukar kepada serapan, penyerap, diserap dan sebagainya.

Created by elaksamana@yahoo.com
© All Right Reserved Presented 2009
EDUCATION of ELAKSAMANA

5.Kaedah pembentukan bahasa melayu tidak sama dengan bahasa arab yang bersifat fleksi iaitu
pembentukan melalui perubahan fonem atau bunyi kata dasar itu sendiri, iaitu berdasarkan golongan
kata dan kasusnya.
6.Secara umumnya, perkataan bahasa melayu wujud melalui 2 sumber iaitu pertama bahasa melayu
berasal dari rumpun Austronesia dan kedua perkataan terbentuk dari proses tertentu seperti :

a)Akronim
Pembentukan melalui proses memendekkan dan meringkaskan perkataan yang kebanyakan terdiri
dari kata nama supaya memudahkan untuk ditulis dan dilafazkan sebagai contoh
 JAIS – Jabatan Agama Islam Selangot
 IPG – Institut Pendidikan Guru
 UPSI – Universiti Pendidikan Sultan Idris
b) Analogi
Pembentukan melalui proses ini adalah dengan mengiaskan kata baharu dengan bentuk kata yang
telah sedia ada. Misalnya perkataan tatabahasa memang telah ada, dan melalui proses analogi
diciptakan pula perkataan tatatertib, tatacara dan tatahias. Antara contoh lain ialah :
 Prasangka – Prasarana, prasekolah, prauniversiti
 Jurunikah – juruwang, juruaudit, juruacara
 Lelabah – gegelang, jejari, rerambut
c)Peleburan Fonem
Peleburan kata melalui proses ini adalah dengan menggabungkan perkataan agar kelihatan satu kata
dengan menggugurkan fonem-fonem tertentu. Misalnya perkataan benda + alir menjadi bendalir,
terbentuk setelah satu fonem vokal /a/ digugurkan.
d) Perluasan Makna
Pembentukan perkataan dengan cara ini adalah dengan mengambil kata-kata yang telah sedia ada
dan kemudiannya diperluaskan maknanya dengan hal-hal lain. Seperti perkataan Family yang
diperluas maknanya menjadi famili yang boleh digunakan kepada manusia termasuk haiwan.
e)Pemberian Makna Khusus
Perkataan itu dibentuk dengan mengambil kata-kata yang telah sedia ada lalu diberi makna khusus
atau dijadikan istilah. Misalnya perkataan surih pada asalnya bermaksud bekas atau kesan yang
dilalui siput di atas daun. Namun setelah dilakukan proses ini surih juga bermaksud meniru atau
melukis peta.
f) Peminjaman Kata
Proses ini sangat luas digunakan dalam bahasa melayu malah bahasa lain juga. Bahasa melayu
banyak meminjam perkataan dari bahasa arab dan inggeris sehingga perkataan tersebut telah sebati
dengan penutur bahasa melayu. Proses ini disebabkan oleh ketiadaan pembendaharaan kata untuk
sesuatu makna tersebut. Antara contohnya ialah :
 Element – elemen
 Magistrate – majistret
 Diplomat – diplomat
g)Penambahan
Proses ini adalah melalui penambahan kepada kata akar satu suku kata dengan perkataan yang lain
yang terdiri dari satu suku kata juga. Bentuk perkataan ini telah sebati dengan penutur bahasa
melayu. Antara contohnya ialah :
 Bu + kit = bukit
 Bu + lan = bulan
 Bu + luh = buluh

Created by elaksamana@yahoo.com
© All Right Reserved Presented 2009
EDUCATION of ELAKSAMANA

h) Penciptaan
Pembentukan kata melalui proses ini bermaksud penciptaan perkataan baru tanpa disandarkan
kepada perbendaharaan kata yang sedia ada. Seperti perkataan kiwi iaitu sejenis burung di Australia
tetapi diciptakan pula perkataan mengiwi yang bermaksud mengilapkan kasut menggunakan bahan
khas.
i) Penggemblengan
Perkataan ini dicipta dengan menggabungkan dua perkataan atau lebih, namun digugurkan
bahagian lain dalam perkataan tersebut. Sebagai contohnya ialah :
 BERNAMA – Berita Nasional Malaysia
 PROTON – Perusahaan Otomobil Malaysia
j) Penyempitan Makna
Pembentukan melalui mengambil perkataan yang telah sedia ada namun disempitkan maknanya
kepada sesuatu yang lebih umum. Seperti perkataan tuan puteri yang merujuk kepada wanita
berketurunan raja namun kini perkataan tuan telah diambil dan disempitkan makna merujuk kepada
seorang lelaki yang patut dihormati malah boleh digunakan kepada kedua jantina.
k)Penyingkatan
Melalui proses ini, perkataan tersebut dipendekkan apabila ditulis namun sering dianggap 1
perkataan sahaja seperti :
 Dr – Doktor
 Tv – Televisyen
 Prof – Professor

7.Setiap bentuk perkataan mempunyai cara pengejaan yang tersendiri dan membawa makna yang
khusus.
8.Sebagai contoh perkataan gelung, golong dan gulung tidak boleh disalahguna dalam struktur ayat
kerana sudah member makna yang berbeza.
9.Perkataan gelung bermaksud benda yang berlingkar, lengkung atau ikal seperti rotan, tali dan rambut.
10. Perkataan golong pula bermaksud pengasingan ke dalam kumpulan tertentu.
11. Perkataan gulung pula benda yang melembar-lembar atau berutas-utas yang dilipat hingga
berbentuk bulat atau bulat panjang.

Created by elaksamana@yahoo.com
© All Right Reserved Presented 2009

You might also like