You are on page 1of 50

ARTIKEL INI KAMI BERI KEPADA ANDA PERCUMA SAHAJA, TAK PERLU

ANDA MEMBAYAR RM99.95 SEBAGAIMANA KAMI BAYAR KEPADA


SESEORANG YANG MENGENDALIKAN PROGRAM MAIL ORDER.
BOLEHLAH DIGUNAKAN SEBAGAI MOTIVASI KEPADA ANDA.

Bagaimana Anda Boleh Memperolehi Pendapatan RM 1,000 Hingga RM


15,000 Sebulan

Cara Mudah Dapatkan Wang Di Rumah


MENERBIT DAN MENJUAL MAKLUMAT KHUSUS SECARA POS ADALAH
SATU CARA PALING MUDAH DAN PRAKTIKAL YANG BOLEH
MEMBERIKAN HASIL YANG AMAT LUMAYAN DAN KEUNTUNGAN
BERKALI GANDA . IANYA BOLEH DIURUSKAN DAN DIJALANKAN OLEH
SEORANG PENGENDALI SAHAJA .

TIDAK PERLUKAN KEDAI , TIDAK PERLUKAN PEJABAT , TIDAK


PERLUKAN PERALATAN CANGGIH UNTUK MEMULAKANNYA , TIDAK
PERLUKAN KAKITANGAN . MODAL YANG DIGUNAKAN JUGA SANGAT
KECIL.

Peluang memiliki pendapatan yang sangat lumayan setiap hari


,minggu dan bulan.
Ambil Sesuatu Perkara Yang Biasa Dan Jadikannya Luarbiasa

Seperti yang telah penulis terangkan kepada anda diawal buku ini
bagaimana penulis melakukan kerja-kerja dirumah dan memperolehi
pendapatan yang sangat lumayan hanya dengan melakukan kerja
dalam beberapa jam sahaja seminggu yakni lain daripada yang lain
sehinggakan ramai orang merasa hairan dengan kehidupan penulis .
Seperti yang penulis nyatakan bahawa anda juga mampu untuk
melakukan kerja seperti ini dan boleh memperolehi pendapatan sama
atau lebih banyak daripada yang penulis perolehi. Ini disebabkan
penulis juga bukanlah seorang yang berpelajaran tinggi dan
mempunyai sebarang ijazah atau diploma . Penulis sendiri hanya
mempunyai sijil rendah pelajaran sahaja malah mungkin anda sendiri
memiliki tahap kelulusan akademik yang jauh lebih tinggi . Penulis
hanya mempelajari cara-cara menjalankan usaha ini melalui buku-
buku sahaja walaupun pada asalnya penulis bukannya pandai dan
tidak faham bahasa inggeris .Tetapi disebabkan terlalu ingin untuk
mengubah nasib maka penulis pun berusaha belajar bahasa tersebut
sehingga pandai . Malah penulis juga tidak tahu untuk menulis
sebarang cerita , apatah lagi buku , dan panduan-panduan kerana
penulis tidak memiliki asas dalam bidang ini . Penulis sendiri tidak tahu
menulis dengan mesin taip apatah lagi menggunakan komputer pada
masa dahulu . Tetapi sekarang penulis sudah mahir menulis
menggunakan komputer malah penulis juga telah tahu menggunakan
kemudahan internet . Ini kerana penulis berpegang kepada prinsip
tidak ada yang mustahil dan jika kita mahu membuat sesuatu kita
pasti boleh berusaha untuk mencari jalannya . Penulis hanya belajar
daripada buku-buku dan majalah sahaja .

Itulah sebabnya penulis menyatakan bahawa semua orang boleh


melakukan usaha ini walaupun tidak mempunyai wang kerana penulis
sendiri memulakan usaha ini hanya daripada wang yang dipinjam
daripada kawan-kawan dengan jumlah beberapa puluh ringgit sahaja .
Ianya terlalu kecil jika dibandingkan dengan kerja atau perniagaan lain
untuk memulakannya . Buku ini juga bukannya untuk mengajar anda
tentang skim cepat kaya atau cara mendapat duit dengan pantas yang
banyak disiarkan diiklan-iklan akhbar . Malah system yang akan
diajarkan ini juga bukannya hanya cerita orang lain ataupun menyuruh
anda membuat salinan potostat dan mengedarkan risalah-risalah yang
hanya bertukar tangan . Penulis hanya mahu memberi tunjuk ajar
melalui apa yang benar-benar penulis alami dan melalui pengalaman
yangsebenar dan tulin .

Sebenarnya memang sangat banyak cara untuk anda mencari wang


dirumah , ada yang mudah dilakukan dan ada juga yang susah untuk
dilakukan . Apa yang mahu penulis beritahu disini ialah mengenai satu
sistem mencari wang dirumah yang boleh dilakukan melalui pos dan
tidak perlu menemui orang lain ataupun bercakap dengan sesiapa .
Kerja seperti ini sangat sesuai kepada mereka yang mempunyai
perasaan malu yang tinggi dan untuk mereka yang tidak mempunyai
banyak masa terluang . Penulis mengatakan kerja ini mudah kerana
penulis sudah beberapa tahun menjalankan usaha ini . Malah penulis
sendiri telah membimbing ramai individu yang sekarang ini telah
berjaya memiliki pendapatan yang lumayan .

Mengapa pula penulis mahu mendedahkan rahsia yangsangat


berharga ini kepada ramai orang ?
Sebenarnya kalau boleh memang penulis tidak ingin sekali-kali untuk
memberitahu orang lain mengenai peluang seperti ini , tetapi saya
percaya sesuatu yang baik mestilah yang boleh dikongsi bersama .
Dan ilmu
pengetahuan yang baik perlu disebarkan kerana sesuatu yang kita
miliki di dunia ini bukanlah menjadi milik diri kita yang mutlak
sebaliknya hanya dipinjamkan oleh Allah sekejap sementara kita hidup
. Dan apabila kita meninggalkan perkara yang baik serta memberi
manafaat kepada orang ramai ia akan dikira sebagai amal jariah kita .
Oleh sebab itu saya rasakan ianya perlu dikongsi bersama dengan
orang yang memerlukan seperti juga diri anda dan ramai lagi .
Mungkin diantara anda ada yang mempunyai pendapatan yang lebih
lumayan daripada penulis .

Tetapi penulis percaya ramai diantara anda masih memerlukan


maklumat seperti ini untuk membantu menjadikan diri anda seorang
yang lebih berjaya . Oleh itu saya hanya mahu menerangkan
mengenai perkara-perkara biasa yang boleh ditukarkan menjadi
bentuk peluang dan wang yang banyak . Sebagaimana saya mula-
mula melakukannya dahulu dimana saya hanya mengunakan apa yang
saya tahu serba sedikit mengenai hobi saya dulu yang mana ianya
benar-benar telah memberi pulanga yang begitu baik sekali bagi orang
yang tidak pernah dan tidak tahu melakukan kerja seperti itu
sebelumnya . Semua benda memang boleh ditukarkan kedalam
bentuk duit jika kita tahu caranya sebab itulah kita perlu mempelajari
cara-caranya . Seperti kata Horace Tranbol:

“JIKA BUMI INI SEJUK , JADIKANLAAH API SEBAGAI PERNIAGAAN”


BAGAIMANA SAYA MEMPEROLEHI RM 16,000 DALAM MASA 30 HARI
DAN ANDA JUGA BOLEH MELAKUKANNYA

Ya ! saya telah memperolehi RM 16,000 hanya dalam masa 30 hari


bekerja hanya 2 jam sahaja sehari dirumah selama 3 hari dalam
seminggu . Inilah impian ramai orang yang saya telah berjaya
mencapainya dengan bekerja tidak lebih 24 jam sebulan . Saya telah
berjaya mencapai impian ini tanpa perlu membazirnya duit untuk
petrol , tidak perlu menempuh kesesakan jalanraya , tidak perlu
menanggung beban kerja yangbanyak , dan tidak perlu bekerja
selama 8 hingga 12 jam setiap hari sebagaimana yang dilakukan oleh
ramai orang untuk mencari wang tambahan dengan melakukan
banyak kerja lebih masa termasuk bekerja dihari minggu dan cuti .

Apa yang telah saya buat SEHINGGA boleh memperolehi pendapatan


bulanan yang sedemekian ? Anda perlu membuka fikiran anda dengan
luas sekarang untuk menerima satu pelajaran baru . Ianya bukan
perkara yang terlalu pelik dan luarbiasa dan anda tidak perlu percaya
cakap saya sehingga anda telah mencubanya sendiri . Jika anda masih
tidak mempercayai kata-kata saya sehingga sekarang ini , itu tidak
mengapa kerana anda berhak beranggapan begitu dan saya tidak
pernah berhasrat memaksa anda mempercayai apa yang saya
katakana . Tetapi walau apa pun anggapan anda mengenai kata-kata
saya , saya tidak kisah sangat kerana anda mungkin hanya akan
percaya jika anda sendiri yang mengalaminya.

Tetapi saya mahu mengatakan bahawa saya memang benar-benar


telah berjaya memiliki pendapatan sedemikian sekarang ini sejak
beberapa tahun lalu . Malah saya sangat percaya bahawa saya masih
boleh memperolehi pendapatan yang lebih banyak daripada itu jika
saya mahu . Dan saya mengatakannya mudah kerana sewaktu saya
menulis buku ini pun saya hanya menulisnya diatas meja makan di
dapur rumah saya di sebelah peti ais dengan hanya memakai seluar
pendek dan memakai singlet sahaja . Malah tidak keterlaluan jika saya
katakan kalau saya memilih untuk tidak memakai apa-apa sewaktu
membuat kerja saya dirumah tiada siapa yang akan memarahi saya .

Apa kerja yang telah saya lakukan ? Saya hanya MENJUAL


MAKLUMAT-MAKLUMAT berupa PANDUAN-PANDUAN melalui pos
dengan menggunakan iklan-iklan kecil di dalam akhbar harian , akhbar
mingguan dan tabloid . Pekerjaan ini bukan sahaja menyeronokkan
tetapi AMAT MENGUNTUNGKAN . Saya YAKIN ANDA JUGA BOLEH
melakukanya . Malh tidak mustahil jika anda boleh memperolehi
pendapatan yang jauh lebih lumayan daripada saya kelak jika anda
mahu mempelajari dan melaksanakan kaedah ini . Sekarang anda
mungkin merasa pelik atau keliru kerana anda masih tidak faham dan
tidak tahu caranya dan mungkin anda benar-benar tidak tahu . Tidak
mengapalah … ….anda tidak perlu risau , bacalah sahaja buku panduan
ini secara tenang dan perlahan-lahan dan sebaiknya anda mengulangi
pembacaan anda dan fahami mengenai MAKLUMAT-MAKLUMAT yang
boleh dijadikan sumber pendapatan . Saya percaya akhirknya anda
akan memahaminya dan merasa okey .

Anda Boleh Mempelajarinya Sekarang

Bagaimanakah cara saya melakukan urusniaga ini ? Saya akan


memberitahu anda semua teknik yang saya gunakan didalam
bahagian penting buku ini sekarang . Apa itu maklumat ? Anda tahu
apa itu MAKLUMAT? Maklumat ialah PERKARA ATAU CERITA tentang
sesuatu perkara . Semua berita dan cerita adalah maklumat , anda
hanya perlu mengenal pasti maklumat yang diperlukan sahaja dan
boleh ditukar menjadi wang jika ianya dijual atau disebarkan kepada
orang ramai . Anda hanya perlu perlu mengenal pasti maklumat yan
diperlukan sahaja dan boleh ditukar menjadi wang jika ianya dijual
dan disebarkan dan dijual kepada orang ramai. Anda hanya perlu
mempelajarinya dan mengetahui cara untuk mendapatkannya dan
seterusnya menukar bentuk maklumat tersebut, kemudian belajar
cara mengeluarkannya dan cara untuk menjualnya . DUNIA
MAKLUMAT ADALAH DUNIA WANG . Anda tidak perlu menjadi
pengumpat atau menyebarkan khabar angina dan mengata orang , itu
juga adalah maklumat , tetapi maklumat bodoh yang hanya
menambahkan dosa dan membuang masa anda sahaja.

MENCARI WANG DENGAN MENJUAL MAKLUMAT MELALUI KEMUDAHAN


POS

Dalam mengejar arus kemodenan kehidupan yang semakin maju


semakin ramai orang memerlukan maklumat-maklumat yang boleh
membantu menyelesaikan masalah-masalah kecil dan juga masalah
besar mereka .Kemudahan perhubungan komukasi juga semakin
canggih , telah banyak ciptaan teknologi baru yang dibuat untuk
memudahkan urusan . Maklumat dapat dihantar keseluruh pelusuk
dunia dalam masa beberapa saat sahaja pada masa sekarang , saiz
bumi tidak mengecil tetapi segala kemudahan yang dicipta telah
mengecilkan jurang jangkauan masa yang dalam tempoh beberapa
dekad yang lalu merupakan satu masalah komunikasi yang besar
.Pada masa ini anda boleh membaca akhbar dan memesan barangan
keperluan malah anda boleh membeli kereta hanya dengan menekan
beberapa butang ditelefon ataupun papan kekunci (keyboard)
computer anda.

Hampir kesemua perkara dapat dilaksanakan hanya dari rumah tanpa


meninggalkan tempat tidur dan tempat duduk anda termasuk sistem
perbankkan dan pembayaran bil-bil . Anda tidak perlu beratur panjang
dikaunter ataupun membawa wang tunai yang banyak . Jadi dengan
segala kemudahan yang ada itu bermakna semakin ramai orang boleh
bekerja dari rumah dan memperolehi pendapatan yang lebih besar
tanpa perlu membayar kos yang banyak dan ia juga dapat
menjimatkan kos yang besar . Ini kerana dengan sistem yang tercipta
sekarang ini penggunaan kertas dan masalah birokrasi dan tidak
kecekapan dapat diatasi . Ini adalah fakta yang sebenar yang sedang
berlaku pada masa sekarang . Didalam alaf baru yang akan dating
sudah psti persaingan akan bertambah rumit dan kemudahan semakin
banyak .
Sebagai mana yang saya lakukan sekarang dimana saya hanya
mengambil faedah daripada kewujudan kemudahan tersebut . Saya
telah dapat melihat potensi peluang yang sangat besar untuk mencari
wang dari rumah . Saya akan mengajar bagaimana untuk mencari
wang dirumah dengan cara yang lebih mudah dan lebih murah tetapi
boleh menghasilkan pulangan yang lebih tinggi . Anda tidak perlu risau
mengenai kekurangan modal , tidak memiliki telifon , tidak memiliki
mesin taip ataupun komputer . Anda boleh mendapatkan semua
keperluan dan kemudahan ini kemudian nanti . Sekarang saya akan
mengajar anda dan memberitahu anda bagaimana saya telah
menggunakan kemudahan sistem pos biasa untuk mencari wang ?
Saya telah menjual barangan bercetak seperti buku yang sedang anda
pegang dan baca sekarang ini . Ia juga adalah maklumat bukan ?
Sebagaimana anda telah membelinya kerana mahu mendapatkan
maklumat mencari wang dirumah , begitulah juga yang dialami oleh
beribu-ribu orang lain dan tidak terkecuali juga diri saya sendiri satu
ketika dahulu .

Ini adalah hanya sebahagian kecil daripadanya sahaja . Maklumat


boleh dibuat sama ada dalam bentuk buku-buku kecil , pita kaset ,
dalam bentuk rakaman gambar video , di dalam bentuk disket
computer , dan juga di dalam bentuk CD ROM . Maklumat yang baik
dan boleh memberikan keuntungan adalah maklumat yang merupakan
maklumat yang mudah dijual dan mempunyai pasaran yang tidak
terbatas serta mudah pula untuk mengendalikannya . Dengan menjual
maklumat seperti ini anda tidak perlu menyimpan stok barangan ,
tidak perlu takut kehabisan stok atau tiada pembekalan barangan .
Anda boleh mengeluarkannya sendiri maklumat anda berulang kali
dengan mudah dengan menggunakan kos yang sangat minima . Ini
juga dapat mengurangkan risiko keperluan mofal yang besar ,
pengurangan kos pengurusan dan kos gaji pekerja , kos keperluan
pejabat dan sewaan ruang niaga .

Anda TIDAK PERLU membuka syarikat akhbar atau majalah atau


penerbitan lain yang perlukan modal besar dan kakitangan yang ramai
untuk menjual maklumat anda itu . Ianya boleh dikendalikan secara
berseorangan sahaja itulah kelebihan dan kebaikan sistem yang saya
gunakan sekarang ini , itulah sebabnya ia dikatakan mudah . Adakah
perkara yang mudah ini sukar bagi anda untuk melakukannya ? Saya
juga seperti anda , malah mungkin keadaan anda sekarang lebih baik
daripada saya dahulu . Saya hanya ada kaki dan tangan , mata , otak ,
telinga , hidung dan mulut . Tetapi saya tidak mempunyai wang ,
malah saya menanggung hutang yang banyak yang boleh
memungkinkan saya menjadi gila kerana tiada wang untuk
membayarnya serta telah menerima saman supaya segera membayar
hutang saya . Kerana tidak putus asa maka Allah telah memberikan
jalan kepada saya .
Syukur kerana saya tidak gila dan berputus asa dulu jika tidak anda
mungkin akan menemui saya merayau ditepi jalan dan bercakap
sendirian . Okey sekarang saya akan mendedahkan kepada anda
mengapa dunia maklumat dikatakan lebih mudah untuk MEMBUAT
DUIT daripada cara lain dan mengapa bidang ini lebih ramai
melahirkan usahawan dan jutawan berwibawa ? Maklumat yang telah
saya katakan tidak terbatas dan boleh dibuat dalam berbagai bentuk
seperti yang dikatakan diatas . Ianya mungkin dalam bentuk majalah
hiburan
,berita,kartun,nasihat,rencana,artikel,puisi,cerpen,pendidikan,politik,k
erjaya, salah dan kaunseling,kenderaan bermotor, pertanian,
penternakan, reakrasi, hobi-hobi , seni, sukan, makanan, kesihatan,
kecantikan, petua-petua, agama dan bermacam-macam lagi jenis
maklumat dan panduan boleh dihasilkan kerana maklumat adalah
ASAS dan keperluan hidup. Hanya orang yang sudah mati sahaja tidak
perlu maklumat lagi yang berkaitan kehidupan di dunia ini. Begitulah
luasnya makna maklumat.
BAGAIMANA SAYA MEMBUAT DUIT MELALUI POS

Pada awal penglibatan saya di dalam industri mencari wang secara pos
dan menjual maklumat-maklumat tertentu saya memanglah tidak
begitu arif sehinggakan saya banyak membaca dan mencuba sendiri
teknik-teknik dan cara memasarkan produk saya kepada golongan
tertentu . Maklumat yang mula-mula saya jual ialah mengenai perkara
yang bersangkutan dengan hobi saya ketika itu iaitu fotografi . Saya
pernah memiliki pelbagai jenis kamera daripada kamera jenis poket
yang kompak sehinggalah kepada kamera jenis SLR yang berharga
lebih RM 3,000 ketika itu .

Saya suka mengambil gambar walaupun tidak berapa suka


menjualnya . Pada masa yang sama saya juga membaca majalah
fotografi dari dalam dan luar negara . Dengan hobi dan pembacaan
saya itulah saya menjadi mahir dan saya juga menemui peluang rahsia
sistem mencari wang ini melalui iklan didalam majalah-majalah
tersebut . Maklumat pertama yang saya tulis ialah mengenai cara-cara
mencari wang melalui kamera . Saya menulis panduan sebanyak (8)
muka surat yang isinya banyak saya ambil daripada petikan-petikan
rencana berbahasa Inggeris yang kemudian saya terjemahkan dengan
bahasa cara yang saya fahami yakni tidak begitu tersusun dengan baik
.

Saya telah menghantar hasil tulisan saya itu kesebuah kedai


percetakan segera dimana saya tidak begitu arif mengenai dunia
percetakan . Upah menaip bagi satu muka surat ialah RM 10 ketika itu
. Ia memang mahal bagi saya kerana saya tidak ada wang . Selain itu
saya juga ada menyediakan brosur / catalog atau surat keterangan
ringkas tentang panduan yang saya jual itu . Semuanya saya buat
berdasarkan apa yang diajar melalui buku yang saya beli dulu .
Kemudian dengan duit yang saya pinjam daripada seorang kawan
sebanyak RM 35 saya pun membuat iklan disebuah akhbar tempatan
seminggu sekali .
Panduan yang saya jual itu di beri tajuk BAGAIMANA MEMPEROLEHI
RM300 SEMINGGU DENGAN KAMERA ANDA . Iklan yang saya buat itu
kecil sahaja iaitu diruangan rampaian jenis iklan perkataan . Tajuk
iklan saya : RAHSIA MEMPEROLEHI RM 300 SEMINGGU DARI KAMERA
ANDA . Untuk mendapatkan keterangan lanjut sila kirimkan envelop
4/9 beralamat dan bersetem 30 sen kepada : DYNAMIC MAIL
ENTERPRISE . Jln Sg Gelama Off Jln Tok Muda , 42200 Kapar ,
Selangor .

Lebih kurang seminggu saya memperolehi banyak surat pertanyaan


lalu saya membalasnya dengan menghantar brosur atau catalog yang
telah dilengkapkan dengan boring pesanan supaya mereka boleh
membuat pesanan . Saya menjual panduan tersebut dengan harga
sebanyak RM 19.95 sebuah , hanya lapan muka surat sahaja .
Selepas membalas semua surat itu dalam masa beberapa hari sahaja
saya mulai menerima pesanan-pesana untuk mendapatkan panduan-
panduan tersebut . Saya hanya perlu membuat salinan fotostat sahaja
mengikut jumlah pesanan yang diterima dimana kosnya hanya 5 sen
bagi setiap muka surat dan saya menjualnya dengan harga RM 19.95 .

Kos sebuah panduan campur kos iklan dan setem hanya lebih kurang
RM 5 sahaja . Jadi saya masih untung sebanyak RM 14.95 dari sebuah
panduan yang di jual . Sejak daripada itu saya terus mengembangkan
usaha saya itu dalam berbagai bentuk maklumat tentang perkara-
perkara yang lain pula sehinggalah sekarang dimana saya telah
menerbitkan sebanyak 9 panduan yang berlainan konsep lain-lain
golongan tertentu sahaja .Sekarang saya telah menggunakan cara dan
peralatan yang lebih canggih termasuk kemudahan mesin menjawab
talipon , mesin faks ,dan juga computer . Untuk menulis dan mencari-
cari idea ia sudah tidak menjadi masalah kepada saya sekarang
kerana sudah biasa dan tahap pembacaan meluas yang saya miliki
sama ada melalui bahan bacaan dari dalam negeri ataupun daripada
luar negeri . Sesetengahnya saya perolehi daripada majalah dikedai
dan juga buku serta sesetengahnya daripada maklumat yang
diperolehi dari internet .

Saya menjadi mahir kerana melakukannya selalu hinggakan saya


boleh melihat setiap “benda” yang ada dirumah pun boleh di buat
cerita bagaimana ia boleh menghasilkan duit . Katakan sahaja ,
kereta,motosikal, rumah,karpet,basikal,talipon,TV,radio,pokok
bunga,perabot dan banyak lagi semuanya boleh menghasilkan wang
kepada kita jika kita tahu untuk mengekplotasikannya menjadi bentuk
PELUANG bukannya sebagai HALANGAN sebagaimana kebiasaan ramai
orang sangkakan . Malahan benda-benda terpakai pun memberi
keuntungan . Dengan berfikir secara positif kita akan dapat
menukarkan sesuatu yang tidak berguna menjadi perkara yang
berguna .Sedangkan sampah sarap pun masih boleh digunakan oleh
orng Bayangkan betapa ruginya jika otak/akal yang dikurniakan Allah
tidak digunakan dengan betul dan digunakan secara maksimum. Otak
dan akal adalah sumber dimana kewangan anda boleh dihasilkan
kerana semuanya bermula dan diproses dengan menggunakan otak
dan akal yang bernas . Betapa ruginya jika akal tidak digunakan
dengan sempurna . Anda boleh menggunakan otak anda untuk
mencari AKAL bagi mencari wang . Jika anda malas menggunakannya
maka sudah tentu duit juga malas menghampiri anda.

“ Hanya orang yang tahan berjalan didalam gelap gelitalah


yang dapat melihat bintang- bintang dengan terang”

Seperti yang telah dinyatakan bahawa memang terdapat berjuta-juta


jenis barangan yang boleh dijual melalui pos dari rumah . Sama ada
barangan tersebut daripada hasil yang dikeluarkan sendiri ataupun ia
di perolehi daripada pembakal yang lain . Masalah biasanya berlaku
jika mengedarkan barangan yang dikeluarkan orang lain kerana
wujudnya persaingan yang banyak tetapi masalah tidak akan berlaku
jika sekiranya anda menjual barangan yang boleh dikeluarkan sendiri .
Dan seperti yang sudah diberitahu sebelum ini . MAKLUMAT
merupakan bahan yang termurah dan termudah ,untuk dikeluarkan
dan mudah untuk dijual .

Sebab itu jika dilihat dinegara ini setiap bulan akan terbit bahan-bahan
bacaan baru dengan banyaknya . Ini tidak termasuk bahan-bahan
yang dibawa dari kuar ngara kesini . Itu membuktikan bahawa
maklumat adalah satu industri yang menguntungkan kerana ianya
murah . Maklumat merupakan nadi pembangunan minda insan dan
asas yang menggerakkan kemajuan ekonomi sesebuah negara .

Dengan maklumat juga tamadun manusia telah berkembang ia adalah


pamangkin pembangunan secara keseluhuran. Kerana jika tanpa
menggunakan maklumat yang tepat dan betul ekonomi, pendidikan,
pertahanan sesebuah Negara tidak akan berkembang dengan pesat .
Bahan-bahan yang boleh anda tulis sendiri ialah mengenai apa sahaja
topic tetapi yang penting ialah mempastinya agar dapat memberi
faedah kepada pembacanya .

Ia boleh dibuat dalam berbagai bentuk seperti News Letter atau surat
berita ,buku-buku panduan kecil mengenai cara menjaga bunga
,panduan bagaimana menghasilkan wang daripada sesuatu hobi
tersebut. Jika minat anda ialah didalam bidang masakan anda boleh
menulis petua-petua dan juga resepi-resepi , jika anda tahu menjahit
bolehlah anda menulis buku panduan atau laporan-laporan ringkas
mengenai cara menjahit, memotong, menyulam, menerangkan cara
mencari wang dari bidang jahitan kerana tidak semestinya hanya
dangan menjahit baju sahaja.
Anda tidak perlu menulis sehingga menjadi sebuah buku sangat tebal
dan lengkap tetapi cukuplah sekadar mengandungi dua atau tiga muka
surat sahaja pada peringkat awal . Yang penting ialah ianya padat
dengan isi dan mudah difahami . Jika anda tidak mempunyai
pengetahuan dan bahan yang cukup cubalah mendapatkannya
daripada buku-buku, majalah-majalah ataupun dari rencana-rencana
akhbar harian dan mingguan atau cuba dapatkannya dengan membuat
rujukan melalui buku-buku di perpustakaan .

MENCARI WANG YANG MUDAH DENGAN MENJUAL IDEA ANDA

Untuk mengetahui resepi membuat duit yang penting sekali anda


mestilah MEMPUNYAI IDEA dan bersedia untuk mempelajeri cara
untuk melaksanakannya.Sebelum itu anda juga hendaklah membuat
kajian sendiri mengenai minat dan hobi anda terlebih dahulu sebelum
anda bersusah payah mencari bahan dari luar.Saya ambil contoh diri
saya dahulu: katakana saya minat menjahit pakaiantetapi saya tidak
berminat membuka kedai jahit kerana factor ada perasaan segan atau
malu,faktor kos dan masa. Oleh itu saya boleh membuat pilihan lain
yang lebih mudah, saya boleh tuliskan pengetahuan saya itu dalam
bentuk panduan bersiri mengenai cara mengukur, memotong dan
menjahit pakaian dan lain-lain. Saya akan jadikan sebagai “kursus
jahitan ekspress”. Jika saya malas nak buat buku saya boleh
membuatnya dalam bentuk gambar video, jual dalam bentuk pita
video, atau saya boleh rakamkan suara dalam pita kaset .

Jika dibuat dalam bentuk bahan bercetak seperti buku atau newsletter
ia mudah dilakukan dan untuk membuat salinan juga mudah begitu
juga dengan pita video. Saya boleh mambuat salinan sendiri dengan
membeli pita video kosong dan kaset kosong dan menyalinnya
dirumah daripada pita video dan kaset yang asli yang saya telah
rakamkan. Begitu juga jika saya menjual buku panduan, saya boleh
membuat salinan secara potostat dengan mudah. Kaset dan pita video
kosong selama 30 minit adalah yang paling murah dan hanya
berharga beberapa ringgit sahaja sebuah. Ia menjadi lebih murah jika
dibeli dengan kuantiti yang banyak. Jika mahu membuat salinan
potostat saya hanya perlu pergi kemana-mana kedai fotokopi sahaja.
Ianya lebih murah daripada bekerja di kilang. Idea lain pula ialah
katakanlah saya mamiliki kereta, saya boleh menulis bagaimana
mencari wang dengan kereta pada hujung minggu. Katakan saya
tinggal di Kuala Lumpur, saya mengetahui tempat-tempat tertentu
yang boleh dikunjungi pelawat.

Saya akan ceritakan di dalam panduan tersebut bagaimana saya boleh


memjadi seorang pemandu pelancong secara bebas (freelance) .Saya
akan mengenakan bayaran sebanyak RM40 seorang bagi tempoh 4
jam untuk melawat sekitar bandaraya K.L.Jika dalam satu hari saya
ada 5orang pelanggan sahaja ,saya sudah boleh memdapatsebanyak
RM 200 selama 4jam dengan bekerja hanya seminggu sekali. Untuk
mencari pelanggan saya akan mengiklankan perkhidmatan saya itu
diakhbar dan memberikan nombor telifon untuk kemudahan
menghubungi saya .Jika saya seorang mekanik pula, saya akan
menulis atau menerbitkan kursus dan cara-cara membaiki kereta
dalam bentuk video, begitu juga dengan motosikal.

Jika anda memiliki motosikal berkuasa tinggi anda boleh menawarkan


peluang melawat dan bereakrasi dengan motosikal besar, anda boleh
mengenakan sejumlah bayaran. Jika anda seorang kerani akaun anda
boleh menulis panduan bagaimana untuk membuat akaun sendiri atau
boleh mengambil upah membuat kerja perakaunan dari syarikat lain
atau pejabat di rumah. Jika saya pandai dalam bidang lukisan,
matematik, computer saya akan menulis tentang cara belajar melukis,
belajar matematik, dan belajar komputer dirumah. Saya boleh
menerbitkan dalam bentuk buku panduan ,kaset atau pita video. Jika
saya pandai bermain gitar saya akan menulis atau merakamkan suara
dan gambar cara bermain gitar dalam bentuk kaset atau pita video
yang dilengkapi penerangan sekali.

Jika saya suka menyanyi, saya akan tuliskan panduan bagaimana cara
untuk mengawal suara, petua menjaga suara ,cara menjadi penyanyi
yang baik, siapa yang boleh dihubungi, maklumat mengenainya boleh
didapati didalam majalah-majalah hiburan. Jika saya suka memancing
saya akan menulis atau membuat rakaman video atau marakamkan
suara dalam suara dalam kaset yang menerangkan cara untuk
menangkap dan memancing ikan yang baik. Cara memilih umpan
,dimana tempat memancing yang baik, petua-petua memancing yang
membawa hasil lumayan dan lain-lain lagi.

Jika saya tahu mengenai bunga saya akan tulis mengenai cara
menjaga bunga, menggubah bunga, bagaimana menghasilkan bunga
yang baik. Ia boleh diajar dalam bentuk kaset, buku, dan video. Jika
saya ada mesin taip atau computer saya akan menceritakan
bagaimana saya boleh memperolehi pendapatan sebanyak RM20 satu
jam dengan mengambil upah menaip dan melakukan kerja
perakaunan, mereka bentuk grafik dan sebagainya. Jika saya tahu
mengenai penjagaan permaidani saya akan tulis bagaimana boleh
mengambil upah mencuci permaidani dirumah dan memperolehi
pendapatan sebanyak RM100 sehari. Upah mencuci permaidani adalah
mahal.

Jika saya tahu mengenai kanak-kanak dan penjagaan bayi saya boleh
menulis tentangnya ataupun cara mencari wang dengan membuka
pusat penjagaan dan asuhan kanak-kanak. Jika anda seorang
perunding, anda boleh menulis panduan bagaimana untuk menjadi
perunding bebas yang berjaya dirumah. Jika anda seorang penjual
kuih atau roti canai, anda boleh menulis mengenai cara membuat kuih
dan roti canai yang lazat.Seorang suri rumah di Amerika telah menulis
resepi kek klasik zaman 1880an dan telah mengiklankan RAHSIA
resepi tersebut didalam INTERNET. Beliau telah berjaya menjual
sebanyak 70 ribu naskah resepi hanya dalam masa seminggu sahaja.
“Orang yang tidak menyukai ilmu memang tidak ada kebaikan
padanya”

Beliau telah memperolehi pendapatan sebanyak US$250,000 hanya


dalam masa seminggu sahaja. Seorang penjual bunga pula telah
memperolehi US$150,000 seminggu dengan menjual rahsia menjaga
kesegaran bunga. Jika anda sanggup untuk belajar sedikit demi
sedikit, mahu membuat kajian, membaca buku-buku yang membina
diri untuk menjadi insane yang berjaya dan positif seterusnya anda
bergaul dengan orang-orang yang berjaya atau membaca kisah
kejayaan serta selalu bersikap positif, ia akan mempercepatkan lagi
kejayaan anda. Kegagalan hidup sembilan puluh lima peratus manusia
di dunia ini adalah disebabkan dari cara pemikiran mereka sendiri dan
bukannya disebabkan oleh orang lain.Apa yang mereka fakir itulah
yang akan mereka dapat. Ramai yang tidak mengetahui dan berusaha
menggali nilai EMAS yang ada di dalam dirinya sendiri. Mereka lebih
selesa diri dan kehidupan mereka diuruskan dan diarahkan oleh pihak
lain.

Apa yang lebih menyadihkan ialah mereka telah membiarkan pihak


lain menentukan pendapatannya sendiri
,apakah tugas yang perlu dibuatnya dan berapa gajinya, dan apa yang
mesti dilakukan. Sebab itulah apabila mereka memohon pekerjaan
tidak ramai orang yang berani meminta jumlah gaji yang diingininya
kalau ada jumlah yang diminta pun ianya hanya lebih sedikit dari apa
yang telah ditawarkan. Dengan lain perkataan dia tidak mengetahui
nilai dirinya sendiri. Setiap hari mereka melihat semakin ramai orang
yang menjadi kaya, termasuk boss mereka sendiri yang datang
kepejabat dengan menaiki kereta mewah dan mempunyai pemandu.
Ada juga yang Cuma seronok untuk menjadi pemandu asalkan
menerima gaji setiap bulan dan dapat menanggung keperluan
keluarga itu dianggap sudah bagus. Jika anda hanya mempunyai sikap
CEPAT BERPUAS HATI arah hidup anda akan terencat.

Mereka dapat melihat kejayaan orang lain setiap hari, tetapi mereka
masih lagi buat-buat tidak kisah atau tidak nampak. Cara hidup begitu
ibarat seperti katak dibawah gelas. Walaupun dia boleh nampak
sekeliling tapi masih tetap mahu berada disitu sahaja selagi perut
masih kenyang hanya disebabkan keselasaan yang sedikit itu sahaja.
Untuk memulakan sesuatu janganlah ditunggu sehingga ianya menjadi
lebih sempurna kerana selagi anda tidak melakukannya maka ia tidak
akan sempurna dengan sendirinya. Pengalaman hanya akan didapati
hanya setelah anda melakukan sesuatu pekerjaan tersebut tetapi
selagi ianya tidak dilakukan dan dirasai anda tidak akan tahu
tentangnya. Jadi sesuatu perkara itu tidak akan menjadi sempurna
jika anda tidak melakukannya.
Pada peringkat awal saya mulai menulis dahulu ramai juga pelanggan
saya yang telah menulis surat kepada saya dan memberikan komen
temtang hasil kerja saya yang tidak begitu sempurna. Malah sehingga
sekarang pun saya masih lagi mengalu-alukan komen daripada
pembaca dan pelanggan saya untuk meningkatkan mutu tulisan dan
kerja saya. Jika anda mahu menjadi penulis di peringkat awal anda
tidak perlu terlalu risau mengenai penggunaan ayat-ayat yang tidak
teratur pada peringkat awal. Anda perlu faham! Untuk mendaki
sebuah tangga, anda tidak boleh melangkah terus ke anak tangga
yang teratas sekali. Ramai orang yang tidak boleh melakukannya.
Anda perlu memijak anak tangga pertama dahulu seterusnya yang
kedua dan begitulah seterusnya.

Itu adalah hukum alam semula jadi yang tidak boleh dielakkan oleh
sesiapa. Jika ada sesiapa yang cuba melakukan tugas tanpa melihat
hukum semulajadi ini nescaya tugas yang dilakukan tidak akan
menjadi sempurna dengan jayanya. Mungkin ia akan terhenti di awal
jalan, di tengah jalan atau langsung terhenti tanpa berjalan. Pekerjaan
yang sempurna hanya dapat dilakukan setelah mengalami kesilapan
dan kesalahan dari satu peringkat kesatu peringkat. Saya juga telah
menjadi semakin mahir setelah melalui kesilapan-kesilapan yang saya
lakukan.Dan saya telah menjadi lebih pandai dengan membaca buku-
buku sambil melaksanakan seranan yang terkandung di dalamnya
sedikit demi sedikit.Tidak ada gunanya jika anda asyik mencari
peluang kesana kemari jika anda jenis manusia yang CEPAT
BERPUTUS ASA sedangkan masa akan terus berjalan meninggalkan
kita tanpa boleh ditahan-tahan lagi.

Kerana sebenarnya tidak ada FORMULA AJAIB atau luar biasa untuk
berjaya atau menikmati pendapatan yang lumayan. Apa yang ada
ialah KEAJAIBAN anda melaksanakan sesuatu pekerjaan dan tugas
sehingga berjaya dan berhasil. Kerana tidak ramai orang yang
sanggup menyelesaikan sesuatu pekerjaan apabila dia mula menemui
sedikit kesukaran dalam perjalanannya untuk mengejar cita-citanya.
Keajaiban sebenar ialah apabila anda mahu melakukan satu usaha /
pekerjaan sehingga selesai dan berjaya .

“ Rezeki selalu mencari orang yang sabar, tabah, tahan uji dan
gembira. Siapa yang tangannya selalu menadah sedekah sahaja,
khirnya menjadi pemeras dan menjemukan sesamanya”

Kegagalan bukan akhir dari pekerjaan tetapi permulaan untuk


mencapai kejayaan

Jika anda mempunyai kemahiran dalam seni mempertahankan diri


anda boleh mengajarnya melalui kursus secara pos atau melalui pita
video.Anda boleh memberi tajuk kursus anda begini “RAHSIA UNTUK
MEMPERTAHANKAN DIRI DARI MUSUH”boleh dipelajari dengan cepat.
RAHSIA MEMBACA DENGAN CEPAT,RAHSIA MENINGKATKAN
IQ,RAHSIA MENCARI WANG MELALUI AKHBAR,RAHSIA MENJADI
JUTAWAN,RAHSIA KELIHATAN MUDA SENTIASA,RAHSIA MENAMBAT
HATI SUAMI/ISTERI,RAHSIA HIDUP TENTERAM,RAHSIA MENCARI
WANG DENGAN KOMPUTER,RAHSIA CEMERLANG DALAM
PEPERIKSAAN,RAHSIA BERJAYA DALAM TEMUDUGA,RAHSIA MENCARI
WANG DIRUMAH,anda boleh memberi tajuk-tajuk yang menarik
seperti diatas untuk menjadikan bahan tulisan atau gambar video
anda kelihatan penting dan menarik.

Dengan menggunakan perkataan seperti RAHSIA dan BAGAIMANA ia


akan dapat menjadikan produk anda kelihatan hebat.Oleh kerana
ramai orang memerlukan maklumat seperti itu maka dengan memberi
tajuk sedemikian boleh merangsang minda pembaca. RAHSIA
MENDAPATKAN WANG DARIPADA HOBI ANDA.
Katakanlah anda mempunyai hosi mengumpul setem, anda boleh
membaca buku mengenai hobi ini yang boleh anda beli dikedai-kedai
buku kemudian anda tubuhkan sebuah kelab pengumpul setem dan
mengeluarkan berita terbaru, sejarah setem dan sebagainya. Anda
boleh mengenakan sejumlah bayaran tahunan katakan 1000 ahli di
seluruh Malaysia, yuran ahli ialah RM30 setahun jadi anda boleh dapat
sebanyak 30 ribu ringgit setahun.

Untuk memahirkan diri dan mendapatkan banyak maklumat anda


mesti banyak membaca dan membuat kajian sama ada dengan
bertanya kepada orang yang mempunyai kemahiran tersebut atau
anda mendapatkannya daripada buku-buku. Saya juga banyak belajar
daripada buku dimana setiap bulan saya telah membeli buku dan
majalah dari berbagai tajuk, saya membaca hamper semua tajuk
buku. Saya tahu mengenai computer, memancing, kereta, perniagaan,
buku terbaru, video, perisian computer, industri muzik, politik,
ekonomi dan macam-macam lagi. Saya memiliki banyak koleksi buku
dan boleh dikatakan menjadi pandai hanya dengan membaca buku
tanpa perlu pun menjejakkan kaki ke universiti.

Sekarang saya boleh menjadi penulis yang sederhana, mudah untuk


mengeluarkan idea kerana saya mempunyai banyak pengetaahuan.
Saya juga mempunyai banyak pengalaman yang boleh membantu
saya menjayakan usaha saya. Saya tahu bagaimana untuk mencari
pendapatan sebanyak seribu, dua ribu hingga dua puluh ribu ringgit
sebulan dirumah dengan penuh selesa. Saya boleh menulis dan
mencari idea cara untuk mencari wang, dan menulis 5 hingga 6 muka
surat dalam sehari sahaja. Seperti yang telah saya katakan, anda
tidak perlu menulis buku yang panjang lebar dan berjela-jela kerana
anda hanya mahu menyampaikan dan memberitahu rahsia yang anda
miliki secara ringkas.
Saya percaya setiap orang ada memiliki “bukunya” sendiri kerana
setiap orang memang mempunyai kepandaian, kemahiran dan
pengetahuan tersendiri. Hanya orang yang tidak pernah mengambil
tahu tentang apa-apa sahaja yang tidak mengetahui apa-apa pun.
Contoh paling mudah ialah jika anda tidak memiliki wang yang
banyak, apakah cara untuk hidup selesa tanpa memerlukan wang
yang banyak. ANda mungkin terpaksa mengawal nafsu untuk
berbelanja dan terpaksa berhemat, menyimpan atau menabung,
mencari wang tambahan dengan membuat kerja seperti menjual kuih
dan lain-lain.Anda boleh menuliskan semua cirri-ciri diatas sebagai
rahsia hidup selesa, ada wang, sihat dan menjadi kaya. Kerana semua
prinsip tersebut termasuk tabiat menabung boleh menjadikan diri anda
kaya pada satu hari nanti. Menabung dan melabur adalah cara untuk
menjadi kaya lebih cepat. Anda boleh melabur dalam saham atau
perniagaan. Seperti juga saya, dulu tidak ada wang tetapi setelah saya
ada sedikit wang dan saya melaburkannya di dalam perniagaan ini
sekarang wang saya berkembang dengan cepat dan membolehkan
saya hidup dengan lebih selesa. Rahsia bagaimana saya memperolehi
banyak wang ialah sebagaimana yang saya tuliskan di dalam buku ini
sendiri.

Ia adalah satu cara untuk mempertingkatkan sumber pendapatan atau


dijadikan sebagai satu kerjaya. Saya katakana ianya mudah kerana ia
memang mudah dan saya hanya bekerja dirumah sahaja. Sesuatu
perkara akan menjadi mudah jika anda melihatnya sebagai mudah,jika
dilihat susah maka dengan sendirinya ia menjadi susah.Jika anda fikir
makan itu susah maka anda akan merasa susah untuk makan.Seperti
juga; sebuah kapal yang belayar dilautan,ia tidak akan tenggelam
disebabkan air yang berada diluar kapal yang banyak itu sebaliknya
kapal itu akan tenggelam kerana air yang masuk (bocor) yang berada
didalam kapal itu.Sikap anda mencerminkan diri anda dan akhirnya
akan menghasilkan mutu kerja yang anda anggap dan fikirkan.
Kegagalan anda didalam mencapai hasrat dan cita-cita anda
disebabkan anda tidak bersungguh –sungguh berusaha berlandaskan
apa yang anda ketahui selain anda lebih banyak menerima pengaruh
dari luar yang lebih banyak akan menggagalkan usaha anda. Jika anda
mendengar kata-kata yang berbau kegagalan dari orang lain anda
seharusnya lebih bijak menapis dan mengutamakan untuk mencapai
hasrat dan cita-cita dan anda mesti tegas.
MENCARI WANG DENGAN CARA BIJAK MELALUI URUSNIAGA MENJUAL
MAKLUMAT SECARA POS

Bagi kebanyakan orang mencari wang dirumah dengan membuat


sedikit kerja sendiri dari rumah dianggap seperti memerlukan
pelaburan wang yang banyak. Sebagai contoh ialah mengenai cara-
cara menerbitkan sendiri maklumat berupa laporan-laporan,buku
panduan kecil tentang berbagai perkara seperti yang saya telah
terangkan dimuka surat 33,34,35 sebelum ini. Bagi mereka yang tidak
tahu tentu menganggapnya sebagai susah dan memerlukan belanja
yang banyak,sebenarnya kos yang diperlukan adalah sangat kecil dan
masa yang diperlukan juga amat sedikit berbanding perniagaan jenis
lain atau kerja-kerja lain.

Sebagai contoh, buku ini ditulis hanya dalam masa dua minggu secara
sedikit demi sedikit, kos mencetak bagi sebuah buku ini ialah sekitar
RM3.00 sahaja.Untuk pengetahuan anda , membuat kerja-kerja
pernebitan sendiri dirumah adalah merupakan cara mencari wang
yang paling mudah sekali di dunia. Di Negara maju seperti di barat
perniagaan penerbitan sendiri dirumah adalah satu industri yang
mempunyai rekod jualan bernilai berbillion-billion dolar setiap tahun
dan jumlahnya terus meningkat.Ianya satu perniagaan dirumah
(Homebased Business) yang cukup popular sejak beberapa dekad
dahulu. Sudah tentu ianya memerlukan sedikit pengetahuan dan juga
bakat tetapi ianya begitu mudah untuk dipelajari. Bukan sahaja ianya
mudah dipelajari tetapi ia juga mudah untuk difahami. Cuba
perhatikan keterangan dibawah ini. Anda boleh mengikuti langkah-
langkah mudah seperti yang akan diterangkan dibawah ini dengan
berkesan.

1: Pilih dan cari satu tajuk untuk ditulis.Pilih sesuatu yang anda suka
dan seronok melakukannya atau perkara yang anda mahu
lakukan.Sebagai contoh ialah mengenai RESEPI MASAKAN,beli majalah
atau buku resepi atau dapatkanya daripada ibu atau nenek anda
mengenai resepi asli.

2: Sekarang katakan saya sudah memiliki semua maklumat mengenai


resepi tersebut, selepas beberapa minggu atau bulan saya sudah
mempunyai banyak bahan.

3: Pada peringkat seterusnya saya akan menyusun dan membuat


senarai kategori. Katakan untuk kek,lauk, biskut saya akan jadikannya
sebagai satu bab berlainan.

4: Seterusnya saya akan menaipkan semuanya menggunakan


computer atau mesin tapi jika tidak saya akan mengupah orang lain
menaipkannya. Saya akan letakkan nombor muka surat 1,2,3,4,5,6
dan seterusnya.

5: Sekarang buku tersebut sudah sedia untuk dicetak, saya akan


membuat semakan mengenai ejaan dan perkataan yang digunakan
serta memperbaiki kesilapan dan cuba meminimumkan kesilapan.
Saya sudah dapat melihat kerja terakhir. Saya akan menulis buku
saya dalam saiz kertas fotokopi A4 seperti buku ini. Kemudian buat
tambahan dua muka surat untuk dijadikan kulit depan dan belakang.
Ini adalah saiz terbaik untuk projek perniagaan secara pos kecualilah
jika anda sudah boleh menulis novel setebal 100 muka surat.
Buku resepi saya itu mungkin tebalnya hanya 10 atau 20 muka surat
sahaja. Jika saya mahu membuat banyak muka surat saya boleh
menulis dengan tulisan yang bersaiz besar supaya saya boleh dapat
lebih banyak muka surat. Seterusnya saya akan mencetak dua muka
surat depan dan belakang. Jika saya membuat fotokopi dengan
menggunakan toner powder iaitu jenis yang paling terang dan baik
bagi setiap muka surat kosnya hanya sekitar 5 sen hingga 15 sen
bergantung kepada dimana anda tinggal dan berapa banyak kedai
yang ada menawarkan perkhidmatan fotokopi didaerah anda. Dan
selain itu semakin banyak anda membuat salinan fotostat kosnya akan
menjadi semakin murah. Katakan buku saya itu setebal 20 muka surat
kosnya hanya diantara RM1 hingga RM3 sahaja bagi setiap naskah.

Kemudian saya akan membuat iklan diaakhbar setiap minggu


menawarkan resepi istimewa yang lazat bagi menjual resepi saya itu.
Saya juga akan membuat(menulis) brosur atau surat keterangan
jualan untuk buku tersebut dimana saya akan menceritakan secara
ringkas tentang kebaikan dan kelebihan buku tersebut. Di dalam
brosur tersebut saya akan menyediakan boring pesanan sekali supaya
mereka mudah untuk membuat pesanan. Dimuka surat berikut nanti
akan diterangkan bagaimana caranya membuat surat jualan atau
brosur. Tidaklah sesusah mana untuk mencipta mesin membuat wang
anda sendiri. Setiap orang memiliki kebolehan dan minat tersendiri.
Tiada rahsia yang saya masih sembunyikan lagi sekarang.Dengan
semua keterangan yang diberikan ini anda boleh mencipta pendapatan
sendiri mulai sekarang. Jika minat dan pengetahuan anda boleh
menarik minat orang lain maka peluang adalah amat cerah sekali bagi
anda. Di jamin! Jadi, mulakanlah sekarang. Pilih dan fikirkan satu
tajuk yang menarik, kumpulkan semua maklumat mengenainya dan
taipkannya. Anda akan menjadi juara sebelum anda mengetahuinya.
Jiran akan mulai melabel anda sebagai penulis.Anda boleh
mendongakkan kepala anda dan anda boleh mulai meletakkan
perkataan “penulis” di dalam kad perniagaan anda (business
card).Bukankah itu sesuatu yang hebat? Di muka surat berikut nanti
akan diterangkan bagaimana untuk mendapatkan idea mudah.

CONTOH MENGGUNAKAN IDEA YANG PALING MUDAH DAN RINGKAS


BAGI MENCARI WANG DIRUMAH

Kebanyakan orang merasa amat sukar untuk mencari idea dan ramai
orang mengatakan buntu memikirkan bagaimana untuk mencaari idea.
Ini berlaku disebabkan beberapa factor seperti, memang tidak tahu
kerana ia perkara baru baginya atau kerana dia tidak mahu belajar
kerana malas berfikir disebabkan otaknya sudah berkarat. Sebenarnya
terlalu banyak benda yang boleh difikirkan dengan mudah dan boleh
ditukarkan menjadi peluang membuat duit. Disini saya akan
memberikan contoh yang paling mudah sekali seperti ini. Dinegara ini
terdapat begitu banyak sekali syarikat jualan langsung atau MLM yang
memberikan peluang menambahkan pendapatan dengan menjadi agen
jualan langsung.

Malah anda sendiri mungkin pernah menyertainya, mungkin


kakak,abang,ibu,bapa,adik,makcik, &pakcik, kawan-kawan anda
sendiri pernah menyertai bidang jualan langsung. Anda tidak perlu
menjadi agen jualan langsung untuk mereka jika anda tidak suka
sebaliknya anda boleh mengumpulkan banyak maklumat serta peluang
yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat jualan langsung tersebut dan
menuliskannya menjadi satu buku panduan mencari wang lumayan .

Anda boleh menuliskan jenis-jenis peluang yang ditawarkan mengenai


pelan pemasaran, orang yang boleh dihubungi seperti anda sendiri
atau kaum keluarga anda, kawan-kawan anda. Jika anda seorang agen
jualan langsung yang aktif bolehlah anda memberikan nombor talipon
sekali didalam buku tersebut supaya anda boleh dihubungi. Anda
hanya perlu menulis nama syarikat yang menawarkan peluang
tersebut dan alamat ahli yang anda kenali yang boleh dihubungi.

Untuk mendapatkan nama syarikat dan ahli tidaklah sesusah mana


kerana hamper setiap bulan dan hamper semua orang pernah
mendengar atau menyertai jualan langsung. Syarikat jualan langsung
tumbuh bagai cendawan selepas hujan setiap bulan dimana sehingga
kini terdapat lebih 700 syarikat jualan langsung di Malaysia yang
memang menawarkan peluang pendapatan yang sangat lumayan bagi
mereka yang rajin tetapi tidak bagi yang malas. Anda mungkin boleh
dapat 10 hingga 50 nama syarikat kerana banyak iklan dibuat
diakhbar setiap minggu, anda boleh dapatkan alamatnya disana.

Buku panduan anda itu mungkin boleh dibuat setebal 10 hingga 20


muka surat, itu sudah mencukupi. Ia boleh diberi tajuk begini: “20
PELUANG PENDAPATAN LUMAYAN DIRUMAH”, “PELUANG
MEMPEROLEHI PENDAPATAN SEBANYAK RM1,000 HINGGA RM50,000
SEBULAN DIRUMAH”, “KERJA SAMBILAN YANG LUMAYAN DIRUMAH”,
“PENDAPATAN LUMAYAN WALAUPUN ANDA SEDANG TIDUR” tajuk ini
menarik dan benar kerana banyak syarikat menggunakan sistem
“penajaan”, ini bermakna walaupun anda tidak menjual atau menaja
pada hari tersebut mungkin orang dibawah tajaan anda sedang
menjual atau menaja, oleh itu anda tetap menerima bonus atau
komisen jualan.

Maknanya sewaktu anda sedang tidur diwaktu malam sebenarnya


masih ada orang yang bergerak aktif dimana-mana, oleh kerana dia
adalah tajaan anda maka wang tetap diterima sewaktu anda tidur.
Banyak sekali idea yang boleh difikirkan. Jika ini pun anda masih fikir
ia perkara yang mustahil dan susah cuba fikirkan idea yang berikut ini
pula! Anda mungkin seorang pencari peluang dan peminat setia
ruangan iklan kerja kosong, peluang perniagaan, pendapatan lumayan
yang disiarkan dalam iklan setiap minggu diakhbar tempatan.
Sama ada anda sedar ataupun tidak, sebenarnya selain daripada anda
ada beribu-ribu orang lain lagi yang juga sedang mencari maklumat
seperti anda. Cara kedua yang paling baik dan berfaedah untuk
mendapat keuntungan ialah ; Anda kumpulkan semua nama dan
alamat syarikat yang membuat iklan itu, kemudian senaraikannya
menjadi satu buku panduan maklumat peluang-peluang pendapatan
lumayan di rumah. Cara menyusunnya adalah sama seperti
diterangkan sebelum ini. Jadikannya 10 hingga 20 muka surat
bergantung kepada berapa banyak senarai yang anda ada.

Dan anda boleh mencari nama-nama syarikat dari luar negeri dengan
membeli majalah seperti Small Business Opportunities, Business Start
Up, Home Based Business dan lain-lain yang boleh didapati dikedai
menjual majalah. Setelah buku panduan anda itu siap anda hanya
perlu membuat iklan setiap minggu, menyediakan brosur yang
lengkap dengan boring pesanan.Jadi secara tidak langsung anda telah
menjadi orang tengah disamping anda akan memperolehi pendapatan
yang lumayan setiap minggu dengan menyebarkan maklumat seperti
itu.Saya juga ada membuat urusan melalui pos dengan menjadi agen
sebuah syarikat dari USA yang menawarkan peluang mendapatkan
berbagai peluang perniagaan secara mudah dan memperolehi
pendapatan melalui kaedah tersebut.Saya mengenakan bayaran
perkhidmatan sebanyak RM30.Untuk mendapatkan maklumat
tersebut, mudah bukan ?

BAGAIMANA CARA MENDAPATKAN WANG LUMAYAN DARI PETI SURAT


ANDA SETIAP HARI

Saya telah mendapatkan wang setiap hari dari peti surat saya. Ia
seolah-olah memiliki mesin mencetak duit dimana saya telah
menukarkan peti surat saya menjadi mesin membuat duit. Sebenarnya
terdapat banyak cara untuk memperolehi wang secara pos.Untuk
menyenaraikan semuanya mungkin tidak cukup untuk diisi dalam
sebuah bilik. Walau bagaimanapun saya dengan besar hati mahu
membantu anda memulakan perniagaan secara pos dirumah yang
sangat menarik ini. Ianya mudah, hasilnya cepat dan sangat lumayan
serta kerjanya tidak terlalu berat dan terlalu banyak. Ianya tidak
susah langsung jika anda mahu mempelajarinya dengan pelahan-lahan
dan sedikit-sedikit.

Jimatkan wang anda! Ia tidak memerlukan pelaburan yang banyak dan


anda akan merasa takjub bagaimana mudahnya ia boleh dijalankan
dan boleh dijadikan sebagai sumber pendapatan kedua dengan cepat.
Satu perkataan yang anda perlu ingati ialah walau dimana sahaja
orang tinggal didunia ini, mereka perlukan maklumat. Dan mereka
sanggup membayarnya kepada anda untuk mendapatkannya. Seperti
juga dengan saya yang menyediakan maklumat seperti yang anda
sedang pegang dan baca ini, saya menulis hanya dengan
menggunakan computer notebook di atas meja makan berukuran 21/2
kaki kali 3 kaki didapur rumah saya .

Kemudian saya hanya perlu membuat iklan dan memang ramai


pembaca iklan diakhbar akan menghantar surat pertanyaan berkaitan
iklan yang saya keluarkan kepada anda dan saya akan membalasnya
dengan mengirimkan catalog jualan buku-buku panduan saya. Dalam
beberapa hari sahaja saya akan mulai mendapat pesanan dan
tempahan yang telah disertakan wang oleh kerana saya membuat
iklan yang berterusan didalam banyak penerbitan maka saya
memperolehi wang secara terus menerus setiap hari sehingga ada
kalanya boleh mencapai sehingga RM1,000 sehari. Ia memang
sungguh lumayan untuk kerja yang hanya dilakukan selama beberapa
jam sahaja dalam seminggu dirumah. Apabila membuka sampul surat
didalamnya terdapat wang pos,cek,kiriman wang dan kadangkala ada
yang mengirimkan wang tunai. Sungguh hebat dan menyeronokkan
sekali rasanya memiliki perniagaan seperti ini.

BAGAIMANA CARA MELETAK HARGA ?

Apabila buku anda sudah siap perkara utama untuk dilakukan ialah
meletakkan nilai harga bagi buku anda itu. Bagi buku setebal 10 muka
surat ia boleh diletakkan harga diantara RM10 hingga RM40 sebuah
bergantung kepada pengtingnya panduan tersebut serta betapa
menariknya isi buku tersebut. Dan yang paling utama untuk diambil
kira ialah mengenai kos keseluhuran dari awal hingga akhir. Ianya
meliputi kos menaip walaupun ia hanya perlu dilakukan sekali sahaja.
Kos lain seperti percetakan(fotokopi), pengiklanan,setem,sampul surat
dan lain-lain. Pada kebiasaannya harga untuk diletakkan ialah
sekurang- kurangnya tiga kali ganda kos pengeluaran contohnya
sebuah buku kosnya ialah RM2 maka ia perlu dijual pada harga RM6.

Ini adalah harga paling rendah yang anda boleh jual untuk
mendapatkan sedikit keuntungan. Pada kebiasaanya mereka meletak
harga diantara lima hingga dua puluh kali ganda untuk menampung
kos yang sebenar dan memperolehi keuntungan yang sewajarnya. Jika
buku anda setebal 10 muka surat anda boleh memberi harga sebanyak
RM19.95 ianya terpulang kepada anda. Jika dalam satu hari anda
memperolehi pesanan sebanyak 20 buah, anda boleh menikmati
pulangan kasar hamper RM400 sehari. Jika ditolak kos keseluhuran,
katakanlah hanya 40% anda masih mempunyai untung bersih sekitar
RM230 sehari.

Ini sudah agak lumayan dan jika anda membuat iklan lebih banyak
penerbitan, bukannya mustahil jika anda juga memperolehi
pendapatan sehingga dua tiga ribu ringgit dalam sehari. Tiada orang
tengah yang akan mengambil keuntungan anda dan anda tidak perlu
merasa sakit hati kerana ramai orang berhutang. Ini adalah rahsia
sebenar bagaimana anda boleh memperolehi wang dengan banyak
setiap hari. Penerbitan sendiri adalah kerja yagn sangat mudah kerana
anda tidak perlu menjadi penulis.

Anda hanya perlu membuat iklan dan memproses pesana untuk


diposkan kepada pelanggan anda dimana ianya boleh dilakukan sambil
menonton TV atau sambil berbual-bual selama dua tiga jam sehari dan
dua tiga hari dalam seminggu sahaja. Ini bukannya cerita rekaan dan
karut yang saya buat-buat tetapi satu kenyataan dimana ia benar-
benar berlaku kepada saya sehingga kehari ini sejak beberapa tahun
yang lalu. Apabilaa pergi kepejabat pos untuk mengambil surat ramai
orang hairan kerana surat yang saya terima jumlahnya beratus-ratus
pucuk setiap minggu.

Apabila saya pergi ke bank untuk berurusan saya mudah membuat


urusan kerana para staff bank sudah mengenali saya. Setiap hari saya
akan menghantar anak-anak kesekolah dan isteri saya pula duduk
dirumah, memang ramai yagn tidak tahu pekerjaan saya sebenar .
MULAKAN USAHA ANDA DENGAN BIJAK DENGAN MEMPELAJARI
LANGKAH YANG PENTING INI

BAGAIMANA CARA UNTUK MEMBUAT SURAT JUALAN / BROSUR


/ KATALOG

ANDA ADALAH BOSS KEPADA DIRI SENDIRI, ANDA BOLEH MENCIPTA


MASA DEPAN YANG LEBIH GEMILANG DENGAN PERNIAGAAN INI .
TERUSKAN LANGKAH ANDA SEKARANG !!
BAGAIMANA CARA MEMBUAT SURAT JUALAN YAGN BAIK DAN LEBIH
BERKESAN

Setelah mempunyai buku panduan anda sendiri kini tibalah pula


masanya mempelajari cara untuk membuat surat jualan, ada yang
menyebutnya atau memanggilnya brosur ataupun catalog. Walau apa
pun nama yang anda sebut mengenainya, yang paling penting ialah
bagaimanakah cara untuk menjual buku panduan anda itu dengan
lebih berkesan dan mudah tetapi hanya dengan menggunakan kos
yang lebih minima atau paling sedikit tetapi sangat menguntungkan.
Adakah fikiran anda mulai menjadi kosong untuk menulis surat jualan
anda sekarang? Adakah anda mempunyai idea yang bagus
sebelumnya dan sekarang ia telah hilang? Jika begitu anda bukanlah
keseorangan. Ini adalah halangan biasa yang selalu dihadapi oleh
pemilik perniagaan. Disini ada disediakan beberapa tip atau panduan
yang dapat membantu anda mengatasi masalah anda itu. Ia boleh
membantu anda untuk menulis surat jualan yang lebih berkesan.

1: Jadilah seorang pelanggan; Ini adalah aspek terpenting tentang


surat jualan yang baik, tetapi ia sering dilupakan. Bayangkan diri anda
sebagai saorang pembaca kepada surat anda tulis itu, tuliskan apa
yang pelanggan mahu tahu – bukannya hanya sesuatu yang anda
mahu katakan. Anda boleh gunakan satu muka surat penuh saiz A4,
penuhi apa yang mereka mahu bukan apa yang anda mahu.

2: Jadikan surat anda kelihatan tersusun; Surat jualan juga seperti


kertas ujian sekolah, ia perlukan keterangan pengenalan,isi dan
kesimpulannya. Didalam bahagian pengenalan diri atau syarikat anda,
beritahu mereka mengapa anda telah menghantar surat tersebut. Isi
surat anda ialah senjata utama yang menerangkan mengapa anda
mahu menawarkan produk kepada mereka dan kesimpulannya ialah
dengan menerangkan atau menyentuh kesemua sekali perkara penting
secara ringkas dan meminta supaya pembaca merebut peluang
kepada tawaran tersebut.

3: Jadikannya mudah untuk dibaca; Banyak surat jualan hanya


dibuang begitu sahaja oleh penerimanya dan tidak dibaca kerana
ianya ditulis dengan terlalu komplikated. Jangan membiarkan perkara
ini berlaku kepada surat jualan anda. Gunakan petunjuk dibawah ini:

• Tulis dengan bahasa biasa yang mudah, sebagaimana anda


biasa bercakap, dengan gaya bunyi biasa. Gaya yang rasmi
biasanya tidak perlu untuk menulis surat jualan.
• Gunakan ayat-ayat yang pendek, bila anda mula menulis anda
gunalah ayat-ayat yang pendek.
• Buat perenggan yang pendek-pendek sahaja. Kebanyakan orang
suka berehat, jika dirasakan tidak selesa dengan ayat dan
perkataan yang digunakan tuliskannya semula.
• Semak dan sentiasa menyemak surat jualan anda baik dari segi
bahasanya, perkataannya ataupun dari segi ejaannya. Lakukan
ini sehingga ia nampak berkesan.

4: Tarik perhatian pembaca anda; Tajuk utama tidak terhad didalam


iklan. Anda boleh gunakan sehingga 3 dan 4 baris ayat sebagai tajuk
utama untuk memperlihatkan maklumat penting. Sebagai contoh jika
saya menjual buku mengenai mencari wang dengan mesin jahit, saya
akan buat tajuk surat jualan saya begini: “Rahsia memperolehi RM800
sehari dengan mesin jahit dirumah”. Saya gunakan huruf besar bagi
semua perkataan tersebut sebab ia adalah tajuk utama. Jika tajuknya
menarik pembaca akan mahu terus membaca semua isinya.

Untuk tajuk iklan tersebut saya juga akan menggunakan saiz huruf
yang lebih besar dari sub head. Sub head ialah ayat selepas tajuk
utama dan sebelum isi kandungan surat jualan tersebut. Tulisan yang
digunakan kecil sedikit saiznya daripada tajuk utama tetapi lebih besar
dari isi surat tersebut. Sub head saya mungkin berbunyi seperti ini;
Pelajari rahsia memperolehi RM100 satu jam dirumah, bekerja hanya
secara sambilan. Boleh gunakan bentuk tulisan yang berlainan supaya
nampak lebih menarik lagi dan kelihatan professional.

5: Jadikan pembaca anda berminat; Libatkan pembaca dengan isi


surat yang menarik, ceritakan secara ringkas mengenai
kelebihan,keistimewaan,keuntungan yang diperolehi jika mereka
memiliki produk anda itu. Dengan itu pembaca akan terus membaca
sambil memikirkan berkali-kali faedah yang akan diperolehinya jika
mereka membeli produk anda. Gunakan bahasa biasa yang mudah
tetapi menarik. Berikan jaminan kepuasan atau jaminan wang akan
dikembalikan jika mereka tidak berjaya atau berminat selepas
mencuba produk anda.

6: Suruh pembaca bertindak dengan segera, nyatakan sebagai


tawaran anda adalah terhad dan sebagainya. Ia adalah satu kaedah
pemasaran, perkataan JUALAN MURAH dan sebagainya.

BAGAIMANA CARA UNTUK MEMASARKAN BUKU PANDUAN ANDA


DENGAN MENGGUNAKAN IKLAN

Bagaimanakah caranya untuk menjual buku panduan anda dan dimana


ia mahu dijual? Ramai yang tidak mengetahui cara untuk menjual hasil
keluaran mereka, melainkan biasanya hanya memikirkan ia perlu
dijual dikedai atau pasaraya. Saya akan menunjukkan kepada anda
cara untuk memasarkan produk anda tanpa memerlukan banyak kerja
dan kos pengurusan yang tinggi. Caranya ialah dengan membuat iklan
di dalam majalah dan juga akhbar. Ia boleh dilakukan setiap hari,
setiap minggu atau beberapa bulan dan seberapa kerap yang didingini.
Pangiklanan terbahagi kepada beberapa jenis dan kategori, ada yang
mahal dan ada juga yang murah. Iklan mahal adalah dari jenis
bergambar dan memerlukan ruangan yang besar sehingga satu muka
surat penuh.

Harga untuk sekali mengiklan boleh mencecah beribu-ribu ringgit jika


saiznya besar lebih-lebih lagi jika ianya dari jenis berwarna.Iklan
seperti ini hanya sesuai untuk tujuan mengenalkan barangan
keperluan bermutu,pakaian,kereta,kosmetik dan sebagainya. Iklan
seperti ini dipanggil sebagai iklan “dispalay”. Sekarang saya tidak
mahu membuang masa menceritakan perkara ini sebaliknya saya
hanya ingin menerangkan mengenai satu lagi jenis iklan yang jauh
lebih murah dan juga sangat berkesan untuk memperkenalkan produk
atau perkhidmatan anda.

Iklan seperti ini dipanggil iklan “rampaian atau klasifikasi” yang mana
ianya banyak diguna pakai untuk menawarkan iklan kerja kosong,
notis mahkamah, tanah untuk dijual, kereta untuk dijual dan
sebagainya.Untuk mendapatkan tempahan ruangan ini anda boleh
menghubungi syarikat akhbar atau majalah melalui nombor talipon
yang turut disiarkan setiap hari diruangan tersebut.

Anda juga boleh menulis surat atau menghantar pertanyaan melalui


mesin faks. Kebiasaannya memang ada disediakan borang tempahan
untuk membuat iklan beberapa kali dalam seminggu. Anda hanya
perlu mengikuti arahan dan syarat yang ditetapkan jika anda mahu
membuat iklan. Ia termasuk harga dan jumlah bayaran yang
dikenakan untuk sekali mengiklan, seperti jumlah perkataan, saiz
kolum atau kekotak jika ia dari jenis kekotak seperti yang ditawarkan
oleh akhbar atau majalah mingguan. Biasanya jika akbar harian
seperti UTUSAN MALAYSIA, THE STAR, THE SUN, BERITA HARIAN,
NEW STRAITS TIMES mereka menawarkan iklan mengikut jumlah
perkataan atau barisan.

Satu perkataan hanya diantara 80 sen hingga RM2.50, dan jumlah


perkataan diantara 35 patah(maksimum). Jika anda membaca akhbar
setiap hari dan melihat ruangan rampai iklan dan jika anda juga
membaca majalah mingguan hampir semua penerbitan tersebut
mempunyai ruangan iklan sendiri. Oleh itu anda bolehlah
mengiklankan produk anda atau program, perkhidmatan dan
sebagainya didalam penerbitan mereka. Anda hanya perlu mengisi
borang yang disediakan dan menulis sendiri iklan anda kemudian
sertakan bayaran mengikut jumlah yang dikehendaki, berikan tarikh
bila anda mahu iklan anda dikeluarkan dan poskan kepada mereka
atau anda boleh menalipon mereka untuk menanyakan harga dan juga
prosedur untuk membuat iklan.

Perkara lain yang harus dipelajari ialah anda perlu menguji iklan anda,
bilakah hari yang pembacanya lebih ramai, jenis iklan bagaimanakah
yang lebih berkesan. Ini hanya dapat diketahui jika anda selalu
membuat iklan dan memperbaiki ayat-ayat serta perkataan yang
digunakan didalam iklan anda itu. Ia tidak susah jika anda mahu
mempelajarinya kerana saya sendiri pada masa dahulu tidak tahu
langsung mengenai perkara begini kerana tidak pernah mengambil
tahu sebelumnya. Memang saya tidak tahu apa-apa pun mengenai
iklan.

Tetapi setelah mencuba dan selalu melakukan lama-kelamaan ia


sudah menjadi biasa sahaja. Jangan takut untuk mencuba jika anda
mahu mencipta kejayaan dan memperolehi wang. Iklan jenis ini
memang amat berkesan sekali, jika tidak mengapa anda liht ramai
orang/syarikat membuat iklan yang berterusan. Saya sendiri membuat
iklan tiga kali seminggu didalam akhbar harian dan seminggu sekali
dalam akhbar/majalah mingguan sejak bertahun-tahun dulu. Jika saya
rugi buat apa saya membuang masa dan duit selama ini. Begitu juga
dengan orang lain. Cuba perhatikan iklan-iklan kecil yang disiarkan
setiap hari kebanyakannya dimiliki oleh individu/syarikat yang sama.

Anda boleh mempelajarinya dengan melihat dan mengambil contoh


dari iklan-iklan tersebut. Perkataan seperti “peluang menambah
pendapatan”, “kerja sambilan dirumah”, “pendapatan lumayan dan
hebat” dan banyak lagi perkataan yang menarik untuk dijadikan tajuk.
Katakan saya membuat iklan begini “peluang memiliki pendapatan
lumayan dirumah” Dapatkan keterangan PERCUMA! Hantarkan nama
dan alamat/envelop beralamat sendiri dan bersetem kepada;
DYNAMIC MAIL ENT,T.S.T Box 8, 42200 Kapar, Selangor. Jumlah
perkataan ialah 26 perkataan dan kosnya hanya RM27 sahaja untuk
sekali siaran.
MEMBUAT IKLAN DIAKHBAR DAN MAJALAH/ JENIS IKLAN YANG
MURAH DAN BERKESAN

Iklan adalah satu perkara paling penting didalam dunia perniagaan


dan juga didalam kehidupan. Semua perkara sebenarnya berkaitan
dengan iklan. Sebab itulah industri pengiklanan telah menjadi satu
industri yang sangat penting sama ada didalam dunia keusahawanan
atau dunia orang biasa. Iklan juga adalah satu cara menyebarkan
maklumat, cara bagaimana maklumat boleh disampaikan kepada
golongan besar.

Sebenarnya semakin anda mencuba dan semakin anda mahu berusaha


semakin lama anda menjadi semakin mahir dan pandai. Bagi golongan
junior seperti anda yang mahu mengenali dan mahu menceburi
industri menjual maklumat secara pos, cara yang terbaik ialah anda
memilih untuk membuat iklan menggunakan cara kedua iaitu iklan
rampaian. Gunakan dua langkah pemasaran. Mula-mula buat iklan
yang memberitahu peluang/….. yang anda tawarkan. Selepas itu anda
membalas surat dari mereka dengan mengirimkan surat jualan produk
atau maklumat anda.

Cara ini lebih murah dan selamat berbanding dengan cara anda
mencuba untuk terus menjual maklumat anda melalui satu ruang iklan
bersaiz kecil. Anda boleh menjual melalui iklan yang bersaiz besar
tetapi kos yang perlu dibayar untuk mengiklan adalah sangat tinggi. Ia
mungkin tidak sesuai jika anda hanya menjual produk bernilai kurang
dari RM100. Peratus pesanan juga mungkin rendah jika anda
membuat iklan diakhbar harian dan juga akhbar mingguan. Jadi
pilihan untuk menggunakan cara, 2 langkah pemasaran seperti yang
diterangkan diatas.

GUNAKAN LANGKAH BERIKUT :

1) Buat iklan didalam akhbar harian atau mingguan.


2) Balas surat pertanyaan dari pembaca dengan mengirimkan
catalog jualan / surat jualan dengan seberapa segera yang
boleh. Ini adalah jenis pengiklanan 2 langkah yang ternyata
lebih selamat, menjimatkan dan mudah.

BAHAGIAN TERPENTING UNTUK MEMPEROLEHI PENDAPATAN SELAIN


DARIPADA MEMILIKI PRODUK ANDA SENDIRI YANG BAIK. PERKARA
YANG MESTI DIKETAHUI DAN DIPELAJARI. CARA MENGGUNAKAN
PELBAGAI TEKNIK PEMASARAN.
LANGKAH SETERUSNYA…….MEMBALAS SURAT PERTANYAAN IKLAN
DARI PEMBACA

Setelah iklan disiarkan biasanya pembaca akan memberi respon atau


mengirimkan surat pertanyaan kepada anda untuk mengetahui apa
yang anda tawarkan dengan menghantar surat seperti yang anda
suruh mereka lakukan. Dalam masa beberapa hari anda akan mulai
menerima surat-surat daripada pembaca. Langkah berikut yang perlu
dilakukan sebagai membalas surat mereka ialah mengirimkan kepada
mereka surat jualan/catalog/brosur tentang produk anda itu seperti
yang diterangkan dimuka surat sebelum ini. Dimana anda perlu
memberi tawaran tertentu seperti tawaran potongan harga jika
mereka membuat pesanan dalam masa 15 hari.Jika anda
menggunakan kaedah seperti ini dan melakukan dengan sungguh-
sungguh seperti ini dan membuat iklan yang berterusan anda akan
mulai dapat melihat surat-surat pesanan-pesanan yang mengandungi
wang pos/cek/kiriman wang ataupun wang tunai sampai ketangan
anda dalam masa sepuluh hari. Jika iklan dibuat berterusan, wang
juga akan mengalir kepada anda secara berterusan setiap hari,setiap
minggu,setiap bulan dan setiap tahun tanpa hentinya. Syaratnya iklan
anda mestilah juga berterusan. Dan jika anda membuat iklan dibanyak
tempat(penerbitan) pula maka semakin besar pula jumlah pendapatan
yang akan anda perolehi.

Sebaik-baiknya jika anda mahu membalas surat pertanyaan dari


pembaca dengan menghantar catalog jualan anda itu, ia hendaklah
disertakan juga sampul surat balasan yang dicetak dengan nama dan
alamat anda/syarikat anda. Ini akan dapat meningkatkan dan
menguatkan lagi keyakinan pembaca bahawa anda adalah sebuah
ayarikat yang baik dan berwibawa. Tetapi bagi anda yang baru mahu
menceburi bidang ini dan tidak mempunyai budget /modal yang besar
anda tidak perlu berbuat begitu sehinggalah apabila kewangan anda
menjadi semakin kukuh. Selain itu, memberikan nombor talipon
didalam iklan anda juga ada kebaikan dan disamping ada
keburukkannya.

Keburukannya ialah anda tidak cukup tangan untuk mengangkat


talipon dan menjawab setiap pertanyaan pembaca yang kadang-
kadang mereka bukan mahu membeli produk anda tetapi hanya
sekadar mahu mendapatkan keterangan yang lebih lanjut sahaja.
Untuk mengatasi masalah ini jika anda mahu meletakkan juga nombor
talipon, anda boleh membeli dan memasang alat mesin penjawab
talipon otomatik. Anda boleh rakamkan keterangan ringkas syarikat
dan produk anda supaya mereka boleh mendengarnya apabila mereka
mendail. Jika mereka berminat, mereka boleh meninggalkan nama dan
alamat lengkap mereka didalam peti simpanan suara (voice mail)
tersebut.Jika tidak anda juga akan pening kerana asyik bercakap
benda yang sama malah masa untuk menjawab panggilan sahaja
boleh menjejaskan kerja anda yang lain. Kebaikannya pula ialah
pembaca merasa yakin dengan iklan anda itu kerana mereka boleh
menghubungi anda secara terus. Walaubagaimanapun setelah saya
mempelajari dan mengkajinya secara mendalam maka saya telah
mendapat satu cara atau kaedah yang lebih mudah dan berkesan.
Saya telah menggunakan (memasang) mesin penjawab talipon
otomatik sebagai asisten atau pembantu yang tidak perlu dibayar gaji.
Ianya boleh berfungsi dan berkhidmat 24 jam sehari 7 hari seminggu
tanpa henti. Anda boleh membeli mesin tersebut dan
memasangkannya ditalian telefon anda dan rakamkan suara anda
dengan bunyi yang mesra.

Tuliskan terlebih dahulu ayat-ayat untuk keterangan ringkas tentang


iklan dan produk anda. Mesin tersebut bersaiz kecil dengan fungsi
digital tanpa menggunakan pita, harganya diantara RM30 hingga
RM300 bergantung kepada fungsinya. Ada yang boleh merakam suara
sehingga 3 minit dan mempunyai rakaman masuk selama 60 minit.
Pemanggil hanya perlu meninggalkan nama dan alamat mereka dan
anda perlu mendengar semula rakaman suara mereka dan menyalin
nama dan alamat mereka seterusnya hantarkan catalog/brosur/surat
jualan anda. Saya menerima hamper 100 panggilan setiap hari, jika
saya mahu menjawabnya sendiri tentu tidak cukup tangan dan
perlukan seorang kakitangan untuk menjawab semua panggilan
tersebut.

Kos sudah tentu bertambah kerana kena bayar gaji. Saya juga
menggunakan mesin faks untuk menerima pesanan dimana saya
menerima 2 hingga 5 pesanan sehari melalui mesin faks.Pelanggan
hanya perlu memasukkan bayaran kedalam akaun syarikat atau
membuat bayaran secara m.o ekspress dan fakskan salinan bayaran
tersebut bersama boring yang lengkap diisi kepada saya.Dengan itu ia
memudahkan mereka membuat pesanan. Wang terus mengalir masuk
kedalam peti surat dan melalui mesin faks saya. Bagi anda yang masih
lagi baru dan mahu memulakan urusniaga ini, tidak perlu bagi anda
membeli peralatan ini sekarang.Jika perniagaan anda sudah kukuh
barulah anda boleh membeli semua peralatan ini. Itulah kehebatan
urusniaga pos menjual maklumat dari rumah ini.Jika anda
memeperolehi sedikit keuntungan diperingkat awal, jangan risau
gandakan iklan anda dengan menggunakan keuntungan yang anda
perolehi itu.Begitulah seterusnya sehingga anda memiliki wang yang
cukup untuk membuat iklan yang kerap dibanyak penerbitan berulah
keuntungan yang besar dan berterusan dapat anda nikmati. Sentiasa
membuat kajian dengan iklan-iklan anda,jangan takut membuat
kesilapan kerana dengan membuat kesilapan dan kita mencari jalan
membetulkannya bermakna kita menjadi semakin pandai dan
kejayaan semakin hampir.
MEMENUHI DAN MENGHANTAR PESANAN KEPADA PELANGGAN ANDA

Setelah pesanan diterima dan wang dikirimkan kepada anda, proses


seterusnya ialah menghantar pesanan produk/buku kepada
pelanggan-pelanggan. Penuhi pesanan yang diminta dalam masa yang
dijanjikan jika boleh, kerana kadangkala kita menerima terlalu banyak
pesanan, mungkin kita kehabisan stok buku atau terpaksa melawat
saudara mara yang sakit dan tidak sempat membalasnya dalam masa
yang ditetapkan. Jika ini berlaku ia adalah perkara yang tidak dapat
dielakkan.

Jika boleh sertakan juga kad ucapan terima kasih atau kad untuk
pelanggan memberikan pendapat dan komen. Catatkan pendapat
mereka dan kaji komen-komen pelanggan anda untuk memperbaiki
kelemahan produk/buku panduan atau perkhidmatan anda. Jika
mereka berpuas hati dan berterima kasih kepada anda bermakna anda
sudah boleh berbangga kerana mampu memberikan yang terbaik
untuk pelanggan dan sudah tentu nama dan usaha anda akan
dikenang dan dikenali. Malah perkataan pendapat mereka yang positif
itu boleh digunakan sebagai “iklan” untuk tujuan mempromosikan
buku anda dimasa akan datang.

Elakkan kegagalan jika boleh atau cuba kurangkan kesilapan yang


boleh merugikan dengan membuat persiapan dan perhatian tentang
kerja-kerja anda seperti ini. Setiap sampul surat jawapan, sampul
surat berisi catalog dan sampul surat yang mengandungi buku-buku
yang dikirimkan kepada pelanggan mestilah dicopkan nama dan
alamat anda/syarikat anda supaya jika ada diantara surat-surat
tersebut yang tidak sampai atau mempunyai alamat yang salah/tidak
lengkap ia boleh dikembalikan semula kepada anda oleh pihak pos
Malaysia dan ianya tidak terbuang begitu sahaja dan anda masih boleh
menggunakan catalog dan buku tersebut untuk dikirimkan dan dijual
dimasa akan datang.

Jadi begitulah rutin atau kerja yang perlu dilakukan didalam urusniaga
pos ini. Anda boleh memilih sendiri waktu bekerja sama ada waktu
siang/malam/pagi/petang. Anda boleh memilih untuk bekerja selama
mana yang anda mahu tetapi urusniaga ini tidaklah memerlukan masa
kerja yang begitu panjang melainkan perniagaan anda sudah menjadi
begitu besar dengan memperolehi pendapatan beratus ribu ringgit
sebulan. Jika anda sudah mencapai tahap stabil dalam masa beberapa
bulan sahaja tentu anda akan dapat menikmati bentuk kehidupan
yang jauh lebih selesa dari sekarang, jika itulah yang anda inginkan
maka mulakanlah langkah anda sekarang.
“ WANG TIDAK MENDATANGKAN IDEA, TETAPI IDEALAH YANG
MENDATANGKAN WANG” & “JIKA ANDA MAHU MELAKUKAN SESUATU
ANDA AKAN MENCARI JALAN, TETAPI JIKA ANDA TIDAK MAHU
MELAKUKAN SESUATU ANDA AKAN MENCARI ALASAN”

CARA MEMULAKAN URUSNIAGA POS DENGAN MUDAH

Anda boleh memulakan urusniaga pos anda sekarang dengan


menggunakan cara yang mudah. Untuk memulakan urusniaga pos
menjual maklumat dari rumah anda mestilah telah mempunyai produk
anda sendiri atau anda boleh membelinya daripada orang lain.
Maklumat yang boleh dijual bukanlah semestinya sebuah buku yang
tebalnya 20,40 atau 100 muka surat. Anda hanya memerlukan
maklumat yang menarik untuk dijual. Maklumat tersebut mungkin
hanya perlu mengandungi beberapa helai muka surat sahaja.

Bahkan anda boleh menjual maklumat hanya mengandungi satu muka


surat sahaja. Jika ianya penting orang akan sanggup membelinya.
Cara paling baik adalah memiliki produk sendiri yang berbentuk bahan
maklumat bercetak. Ini kerana dengan mempunyai produk sendiri
anda tidak perlu bersaing dengan menjual produk yang sama dengan
orang lain juga ada menjualnya tetapi mereka menawarkan harga
yang lebih murah. Anda akan lebih mudah untuk berjaya dengan
menjual produk anda sendiri dan menentukan harga anda sendiri.

Mengapa memilih produk berasaskan maklumat bercetak? Maklumat


bercetak sangat mudah untuk dikeluarkan semula atau disalin semula.
Anda hanya perlu menyimpan salinan asal atau master copy. Jika anda
mahu membuat salinan anda hanya perlu membuat salinan fotokopi
sahaja dimana-mana kedai fotostat. Dengan hanya modal yang kecil
anda boleh menjual dengan harga yang berkali ganda. Memang
kebanyakan barang dijual dengan harga berkali ganda daripada harga
kos pengeluarannya.

Contohnya pakaian kanak-kanak yang dibuat dikilang pakaian


dinegara China telah diimport kesinji dengan harga lebih kurang RM3
sepasang atau sehelai termasuk cukai kastam dan jualan. Harga yang
dijual dipasaraya dan gedung beli belah ialah antaraRM25 hingga
RM40 sepasang. Anda mungkin tidak mengetahuinya.

Begitu juga sayur-sayuran dan juga makanan mentah yang laindan


bermacam-macam lagi. Lagipun jika anda mempunyai produk anda
sendiri, anda boleh bermula pada bila-bila masa dan berhenti pada
bila-bila masa juga. Setelah anda mempunyai produk anda sendiri,
perkara yang lebih penting untuk difikirkan ialah bagaimana cara
untuk memasarkannya.

Jika anda mempunyai barang dan perkhidmatan yang baiktetapi tidak


boleh dipasarkan dengan sebenar kepada pengguna sudah tentu ia
tidak memberi faedah kepada anda . Sebaliknya jika anda mempunyai
produk yang tidak begitu baik tetapi anda berjaya memasarkannya
dengan meluas dan berkesan maka kesannya dari segi keuntungan
adalah sangat besar.

Anda perlu memikirkan pemasaran yang berkesan dan mudah. Anda


boleh mempelajari kaedah pemasaran dengan berkesan dan mudah.
Saya akan menerangkannya dari A sampai Z didalam buku panduan
ini. Selain itu anda juga perlu memikirkan cara pembayaran dibuat
oleh pelanggan anda. Apa yang perlu anda lakukan pada peringkat
awal ?

1) Dapatkan produk berupa maklumat


2) Fikirkan cara memasarkannya
3) Membuat surat jualan
4) Menerima bayaran dan memproses pesanan

Keempat-empat perkara ini hendaklah dipelajari supaya anda dapat


menjalankan usaha perniagaan secara pos anda dengan lancer.
Berikut ini adalah cara yang boleh anda ikuti dan laksanakan.

RAHSIA KEJAYAAN DIDALAM URUSNIAGA POS

Untuk berjaya didalam urusniaga pos anda apa yang perlu dilakukan
ialah dengan memahami dan meneliti perkara-perkara dibawah ini
yang boleh dianggap amat penting. Bagi anda yang masih baru mahu
menceburi kerjaya mudah dirumah ini mungkin anda masih
belummempunyai maklumat yang mencukupi. Perniagaan menjual
maklumat secara pos memang amat menarik serta mudah untuk
dilakukan berbanding kerjaya lain. Pada peringkat awal mungkin anda
menganggap perkara ini agak sukar dan leceh.

Sebenarnya ianya tidak begitu jika anda dapat mengikuti saranan-


saranan yang diberikan dan mencuba sendiri kaedah-kaedah yang
anda fikirkan sesuai. Bidang ini adalah satu bidang dimana anda akan
merasa seronok kerana setiap kali anda membuat percubaan dan
perubahan didalam perniagaan anda ia akan menghasilkan
pendapatan yang berbeza-beza. Semakin hari anda akan menjadi
semakin mahir dan bijak. Pada peringkat awal saya menjalankan
perniagaan ini dahulu saya telah mengalami berbagai-bagai bentuk
kesilapan yang telah merugikan wang ringgit saya.
Tetapi kerana saya sangat meminati kerjaya ini setelah saya
mencubanya buat pertama kali dimana ianya telah menghasilkan
pulangan yang menarik dan mudah. Okay, dibawah ini disenaraikan
perkara-perkara yang boleh menolong anda mengelakkan kesilapan
yang biasanya dilakukan oleh mereka yang baru menyertai perniagaan
ini.

1) Anda mesti mempunyai produk yang boleh anda keluarkan dan


hasilkan sendiri dengan mudah dan anda boleh mengawal
sepenuhnya. Dengan mempunyai produk anda sendiri anda tidak
akan bersaing dengan penjual lain yang menawarkan harga yang
lebih rendah. Anda boleh menentukan harganya sendiri. Dengan
cara ini pendapatan anda akan jadi lebih selamat dan kukuh.
Anda boleh menjual produk anda itu selama bertahun-tahun
seumur hidup anda. Jika anda mahu melakukan perubahan ia
boleh dilakukan secara sedikit demi sedikit.
2) Apabila anda berurusan dengan pelanggan sama ada anda
membalas surat mereka atau anda mengirimkan surat kepada
mereka jangan sekali-kali menggunakan sampul surat bersaiz
pendek/ sampul surat berbunga-bunga seperti sampul surat
untuk dikirim kepada kekasih atau kedua ibu bapa. Sampul surat
seperti ini memang tidak sesuai digunakan untuk urusan
perniagaan. Sampul surat yang patut digunakan ialah bersaiz 9
kali 4, 9 kali 6, 12 kali 9 inci

Gunakan sampul surat bewarna putih, kuning atau coklat air muda
sahaja. Dan sebaik-baiknya ialah anda membuat cop perniagaan anda
sendiri dan tiap-tiap sampul surat dicop dengan alamat perniagaan
anda. Kebaikannya ialah apabila surat yang anda kirimkan tidak dapat
disampaikan oleh posmen kerana mereka sudah pindah atau
meninggal dunia, surat tersebut akan boleh dikembalikan semula
kepada anda. Dengan itu anda akan dapat menjimatkan kos surat
jualan. Anda hanya akan rugi duit setem sahaja.

3) Jangan mengirimkan catalog jualan(surat jualan) yang cetaknya


tidak bermutu, kotor dan sukar dibaca. Apabila membuat salinan
fotostat gunakan hanya mesin fotokopi yang mnggunakan
dakwat(toner) jenis powder. Jika anda menggunakan toner jenis
lama hasilnya ialah salinan-salinan yang anda buat itu kelihatan
comot dan kotor. Sebelum anda membuat salinan fotokopi
dengan jumlah yang banyak, 100 muka surat atau lebih pastikan
anda bertanya kepada pekedai mengenai jenis dakwat atau
toner yang digunakan. Selain itu jika boleh gunakan kertas
bewarna supaya ia akan kelihatan lebih menarik.

Jika anda membuat salinan fotostat, semakin banyak jumlah yang


anda cetak kosnya akan menjadi semakin murah. Selain mesin
fotostat anda juga boleh gunakan kaedah offset printing dan mesin
litograph jika kemudahan tersebut ada ditempat anda. Kualitinya
adalah lebih baik dan kos mencetak juga lebih murah. Surat jualan
adalah sangat penting kerana ia akan bertindak sebagai jurujual bagi
pihak anda dan perkataan yang digunakan didalamnya serta mutu
cetakan akan boleh menyebabkan anda berjaya menjual produk anda
atau tidak. Sebab itu ianya sangat penting.

4) Jangan mahu untung cepat dan mahu cepat kaya. Ramai orang
yang baru mencuburi bidang urusniaga pos ini merasa tidak
sabar dan menganggap setiap surat yang mereka kirimkan
kepada bakal pelanggan akan dibalas dengan segera. Jika anda
mempunyai tanggapan yang anda akan mendapat pesanan
daripada pelanggan dalam masa 2-3 hari sahaja selepas anda
menghantar surat jualan tentu anda akan kecewa. Surat yang
anda kirimkan hanya akan sampai dalam masa 2-3 hari itupun
jika ianya dialamatkan terus kerumah mereka. Kemudian
mereka akan menyimpan dan membaca surat jualan anda
selama 1-3 hari barulah mereka akan membalasnya.

Dan anda harus ingat bahawa bukan semua surat yang anda balas
akan dibaca oleh pelanggan anda dan dibalas dengan segera. Dan
tidak semua (100 pucuk) surat yang anda poskan penerimanya akan
membuat pesanan dan belian daripada anda. Jika surat jualan anda
berjaya menarik minat mereka, peratus pesanan yang bakal anda
terima akan menjadi lebih tinggi dan banyak. Biasanya dari setiap
surat jualan yang anda poskan anda akan mendapat diantara 5-20%
pesanan. Bermakna anda akan mendapat hanya 5-20 pesanan dari
setiap 100 pucuk surat jualan yang anda kirimkan. Biasanya anda
akan menerima pesanan dalam masa 7-10 hari selepas anda
mengeposkan surat kepada mereka.

5) Membalas surat pertanyaan dari bakal pelanggan dengan


segera. Anda perlu membalas surat bakal pelanggan anda
dengan seberapa segera ( 24-48 jam). Semakin cepat anda
membalas surat mereka semakin cepat peluang untuk anda
mendapat pesanan daripada mereka. Pelanggan akan menilai
kecekapan pengurusan anda. Jangan diperam surat-surat
pertanyaan daripada pelanggan sehingga lebih dari seminggu.

Ini disebabkan pesaing-pesaing atau pengiklan-pengiklan lain akan


menawarkan produk yang mungkin lebih baik dan pengurusan yang
lebih cekap. Jika ini berlaku anda sudah pasti akan ketinggalan ADN
hilang peluang kerana pembaca akan membuat pesanan daripada
syarikat lain yang mungkin mempunyai tawaran produk yang lebih
baik lagi daripada produk anda.

6) Membuat iklan yang berterusan dan tidak berhenti sekerat jalan.


Iklan yang dikeluarkan hanya sekali sekala sahaja tidak dapat
menarik minat pembaca. Pembaca biasanya lebih yakin untuk
berurusan dengan syarikat yang sering kali mengiklan
berbanding dengan syarikat yang mengiklan hanya sekali sekala
sahaja. Lagipun iklan yang berterusan akan menghasilkan surat-
surat pertanyaan yang berterusan juga. Dengan itu urusan anda
tidak terhenti dan pendapatan yang bakal anda perolehi juga
akan berterusan selagi anda masih membuat iklan.
7) Membaiki iklan anda dari masa kemasa. Anda hendaklah
sentiasa membaiki iklan-iklan anda dari masa kesemasa supaya
iklan anda akan lebih berkesan bukan sekadar iklan yang
menarik sahaja. Perbaiki ayat-ayat dan perkataan yang
digunakan supaya boleh menarik minat lebih ramai pembaca
untuk menghubungi anda. Ayat-ayat yang digunakan tidak perlu
menggunakan perkataan yang terlalu puitis dan canggih tetapi
pastikan ianya mampu membuat orang tertarik dengan
perkataan yang digunakan.
8) Piramidkan iklan anda. Gunakan keuntungan daripada iklan yang
pertama untuk membuat iklan yang kedua dan keuntungan
daripada keuntungan kedua untuk membuat iklan yang ketiga.
Sentiasa mempiramidkan iklan anda supaya ianya terus
berkembang. Ambil keuntumgan (50%) daripada iklan-iklan
anda untuk membuat lebih banyak ikln didalam lebih banyak
penerbitan. Contohnya jika anda mahukan pendapatan hingga
RM20,000 sebulan anda perlu membuat iklan sekurang-
kurangnya didalam lima buah penerbitan. Jika anda hanya
membuat iklan sekali dan mengharapkan pendapatan sebanyak
RM5,000 sebulan ia memang tidak masuk akall. Ada orang mahu
mencari banyak wang tetapi mahu buat kerja terlalu mudah,
kalau boleh duduk sahaja atau dengan berbaring-baring sahaja
boleh dapat wang beribu-ribu sebulan.
9) Sentiasa mencari idea baru. Jangan hanya menggunakan idea-
idea basi sebaliknya carilah idea-idea baru. Lakukan kerja anda
secara professional dan pelajari dan mencotohi orang-orang
yang telan berjaya, lihat bagaimana cara mereka membuat
iklan.
10) Mempunyai
cita-cita untuk berjaya. Jika anda mempunyai cita-cita untuk
berjaya sudah pasti anda akan merancang segala tindakan anda
dengan teratur. Ada cita-cita tetapi tiada sebarang tindakan
yang dibuat ia hanya seperti belon kosong yang hanya berisi
angina sahaja.
TEMPAT MEMBUAT IKLAN DIAKHBAR HARIAN DAN MINGGUAN

Membuat iklan didalam akhbar harian dan mingguan adalah


merupakan satu kaedah dimana anda memeperkenalkan barangan
atau perkhidmatan kepada berjuta-juta orang dengan cara yang
murah dan tidak perlu menemui mereka. Kaedah ini amat berkesan
dan sudahpun digunakan oleh banyak syarikat sejak berdekad-dekad
yang lalu. Dengan membuat iklan mengenai barangan atau
perkhidmatan yang kita ada ia akan dapat melangkaui jarak hingga
keseluruh Negara.

Kesan dan prospek untuk mendapat keuntungan adalah jauh lebih


besar dan tinggi jika hanya membuka sebuah premis atau pun kedai
dikawasan tempat tinggal anda sahaja. Ada banyak jenis iklan yang
boleh dibuat oleh para pengusaha. Ada iklan yang hanya diedarkan
dikawasan perbandaran sahaja seperti dengan mengedarkan catalog
atau leaflet dari rumah kerumah seperti yang dilakukan oleh pasaraya
dan penjual barangan perabot dan elektrik.

Ada yang hanya membuat iklan dengan menampalkan kertas iklan


mereka dipapan Billboard dikompleks beli belah,dewan,masjid,pondok
telefon dan tembok. Untuk mencapai horizon atau jangkauan yang
lebih luas lagi hingga keseluruh Negara anda boleh menggunakan
pengiklanan diakhbar dan majalah. Iklan diakhbar dan majalah ada
dua jenis. Pertama: iklan Display (jenis ruangan dan bergambar).
Kedua: iklan klasifikasi (rampai iklan) iklan jenis berbaris dan juga
perkataan.

Iklan jenis ini adalah iklan kecil dan lebih popular kerana ianya murah.
Ada terdapat banyak akhbar dinegara ini sama ada akhbar harian atau
pun akhbar mingguan tabloid. Akhbar harian popular seperti Berita
Harian,Utusan Malaysia,Harakah,New Straits Times,The Star,The
Sun,Malay Mail,Borneo Mail, akhbar-akhbar berbahasa cina dan tamil.
Akhbar mingguan Tabloid seperti Bacaria,Warta Perdana,Buletin
Utama,Warta Seni,Mingguan Misteri,Warta KL,Mingguan
Tempo,Wawasan,KL Classified dan lain-lain lagi.

Bagi majalah pula,majalah bulanan popular seperti MASTIKA,


INTISARI, MANGGA, WANITA, USAHAWAN, EKONOMI, SENI BELADIRI,
MAJALAH MOTOSIKAL, MOTOKAR, PANCING, KESIHATAN dan
bermacam-macam lagi majalah yang hampir 600 judul dinegara ini.
Anda boleh mendapatkan alamat dan nombor telefon untuk
menghubungi syarikat akhbar atau majalah bagi menempah iklan. Jika
anda selalu membaca akhbar harian atau akhbar mingguan, anda akan
mendapati telah disediakan boring-borang untuk tempahan iklan
klasifikasi atau rampai iklan.
Biasanya ia dikeluarkan beberapa kali dalam seminggu bagi akhbar
harian dan bagi akhbar mingguan pula biasanya dikeluarkan setiap
minggu. Didalam boring tersebut telah disediakan cara untuk
membuat bayaran . Keterangan tentang harga iklan ada disediakan
sekali, jadi lebih mudahlah untuk anda menempah iklan. Begitu juga
mngenai cara pembayaran. Biasanya anda perlu menuliskan iklan
anda didalam kertas yang berasingan dan anda juga dikehendaki
memilih tarikh bila iklan anda mahu dikeluarkan.

Tempahan iklan anda biasanya hanya akan dikeluarkan selepas dua


minggu dari tarikh anda menghantar kepada mereka. Oleh itu jikalau
anda mahukan ianya disiarkan cepat anda hendaklah menghantar
lebih awal. Membuat iklan secara pakej adalah lebih mudah, ini boleh
dilakukan sekiranya anda sudah mempunyai modal yang mencukupi.
Anda boleh menempah iklan untuk 10-15 kali siaran. Sebenarnya
semakin lama anda membuat iklan semakin ramai orang akan
menatapnya didalam akhbar atau majalah, sebab itulah mengapa anda
boleh melihat iklan daripada syarikat yang sama selama berbulan-
bulan hingga bertahun-tahun lamanya yang menawarkan produk atau
perkhidmatan yang sama sejak dahulu.

Iklan yang dikeluarkan pula sama sahaja, jadi adakah mereka hanya
suka-suka atau sekadar mahu berseronok membuat iklan begitu?
Tidak mungkin, siapa yang mahu membuang wang mereka sekadar
untuk suka-suka begitu lebih-lebih lagi jika orang seperti kita yang
tidak mempunyai wang yang berlebihan. Jika saya mempunyai wang
sekalipun tidak mungkin saya berbuat begitu. Sebenarnya mereka
memang mendapat keuntungan. Mereka boleh memperolehi
pendapatan berbelas hingga berpuluh ribu sebulan dengan membuat
iklan mengenai barangan atau perkhidmatan mereka.

MENJUAL IDEA ANDA UNTUK MENCARI WANG DAN KEKAYAAN

“Semasa kita berhenti dari berfikir, Kita biasanya terlepas satu


peluang”

Perkara orang malas boleh menjadi kaya bukanlah satu perkara yang
saya mahu ada-adakan kerana perkara ini telahpun saya alami sendiri.
Walaupun saya belum lagi bertaraf jutawan tetapi pendapatan bulanan
yang saya terima amatlah besar jika dibandingkan dengan kelulusan
akademik yang saya miliki untuk bekerja makan gaji. Sebenarnya
hidup saya seolah-olah orang malas kerana saya sentiasa berada
dirumah dan tidak membuat pekerjaan seperti orang lain hatta
berniaga secara biasa.

Waktu bekerja saya amat pendek hanya sekitar satu hingga dua jamj
dalam sehari dan kadang-kadang saya tidak membuat apa-apa kerja
pun sehari suntuk. Saya tidak berpanas dan berhujan, tidak perlu
keluar awal pagi dan pulang lewat petang. Malah saya hanya bekerja
hanya dari ruang dapur dirumah saya. Sebenarnya orang disekeliling
saya pun begitu hairan dan merasa cemburu kerana saya mempunyai
masa lapang yang sangat banyak. Penganggur juga mempunyai masa
lapang yang sangat banyak tetapi mereka tidak mempunyai
pendapatan.

Inilah sebabnya saya mahu berkongsi rahsia dan peluang ini dengan
anda supaya anda juga boleh mempunyai masa lapang yang banyak
dan dalam masa yang sama memperolehi wang yang juga banyak.
Inilah kehidupan yang menyeronokkan. Biarlah orang kata saya malas,
saya tidak ambil peduli langsung. Mungkin orang yang mengata saya
seorang pemalas telah bekerja dengan rajin tetapi adakah mereka
memiliki pendapatan yang besar? Sebenarnya saya bukan pemalas
tetapi hanya bekerja kurang menggunakan tenaga tetapi saya telah
menjual idea saya kepada orang lain.

Semua orang boleh menjual idea mereka jika idea yang dimilikinya itu
bernas dan boleh diterima oleh orang ramai. Ramai orang yang telah
menjadi kaya raya setelah menjual idea mereka dengan harga yang
sangat lumayan.Jika anda memiliki idea yang hebat, jangan hanya
disimpan atau diceritakan kesana kemari kepada kawan-kawan anda.
Dan jangan pula dibiarkannya berlapuk begitu sahaja. Hargailah idea
anda itu dan laksanakan idea anda mengikut kaedah dan cara-cara
yang betul. IsyaAllah anda boleh berjaya dengan cemerlang.

Contohilah orang-orang yang telah berjaya betapa idea mereka


diperingkat awal dahulu telah menjadi cemuhan dan sindiran. Tetapi
akhirnya idea yang dikatakan gila telah menjadikan mereka sebagai
orang yang terkenal dan juga kaya-raya. Mereka ini terdiri daripada
pereka atau pencipta,pelukis,usahawan dan peniaga. Anda juga boleh
mendapatkan kesenangan dan kekayaan dengan cara mencari idea
dan menjualanya kepada orang lain. Idea sebenarnya tidak terbatas
dan tiada sempadan. Anda boleh mencari berbagai-bagai idea yang
mudah dan menjualnya dengan harga yang mahal.

Untuk mencari idea ada berbagai-bagai cara yang boleh digunakan


seperti dengan membuat tinjauan di sekitar tempat tinggal
anda,membaca buku-buku,akhbar dan majalah,bergaul dengan
golongan tertentu, bergaul dengan usahawan tulin dan sebagainya.
Jika anda boleh menggunakan akal dengan bijak anda boleh
memperolehi berbagai-bagai idea baru setiap hari. Jika anda
mendapat idea dan sudah mempunyai idea, cepat-cepat menuliskan
idea anda didalam buku catatan supaya idea anda tidak cepat hilang.

Biarkan ia selama beberapa hari, kemudian buka semula catatan anda


InsyaAllah anda akan mendapat lebih banyak idea lagi dan anda boleh
mengembangkan idea itu dan menuliskannya menjadi buku panduan
ataupun laporan-laporan ringkas. Anda boleh menjualnya kepada
golongan yang tertentu dengan menggunakan kaedah pasaran khusus
dimana hanya orang-orang yang berkaitan dengan idea anda itu
sahaja yang akan menghubungi anda. Anda sudah tentu boleh
memperolehi keuntungan yang banyak jika menggunakan cara ini
untuk mencari wang malah anda tidak perlu menemui para pelanggan
anda itu jika anda menggunakan kaedah pengurusan secara pos
ataupun online.

BIARKAN JIKA ORANG TIDAK PERCAYA BUKTIKAN KERJA ANDA

Bukan hanya seorang malah ramai orang yang telah menggunakan


kreativitinya dan menjadi kaya. Profesor Cloud Olney menjadi kaya
hanya dengan menjalankan perniagaan dimaja didapur rumahnya dan
dikeretanya. Sehinggakan ketika mahu makan malam meja itu
terpaksa dikemaskan. Biarkan orang tidak percaya dan bertanya
bagaimanakah dengan cara itu dia boleh mendapat wang yang banyak
sedangkan dia hanya bekerja beberapa jam sehari. Jawapannya ialah
idea dan kreativiti yang bijak.

Ianya adalah kebolehan


inovatif,unik,kreatif,inventif,imaginative,luarbiasa malah ianya bukan
sahaja kerana bijak tetapi mempunyai kemahuan tinggi dan minat
mendalam yang perlu dipupuk. Bijak sahaja tidak mencukupi tetapi
yang penting mestilah mempunyai kemahuan yang tinggi. Tidak ada
gunanya anda mempunyai idea tetapi anda tidak ada kemahuan dan
usaha yang tinggi untuk mencapainya. Tanyalah kepada diri sendiri,
apakah yang diinginkan dan apakah jenis pekerjaan yang boleh
menghasilkan wang yang banyak yang mahu anda lakukan.

Dan yang paling penting tanyalah kepada diri sendiri sama ada anda
sanggup melakukannya ataupun tidak. Jika ada kemahuan tetapi tidak
ada kesanggupan sudah tentu ianya tidak akan mendatangkan apa-
apa hasil. Adakah anda bekerja hanya menggunakan lebih banyak
tenaga dan kurang menggunakan akal atau anda bekerja dengan
menggunakan lebih banyak akal dan kurang menggunakan tenaga?
Jika cara kedua ini yang anda laksanakan sudah tentu hasil yang
diperolehi lebih banyak daripada menggunakan cara biasa yang
pertama itu. Malah bagi mereka yang bidangnya lebih professional
contohnya seperti perunding (konsultan) , mereka bekerja hanya
dengan menggunakan lebih banyak akal.

Banyak bidang lain yang boleh dijadikan contoh bagaimana orang


yang bekerja dengan menggunakan lebih banyak akal telah memiliki
kehidupan yang lebih mewah dan sempurna. Mereka menjual
perkhidmatan dan barangan mereka hasil daripada idea kreatif dan
inovatif dengan harga yang mahal. Bila anda fikirkan sekali lagi,
semua barang, perkhidmatan dan idea yang laris sebenarnya adalah
hasil daripada pemikiran yang bagus. Begitu juga jika anda
mempunyai masalah dalam mencari modal untuk memulakan
perniagaan anda, jika anda menggunakan cara dan idea yang kreatif
dan inovatif, anda akan mendapat jalan bagaimana untuk mencari
wang sebagai modal.

Anda mesti faham dan sedar bahawa setiap perkara yang besar itu
sebenarnya telah dimulakan dari usaha yang kecil sahaja, paling
mudah dikatakan ialah ianya hanya berasal dari satu cara berfikir.
Setiap langkah bermula daripada langkah yang pertama. Pokok yang
besar hanya berasal daripada sebiji benih yang kecil dan halus sahaja.
Kerja dan kejayaan yang besar adalah hasil dari satu idea yang dicanai
dengan teratur, berkesan, dengan mempunyai kemahuan dan
kesanggupan melakukannya barulah terhasil kejayaan tersebut.

Malah pepatah lama ada mengatakan “sedikit-sedikit lama-lama


menjadi bukit” dan “berakit-rakit kehulu, berenang-renang ketepian,
bersakit-sakit dahulu bersenang-senang kemudian”. Saya juga hanya
memulakan kerja dari rumah dengan membuat kerja-kerja mudah
hanya dari meja makan didapur rumah sahaja. Saya membuat kerja
rumah dengan membuat kerja-kerja mudah hanya dari meja makan
didapur rumah sahaja. Saya membuat kerja seperti menulis laporan-
laporan dan buku panduan kecil, membalas surat-surat dengan
memuatkan catalog jualan laporan dan panduan yang saya jual secara
pos selama satu hingga dua jam sehari. Saya tidak bekerja hingga 4-8
jam sehari malah saya hanya bekerja tidak lebih tiga hari seminggu
dengan masa maksima 15 jam seminggu.

Saya boleh memperolehi pendapatan sebanyak beberapa ratus ringgit


sehingga beberapa ribu ringgit setiap hari. Jadi, biarkan orang tidak
mempercayai idea kita pada peringkat awal dan biar kita bersusah-
susah dahulu seperti yang saya lalui dahulu. Kini saya telah dan
sedang menikmati hasilnya dan saya boleh dan mahu berkongsi idea
dan rahsia ini kepada anda jika anda sanggup melakukannya. Tidak
ada gunanya jika sekadar ada kemahuan, semua orang ada kemahuan
untuk hidup senang dan kaya dan lepas dari masalah kewangan tetapi
berapa ramaikah orang yang sanggup melakukan kerja yang
dikehendakinya itu dengan bersungguh-sungguh.
MENGHARGAI DIRI YANG AMAT BERNILAI

Untuk mencapai kejayaan sebenarnya bermula daripada mengenal diri


sendiri terlebih dahulu. Sebagaimana juga didalam agama, dimana
anda perlu mengenal diri sendiri untuk mengenal Allah. Memang tiada
kerjaya lain selain daripada keusahawanan yang menekankan bahawa
anda patut mengenal diri anda sebelum anda kenal dengan apa yang
mahu anda lakukan. Malah didalam dunia keusahawanan anda perlu
mengenali diri sendiri, dan anda memang bernilai tinggi dan nilai
keujudan diri anda itu patutlah dihargai.

Sebenarnya anda telah dijadikan sebagai makhluk paling mulia, tetapi


jika anda tidak kenal kepada diri anda sendiri, bermakna anda akan
menjadikan diri anda lebih hina dari seluruh makhluk didalam ini.
Seringkali kita berjumpa dengan manusia yang malas untuk berfikir
perihal masa depan mereka, apatah lagi menyimapan hasrat atau
harapan untuk mewarnai masa depan dengan warna yang gemilang
dan bercahaya. Bagi orang seperti ini, semalam, hari ini dan esok
sama sahaja. Sebenarnya ramai orang tidak sedar bahawa jika mereka
tidak menghargai keujudan diri mereka, kehidupan mereka akan
menjadi bertambah buruk dan celaka.

Sepatutnya mereka menjadi agar hari ini lebih baik daripada semalam
dan hari esok lebih baik daripada hari ini. Sesungguhnya diri anda itu
amat bernilai malah tiada ternilaikan. Dan semuanya adalah bermula
daripada diri anda sendiri terlebih dahulu. Jika anda dapat merasakan
bahawa diri anda itu bernilai, sudah tentu anda akan memilih jalan
hidup anda yang bernilai. Malah sebenarnya diri anda itu lebih bernilai
daripada emas tempawan. Ia lebih beharga daripada berapa banyak
sekalipun bahtera yang berisi emas. Sebenarnya emas dan berlian
tidak bernilai jika dibandingkan dengan diri manusia. Begitulah
bernilainya diri manusia.

Jika anda tidak dapat menilaikan diri anda lebih daripada emas,
bagaimana mungkinkah anda boleh membuat dan mempunyai
sentuhan emas? Jika anda tidak mempunyai sentuhan emas anda
mungkin hanya mempunyai sentuhan suasa ataupun besi yang
nilainya tidak sebanding dengan emas. Mungkin ianya mencukupi
untuk hidup anda selagi anda merasakan bahawa diri anda tidak
bernilai. Apabila anda telah menyedari bahawa diri anda itu bernilai
tinggilah, maka setiap yang anda sentuh akan turut bernilai. Biasanya
tangan emas akan menukarkan sentuhannya menjadi emas. Allah
telah menciptakan manusia itu sebagai makhluk yang paling sempurna
kejadiannya, ertinya jauh lebih sempurna daripada emas yang digila-
gilakan oleh ramai manusia.

Malah semua yang lain telah ditundukkan oleh Allah agar dapat
mendatangkan guna kepada manusia yang telah dilantik sebagai
khalifah dimuka bumi ini. Saudara saudari yang dikasihi sekalian,
sebenarnya hidup ini lebih bermakna daripada berebutkan emas.
Walaupun kita tahu bahawa siapa yang berjumpa emas itu akan
menjadi kaya raya, dalam reality, orang yang kaya raya itu bukanlah
terjumpa emas, tetapi yang jelas kekayaan mereka itu boleh membeli
berlombong-lombong emas. Dan sebenarnya diri mereka itulah
lombong-lombong emas yang amat bernilai. Usaha mencari kekayaan
itu sebenarnya sangat memerlukan ketabahan dan kesabaran.

Kejayaan bukan satu kebetulan, keributan dan perebutan. Mereka


tidak risau jika orang lain tidak mempunyai sentuhan emas, yang
mereka risaukan ialah jika mereka tidak cukup usaha dan ikhtiar untuk
menggali emas yang sedia ada dalam diri mereka. Emas itu
sebenarnya bukan dating dari dalam tanah yang mana boleh runtuh
lubangnya apabila terowong yang digali tidak kukuh penyokongnya.
Kemiskinan sering mengambil semua semangat yang dimiliki
seseorang. Oleh itu kita harus berusaha dengan gigih agar tidak
menjadi miskin kerana menjadi miskin tidaklah susah begitu juga
untuk menjadi kaya tidaklah sesukar yang dijangkakan. Andai kata
tiada harapan yang terkandung dalam diri seseorang sudah pasti dia
tiada usaha dan mempunyai tenaga yang kuat untuk mencapai cita-
citanya.

Bahkan bukan mustahil lagi bagi dirinya bahawa kehidupan didunia ini
akan menjadi lebih sempit jadinya daripada liang seekor binatang
yang melata ditanah. Malah kehidupannya akan menjadi terasa lebih
berat lagi, lebih berat dari lingkaran besi yang membelenggu di kaki
dan yang dililitkan disekeliling lehernya. Jika anda tiada cita-cita dan
kemahuan serta usaha yang besar sebenarnya anda sendirilah yang
membelenggu diri sendiri, mengikat diri dengan kemiskinan dan
kesusahan. Milikilah harapan yang besar dan jadikanlah dia sebagai
lambing kehidupan. Milikilah angan-angan yang tinggi dan jadikan ia
sebagai pakaianan harian.
KISAH KEJAYAAN E. JOSEPH COSSMAN
(Mail Order Business USA)

Kisah Satu
Beliau adalah bekas askar perang dunia kedua.Beliau pulang
kenegaranya pada tahun 1946 kerana kesempitan wang dan mahu
mencari kerja. Kemudian beliau telah mendapat kerja sebagai kerani
surat menyurat disebuah firma import/eksport dengan gaji $35
seminggu.Dengan wang gajinya itu beliau telah membeli sebuah mesin
taip dan membuka pejabat didapur rumahnya (dapur rumahnya
dijadikan pejabat). Pada waktu siang beliau bekerja difirma tersebut,
bila balik dari kerja beliau menjalankan perniagaan secara pos
ataupun mail order.

Beliau telah beristeri dan mempunyai seorang anak pada usia 28


tahun itu. Pada awal perniagaannya dijalankan beliau terpaksa
berjimat cermat bagi menampung pengeposan dari keuntungan kecil
yang diperolehinya. Setelah setahun beliau berniaga secara sambilan,
pada satu hari beliau telah terbaca satu iklan didalam akhbar New
York Times yang menawarkan sabun dalam kuantiti yang banyak
sedangkan pada ketika itu sabun amat sukar didapati.

Joe kemudiannya telah meminta contoh sabun atau sample lalu


menghantarnya keseberang laut. Salah satu ejen telah berminat untuk
membeli sabun tersebut dan telah menghantarkan letter of credit
sebanyak US$ 180,000. Kemudian beliau telah menghadapi berbagai
dugaan sebelum berjaya menghantar sabun tersebut ke Afrika. Apabila
semua urusan itu beres, beliau telah memiliki keuntungan sebanyak
US$30,000 yang mana pada masa sekarang nilainya ialah kira-kira
US$2 juta.

Cossman telah menjadi salah seorang usahawan yang menakjubkan


diabad ini. Bermula dengan tidak cukup dan ketiadaan wang akhirnya
beliau telah menjadi multi jutawan. Kemudian Cossman juga telah
berjaya menjual produk yang amat unik keseluruh dunia. Beliau telah
menjual 10 juta unit Ant Farms, 8 juta unit racun serangga Fly Cake,
1.6 juta Rubber Shrunker Heads, 2 juta unit Potato Spud Gun serta
banyak lagi produk serta servis dari lukisan bercetak sehinggakan
kepada sabun basuh.

Operasi perniagaan Cossman berbeza dari usahawan lain. Beliau tidak


menggunakan hanya satu atau dua kaedah agihan malah telah
menggunakan sehingga 22 kaedah agihan pemasaran disepanjang
karier perniagaannya. Bermula dari dapurnya, kemudian beliau telah
bertungkus lumus sebelum beliau benar-benar berjaya bertemu cara
mendapatkan wang yang sebenar. Baliau telah berjaya mendapat
keuntungan sebanyak US$25 juta, walaupun begitu disepanjang karier
perniagaannya itu beliau tidak pernah mempunyai lebih daripada 12
orang pekerja. Malah semasa berniaga pun beliau tidak mengabaikan
keluarganya. Cara begitulah yang patut kita contohi. Jadi jika anda
mahu mencari wang, sekarang bolehlah anda bertanya kepada diri
sendiri, cara bagaimanakah yang anda inginkan.

Kisah Kedua Pula ialah mengenai seorang usahawan mail order


(perniagaan pos) pada dekad ini 1991. Nama usahawan ini ialah JEFF
PAUL. Sebelum beliau berjaya menjadi jutawan dengan menjual
maklumat secara pos kehidupan beliau penuh dengan keperitan dan
kesulitan. Baliau telah berhutang kepada syarikat kad kredit sebanyak
lebih US$100,000 dan tiada tempat tinggal melainkan beliau
menumpang dibasemant (tempat letak kereta dibawah rumah) rumah
kakak iparnya. Sebelum berniaga secara pos, Jeff Paul adalah seorang
eksekutif kewangan yang berjaya sebelum beliau meletakkan jawatan
dan memulakan perniagaannya sendiri kemudian telah hamper jatuh
bankrap dan berhutang lebih dari $100,000. Baliau tidak mengalah
walaupun mengalami kesusahan dan keperitan hidup.

Dia berusaha memulakan semula perniagaan mail ordernya dari bilik


basemant yang ditumpanginya dirumah kakak iparnya itu . Kemudian
dengan sedikit baki kemudahan kredit dari kad kreditnya dan sedikit
wang yang dipinjam daripada kawan-kawanya beliau telah berusaha
untuk menyertai satu seminar mengenai pemasaran perniagaan secara
pos oleh seorang usahawan dan konsultan yang terkemuka diAmerika
bernama Dan S.Kennedy dengan bayaran sebanyak US$3,700 .
Seminar tersebut berlangsung selama 3 hari . Beliau dan isterinya
Peggy tidak mampu untuk makan seperti orang lain direstoran
sebaliknya beliau hanya membawa bekalan makanan berupa biskut
kraker dan mentega . Beliau dan isterinya hanya makan dibilik hotel
yang disewa itu .

Selepas menghadiri seminar tersebut beliau telah diberi tunjuk ajar


sepenuhnya oleh penceramah tersebut iaitu Dan S . Kennedy yang
begitu prihatin dengan kesungguhanya untuk mendapatkan khidmat
nasihat walaupun tidak mempunyai wang yang mencukupi . Setelah
pulang kerumahnya beliau telah membuat beberapa kajian semula
cara pemasaran yang dilakukan sebelumnya . Setelah itu beliau pun
menggunakan kaedah yang baru dipelajari itu .

Pada bulan berikutnya perniagaannya mulai meningkat dengan begitu


drastik sekali . Dibulan tersebut beliau telah memperolehi pendapatan
sebanyak $ 13,400 ( Oktober ), bulan ( November ) $ 26,000 , bulan
( December ) $49,800 . Pada tahun berikutnya (1992) beliau telah
memperolehi pendapatan lebih dari $ 1 juta . Pada masa ini beliau
telah memperolehi pendapatan sebanyak US$4,000 SEHARI dengan
hanya bekerja dirumah . Beliau telah berjaya memiliki rumah sendiri
yang bernilai $385,000 dan tidak menanggung sebarang hutang lagi .
Sekarang beliau telah mempunyai simpanan berjuta-juta dollar .

ANDA BOLEH mengikuti kursus yang dianjurkan oleh beliau dimana


beliau telah menetapkan bayaran sebanyak US$700 ( RM2,800 ) bagi
mengikuti kursus tersebut sama ada secara hadir ataupun secara pos
dari USA . Anda boleh menghubungi beliau dialamat JPDK Inc , 121 , N
. Washington St, Dept 904 , Naperville . ILL 60540 , USA . Anda juga
boleh membeli buku kecil beliau bertajuk How You Can Make $4,000 A
Day Sitting At Your Kitchen Table , In Your Underwear yang berharga
&29.93 ( RM 120 ).

BERIKUT INI ADALAH KISAH BAGAIMANA MEREKA BOLEH BERJAYA

Berikut ini adalah kisah-kisah benar bagaimana seorang usahawan


melakukan kerjanya sehingga berjaya . Kita boleh mengikut dan
meniru kaedah dan cara mereka melaksana pekerjaan supaya kita
juga dapat menikmati kejayaan seperti mereka . Untuk berjaya
sebenarnya kita perlulah meniru dan mencontohi orang-orang yang
berjaya melaksanakan pekerjaan dan usahanya . Mungkin ada
diantara anda tidak suka meniru cara orang lain . Meniru
yangmemeksudkan disini bukanlah bermaksud meniru dan menciplak
bukat – bulat atau keseluruhanya . Jika anda meniru bulat-bulat tentu
anda akan gagal .

Kita boleh mengikuti cara mereka melakukan kerja tetapi kita boleh
membuat sedikit perubahan ( inovatif ) supaya ianya sesuai dengan
cara kita dan dimana kita berada . Mengapa buku ini banyak
menceritakan kisah kejayaan orang lain ? seperti yang telah
dinyatakan diatas , untuk berjaya kita mesti bergaul dengan orang
yang telah berjaya agar kita tahu rahsia mereka , jika tidak dapat
bertemu dengan mereka cukuplah dengan membaca buku mengenali
mereka dan mengetahu cara-cara mereka bekerja dan kita boleh
meniru cara mereka .

Bagaimana mahu berjaya jika kita tiada panduan . Untuk menjadi


muslim sebenar yang berjaya juga memerlukan podoman dan
panduan dan juga contoh . Pedoman kita ialah Al Quran dan contoh
yang boleh kita ikuti ialah Nabi Besar kita Muhammad SAW .

HENRY FORD
Beliau tidak mempunyai sebarang pendidikan atau latihan formal
didalam bidang mekanikal . Beliau hanya belajar sendiri . Dia tahu apa
yang dia mahu dan mempunyai hasrat YANG MEMBARA untuk
menvapainya . Apabila dia mencipta kereta petamanya , saudara mara
dan jiran tetangganya hanya mentertawakanny dan mengatakan
sebagai idea gila . Tetapi akhirnya ciptaanya itu telah
digunakandiseluruh dunia . Sekarang hampir semua Negara telah
meniru ciptaan FORD iaitu kereta dan ia telah menjadi industri yang
memberikan kekayaan kepada ramai orang disluruh dunia .

LE TOURNEAU
Satu ketika beliau telah menjadi sub kontraktor disebuah empangan
HOOVER . Tanpa menduganya ditempat itu rupa-rupanya terdapat
batu-batu pejal yang besar yang menyebabkan beliau kerugian besar .
Dia tidak menyalahkan orang lain mengenai nasibnya malangnya , dia
juga tidak menyalahkan takdir . Bila menempuh kesukaran beliau
berdoa meminta pertunjuk .

Kemudian beliau telah membuat keputusan untuk mencipta mesin


yang mampu mengalihkan apa sahaja jenis batu pejal dan tanah .
Hasil usahanya , mesin ciptaannya sekarang ini telah digunakan
diseluruh dunia . Dia telah mempunyai beberapa buah kilang dan telah
menjadi multi jutawan .

* ARTHUR NASH
Beliau menjalankan perniagaan pakaian secara oos ( mail order ) .
Pada satu masa perniagaanya telah jatuh bangkrap , dia tidak
mengalah begitu sahaja sebaliknya dia dengan cepat telah mengubah
suai cara dia berniaga . Dia telah mengambil semua pekerjanya
sebagai rakan kongsinya iaitu bekongsi keuntungan selain daripada
mendapat gaji . Tidak lama kemudian perniagaanya merupakan
perniagaan yang paling untung berbanding syarikat lain yang
menjalankan perniagaan yang sama denganya .

* JAMES B. DUKE
Beliau tidak pernah bersekolah dan tidak pernah belajar menulis tetapi
beliau mempunyai kelebihan berfikir secara tepat . Kelebihan inilah
yang telah menjadikanya sebagai salah seorang yang paling kaya
didunia . Duke tidak suka membuang masa memikirkan perkara yang
tidak penting . Dia boleh membuat keputusan dengan tepat sebaik
sahaja beliau memperolehi fakta .

Pada satu hari dia bertemu dengan seorang kawan lama yang
terperanjat bahawa Duke bercadang membuka dua ribu kedai menjual
produk tembakau. Duke berkata dia tidak takut kepada kesilapan. Bila
dia buat silap dia terus maju kehadapan dan mambuat silap lagi, tetapi
tidak kepada perkara yang sama atau melakukan kesilapan yang
sama. Duke meneruskan rancangan membuka kedai tembakau
hinggalah dia memperolehi keuntungan dan jualan berjuta-juta dollar
seminggu.

Kemudian dia telah membelanjakan beberapa juta dollar untuk


membuka Universiti Duke. Wang itu hanya sebahagian kecil sahaja
dari jumlah kekayaanya dan dia sendiri pun tidak pernah kesekolah
tetapi mampu membina sebuah universiti bagi mengembangkan ilmu
kepada bangsanya.

* LI KA SHING

Dia telah berhenti sekolah ketika berusia 14 tahun untuk menjadi


pencari nafkah tunggal bagi keluarganya apabila bapanya meninggal
dunia. Kemudian dari itu ketika usianya 17 tahun beliau bekerja
disebuah kedai perkakasan sebagai jurujual. Manakala orang lain
bekerja selama 8 jam sehari, beliau bekerja selama 16 jam sehari.
Hari ini beliau merupakan salah seorang yang terkaya didunia.

Namun begitu beliau masih lagi memakai jam tangan jepunnya yang
murah dan hanya berharga US$50 dan memakai kasut bertapak
plastic. Ada kisah yang mengatakan bahawa jamnya telah dicepatkan
8 minit lebih awal supaya beliau dapat menafaatkan masanya dengan
baik.

*GEORGE BERNARD SHAW

Beliau hanya mampu bersekolah selama 5 tahun sahaja, kemudian dia


bekerja sebagai kerani dengan gaji yang amat sedikit. Tetapi in tidak
menghalang cita-citanya untuk menjadi penulis. Dia nekad berhenti
kerja dan menulis selama 9 tahun yang mana keseluruhanya dia Cuma
dibayar sebanyak $30 sahaja. Cuba anda bayangkan! Tetapi dia tetap
bersabar dan akhirnya dia telah menjadi salah seorang yang paling
terkenal dan telah mendapat berjuta-juta dollar daripada jualan buku
dan juga artikelnya. Dia juga telah memenangi hadiah novel
kesusasteraan.

*THOMAS ALVA EDISON

Beliau telah dihantar pulang dari sekolah kerana terlalu bodoh untuk
mempelajari satu apa pun. Tetapi akhirnya dia telah menjadi seorang
pencipta yang ulung dalam sejarah manusia. Ciptaan pertamanya ialah
mentol letrik yang telah menyinari sebahagian besar dunia pada masa
kini. Thukah anda bahawa beliau telah mengalami beribu kali
kegagalan dalam usaha untuk menjayakan ciptaan-ciptaanya itu
termasuk mentol lampu pertama ciptaanya.

* BENJAMIN FRANKLIN

Merupakan anak kelima belas daripada tujuh belas adik-beradik.


Bapanya hanyalah pembuat lilin yang miskin. Beliau hanya sempat
bersekolah selama satu tahun sahaja. Dia telah mengambil usaha
sendiri (INISIATIF) mempelajari sastera klasik, falsafah, penulisan,
sains, politik, kewangan, mempelajari 4 bahasa dan diplomasi untuk
menjadi orang yang paling tinggi pendidikannya dan paling ulung di
Amerika.
UNTUK SENANG ASALNYA SUSAH. BEBERAPA TOKOH AGUNG YANG
CACAT

JOAN OF ARC

Adalah anak seorang pengembala kambing yang sangat miskin.


Dengan usahanya dia telah dapat mengetahui tentera parancis dan
memperolehi kejayaan besar dimana orang lain tidak menang
walaupun berperang beribu tahun .

SHAKESPEARE

Dirinya yang lumpuh tidak menhalangnya daripada mengarang


sandiwara-sandiwara terbaik dunia . JOHN MILTON . Dirinya yang buta
tidak menghalangnya daripada mengarang sajak teragung di England
yang bertajuk PARADISE LOST ataupun syurga yang hilang.

BEETHOVEN

Dirinya pekak badak dan bisu tetapi beliau berjaya menjadi penggubah
lagu klasik dengan gubahan muzik yang terindah didunia. “iskandar
agung”. Dia merupakan seorang yang bongkok. Ketika berusia 19
tahun ayahnya telah dibunuh lalu beliau menaiki tahta kerajaanya.

HOMER ialah seorang penyanyi kembara yang buta. HANDELL.


Bahagian kanan tubuhnya lumpuh ketika beliau menggubah karya
teragungnya “The Hellujah Chorus”. EDISON beliau pekak ketika
mencipta peti nyanyi. HELLEN ADAM KELLER. Beliau pekak, buta dan
bisu tetapi telah menjadi seorang penulis yang terkenal.

KUNG FU TZE. Menjadi yatim piatu sejak kecil lagi. FRANKLIN


DELLANO ROOSEVELT. Sungguhpun mengidap polio tetapi telah
dilantik menjadi presiden Amerika yang ke 32. BOOKER T.
WASHINGTON. Walaupun dilahirkan dalam keabdian tetapi telah
menjadi pemimpin dan pendidik kaum kulit hitam yang paling
berpengaruh dizamannya.

STEPHEN WILLIAM HAWKING (pernah berkunjung ke Malaysia


beberapa tahun lalu). Ketika berumur 52 tahun, professor British ini
telah lumpuh akibat penyakit Neuron motor yang beransur-ansur
semakin teruk dan tidak dapat diubati dan ototnya habis kecut berut
tetapi beliau masih dianggap sebagai ahli fizik yang terbijak selepas
EINSTEIN.
Dia mula mengidap penyakitnya sejak berusia 21 tahun dan dijangka
hanya ada 2 tahun sahaja untuk hidup. Hawking dengan penuh
keberanianya menentang dan berjuang melawan penyakit yang
melumpuhkan tangan dan kakinya serta peti suaranya. Pada tahun
1988 beliau telah menulis buku bertajuk “A Brief History Of Time”
(sejarah ringkas tentang masa) yang telah diterjemahkan kedalam 22
bahasa dan telah dijual sebanyak 10 juta naskhah diseluruh dunia.
Padahal beliau seorang penuntut yang tidak serajin mana di Universiti
Oxford.

MERUNGUT KERANA TIDAK CUKUP ?


Sebahagian besar manusia telah menghabiskan banyak masanya
hanya untuk merungut dan mengatakan yang pendapatannya tidak
mencukupi. Hati mereka mengeluh dan jiwa mereka meruntuh kerana
sering kesempitan. Sepatutnya mereka memperuntukkan sedikit ruang
masa supaya mereka boleh memikirkan semula cara hidup dan
matlamat hidup mereka. Gunakan masa selama satu jam sehari untuk
menyemak dan membedah siasat segala usaha dan pekerjaan yang
telah mereka lakukan selama ini.

Sudah cukupkah usaha mereka ? Adakah mereka membuka akal dan


mempelajari cara-cara yang berlainan daripada pekerjaan harian yang
rutin itu. Adakah mereka mempelajari cara-cara untuk memperoleh
kejayaan hidup. Adakah mereka membaca buku-buku yang
menceritakan tentang kejayaan. Adakah mereka telah menggunakan
masa dengan bijak atau adakah selama ini mereka hanya banyak
membuang masa seperti pergi minum dan berbual kosong, menonton
TV selama berjam-jam, berbual ditelefon hingga berjam-jam,
menghadap computer hanya untuk berbual-bual menggunakan
internet chit-chat.

Untuk hidup senang dan bebas daripada masalah kewangan anda


sebenarnya perlu mempelajari cara baru untuk mencari wang. Anda
tidak boleh hanya menumpulkan satu cara sahaja dengan alas an
mahu agar anda berada didalam horizon selesa dan selamat. Jika anda
berfikir begitu anda sebenarnya memang salah. Jika anda seorang
pekerja sector perkilangan dan memperolehi pendapatan yang kecil
atau anda seorang penoreh getah yang menghadapi masalah
pendapatan terlalu kecil, anda sebenarnya boleh mengubah keadaan
hidup anda menjadi lebih cemerlang. Itupun jika anda mahu kerana
tidak ada orang lain yang boleh mengubah nasib kita kecuali diri kita
sendiri yang mengubahnya.

Gunakan masa selama satu jam sehari untuk mengkaji selidik diri
sendiri. Sanggupkah anda melakukan usaha ini? Jika anda tidak
berpengetahuan jangan cepat-cepat mengatakan pada diri sendiri
yang anda “ tidak boleh”. Anda sebenarnya boleh melakukan apa
sahaja yang anda kehendaki, anda boleh jadi kaya atau anda boleh
memilih untuk terus menjadi miskin. Belajar perkara baru adalah
menyeronokkan sebaliknya hidup dengan mengalami perkara yang
sama setiap hari adalah membosankan. Ilmu dan pelajaran boleh
dicari, usaha juga boleh dilakukan jika anda mahu, jadi mengapa
cepat berputus asa. Apa untungnya anda menjadi miskin dan apa
ruginya anda menjadi kaya.

Jika anda malas mempelajari perkara baru didalam hidup anda


sebenarnya anda sedang menyediakan lubang kesusahan anda sendiri.
Untuk mencari banyak wang anda mesti belajar cara untuk
mendapatkan wang dan bukan hanya sekadar merasa hairan atau
merasa cemburu dengan apa yang orang lain miliki dan perolehi. Ada
juga orang yang apabila diberikan kepada mereka peluang untuk
memiliki pengetahuan, mereka akan menolak tanpa perlu mahu
mencubanya. Malah ada diantara mereka ini cepat menganggap cara-
cara dan saranan yang diberikan hanya sebagai satu helah.

Orang-orang seperti itu sebenarnya sedang dan memang suka


membina tembok-tembok halangan supaya mereka tidak menyukai
idea orang lain. Apa yang pelik ialah walaupun mereka bekerja dengan
kuat dan rajin tetapi keadaan mereka tidak meningkat menjadi lebih
baik, berbanding dengan orang lain pula yang mahu mempelajari idea-
idea baru dan mahu mencuba hingga berjaya. Orang jenis ini adalah
orang yang suka membatasi keupayaan diri sendiri tetapi mengkagumi
kejayaan orang lain. Ada juga jenis manusia yang tidak kisah dan
tidak merasa apa-apa walaupun dirinya berada dalam keadaan yang
menyulitkan.

Mereka hanya berserah kepada keadaan, patutkah kita bersikap begitu


sedangkan kita telah diberikan akal fikiran untuk digunakan?
Sedarlah……. Lihat kepada majika anda, adakah mereka jenis manusia
yang penakut, bacul dan hanya berserah pada keadaan? Apakah
mereka hanya membiarkan diri mereka menjadi alat kepada orang lain
untuk mencapai cita-citanya. Sanggupkah anda membiarkan tenaga,
ilmu dan akal anda digunakan oleh orang lain untuk membina
kekayaan mereka? Relakah anda membazirkan tenaga dan ilmu serta
akal diperah oleh orang lain?

Bukankah lebih baik anda menggunakannya secara maksimum untuk


membahagiakan hidup anda dan keluarga anda sendiri. Sedarlah
dengan nikmat yang melimpah ruah yang dikurniakan kepada kita,
patutnya kita masih berkeluh kesah? Jadilah insan yang hidup
bernafaskan kejayaan dan jadilah manusia yang boleh mendatangkan
guna dan manafaat kepada orang lain. Jadilah orang yang selalu
memberi bukan sebaliknya. Jangan hanya pening kepala kerana
memikirkan tidak cukup wang sebaiknya fikirkanlah cara bagaimana
untuk mencari wang dengan cara baru yang lebih lumayan.
BERKORBAN UNTUK MENCAPAI KEJAYAAN

Semua perkara yang ditulis didalam buku ini ialah mengenai


pengalaman dan cara saya memperolehi pendapatan dari rumah sejak
bertahun-tahun dahulu.

You might also like