Welcome to Scribd. Sign in or start your free trial to enjoy unlimited e-books, audiobooks & documents.Find out more
Download
Standard view
Full view
of .
Look up keyword
Like this
43Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Darurat Tanah Melayu

Darurat Tanah Melayu

Ratings: (0)|Views: 3,643|Likes:
Published by Akhi Mohamad Aiyad
Maklumat lebih lanjut layari http://elaksamana.blogspot.com
Maklumat lebih lanjut layari http://elaksamana.blogspot.com

More info:

Published by: Akhi Mohamad Aiyad on Dec 27, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

03/25/2013

pdf

text

original

 
INFORMATION of ELAKSAMANA
PENGENALAN DARURAT
Sejarah asal-usul zaman Darurat di Tanah Melayu 1948 - 1960Zaman Darurat merupakan satu titik hitam dalam sejarah Semenanjung TanahMelayu di mana berlakunya peperangan terbuka di antara pihak kerajaan denganParti Komunis Malaya (PKM) yang turut melibatkan semua lapisan rakyat TanahMelayu. Banyak penyelidikan dan kajian telah dijalankan oleh pengkaji-pengkajitempatan dan luar negeri mengenai zaman Darurat di Tanah Melayu yang berlakuselama dua belas tahun iaitu 1948 hingga 1960. Namun demikian, walaupun terdapatbegitu banyak kajian, yang menyedihkan ialah di kalangan generasi muda hari ini,terutamanya mereka yang dilahirkan selepas penubuhan Malaysia, 1963 yang tidakterlibat secara langsung dalam zaman Darurat hanya mempunyai ide kabur tentangperistiwa tersebut. Oleh yang demikian, penulis telah mengusahakan bibliografiberanotasi ini dengan disertakan sejarah ringkas zaman Darurat di Tanah Melayu yang telah berlaku 52 tahun dahulu.Secara rasminya, zaman Darurat di Tanah Melayu bermula pada tahun pertengahan1948 dan berakhir pada tahun Julai 1960. Tetapi pada hakikatnya, sebelum tahun1948 beberapa peristiwa kacau-bilau telahpun dilancarkan oleh pengganas-pengganaskomunis. Begitu juga, kekerapan dan ketegangan pertempuran kerajaan-komunistelahpun reda lebih kurang pada penghujung tahun 1954.Pembunuhan tiga orang Eropah di Sungai Siput, Perak oleh komunis pada l6 Jun 1948telah membawa kepada pengisytiharan Darurat oleh Pesuruhjaya Tinggi British, SirEdward Gent di beberapa kawasan di Perak dan Johor. Pada 18 Jun 1948, setelahkeganasan PKM menjadi-jadi, Darurat telah diisytiharkan di seluruh Tanah Melayuapabila PKM melancarkan pemberontakan bersenjata. Seterusnya, PKM diharamkansecara rasmi pada 23 Julai 1948.Strategi-strategi Parti Komunis Malaya (PKM)Strategi-strategi PKM untuk mengambilalih kuasa di Tanah Melayu diusahakanmelalui tiga peringkat. Peringkat pertama, PKM bergiat untuk melumpuhkan ekonomiTanah Melayu dengan memusnahkan estet-estet getah dan lombong-lombong bijihtimah, dua industri penting Tanah Melayu. Peringkat kedua, menawan dan menguasaikawasan-kawasan dan bandar-bandar terpencil bagi digunakan sebagai markas untukmenyerang pihak kerajaan. Peringkat terakhir, dari markas-markas tersebut PKMakan cuba menghalau serta mengusir pihak British dari Tanah Melayu dankemudiannya menguasai seluruh Tanah Melayu. Justeru itu, sebuah kerajaanRepublik Komunis Tanah Melayu akan dibentukkan untuk memerintah SemenanjungTanah Melayu. Dalam pemberontakan bersenjatanya, PKM menggunakan taktik-
PaRaDoX /elaksamana@Yahoo.com© All Right Reserved Presented 2005
 
INFORMATION of ELAKSAMANA
taktik perang gerila di mana pengganas-pengganas komunis beroperasi melalui unit-unit yang kecil di antara 200 hingga 400 orang dengan menggunakan senjata-senjata yang berjaya disorokkan semasa pendudukan Jepun yang telah dibekalkan olehtentera British. PKM juga telah menubuhkan satu unit bekalan dan pengintipan awamiaitu Min Yuen. Min Yuen memainkan dua peranan penting iaitu mendapatkan bekalanmakanan dan perubatan serta memperolehi maklumat-maklumat mengenai kegiatan-kegiatan kerajaan dalam usahanya menentang PKM. PKM telah melancarkanserangan-serangan yang hebat ke atas estet-estet getah, lombong-lombong bijihtimah, balai-balai polis dan orang awam antara tahun-tahun 1948-1951. Kejayaanpaling besar PKM ialah pembunuhan Pesuruhjaya Tinggi British, Sir Henry Gurney di jalan ke Bukit Fraser pada 6 Oktober 1951.Sebab-sebab PKM melancarkan pemberontakan bersenjataMengapakah PKM melancarkan pemberontakan bersenjata terbuka? Terdapatbanyak faktor yang mendorong PKM melancarkan pemberontakan bersenjata padatahun 1948. Salah satu faktor ialah kegagalan polisi perdamaian Barisan Bersatu dimana PKM telah gagal mencapai cita-citanya melalui cara-cara perlembagaan atauperdamaian di antara tahun-tahun 1945-1948. Dalam tempoh tersebut, PKM melaluikesatuan-kesatuan sekerja yang dikuasainya telah menlancarkan pemogokan bagimelemahkan dan menjatuhkan kerajaan British di Tanah Melayu. Menjelang tahun1947, pengaruh PKM ke atas gerakan buruh telah merosot dan oleh yang demikian,PKM terpaksa menggunakan cara kekerasan untuk menjatuhkan kerajaan British diTanah Melayu. Seterusnya, perubahan pucuk pimpinan dan krisis dalam PKM turutmengakibatkan pemberontakan komunis. Setiausaha PKM, Lai Teck yang didapatimenjadi ejen Jepun dan British telah menghilangkan diri dengan wang parti padabulan Mac 1947 menyebabkan ahli-ahli PKM tergoncang keyakinan mereka. Untukmemulihkan semangat perjuangan komunis, pemimpin baru, Chin Peng berpendapatperlunya dasar yang lebih aktif dan dramatik untuk menggerakkan PKM ke hadapansupaya kerajaan British dapat dijatuhkan dan kerajaan komunis ditubuhkan. Selainitu, PKM juga dipengaruhi oleh pihak luar seperti Kongres Pemuda Komunis Asia diCalcutta pada bulan Februari 1948 yang mengarahkan parti-parti komunis untukmelancarkan pemberontakan bersenjata demi mencapai matlamat masing-masing.Kemudiannya, PKM juga telah digesa oleh Parti Komunis China untuk memulakanrevolusi di Tanah Melayu. Seterusnya, kejayaan-kejayaan pihak komunis di negaraChina, Greece dan Indo-China telah memberi inspirasi kepada PKM untukmelancarkan pemberontakan di Tanah Melayu yang pada pendapat mereka akanberjaya.Langkah-langkah ke arah membenteras pemberontakan bersenjata PKM
PaRaDoX /elaksamana@Yahoo.com© All Right Reserved Presented 2005
 
INFORMATION of ELAKSAMANA
Untuk mengatasi pemberontakan bersenjata PKM, kerajaan British di Tanah Melayutelah mengambil beberapa langkah untuk mengatasinya. Pertama, Darurat telahdiisytiharkan di seluruh Tanah Melayu dan pertubuhan PKM telah diharamkan. Dibawah Peraturan-peraturan Darurat 1949, kerajaan boleh menahan sesiapa yangdisyaki terlibat dengan kegiatan komunis tanpa bicara. Selain itu, perintahberkurung dan pemeriksaan tanpa waran serta pengawalan pergerakan lalulintas danmakanan dijalankan untuk melemahkan PKM. Kerajaan juga memperkenalkan sistempendaftaran kebangsaan di mana semua penduduk Tanah Melayu yang berumur 12tahun ke atas mesti mendaftarkan diri dan membawa kad pengenalan untukmemudahkan pengesanan anasir-anasir komunis. Ini menyebabkan ramai pemimpinkomunis melarikan diri ke hutan akibat takut diberkas oleh pihak kerajaan.Kedua, Rancangan Briggs telah dilaksanakan oleh Pengarah Gerakan yang baru iaituLeftenan-Jeneral Sir Harold Briggs di negeri Johor pada 1 Jun 1950 dan seterusnyadi seluruh Tanah Melayu. Rancangan Briggs bertujuan menempatkan semulasetinggan-setinggan Cina dari kawasan-kawasan terpencil yang bertaburan kekampung-kampung baru untuk melindungi mereka yang dipaksa membantu PKM danlebih penting bagi menghapuskan sistem bekalan komunis. Menjelang tahun 1952,seramai 400 000 orang setinggan Cina telah ditempatkan semula di lebih kurang 400buah kampung baru. Penempatan semula ini telah berjaya melemahkan PKM yangterpaksa keluar dari hutan dan bertempur dengan tentera kerajaan. Ini telahmemudahkan usaha-usaha kerajaan untuk menghapuskan pemberontakan komunis.Langkah yang ketiga ialah penubuhan Majlis Perang Persekutuan dan Jawatankuasa- jawatankuasa Kerja Perang di peringkat daerah dan negeri melalui Arahan No. 1bertarikh 16 April 1950. Majlis Perang Persekutuan dianggotai pegawai-pegawaiatasan, polis, tentera udara dan darat bertujuan merancang dasar perang umummanakala Jawatankuasa Kerja Perang peringkat negeri dan daerah berperananmengkoordinasikan rancangan-rancangan operasi dalam menentang pengganas-pengganas komunis.Langkah kerajaan seterusnya ialah perluasan pasukan tentera di mana mata-matakhas Melayu seramai 24 000 orang telah dilatih dengan segera untuk mengawasiladang, lombong dan kawasan-kawasan terpencil. Pasukan Polis Persekutuandiperbesarkan menjadi 67 000 orang menjelang tahun 1952. Antara tahun-tahun1951-53, sejumlah 250 000 - 350 000 Pengawal Kampung (Home Guards) telahdiwujudkan untuk membantu memperkukuhkan pertahanan menentang revolusibersenjata PKM. Dalam pada itu, sebanyak 23 batalion askar telah dihantar dariBritain dan negara-negara Komanwel untuk membantu dalam serangan yang lebihagresif terhadap komunis di hutan. Dalam pada itu, pada tahun 1951, kerajaan TanahMelayu telah mengadakan langkah pengerahan masuk tentera ke atas rakyatnya yangsihat dan kuat untuk bersama-sama berjuang menentang pengganas-pengganas
PaRaDoX /elaksamana@Yahoo.com© All Right Reserved Presented 2005

Activity (43)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Tuisyen Serdang liked this
Muzrinawati Atie liked this
Eby Niro liked this
Azri Farhan liked this
Mohamad Ghairi liked this
Allyea Rozailia liked this

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->