• Embed Doc
  • Readcast
  • Collections
  • CommentGo Back
Download
 
INFORMATION of ELAKSAMANA
 TENGKORAK BERLEKUK DI WEST MOUTH
Muzium Sarawakmerupakan satu-satunya muzium di Sarawaksemenjak penubuhannya dalam tahun 1891 sehinggalah tahun1964. Oleh kerana ketiadaan kakitangan professional dalam kajianarkeologi, percarigalian pertama hanya dilakukan dalam tahun1948. Hasil carigali memberikan pulangan yang besar danmengkagumkan. Semenjak itu, kerja-kerja carigali intensif telahdijalankan lebih daripada 50 tapak di seluruh Sarawak. Hasildaripada carigali tersebut telah membongkar misteri sejarah,kekayaan seni dan warisan penduduk tempatan negeri Sarawak.Pelbagai artifak prasejarah telah dijumpai. Bahagian barat Gua Niahadalah kawasan yang sungguh kaya dengan kesan sejarah yang bukansahaja amat penting kepada sejarah Borneo tetapi juga terhadaptamadun manusia sejagat. Pada kedalaman 90 inci, satu daripadatengkorak manusia tertua di dunia telah dijumpai dan dikelilingi oleharang yang berusia 40,000 tahun menurut pakar! Ia merupakanpenemuan terawal dan merupakan homo sapiens pertama dijumpai diSelatan Asia. Jauh di bahagian dalam mulut gua tersebut adalahtempat pengebumian Neolitik yang menempatkan 166 tapakpengkebumian.Pada bahagian lain batu kapur yang berdekatan dengan Gua Niah,lukisan dinding sepanjang 200 kaki juga telah dijumpai. Garisan-garisan pada lukisan tersebut adalah tebal dan menggambarkansebuah bot panjang dan susunan manusia yang menari. Turutdijumpai di gua Kain Hitam tersebut adalah bot-bot lama, tembikar China dan manik kaca..
PaRaDoX / elaksamana@Yahoo.com© All Right Reserved Presented 2005
Tengkorak berlekuk yang terdapat di West Mouth. Contoh tertua HOMO SAPIENS yang  pernah ditemuai di Asia Tenggara.
 
INFORMATION of ELAKSAMANA
Santubong 
merupakan kawasan arkeologi yang terbesar di Malaysiaberbanding dengan Lembah Bujang di Semenanjung Malaysia.Kurator Tom Harrison (1947-1966) yang menyelia kerja-kerja carigalidalam tahun 1949, telah menjumpai beribu-ribu serpihan seramik.Selain daripada seramik China, lebih kurang 40,000 tan sanga besitelah ditemui dan merupakan penemuan yang begitu menonjol.Adalah dipercayai bahawa tempat ini dahulunya merupakan pusatpenting untuk para pedagang dan juga lombong bijih besi di antarakurun ke 11 Masehi sehingga ke kurun 13 Masehi.Pada akhir tahun 1974 satu penemuan penting telah terjadi di mana 79peralatan batu, manik purba dan barang tembikar diperolehi dikawasan pedalaman Ulu Baleh, Kapit. Ia merupakan kawasan purbaterbuka pertama pernah dijumpai di Sarawak dan juga di kepulauanBorneo.
Tapak Arkeologi Utama di SarawakSungai Ja'ong
Lembah Sungai SarawakTerdapat ukiran-ukiran pada batu (petroglyphs) yang berkaitan dengan objek-objek emas danseramik (Dinasti T'ang)
Bongkissam
di Lembah Sungai SarawakObjek-objek emas dan batu separa berharga terdapat pada dataran (bahan purba dalam upacaraagama Buddha). Seramik-seramik yang telah ditemui adalah dari Dinasti T'ang dan Sung.
Bukit Maras
dekat SantubongPatung purba Gautama Buddha yang dikaitkan dengan kepala dan batu gajah serta kepinganpasu-pasu lembut yang mungkin dibuat oleh orang tempatan untuk kegunaan domestik atauupacara keagamaan, tetapi barangan yang agak sempurna atau yang berbagai bentukmempunyai rekabentuk India.
Gua Sireh
di Daerah BauGua ini pernah digunakan sebagai tempat pengkebumian, terdapat lukisan zaman batu neolitikpada dinding batu Neolitik, tembikar yang diperbuat dalam kurun ke-18 dan19 dan bekas-bekasmakanan.
Gua Bungoh
di Daerah BauTempayan Cina berwarna biru dan putih serta tembikar-tembikar buatan tempatan. KawasanGedong di Daerah Simunjan berkemungkinan menempatkan kubur. Walaupun tiada rangka-rangka manusia, namun banyak seramik berukuran 6' dan 24' yang berkeadaan baik dari DinastiT'ang dan Sung telah ditemui.
Tanjung Sangidam Hilir 
, empat batu ke Hilir Gedung di Daerah Serian Seramik-seramikberwarna putih dan biru dari Dinasti Sung serta tembikar-tembikar buatan tempatan telah ditemui.
Gua Kedadum
, Kpg Retoh di Daerah SerianBerkaitan dengan ukiran pada batu Neolitik
Gua Langup
berdekatan Kpg Tai dan Kpg Chupak di Daerah Serian Berkaitan dengan ukiran
PaRaDoX / elaksamana@Yahoo.com© All Right Reserved Presented 2005
 
INFORMATION of ELAKSAMANA
pada batu Neolithic
Ensika
di Ulu SebanganPenemuan seramik Dinasti Sung dan pelbagai tembikar buatan tempatan
Bukit Sandong
berdekatan Balai Ringin di Daerah SerianSeramik-seramik berwarna putih dan biru dari Dinasti Sung serta tembikar-tembikar buatantempatan
Saratok
Terdapat penemuan seramik-seramik dari Dinasti T'ang dan Sung (ada yang masih berkeadaanbaik) di permukaan puncak bukit.
Kelaka
berdekatan Daerah KabongSeramik biru putih dari Dinasti Sung, perkakasan Annamese dan Sawankhalok ditemui ditempatterbuka.
Sekadang Linggai
Penemuan seramik-seramik dari Dinasti Sung dan tembikar-tembikar buatan tempatan.
Sekolah Kanowit
 Seramik-seramik dari abad 18 dan 19 yang ditemui di kawasan perkuburan terbuka.
Song
Tempayan pengkebumian sekunder dari seramik Ming dan manik-manik kaca.
Lubang Kuala
di NiahPenemuan tapak tamaddun Zaman Batu yang terpenting di Borneo. Kajian denganmenggunakan Pentarikhan Karbon menunjukkan batu arang berusia kira-kira 1,000 tahun(100"=39,600 Bp). Tengkorak berusia pada tahap 96"=39,000 tahun. Penemuan lain adalahseperti ukiran pada batu-batu dan bekas-bekas makanan. Di kawasan permukaan dalam guaterdapat lebih dari 166 kubur Neolitik di samping ukiran-ukiran pada batu dan pasu-pasu tanah.Dua daripada kubur tersebut mengandungi perkakas yang diperbuat daripada logam
Kain Hitam
("The Painted Cave")Di dalam gua batu kapur yang berasingan, terdapat lukisan-lukisan pada kira-kira 200 kaki didinding gua tersebut dan "death ship" atau keranda berbentuk perahu yang mengandungi tulang-tulang manusia dan manik-manik yang berselerakan di lantai gua.
Lobang Angin
("Wind Mouth")Dataran kira-kira 400 kaki persegi di atas lereng gua pernah didiami pada Akhir Zaman Batu danzaman-zaman sebelum Palaeolitik.
Gun Kira
("Traders Cave")Dataran batu kecil pada paras laut yang menunjukkan tempat tersebut pernah menjadi tapakperdagangan, juga tempat berlakunya pembunuhan kerana terdapat rangka-rangka manusiayang terbenam berselerakan (ada kepala yang telah dipenggal). Kerja-kerja carigali dijalankansehingga pada dasar batu kapur (Fosil tiram O. gigas)
Lobang Tulang
("Caves of Bones")Penemuan pelbagai jenis dan saiz tempayan yang berisi tulang-tulang manusia yang disusunpada lereng dinding gua. Penemuan lain temasuklah barangan yang diperbuat dari tembaga dansebagainya yang menunjukkan adanya perhubungan perdagangan dengan Negara China padatahun 900 hingga 1200 Masihi.
PaRaDoX / elaksamana@Yahoo.com© All Right Reserved Presented 2005
of 00

Leave a Comment

You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...
You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...