Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Look up keyword
Like this
63Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Kupasan Novel Julia

Kupasan Novel Julia

Ratings:

2.0

(1)
|Views: 3,936 |Likes:
Published by Ahmad Rifa'ie
merangkumi sinopsis mengikut bab, tema,persoalan, watak & perwatakan, latar, nilai dan pengajaran
merangkumi sinopsis mengikut bab, tema,persoalan, watak & perwatakan, latar, nilai dan pengajaran

More info:

Published by: Ahmad Rifa'ie on Dec 28, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

11/04/2012

pdf

text

original

 
Sinopsis
Bab 1
Abah dan mama membuat keputusan untuk menghantar Julia belajar di HidayahIslamic College, Perth, Australia. Keputusan itu memeranjatkan Julia. Namun Julia tetapakur. Mama bersama dengan Julia berangkat ke Perth dengan menaiki pesawat Boeing777. Abah tidak dapat pergi bersama kerana sibuk. Kesibukan abah bertambah keranaabah sudah beristeri muda. Semasa penerbangan selama lima jam, Julia teringat akanadik- adiknya serta kawan- kawannya. Julia terlanggar Jun, seorang pemuda cinasemasa hendak ke bilik air.
Bab 2
Di Perth, Julia dan mama menumpang di rumah sewa Pak Cik Khairil dan MakCik Nadia. Julia bimbang akan gagal dalam pelajaran kerana Julia tidak mahir berbahasa Inggeris. Julia tertarik oleh keindahan bandar Perth dan pembangunannyayang dirancang rapi. Warga tuanya pula berbeza daripada warga tua di Malaysia.Warga tua di Perth dibantu oleh pertubuhan sukarela dan kehidupan merekaterpelihara. Julia teringat akan Rashid yang berniat jahat terhadapnya. Jiwa Juliabergelora kerana terpaksa berubah daripada seorang gadis yang bergaul bebas kepadagadis yang pendiam, bersopan santun, dan berakhlak mulia. Ketika Julia berada dikedai buku Collin Booksellers, sekali lagi Julia terserempak dengan Jun.
Bab 3
Julia mulai sedar akan hikmah berpisah dengan rakan-rakan jalanannya, iaituRashid, Muna, Jef, Han, dan Wei. Julia telah mendaftarkan diri di Hidayah IslamicCollege. Julia berasa gembira pada hari pertama persekolahannya. Julia teringat akanJun dan kenangan baru di bandar Perth. Kenangan baru yang indah dapatmenenggelamkan kenangan lamanya yang pahit di Kuala Lumpur.
 
Bab 4
Julia gembira kerana dapat menyesuaikan diri dengan kawan- kawan di dalamkelas. Kawan- kawannya menerima kehadiran Julia. Mereka melayan Julia denganmesra dan sopan. Julia dapat merasakan betapa besar erti persaudaraan dalam Islam.Julia terharu terhadap layanan Safiyya, Sadia dan kawan- kawannya yang lainterhadapnya. Mereka tidak tahu bahawa Julia yang dihormati itu telah hampir terjerumus ke lembah maksiat. Julia dapat juga merasakan kemuliaan hati mama yangmenerima perkahwinan abah dengan Ummi Sarah dengan hati yang terbuka.
Bab 5
Harga saham di Bursa Saham Kuala Lumpur ditutup rendah. Abah tentu sibuk.Keadaan jerebu semakin serius dan perniagaan BMPRO Holding Sdn. Bhd. Yangberasakan pelancongan tentu mengahadapi masalah. Mama akan pulang. Mamamenasihati Julia supaya mengikut perkembangan BMPRO kerana suatu hari nanti Julialah yang akan mengambil alih perniagaan BMPRO Holding. Melalui abah, Juliamendapat tahu bahawa perniagaan abah semakin merosot. Kematian Tan Sri Yahayamenyebabkan abah kehilangan tempat mendapatkan nasihat. Kemudian, Juliamendapat hadiah daripada Jun yang dibawa pulang oleh Mak Cik Nadia.
Bab 6
Sudah dua tahun Julia belajar di Hidayah Islamic College. Julia sangat aktif didalam kelas. Pada waktu itulah Julia menerima berita kemalangan abah dan mamayang berlaku di Karak. Di lapangan terbang Julia berdoa agar abah dan mama selamat.Jun muncul di hadapan Julia. Kebetulan Jun juga akan pulang ke Kuala Lumpur.Akhirnya, Julia menerima takdir kematian abah dan mama dengan linangan air mata.
 
Bab 7
Kematian Datuk Bakar dianggap suatu kehilangan besar kepada negara, samakesannya dengan kematian Tan Sri Yahaya. Julia harus memahami hakikat tersebut.Keadaan di rumah Julia masih muram. Nenek Maryam masih tinggal di rumah Julia.Julia teringat akan pesanan abah dan mama ketika membuat keputusan hendakmenghantar Julia belajar di Perth. Julia diminta oleh abah dan mama supaya bersediamenjadi ketua keluarga sekiranya sesuatu berlaku kepada abah dan mama. Junmenelefon Julia. Dia menawarkan pertolongan. Julia teringat akan ugutan Rashidsupaya Julia terus berkawan dengannya.
Bab 8
Pada hari kesembilan belas kematian abah dan mama, Julia sudah dapatmembina kekuatan diri. Julia teringat akan kedatangan Rashid ke rumah dan gayasamseng Rashid menyebabkan nenek membuat laporan polis. Julia terpaksameninggalkan kerana hendak mengambil alih perniagaan abah. Julia membaca e- melyang dihantar oleh Jun dan Safiyya. Ummi Sarah, isteri muda abah datang ke rumahuntuk menjelaskan kedudukannya dalam Butik BMPRO Sdn. Bhd. Ummi Sarah hanyamenjalankan perniagaan. Butik itu memang milik Julia dan adik- adiknya.
Bab 9
Julia pertama kali hadir di pejabat BMPRO Holding Sdn. Bhd. Sebagai pengerusisyarikat. Julia berasa beredebar- debar tetapi terpaksa membina keyakinan diri. Juliadisambut dengan senyuman dan ucapan selamat datang oleh staf BMPRO Holding.Ucapan pertama Julia mendapat tepukan gemuruh daripada seluruh staf. Juliadiperkenalkan kepada setiausahanya dan pengurus syarikat kecuali Syed Mustaffayang tidak dapat hadir. Pada hari itu juga Julia terpaksa berjumpa dengan tiga orangwartawan Utusan yang ingin menemu ramahnya.

Activity (63)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Farhan Jameel liked this
Hannah Fuad liked this
Khairul Nazmin liked this
nurin munirah liked this
Khadijah Samson liked this
shanhmkiller liked this
shanhmkiller liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->