You are on page 1of 7

MUDHARABAH

DEFINISI

Menurut Bahasa: Penduduk Iraq menggunakan istilah mudharabah untuk


menyebut urus niaga pelaburan. Mudharabah diambil dari kata ‫ الض''رب فى األرض‬.
Maksudnya, melakukan perjalanan yang umumnya untuk berniaga dan mencari rezeki.
Ada juga yang mengatakan diambil dari kata dharb (mengambil) keuntungan dengan
saham yang dimiliki.

Dalam bahasa Hijaz, qiradh (‫ )قراض‬iaitu kata terbitan daripada qardh (‫ )قرض‬yang
bermaksud potong. Kontrak ini dinamakan sedemikian kerana pemodal 'memotong'
sebahagian hartanya untuk diberikan kepada pengusaha yang akan menguruskannya..
Urusniaga ini turut dikenali sebagai muqaradhah (‫ )مقارضه‬yang bermaksud sama rata
kerana kedua-dua pihak berkongsi keuntungan.

Menurut syarak: Akad antara pemodal dan pengusaha di mana pemodal akan
menyerahkan sebahahagian hartanya kepada seseorang sebagai pengusaha untuk
diniagakan. Keuntungan pula akan dikongsi bersama dengan nisbah yang dimaklumi.

PENSYARIATAN
Hukumnya harus berdasarkan dalil al-Quran, sunnah dan ijmak. Firman Allah
s.w.t dalam Surah al-Muzammil ayat 20 :
.....        . 
Maksudnya: Dan Yang lainnya orang-orang Yang musafir di muka bumi untuk
mencari rezeki dari limpah kurnia Allah..

Selain itu, Rasulullah s.a.w juga pernah bersabda dalam sebuah hadith daripada
Suhaib r.a :
‫ثالث فيهن البركة البيع الى أجل والمقارضة وأخالط البر بالش''عير لل''بيت ال لل''بيع (رواه‬
.)‫ابن ماجه‬
Maksudnya: “Ada tiga perkara yang diberkati iaitu jual beli secara hutang,
muqaradhah (al-mudharabah) dan mencampurkan gandum dan barli untuk kegunaan
rumah bukan untuk dijual.” (Riwayat Ibn Majah).

Ini menunjukkan bahawa pelaburan al-mudharabah diharuskan oleh syarak. Nabi


s.a.w juga pernah melakukannya ketika baginda diminta oleh Saidatina Khadijah r.a
untuk membawa barang dagangannya ke Syam untuk diperniagakan.

HIKMAT
1. Memberi keringanan dan kemudahan kepada manusia yang mempunyai
kemahiran, tenaga dan berkeinginan untuk menjalankan perniagaan tetapi tiada
harta yang banyak supaya dapat berusaha dengan modal orang lain.
2. Ada pula sesetengah manusia yang mempunyai harta yang banyak tetapi tidak
tahu cara untuk mengurus dan mengembangkan hartanya. Jadi mereka boleh
melabur dengan cara mudharabah.
3. Dapat membina sifat kerjasama atas perkara yang baik di mana harta dan tenaga
dapat disatukan untuk menghasilkan wang yang lebih banyak dengan mencari
keuntungan yang berganda.
4. Kedua-dua pihak mendapat bahagian keuntungan masing-masing. Pemodal dan
manfaat daripada modal yang dilaburkannya sementara pengusaha daripada
kerjanya.

RUKUN MUDHARABAH DAN SYARAT-SYARATNYA


Rukun-rukun Syarat-syaratnya
Mudharabah
1. Lafaz ijab dan qabul menunjukkan penawaran dan penerimaan akad
Sighah mudharabah atau yang membawa maksud tersebut.
2. Tidak diselangi dengan diam yang lama atau perkataan lain antara ijab
dan qabul .
A’qidani 3. Pemodal ahli tasarruf dalam menguruskan harta (tidak terlarang dan
Pemodal berhak ke atas hartanya untuk mewakilkannya)

4. Kedua-dua pihak mempunyai kelayakan sebagai wakil (pengusaha)


dan pewakil (pemodal).
5. Cukup umur iaitu telah baligh (bukan kanak-kanak) dan berakal.

Pengusaha
6. Pengusaha berkemampuan menguruskan harta (tidak safih dan tidak
buta)
7. Modal mestilah berbentuk mata wang seperti dinar, emas atau
matawang sekarang.
Modal 8. Modal tidak boleh berbentuk barang dagangan kerana menimbulkan
gharar pada harga atau nilainya .
9. Modal juga mestilah dalam bentuk tunai (tidak berada dalam
tanggungan orang lain).
10. Modal mestilah diserahkan kepada pengusaha dan berada dalam
tanggungan dia untuk diusahakan.
11. Perniagaan atau perusahaan yang diharuskan oleh syarak. Oleh itu,
Pekerjaan tidak sah pelaburan pada perniagaan arak, perjudian dan sebagainya.

12. Mesti dikongsi bersama oleh pemodal dan pengusaha. (Tidak sah
akad jika keuntungan tersebut hanya dibayar pada satu pihak).
13. keuntungan setiap pihak mestilah ditetapkan pada kadar atau nisbah
Keuntungan yang tertentu seperti dibahagikan kepada 30:70 atau 1/3 dan 2/3. (Tidak
sah akad jika ditetapkan keuntungan mengikut nilai tertentu atau
kadar/peratusan yang dinisbahkan pada modal ).
14. keuntungan hanya dibahagikan kepada pelabur dan pengusaha sahaja.
HUKUM KONTRAK

Kontrak mudharabah atau pelaburan perkongsian adalah kontrak yang jaiz dan
tidak lazim. Maknanya, kedua-dua pihak iaitu pemodal dan pengusaha berhak
membatalkan kontrak, tidak kira sama ada pengusaha telah mengusahakan modal seperti
berjual beli dan sebagainya ataupun belum lagi.

JENIS-JENIS MUDHARABAH

6.1 Mudharabah Mutlaqah


Satu pelaburan di mana pelabur menyerahkan modal kepada pengusaha tanpa
menetapkan apa-apa syarat dan batasan tertentu kepada pengusaha dalam
menguruskannya. Mudharabah seperti ini diharuskan dalam keempat-empat mazhab.

6.2 Mudharabah Muqayyadah


Pelaburan dalam bentuk pemilik harta menyerahkan modal kepada pengusaha
dengam menetapkan sesuatu syarat dan batasan tertentu kepada pengusaha di dalam
menguruskannnya sama ada dari segi tempat, jenis barang atau waktu tertentu.
Mudharabah jenis ini diharuskan oleh Imam Abu Hanifah dan Imam Ahmad iaitu dalam
Mazhab Hanafi dan Hanbali mengharuskannya. Sebaliknya Imam Maliki dan Syafei
tidak mengharuskannya.
PENAMATAN DAN PEMBATALAN MUDHARABAH

1. Berlaku pembubaran terhadap kontrak oleh satu atau kedua-pihak atau larangan
dari pihak pemodal dari menguruskan modal (wang pelaburan).
2. Modal yang menjadi subjek kontrak telah musnah atas apa-apa sebab. Tidak
kira sama ada kemusnahan disebabkan oleh bencana alam atau disebabkan oleh
perbuatan pelabur ataupun pengusaha.
3. Salah seorang antara pemodal atau pengusaha gila yang berterusan. Ini kerana
gila boleh membatalkan keahlian wakalah.
4. Mati salah seorang pelaku kontrak, sama ada pemodal atau pengusaha. Ini
merupakan pendapat jumhur. Sebaliknya ulama’ Maliki tidak menganggapnya
batal tetapi waris yang bertanggungjawab mengambil tempat sekiranya dia dari
orang yang amanah.
5. Pemodal telah murtad. Jika pengusaha yang murtad, mudharabah tetap berjalan.

APLIKASI MUDHARABAH DALAM PASARAN KEWANGAN SEMASA

1. Kontrak mudharabah yang disertakan dalam Deposit Akaun Semasa Wadia’h


di bank. Bank memberi komitmen untuk menjamin keselamatan wang yang
disimpan tetapi tidak memberikan hibah kepada pelanggan. Pelanggan
diberikan kemudahan buku cek Kombinasi Wadiah dan Mudharabah (akaun
hibrid). Bank akan memegang dua peranan iaitu sebagai pemegang amanah dan
pengusaha manakala pelanggan bertindak sebagai penyimpan (Mudi`) dan
pelabur. Keuntungan yang diperolehi dibahagikan berdasarkan nisbah
keuntungan yang telah dipersetujui diawal kontrak. (http://mahir-al-
hujjah.blogspot.com/ kedudukan mazhab syafei dalam produk)
2. Akaun Pelaburan Mudharabah. Pelanggan sebagai pemilik modal (rabb mal)
menempatkan wang di bank.Bank bertindak sebagai pengusaha (mudharib)
akan menggunakan wang tersebut untuk menjana pendapatan. Keuntungan
yang diperolehi dibahagikan berdasarkan nisbah keuntungan yang telah
dipersetujui diawal kontrak. Sebarang kerugian daripada pelaburan ditanggung
oleh pelanggan sebagai rabb mal. Bank akan menanggung kerugian jika
kerugian disebabkan oleh kecuaian bank selaku mudharib. Pelanggan boleh
berunding dengan bank untuk menentukan nisbah pembahagian untung
sebelum memeterai kontrak.
3) Pelaburan seumpama membeli saham dengan menggunakan akad mudharabah
dengan menepati syarat-syarat mudharabah. Pelabur akan bertindak sebagai
(rabb mal) manakala syarikat atau koperasi yang terlibat bertindak sebagai
pengusaha (mudharib). Antara syaratnya, perlu ada nisbah keuntungan yang
dipersetujui di awal kontrak, tiada jaminan terpelihara modal dan modal tidak
dilaburkan pada yang haram atau dana bercampur dengan sesuatu yang haram.
(Analisis Fatwa-fatwa Semasa Syariah di Malaysia, 2002 &
(http://www.zaharuddin.net/content/view/224/100/)
4) Pembiayaan modal perniagaan atau perusahaan oleh bank atau institusi
kewangan tertentu menggunakan prinsip mudharabah. Bank yang bertindak
sebagai pemodal akan memberi modal kepada peniaga sebagai pengusahanya.
Keuntungan yang akan diperoleh akan dikongsi bersama antara dua pihak ini
berdasarkan nisbah yang dipersetujui pada awal kontrak. (Akses kepada
Pembiayaan bagi PKS,2005)
5) Deposit simpanan di bank dengan ada pihak ketiga yang mengusahakannya.
Terdapat dua akad persetujuan. Pertama antara pendeposit dengan bank. Seterusnya,
dalam masa yang singkat ada akad persetujuan antara bank dengan pengusaha di
mana pihak bank akan menyerahkan wang deposit tersebut kepadanya untuk
diniagakan. keuntungan akan dibahagikan antara pendeposit dan bank mengikut
nisbah yang dipersetujui. Pihak pengusaha pula mendapat keuntungan daripada
sebahagian nisbah keuntungan bank.

You might also like