You are on page 1of 36

PENDIDIKAN MORAL

MPW 1153
MORAL : PENGERTIAN DAN
KONSEP KEMORALAN

© 2007 Copyright. TOC. All rights reserved.


PENGENALAN KONSEP ASAS MORAL

Moral

• DEFINISI KONSEP Etika

Akhlak
KONSEP MORAL
• Tingkah laku yang sejajar dengan
tatasusila, ajaran, agama dan peraturan
masyarakat. Oleh itu,moral merupakan
nilai-nilai murni seperti baik hati, merendah
diri, belas kasihan dan berkait dengan
beberapa peraturan seperti tatahukum,
tatasusila, tatatertib, nilai
tradisi,kepercayaan, undang-undang,
norma dan adat dalam mana-mana
masyarakat yang dimaksudkan.
Cth :
• Sepasang suami isteri menemui seorang bayi di
tepi sebuah balai raya ketika pulang ke kampung
orang tuanya. Kebetulannya pasangan itu tidak
mempunyai anak setelah 10 tahun berkahwin.
Mereka bercadang untuk membawa bayi comel
itu balik ke rumah dan membelanya tanpa
mengikut peraturan undang-undang.Akhirnya
setelah berbincang mereka akur bahawa undang-
undang negara perlu dipatuhi. Mereka membawa
bayi comel itu ke balai polis untuk tindakan
selanjutnya mengikut peruntukan undang-undang
yang ditentukan.
KONSEP ETIKA
• Falsafah tingkah laku yang boleh
didefinisikan sebagai sains moral dan
prinsip-prinsip moral yang
bertanggungjawab menentukan tindakan
seseorang dengan mematui nilai-nilai
moral
Cth :
• Seorang guru kaunseling telah menceritakan keburukan
kliennya di dalam bilik guru sewaktu berbual dengan
rakan-rakan sejawatnya. Perkara yang didedahkan
adalah tentang latar belakang keluarga pelajar yang
mempunyai masalah. Si ayah ada tiga orang isteri dan
jumlah adik beradik pelajar itu seramai dua puluh lima
orang. Pelajar yang dimaksudkan itu mengalami tekanan
lantaran keluarga yang porak peranda. Sama ada guru
kaunseling itu sedar atau tidak, beliau sebenarnya telah
melanggar etika seorang guru yang perlu menyimpan
rahsia atau maklumat pelajar daripada dipersendakan
atau dijadikan bahan cerita lucu di sekolah.
Amalan Etika Negatif
Kedoktoran Keguruan Ketenteraan Polis
Kecuaian Tidak Tidak mempunyai Tidak
profesional sikap taat kepada profesional
Jepun-seorang negara / membelot Seremban
Petaling Jaya, negara sendiri seorang
doktor dengan tidak
seorang pensyarah anggota polis
sengaja menyuntik universiti yang Kangsar, Perak – telah
cecair berzat di berumur 34 Peralatan senjata
ditangkap kerana
dalam peparu tahun telah sebanyak satu trak
telah dicuri keluar dari terbabit
dibunuh kerana
seorang pesakit dan kem tentera kerana dalam kes
disyaki terbabit
menyebabkan terdapat ahli tentera mencabuli
dalam kes
pesakit tersebut yang terbabit dalam
seorang amah
menjalinkan
mati akibat penyakit kes ini.
hubungan sulit Indonesia
peparu dengan seorang semasa ditahan
bekas pelajarnya di lokap.
Amalan Etika Positif?
KONSEP AKHLAK
• Akhlak merupakan perlakuan baik atau
budi pekerti seseorang. Akhlak dianggap
sebagai tingkah laku seseorang yang
dilakukan secara spontan kerana
kebiasaan jiwa atau sifatnya yang baik.
Cth :
• Mengikut agama Islam, seseorang itu dianggap tidak
berakhlak jika minum arak dan berjudi kerana kedua-
dua perbuatan itu diharamkan dalam agama Islam.
• Antara sebabnya ialah arak membahayakan kesihatan
dan menjadi punca maksiat.
• Minum arak dan berjudi boleh memporakperandakan
kehidupan keluarga.
• Di samping itu, berjudi akan menyebabkan berlakunya
pergaduhan dan permusuhan dalam masyarakat dan
melalaikan tanggungjawab terhadap Allah dan
keluarga.
• Sesungguhnya berjudi boleh menyebabkan seseorang
menjadi miskin dan mendorong manusia mencuri,
menipu dan membunuh.
• Dalam masyarakat Barat, minum arak
dalam majlis bukanlah suatu perbuatan
yang tidak bermoral. Arak dianggap tidak
baik kepada kanak-kanak tetapi baik pada
setengah orang dewasa.
KEMORALAN
• Kemoralan merujuk kepada tatasusila dalam
sesuatu persekitaran, dan satu set peraturan
yang dipersetujui berkenaan dengan “betul” atau
“salah”.

• Moral telah membina tulang belakang


masyarakat moden, agama, dan setiap hati
individu.

• Konsep ini juga berubah mengikut masa


contohnya : 'murder is immoral', tetapi 'on the
battlefield murder is permissible'.
PERBEZAAN ANTARA ETIKA DAN
KEMORALAN
• “Morals define personal character, while
ethics stress a social system in which
those morals are applied”

• “In other words, ethics point to standards


or codes of behavior expected by the
group to which the individual belongs. This
could be national ethics, social ethics,
company ethics, professional ethics, or
even family ethics”.
PERTEMBUNGAN ANTARA ETIKA
DAN MORAL

• Lihat contoh berikut :

1. “Abortion is legal and therefore medically ethical,


while many people find it personally immoral”.

2. “In the case of homosexuality, many believe it is


morally wrong, yet some of the same people also
believe it is unethical to discriminate legally
against a group of people by disallowing them the
same rights afforded heterosexuals”.
PANDANGAN SARJANA

J.L. Mackie (Ethics: Inventing


Right and Wrong)

- Moral & Etika = Disiplin yang dapat


menerangkan sesuatu perbuatan itu
betul / salah & ia mampu menyediakan
garis perbezaan antara kebaikan &
keburukan seseorang.
A.R. Licey & W. L. Reese

- Moral & Etika = Kegiatan yang


bersangkutan dengan aktiviti pratikal yang
berhubung dengan tingkah laku, adat dan
cara hidup serta aspek niat.
• Jacques Thiroux (2000)

• Etika bermaksud watak atau


keperibadian.
• Moral bermaksud adat atau
tingkah laku.
Abdul Rahman Md. Aroff (1999)

• Etika bermaksud hukum, adat resam,


kebiasaan, budi pekerti.
• Moral bermaksud kesusilaan, adab, sopan
santun, tradisi.
Moral, Etika & Akhlak Dari Perspektif
Agama dan Kepercayaan

• 1 – Peraturan Moral
• 2 – Peraturan Adat
• 3 – Peraturan Agama
• 4 – Peraturan Undang-undang
1. Peraturan Moral
A. Pengertian
• Peraturan moral ialah satu hasil kajian tentang betul
salah tingkah laku manusia.

• Peraturan moral menyediakan undang-undang yang


sistematik tentang tanggapan-tanggapan / matlamat-
matlamat yang unggul.

• Peraturan moral bersifat rasional dan autonomous


kerana manusia sentiasa berminat dalam tingkah laku
sendiri, berfikir dan bersoal jawab tentang tingkah laku,
membandingkan tingkah laku manusia dan cuba mencari
prinsip-prinsip dan rasional atas tingkah lakunya sendiri.

B. Prinsip Peraturan Moral

i. Prinsip Autonomi
Prinsip ini meliputi pertimbangan bebas. Pertimbangan
dan tingkahlaku yang dibuat oleh seseorang akibat
paksaan dari luar tidak boleh dikategorikan sebagai
moral.

Cth : Nazri memilih tidak merokok kerana dia sedar


bahawa merokok membahayakan kesihatan. Dia tidak
merokok bukan kerana dia takut dimarah ibubapa/guru
tetapi kerana kesedaran dalaman yang tinggi dan tidak
mudah dipengaruhi oleh sesiapa pun
ii. Prinsip Keadilan

Keadilan melibatkan menghormati hak orang lain dan


kesaksamaan. Oleh itu keadilan tidak akan membenarkan
individu menyalahgunakan kebebasannya untuk individu yang
bersifat tamak dan mementingkan diri sendiri.

Cth : Di sekolah A, Guru Besar sentiasa menyuruh guru X


membuat kerja-kerja pentadbiran sekolah. Akibatnya guru X
tidak ada masa langsung untuk dirinya dan keluarganya
sedangkan terdapat ramai guru di sekolah A yang tidak
mempunyai banyak kerja . Perkara tersebut membuktikan
salah guna kuasa oleh guru besar sehingga membawa kesan
negatif kepada kehidupan guru tersebut.
iii. Prinsip Altruisme
Belas kasihan, simpati, menghargai dan mengambil
berat tentang kebajikan orang lain. Altruisme juga akan
menjauhkan individu daripada sifat mementingkan diri
sendiri.

• Cth : Seluruh dunia tanpa mengira bangsa telah bersatu


padu menyumbangkan tenaga dalam bentuk tenaga dan
wang ringgit untuk membantu mangsa Tsunami di Aceh,
India, Bangkok dan lain-lain. Mereka menderma untuk
meringankan bebanan yang ditanggung oleh mangsa
yang hidup dan anak-anak yatim yang kehilangan
ibubapa.
2. Peraturan Adat
A. Pengertian
• Perkataan ‘adat’ adalah suatu istilah yang berasal dari
bahasa Arab yang bererti ‘kebiasaan ’ dalam
mengharungi kehidupan manusia.
• Dr. R. Van Dijk: Semua kesusilaan dan kebiasaan
dalam semua lapangan hidup, juga semua peraturan
tingkah laku.
• Syed Alwi: Peraturan-peraturan hidup yang dipusakai
daripada datuk nenek kita dan yang diperturunkan
daripada bapa kepada anak atau daripada yang tua
kepada yang muda dengan kaedah ditunjuk, diajar,
ditegur dan disapa dan tidak dengan cara yang
bertulis.
(Koo dan Tang, 1990)
Samb..
B. Ciri-ciri Peraturan Adat

• Cara hidup manusia yang mementingkan sifat-


sifat tingkah laku yang murni serta baik.
• Dicipta oleh manusia dan disampaikan secara
lisan seperti nasihat,teguran dan teladan dari
satu generasi kepada generasi yang lain.
• Penafsiran peraturan adat berbeza mengikut
kaum, masa dan lokasi.
3. Peraturan Agama
A. Pengertian
• Menurut Alan Harris, agama mempunyai
peraturan-peraturan tertentu. Peraturan-peraturan
ini berlainan mengikut ajaran agama masing-
masing (Koo dan Tang, 1990).
• Peraturan agama merangkumi semua aspek
kehidupan manusia.Peraturan ini termaktub dalam
kitab agama. Peraturan ini menetapkan panduan
tingkah laku dan menyatakan balasan jika
peraturan itu dilanggar. Justeru, peraturan boleh
mendorong penganutnya mematuhi tuntutan
agama.
B. Ciri-ciri
• Tidak boleh diubah-ubah
• Bukan ciptaan manusia
• Setiap penganutnya mestilah mematuhi
peraturan yang terdapat di dalam agama
masing-masing
• Peraturan agama adalah satu cara hubungan
antara manusia dengan Tuhan
• Peraturan agama juga merangkumi cara
hubungan antara manusia dengan manusia.
4. Peraturan Undang-undang
A. Pengertian
• Mengikut Weber, norma, nilai dan peraturan sesebuah
masyarakat yang boleh membentuk tingkah laku
dengan watak seseorang itu lahir daripada kepatuhan
individu terhadap autoriti yang sah. (Koo dan
Tang,1990)

• Austrinm, seorang ahli fikir Inggeris menyifatkan


peraturan undang-undang sebagai satu perintah yang
diberikan oleh pihak pemerintah kepada rakyat dan
sekiranya perintah itu tidak ditaati, pihak pemerintah
akan menggunakan kekerasan supaya undang-
undang dipatuhi. (Koo dan Tang, 1990)
B. Ciri-ciri
• Peraturan-peraturan masyarakat yang telah diluluskan
oleh autoriti.
• Alat kawalan dan bahan rujukan bagi suatu kesalahan.
• Perlu dipatuhi oleh setiap individu. Individu yang
membuat kesalahan boleh didenda wang atau
dipenjarakan.
• Kejahilan terhadap suatu peraturan undang-undang tidak
boleh menjadi alasan bagi membela diri dari tuduhan
atau dakwaan.
• Perasaan kasih sayang, belas kasihan, tolak ansur dan
baik hati tidak wujud.
• Tidak ada unsur pilih kasih dan faktor-faktor kronisme
dalam pelaksanaan undang-undang.
APLIKASI KEMORALAN

1. Kemoralan Agama
2. Kemoralan Alam
3. Kemoralan Individu
4. Kemoralan Sosial
Kemoralan Agama
• Hubungan manusia dengan Tuhan /
Kuasa Luar Biasa.
• Manusia = Tuhan di muka bumi.
• Manusia patut mengabdikan dirinya
kepada Tuhan.
• Membuat apa yg disuruh-Nya &
menghindari apa yang dilarang-Nya.
Kemoralan Alam
• Hubungan manusia dengan alam.
• Menguruskan alam untuk menjamin
keselesaan kehidupan.
• Setiap benda di alam mempunyai erti &
faedah.
• Alam semula jadi sebagai sebahagian
daripada kehidupan manusia.
• Pencemaran akibat kurang kesedaran
kemoralan.
Kemoralan Individu
• Merujuk kepada hubungan manusia
dengan dirinya.
• Perlakuan hanya dipengarui atas
penilaiannya sendiri
• Merujuk kepada t’jawab individu kepada
diri sendiri untuk mengembangkan
kepentingan, bakat dan kepercayaannya.
Kemoralan Sosial
• Hubungan manusia dengan manusia lain.
• Soal kemoralan sosial menjadi teras
dalam kehidupan
• Perbincangan isu
• Etika Profesion
– Etika peguam, tatatertib peguam
– Wartawan, etika wartawan, tanggungjawab
– Etika perniagaan, tanggungjawan ahli
perniagaan,
– Etika kedoktoran, etika perubatan, tujuan
etika perubatan, tanggungjawab doktor
kepada pesakit, tanggungjawab doktor
sesama doktor.
Sekian terima kasih

You might also like