You are on page 1of 3

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

PUSAT BAHASA DAN PEMBANGUNAN INSAN

SUBJEK : HUBUNGAN ETNIK (BLHW /DLHW 2712)


SEMESTER 2 SESI 2009/10

A. FORMAT TUGASAN KAJIAN LAPANGAN

Tugasan Kajian Lapangan (25 %)

1. Bilangan muka surat : 20 – 30 halaman


2. Langkauan : 1.5
3. Jenis Huruf/ Saiz : Times New Roman / 12

Tugasan perlulah mengikut kriteria seperti berikut:

1. Muka hadapan
Contoh:

Universiti Teknikal Malaysia Melaka

Subjek :
Hubungan Etnik (BLHW 2712)

Tajuk Kajian Lapangan :


Mengenali Masyarakat Baba-Nyonya di negeri Melaka

Disediakan oleh :
Nama Pelajar/ No. Matrik / Sek/Kumpulan

Disediakan untuk :
Nama Pensyarah masing-masing

2 Kandungan Isi dan Muka Surat


Contoh:

Kandungan Muka surat


Penghargaan i
Pengenalan 1
Definisi Tajuk 2
Isi Perbincangan 3-8
Kesimpulan 9
3. Isi Perbincangan

Maklumat perbincangan kajian ini perlulah berdasarkan kepada kajian lapangan


dan maklumat tambahan daripada rujukan buku, hasil temu bual, bahan daripada
internet dan sebagainya. Setiap maklumat yang ditulis perlulah mengikut kaedah
APA system (American Psychological Association) Contoh seperti di bawah:

1. …….definisi etnik merujuk kepada masyarakat pelbagai kaum,


budaya dan agama (Mohd Asyraf Ismail, 2004: 15).
2. ……masyarakat majmuk di Malaysia dapat hidup dalam suasana
yang harmoni (http://www.wikipedia.com).
3. ……Baba-Nyonya merupakan komuniti minoriti di Malaysia (Hasil
temu bual dengan Encik Tan Kee dari Kampung Hujung Pasir, Melaka
pada 12hb Disember 2006)

4. Kesimpulan

5. Rujukan/Bibliografi
Contoh:
1. Amilah Ahmad, Saifuddin Halim, 2005, Masyarakat Chetty di Melaka,
Penerbit Fajar Bakti: Shah Alam
2. http://www.wikipedia.com
3. Hasil temu bual dengan En. Yahya Ibrahim di Kampung Merlimau, Melaka
pada 14hb November 2005

☻ Hasil tugasan kajian lapangan setiap kumpulan perlulah di masukkan di


dalam CD dan hantar bersama-sama dengan tugasan.
☻ Kajian lapangan perlu dilaksanakan bersama-sama dengan ahli kumpulan
yang telah ditetapkan.
☻ Hantar tugasan pada minggu ke-11.

B. FORMAT PEMBENTANGAN

Pembentangan Tugasan (10%)

1. Isi (5%).
2. Persembahan – kelancaran dan bahasa (5%).
3. Masa yang diberi (10-15 minit sahaja) bergantung kepada kuantiti pelajar di
dalam kelas.
4. Pembentangan hanya fokus kepada isi penting sahaja.

☻ Pembentangan kerja kursus akan bermula pada minggu ke- 12, 13, 14 dan
ke- 15.
C. KRITERIA MENJADI SEORANG PEMBENTANG SECARA UMUM

1. Penampilan (pakaian, fizikal dan spiritual) contoh: dalam aspek pemakaian


perlulah kemas dan bersopan. Keadaan fizikal dalam keadaan baik dan sihat
disusuli dengan aspek spiritual yang baik. Apabila bercakap di hadapan rakan-
rakan, pembentang perlulah melihat semua rakan-rakan di hadapan anda dan
jangan membelakangkan rakan-rakan.

2. Ilmu Pengetahuan (knowledge) yang berkaitan apa yang ingin dibentangkan.


Pembentang perlulah bersedia dgn teks ucapan yang hendak diutarakan.
Elakkan membaca semasa menyampaikan ucapan.

3. Persediaan dalam semua aspek luaran contoh: dari segi nada suara,
keyakinan dan ilmu yang ingin disampaikan. Nada suara perlulah jelas dan
menggunakan bahasa yang mudah difahami oleh semua orang. (jangan
tersekat-sekat nafas apabila menyampaikan ucapan). Keyakinan menyampaikan
ilmu di hadapan orang ramai (tak perlu takut atau gugup berdiri di hadapan
rakan-rakan) sangat perlu agar rakan-rakan menghormati dan mendengar
dengan baik.

4. Persediaan dalam aspek dalaman iaitu berkaitan etika dan nilai yang perlu ada
pada seorang pembentang contoh: bersopan, sentiasa ceria dan lain-lain yang
lahir dari etika dalaman seseorang. Sekiranya pembentang masih lagi tidak
bersedia dengan aspek ini, pembentang perlulah melatih diri agar sentiasa
berfikiran positif dan aplikasi nilai-nilai yang baik.

5. Sentiasa melatih diri bercakap tanpa menggunakan teks di hadapan cermin


agar sentiasa membiasakan diri apabila bercakap di hadapan rakan-rakan
sebelum menjadi pembentang.

☻ Pastikan setiap pelajar dapat mengaplikasikan semua aspek kriteria


pembentangan seperti di atas. Didiklah diri setiap pelajar agar mempunyai
kemahiran insaniah (soft skills) dalam diri masing-masing.

You might also like