Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
20Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
PROSEDUR PERMOHONAN POLIGAMI

PROSEDUR PERMOHONAN POLIGAMI

Ratings: (0)|Views: 9,293 |Likes:
Published by sue-zain-9119

More info:

Published by: sue-zain-9119 on Jan 01, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

07/17/2013

pdf

text

original

 
PROSEDUR PERMOHONAN POLIGAMI
* Pemohon memfailkan aduan di Pejabat Agama Islam Daerah (Isi borang aduan).* Sessi kaunseling untuk perbincangan, nasihat dan mendapatkan panduan.* Dapatkan borang 1 B permohonan berpoligami di Pejabat Agama Islam Daerah yang berdekatan.* Pemohon membuat akuan sumpah di hadapan Ketua Pendaftar / Pendaftar / Timbalan Pendaftar / PenolongPendaftar bagi kariah masjidnya dengan membawa 2 orang saksi lelaki.* Mendaftarkan kes permohonan berpoligami di Mahkamah Syariah dengan melampirkan dokumen yang berkaitan.* Perbicaraan di Mahkamah Rendah Syariah (ditetapkan mengikut giliran kes permohonan).* Keputusan/perbicaraan - dapatkan surat kebenaran nikah (Seksyen 23).* Jika mendapat kelulusan, rujuk semula ke Pejabat Agama Islam Daerah. Serahkan surat kebenaran nikah(Seksyen 23) kepada pihak perempuan untuk dilampirkan dengan permohonan beliau semasa berurusan denganPenolong Pendaftar Nikah di kariah masjid yang berkenaan.
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
* Borang 1 B (permohonan berpoligami)* Salinan slip gaji akhir / akuan sumpah jumlah pendapatan.* Salinan kad pengenalan pemohon dan isteri yang sedia ada.* Salinan surat nikah dengan isteri atau isteri-isteri yang sedia ada.* Salinan surat beranak anak-anak.* Pengisian borang-borang Mahkamah Syariah.* Bayaran/fee Mahkamah.* Surat laporan aduan Pejabat Agama.* Bagi pemohon yang baru memeluk agama Islam, hendaklah mengemukakan kad perakuan memeluk Islam dantelah memperolehi kad pengenalan / kad pengenalan sementara yang mengandungi nama Islam.* Surat kelulusan daripada Kor Angkatan Tentera jika pemohon seorang anggota tentera.* Surat kelulusan daripada Polis Diraja Malaysia jika pemohon seorang anggota polis.* Salinan lain-lain dokumen berkaitan.
SOALAN YANG SERING DITANYA1. Mengapakah permohonan berpoligami perlu dibicarakan di Mahkamah Rendah Syariah?
Permohonan berpoligami perlu dibicarakan di Mahkamah Rendah Syariah kerana ia telah diperuntukkan dalamEnakmen Undang-undang Keluarga Islam Selangor No. 4/1984 (pin.) 1988 di bawah Seksyen 23 (1)
"Tiadaseseorang lelaki boleh berkahwin dengan seorang lain dalam masa ia masih beristerikan isterinya yang sedia adakecuali dengan terlebih dahulu mendapatkan kebenaran secara bertulis daripada Hakim Syariah, akan tetapi dantertakluk kepada Seksyen 123, jika ia berkahwin sedemikian tanpa kebenaran tersebut maka perkahwinan itu bolehdidaftarkan di bawah Enakmen ini dengan perintah Mahkamah." 
Seksyen 123 menyatakan
"Jika seseorang lelaki berkahwin lagi di mana-mana jua pun dalam masa perkahwinannya yang sedia ada masih berterusan tanpa mendapat kebenaran secara bertulis terlebih dahulu dari Mahkamah maka ia adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum dengan denda tidak lebih daripadasatu ribu ringgit atau dengan penjara tidak lebih dari enam bulan atau dengan kedua-duanya denda dan penjaraitu." 
Keputusan untuk menetapkan sama ada seseorang lelaki itu boleh berpoligami atau sebaliknya adalah di bawah
 
bidangkuasa Hakim Syariah kerana pihak lelaki itu perlu membuktikan bahawa beliau mempunyai kelayakanmengikut hukum syarak.
2. Adakah seorang lelaki yang ingin berpoligami perlu mendapatkan kebenaran daripada isteri yang sediaada?
Kebenaran untuk berpoligami daripada isteri yang sedia ada bukan merupakan satu syarat yang utama dalammeluluskan permohonan seseorang lelaki untuk berpoligami. Walaubagaimanapun, berdasarkan peruntukan dalamSeksyen 23 (3) Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Selangor No. 4/1984 (pin.) 1988, pihak suami perlumenyatakan sama ada beliau telah mendapat keizinan daripada isteri yang sedia ada atau sebaliknya untukberpoligami.
Mengikut perundangan syariah di Malaysia, kaum lelaki dibenarkan berpoligami tetapi beliau haruslahmemenuhi beberapa syarat. Setiap negeri mempunyai syarat yang berbeza berkaitan poligami. Contohnya dinegeri Perak, suami yang hendak berpoligami tidak perlu memohon kebenaran mahkamah. Tetapi lainhalnya di Selangor dan Kuala Lumpur. Di kedua-dua negeri ini, suami yang ingin berpoligami hendaklahmendapatkan kebenaran Mahkamah Syariah terlebih dahulu.Di Selangor, seorang suami yang ingin memohon untuk kebenaran berpoligami perlu mengikuti sesikaunseling untuk perbincangan, nasihat dan untuk mendapatkan panduan berumah tangga. Beliau harusmengisi borang IB, iaitu borang permohonan berpoligami dan membuat Akuan Bersumpah denganmembawa dua orang saksi lelaki. Mahkamah Syariah akan memberi satu tarikh bagi membicarakan permohonan suami.Ini menurut seksyen 23 Undang-Undang Keluarga Islam (negeri Selangor) 2003. Dalam mendapatkankebenaran mahkamah, ada beberapa faktor yang akan dipertimbangkan. Menurut seksyen 23(4) faktor-faktor yang dipertimbangkan ini antaranya adalah mengapa poligami itu patut dan perlu, pendapatan suami,tanggungannya, yang sedia ada dan yang akan ditanggungjawabkan dan sama ada izin atau pandangan isterisedia ada telah diperoleh.Apa yang dimaksudkan di sini adalah Mahkamah Syariah akan juga mengambil kira perasaan isteri dalam perkahwinan poligami yang dirancang oleh suami. Ia bukanlah bermakna bahawa sekiranya isteri sedia adatidak bersetuju, Mahkamah Syariah akan turut tidak bersetuju. Persetujuan isteri hanyalah salah satu perkarayang akan dipertimbangkan oleh mahkamah. Mahkamah Syariah masih boleh memberi kebenaran bagisuami untuk berpoligami sekiranya isteri sedia ada tidak bersetuju ke atas permohonan poligami suami.Salah satu seksyen (5) yang baru di dalam enakmen ini adalah Mahkamah Syariah hendaklah memanggilsuami, isteri sedia ada, bakal isteri, wali kepada bakal isteri dan mana-mana pihak yang mahkamah fikir  patut untuk memberi keterangan tentang perkahwinan poligami ini.Perkara ini membolehkan perkahwinan ini diketahui oleh semua pihak yang terbabit dan tidak berada didalam keadaan rahsia. Ia dapat mengelakkan kes-kes di mana isteri sedia ada tidak mengetahui suami telah berkahwin lain, suami yang menipu mengenai status kahwinnya yang sebenar kepada bakal isteri, suami berbohong dalam borang permohonan kahwin dan ketidakadilan ke atas anak-anak kerana tidak mendapatnafkah secukupnya.
Antara Sebab Berkahwin Di Siam
Menurut Pendaftar Nikah Luar Negara Majlis Agama Islam Wilayah Narathiwat, Thailand, Ishak Mohd, banyak sebab mengapa ramai pasangan Malaysia bernikah di Narathiwat. Antaranya:1.Ingin berpoligami. Tidak dinafikan, ramai lelaki yg ingin berpoligami memilih bernikah di Narathiwat kerana mereka tidak perlu menyertakan keizinan drpd isteri pertama.2.Tentangan keluarga. Ramai juga drpd kalangan pasangan yg bernikah di Narathiwat keranamendapat halangan drpd keluarga masing-masing. Ada disebabkan kedudukan, fahaman politik kedua-dua keluarga ataupun kerana perbezaan umur.
3.
Kelulusan lambat dan kos guaman tinggi. Jika pasangan ingin berkahwin di Malaysia (terutama ygingin berpoligami), mereka terpaksa menunggu agak lama sehingga kelulusan diberikan pejabat
 
agama. Antara kelulusan yg diperlukan supaya pernikahan dapat disegerakan termasuklah keizinandrpd isteri tua. Pasangan terpaksa melalui proses perbicaraan guaman yg remeh dan kos guaman ygtinggi. Rata-rata ada antara pasangan yg terpaksa menunggu lebih setahun utk mendapatkankelulusan Mahkamah Rendah Syariah. Sekiranya isteri tua membuat rayuan, kes tersebut akandibawa ke Mahkamah Tinggi Syariah yg mungkin mengambil masa lebih 2 tahun! Mereka jugaterpaksa membelanjakan kos guaman yg tinggi, sekurang-kurangnya RM5500 sehingga RM10,000utk setiap kes. (Rujukan: Noorafizah Abdul Aziz & Associates, Tel: 03-4251 0711)4.Berkahwin dgn wanita tempatan. Ramai juga lelaki Malaysia berkahwin dgn wanita tempatan (wargaThailand).
5.
Terlanjur dan hamil. Bagi mengelakkan keluarga mendapat tahu si wanita sudah hamil disebabkanterlanjur dgn teman lelaki, mereka mengambil keputusan berkahwin di Narathiwat. Jika si wanita bersalin dlm tempoh 4 bulan usia pernikahan, barulah anak itu dianggap anak luar nikah.
6.
Belanja kahwin mahal. Tidak dinafikan, belanja perkahwinan yg semakin meningkat menyebabkan pasangan memilih utk bernikah di sempadan. Kata Ishak, mereka tidak menetapkan kadar bayaranmas kahwin, terpulang kepada kemampuan si lelaki. Yg wajib hanya RM300 sebagai yuran proses pernikahan.7.Sembunyi demi kerjaya. Dikhabarkan juga, ada berkahwin di Narathiwat kerana si lelaki anggota polis atau tentera. Mengikut peraturan, anggota polis atau tentera, tidak dibenarkan berpoligami."Tanggungjawab kami menikahkan mereka agar penzinaan mereka tidak berterusan, juga utk melindungihak bayi yg dikandung." Ishak menjelaskan, sekiranya wanita itu bersalin selepas enam bulan dari tarikh pernikahannya, maka bayi itu bukan dianggap anak luar nikah dan berhak menerima haknya (wasiat dandibin atau dibintikan kpd bayi itu).
As'kum,Disini saya ingin menawarkan perkhidmatan Nikah yang dilakukan di Pejabat Agama Daerah Yala Cawangan Betong.Hanya 10 minit perjalanan dari pintu sempadan negara dengan menaiki kereta.Kawasan ini aman & tenteram, tiada pergaduhan, peperangan atau pengeboman dansebagainya.Pergaduhan hanya berlaku di kawasan yang lebih jauh iaitu pekan Yala 150km dari Betong.Surat Nikah dikeluarkan oleh Pejabat Agama Daerah Yala dan boleh digunakan di Malaysia. Tidak ada masalah di kemudian hari kerana ini bukan Nikah Sindiket. Perkahwinan ini adalahSah disisi Agama dan diterima untuk diperakui di Malaysia.Hanya perlu membayar denda (kadangkala tak perlu langsung) jika Sijil Nikah tersebuthendak Sahkan di Malaysia. Data akan dimasukkan ke dalam sistem pejabat agama danpendaftaran di Malaysia.Kenderaan akan disediakan dari exit tol PLUS Kuala Kangsar untuk membawa pasangan untukdiijabkabul. Proses hanya lah dalam masa satu hari sahaja. Tuan akan mendapat terus sijilnikah selepas akad & surat pengesahan dalam masa 7 hari.Keseluruhan kos termasuk kenderaan, minyak, insuran kereta & roadtax Thailand bolehdibincangkan dgn lebih lanjut. Yang penting kepada yg berminat perlu menyediakan passport antarabangsa (atau passempadan) & mas kahwin.

Activity (20)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
syakirinbinahmAD added this note
Minta kebenaran untuk copy isi kandungan
fattahjamal liked this
nurulll80 liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->