Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
34Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Isu Isu Kependudukan Dan Migrasi Di Malaysia

Isu Isu Kependudukan Dan Migrasi Di Malaysia

Ratings: (0)|Views: 2,119 |Likes:
Published by ain_Hasnan

More info:

Published by: ain_Hasnan on Jan 02, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

12/14/2012

pdf

text

original

 
Isu-Isu Kependudukan dan Migrasi di Malaysia
Oleh
Usman Hj. Yaakob & Tarmiji Masron
Bahagian GeografiPusat Pengajian Ilmu KemanusiaanUniversiti Sains Malaysia11800 Pulau PinangKertas kerja ini akan membincangkan isu-isu penting yang berkaitan dengan perkembangan dan pertumbuhan penduduk di Malaysia sejak tahun 1950an hinggasekarang. Di antara isu-isu penting adalah yang berkaitan dengan perubahan struktur umur, pertumbuhan penduduk, kesuburan, kematian dan migrasi yang berlaku sepanjangtempuh tersebut. Menyedari perkembangan kependudukan yang semakin pesat sekarangini kertas kerja ini juga akan memberi fokus kepada isu-isu penduduk yang dijangkaakan berlaku di masa akan datang terutamanya isu-isu baru yang akan timbul akibatdaripada perubahan demografi dan pasaran buruh Asia serta kebanjiran pekerja asing diMalaysia. Akhirnya kertas kerja ini akan mengusulkan beberapa langkah yang proaktif  bagi menangani isu-isu kependudukan dan migrasi yang semakin penting dalanm kontek  perkembangan sosio-ekonomi dan politik Malaysia dalam rantau ASEAN dan global.
Pendahuluan
Sejak lebih daripada lima dekad yang lalu, komposisi penduduk Malaysia telah berubah baik daripada segi kadar kelahiran, struktur umur dan jantina, kadar kematian dan penghijrahan. Ini menunjukkan walau pun saiz penduduk Malaysia semakin meningkattetapi akibat kemerosotan kesuburan dan kematian pembentukan saiz keluaraga yanglebih sederhana dan kecil semakin diterima masyarakat terutama di kawasan bandar.Peningkatan taraf hidup penduduk terutama dalam bidang pendidikan telah memberiimpak yang besar terhadap dinamik penduduk Malaysia pada masa depan.Sebelum tertubuhnya Negara Malaysia pada tahun 1965, negeri-negeri di SemenanjungMalaysia telah mengalami kadar pertumbuhan penduduk yang tinggi. Mengikut banci penduduk tahun 1957 jumlah penduduk Semenanjung Malaysia adalah 6.27 juta dengan1
 
kadar pertumbuhan penduduk tahunan sebanyak 3.0 setahun (Jabatan PerangkaanMalaysia 1972). Berdasarkan Jadual 1 kadar pertumbuhan penduduk tahunan purataadalah tinggi iaitu 2.3 perataus (1970-1980), 2.6 peratus 19890-1991 dan 2.6 peratus(1991-2000). Ini merupakan suatu petunjuk yang jelas kepada sesiapa jua bahawa kadar  pertumbuhan penduduk adalah tinggi dan berdasarkan kadar ini jumlah penduduk Mlalaysia akan berganda dalam tempuh setiap 23 tahun. Berdasarkan situasi sekarang Negara kita Malaysia akan menghadapi pelbagai isu dan permasalan kependudukan yangmemerlukan perancangan sosio-ekonomi, politik dan alam sekitar yang komprehensif dan menyeluruh bagi kebaikan dan keselesaan semua pihak negara ini.Selepas pembentukan Malaysia banci penduduk tahun 1970 bagi telah duilaksanakan bagi mendapatkan maklumat dan data mengenai kependudukan bagi tujuan merancang projek-projek pembangunan sosio-ekonomi kepada rakyat. Segala data dan maklumatyang dikumpulkan melalui bancian penduduk ini, telah di gunakan bagi menilai perkembangan dan perubahan penduduk didalam sesebuah negari atau kawasan terutamayang berkaitan dengan taburan penduduk, struktur umur/jantina, migrasi, pendidikan, pekerjaan dan perbandaran. Pola perubahan ini sangat penting bagi menentukan arahaliran perubahan penduduk pada masa hadapan yang biasanya di kaitkan dengan halatuju perkembangan serta kemajuan yang dicapai dalam bidang-bidang perindustrian, pembuatan, pertanian dan pembandaran di seluruh negara. Kebiasaanya negeri yang majuakan mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi seperti Wilayah Persektuan KualaLumpur, Pulau Pinang, sebaliknya bagi negeri Sabah, Sarawak, dan PahangAdalah mempunyai kepadatan penduduk yang rendah.
Perubahan Struktur Umur
Struktur umur penduduk dalam sesebuah negara merupakan satu asset yang amat bernilaidaripada segi mengklasifikasi stok kuantiti dan kualiti manusia berdasarkan pendidikantertinggi, perkahwinan, Bandar, luar bandar, pekerjaan, golongan kanak-kanak dan orangtua dan sebagainya. Satu daripada kumpulan penduduk yang penting adalah kanak-kanak yang berumur 10-14 tahun.2
 
JADUAL 1: Saiz Penduduk dan Kadar-kadar Pertumbuhan Penduduk Malaysia 1970 - 2000
NEGERIPENDUDUK (JUTA)KADAR PERTUMBUHANTABURAN (%)19701980199120001970-19801980-19911991-20001970198019912000
Johor1,277,1801,580,4352,069,7402,740,6252.12.42.612.2312.0311.7811.77Kedah954,9471,077,8151,302,2411,649,7561.21.72.19.158.207.417.09Kelantan684,738859,2701,181,3151,313,0142.32.90.96.586.546.735.64Melaka404,125446,769506,321635,7911.01.12.03.873.402.882.73 Negeri Sembilan481,563551,442692,897859,9241.32.11.94.614.203.953.69Pahang504,945768,8011,045,0031,288,3764.22.81.94.845.855.955.53Perak1,569,1391,743,6551,877,4712,051,2361.00.70.915.0313.2710.698.81Perlis121,062144,782183,824204,4501.82.20.81.161.101.050.87Pulau Pinang776,124900,7721,064,1661,313,4491.51.51.87.436.896.065.64Sabah636,431929,2991,734,6852,603,4853.85.74.06.107.079.8811.18Sarawak976,2691,235,551,642,7712,071,5062.42.62.19.359.419.358.90Selangor982,0901,426,2502,297,1594,188,8763.74.36.19.4110.8613.0818.00Terengganu 405,368525,255766,244898,8252.63.41.23.884.004.363.86Wilayah Persekutuan KualaLumpur 648,276919,6101,145,3421,379,3103.52.01.36.217.006.525.93Wilayah Persekutuan Labuan17,17326,41354,24176,0674.36.53.60.160.200.310.32
MALAYSIA10,439,43013,136,10917,563,42023,274,6902.32.62.6100.00100.00100.00100.00
Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia (2000) Laporan Kiraan Permulaan, Kuala Lumpur: 19-20; Jabatan Perangkaan Malaysia (2002) Ciri-Ciri Pendidikan Dan Sosial Penduduk, Kuala Lumpur: 1
3

Activity (34)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
N-ur S-yafiqah liked this
Maryana Othman liked this
1233258 liked this
Jieja Ahmat liked this
bellafarahniey88 liked this
Angah Roben liked this
Haslina Zakaria liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->